RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 13 Julai 2017

HISHAMUDDIN CUBA MENAKUTKAN RAKYAT DENGAN PENGGANAS TETAPI BAGAIMANA DENGAN ROMPAKAN HARTA NEGARA ?

KATA Hishamuddin, " Agenda Umno lebih besar berbanding daripada melawan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata agenda utama Umno sebagai parti pemerintah pada masa ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada pengganas.

"Rafizi bukan agenda kita, Wan Azizah, Azmin Ali bukan musuh kita. Agenda Daesh (IS) lagi berat."
(MKini).

Itulah hujah Naib Presiden Umno itu bagi mengajak rakyat untuk terus menyokong Umno/Bn. Menurut beliau lagi, hanya Umno/Bn sahaja yg boleh diharapkan untuk menjaga keselamatan negara kerana kerajaan Umno/Bn ada trek rekod, manakala Pakatan pembangkang tidak boleh diharapkan.

Apa trek rekod terbaik Umno/Bn di dalam soal keselamatan? Isu rampasan senjata di dalam kem tentera dulu? Isu Al-Maunah di Bukit Jenalik sehingga mengorbankan anggota keselamatan? Kecurian injin pesawat TUDM? Radar dibawa lari dari pelabuhan? Kes2 penculikan di perairan Sabah sehingga melibatkan rakyat, pelancung dan anggota keselamatan sendiri? Pencerobohan pengganas di Lahad Datu sehingga berhari2 bertempur dan mengorbankan juga anggota keselamatan? Kemasukan pendatang asing di luar kawalan sehingga memenuhi bandaraya besar seperti KL dan JB? Adakah ini trek rekod terbaik yang dimaksudkan oleh Hishamuddin?

Hishamuddin harus sedar, ancaman yang dialami oleh negara kita sekarang bukannya datang dari pengganas atau pelampau (IS), tetapi oleh perompak harta negara terutamanya oleh MO1 . Hishamuddin seharusnya mencari dan memburu MO1 ini dan jika beliau tidak kenal siapa MO1, beliau boleh bertanya kepada Rahman Dahlan. Tetapi, sekiranya beliau sendiri pun diberi dedak dan dilantik oleh MO1 untuk jadi menteri tugas2 khas, usah sembang banyak tentang keselamatan negara.

Tidak usah berhujah seperti orang bodoh apabila mahu membandingkan Umno/Bn sebagai kerajaan dengan Pakatan pembangkang yang tidak pernah menjadi kerajaan pusat. Membandingkan kelajuan kereta anda dengan orang yang tiada kereta lagi, itu perbuatan bodoh lagi memperbodohkan.

Dulu, Umno kata rakyat harus kekalkan kerajaan Umno/Bn di Selangor kerana trek rekod yang terbaik, kononnya. Begitu juga di P.Pinang mereka kata di bawah pimpinan Gerakan, rakyat hidup baik dan selesa. Tetapi, apabila rakyat di kedua2 negeri tersebut mahu lakukan perubahan, terbukti kedua2 negeri tersebut jauh berbeza hebat dan baiknya dari zaman Umno/Bn.

Maka, jika rakyat mahu tahu beza di antara Umno/Bn memerintah Putrajaya dengan Pakatan Harapan yang memerintah, sila buat pilihan untuk mengangkat PH di dalam PRU14 akan datang. Jika tiada perbezaan atau bertambah teruk, sila jatuhkan kami (PH) di dalam PRU selepasnya.

16 ulasan:

  1. Setuju benar la bro pendapat you.
    KITA TUKAR

    BalasPadam
  2. hisham woitt.. lu dgn sepupu lu janji berapi mau cari mh370 sampai jumpa. skrg apa citer bai? kotakan janji kamu, cari sampai jumpa la bodoh..

    BalasPadam
  3. Gajah depan mata tak nampak atau buat2 buta...

    BalasPadam
  4. Tobat lahom la kalau nak baca komen Wan Rosli mempertikaikan ucapan Hishamuddin tu dalam posting ini, sebab tuang presidengnya pun sudah sedondon dengan MO#1 penyamun harta rakyat.

    BalasPadam
  5. Memang betul hisyam dan sepupunya tak boleh dipercayai..

    Tapi lagi teruk kalau ketua barua aka lebai pangkor 2 meredhai ketuanya kafirun utk lawan para ulamak muktabar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulamak syiah murtabak tu ker?

      Padam
    2. Wan, ada tak mana2 lobai geng ko yg nak masuk saham labu peram? Boleh untong karbon 10 jota

      Padam
  6. Din, kau jangan buat2 lupa dengan perbuatan pengerusi pakatan haprak 20 tahun lepas, dia ni lah penyamun terbesar harta rakyat diikuti oleh najib kini.

    Dalam pakatan haprak sekarang pun banyak juga perompak, hati2 yer Din, nanti susah anak cucu kita.

    BalasPadam
  7. Wan...ko tau tak kat mana opis sykt jual karbon tu? Member aku nak sedekahkan hutan sejuta ekar....

    BalasPadam
  8. Wan...bila hj hadi nak jumpa imam ayatolola lagi? Ko tak ikut sekali ke wan?

    BalasPadam
  9. Wan...tanya sikit boleh tak? Kalu kelantan menang lagi, boleh tak lantik nik abduh jadi MB? Amat yakob jadi exco aje.

    BalasPadam
  10. Ketua peyamun, ketua segala bapak rasis, kaki liwat, boneka, dan perasuah dah diangkat menjadi pemimpin kalian tu belum dikira pemimpin bawahan yang ada mahligai, ada koleksi kereta mewah, ada kaki cabul, ada kaki betina, ada kami mabuk dan banyak lagi pemimpin kalian yang terpalit dengan isu moral yang merosakkan akhlak pemimpin kalian, daripada barisan pemimpin kalian tu iaitu Pakatan Hipokrit agak-agaknya siapa yang boleh memimpin kalian kearah kehidupan yang lebih cemerlang bukan cemerlang melebehi iman, cemerlang bersama iman menuju ketakwaan agar memperperolehi rahmat dari Allah SWT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok lah walaunta oi..lap sikit air lior yg tersembur kluar tu..
      Bagus walaun ni ckp berdegar2..tapi klu lantik p ke parliment kompom jadi pasu bunga taik ayam..elaun sapuuu...

      Padam
    2. Pancai, kecewa nampaknya, terima lah hakikat bahawa pemimpin kalian memang ramai yang rosak akhlak.

      Padam
  11. Hisham ni nak buat apa? Angkat keris kontot sambil jelir lidah ketot!

    Kami mahu Awie...mana Awie...?? Kasi serban satu Awieee !!! Tahfiz rock wooo!!! Sudin Copong powerrr!!! Membangun Bersama Rock Islam...!!! Kahkahkah!!!

    Gelek mek klate jange lupo! Nok duo deh!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat apa kau cari awie tiada fadehnya, kau cari la manusia macam mak lampir yang ada banyak koleksi kereta mewah mana tau kalau2 mak lampir zuraida bagi kat kau sebiji kereta mewah atau kau cari lim go end mana tahu boleh rasuah rumah harga rendah tanpa kolam atau kau cari adam yang ada mahligai macam court mamout minta lah derma dengan dia, setakat awie boleh kasi kau serban je.....kahkahkahkah

      Padam