RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 2 Oktober 2009

Wang 16 juta: AMK buat laporan di Hong Kong

Angkatan Muda (AMK) PKR akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah (ICAC) Hong Kong esok berhubung penangkapan seorang ahli perniagaan Malaysia tahun lalu, yang dikatakan kenalan rapat Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Menurut ketua penerangan AMK, Lee Khai Loom, laporan tersebut akan dibuat di pejabat ICAC oleh ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pada 14 Ogos lalu, ahli perniagaan tersebut, yang dikenali sebagai Michael Chia, ditahan di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong kerana disyaki melakukan pengubahan matawang Singapura bernilai RM16 juta sebelum menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

"ICAC Hong Kong telah menyiasat kes tersebut," katanya, sambil menambah AMK akan meminta badan itu supaya meneruskan siasatan lanjut terhadap kes tersebut.

"Dokumen-dokumen yang (didakwa) menunjukkan berlaku aktiviti haram, iaitu aktiviti pembalakan haram yang mungkin menyumbang kepada pengubahan wang itu, juga akan diserahkan," katanya.

Ekoran penahanan Chia, sejurus sebelum pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos tahun lalu, yang dimenangi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, para pemimpin DAP telah membuat aduan polis terhadap ketua menteri Sabah itu.

Musa kemudiannya menafikan sebarang pembabitan dalam kes tersebut./Malaysiakini

Khamis, 1 Oktober 2009

SI PENGEMIS PASIR MAS, RAJA KATAK MERAYU KEPADA PAS?

Ibrahim Ali merayu-rayu bertanding guna lambang PAS
Posted on Thursday, October 01 @ 18:04:04 MYT by paktam

Oleh Muhd Yusri Amin & Md Nor Yahya

KOTA BHARU: Tahukah anda Dato’ Ibrahim Ali terpaksa merayu berkali-kali supaya diberi peluang bertanding menggunakan lambang bulan menjelang pilihan raya umum 8 Mac 2008. Malah dia menebalkan muka berceramah di pentas PAS bagi menarik simpati terhadapnya, biar pun isi ceramahnya kasar dan tidak sesuai dengan perjuangan Islam.

Kemuncak kepada muslihatnya apabila dia menulis surat dengan bahasa merendah diri merayu dibenarkan bertanding menggunakan logo PAS. Dan segala dokumen itu masih lagi disimpan PAS Kelantan bagi menggambarkan siapa sebenarnya Ibrahim. Dia merupakan pemimpin paling acap keluar masuk parti. Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, segala dokumen mengenai rayuan Ibrahim supaya dibenarkan bertanding menggunakan logo PAS masih disimpan. Katanya, ketika itu bekas pemimpin Umno itu memohon dengan rendah diri supaya dibenarkan menggunalan lambang bulan di kertas undinya biar pun tidak menyertai PAS. “Sekarang Ibrahim telah melupakan segala-galanya ihsan diberi PAS sehingga menang di kerusi Parlimen Pasir Mas. Hari ini dia sanggup mengecam pula orang yang memberi peluang kepadanya ketika bertanding tahun lalu. “Tidakkah itu dinamakan tindakan biadap apabila menggigit tangan orang yang menghulur bantuan kepadanya,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis hari raya anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Isnin lalu.

Ibrahim sebelum ini mendesak Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan sebagai Menteri Besar kerana didakwanya sudah nyanyuk dan kerap uzur. Takiyuddin berkata, Ibrahim tidak lebih sebagai pengemis politik yang sanggup meminta sedekah bagi kepentingan politik jangka pendeknya. Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Haji Abdul Fatah Harun berkata, Ibrahim terpaksa mencipta glamour kerana masih belum diterima menjadi ahli Umno sehingga sekarang. “Melalui tindakan mengecam pemimpin PAS mungkin diharapnya diterima semula menjadi pemimpin Umno di Pasir Mas,” katanya.

Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu sebagai sebagai kacang lupakan kulit. Ketuanya Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pemimpin yang tidak mampu menghargai jasa dan sumbangan orang lain tidak mungkin bertahan lama dalam arus politik. Katanya, tiada tempat bagi pemimpin seperti itu kerana rakyat tidak mampu diperbodohkan dengan kenyataan bersifat kebudakan. “Siapa tidak kenal Ibrahim Ali. Pemimpin yang bermuka-muka macam itu hanya mampu hadir sekejap sahaja dan akan terus dilupai. “Kehadirannya tidak lagi menjadi sebutan orang.

Masanya akan menghukum segala tindak tanduknya sekarang,” katanya. Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, tindakan Ibrahim yang menghina Menteri Besar akan mempercepatkan lagi kejatuhannya. Kata beliau tidak ada pemimpin yang mampu mempertahankan sebuah kerajaan negeri sehingga lima penggal berturut-turut di tengah-tengah asakan Umno dan BN serta jentera kerjaaan dari pelbagai hala kecuali Tuan Guru Nik Abdul Aziz. “Paling tidak pun Ibrahim seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru Nik Aziz dapat mencerminkan siapa sebenarnya pemimpin berkenaan,” katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Ustaz Mahadi Mat Zain mendesak Ibrahim memohon maaf secara berdepan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekiranya mahu bertahan sebagai pemimpin politik. Sepanjang penglibatan Ibrahim dalam politik beliau tidak pernah memenangi pilihan raya tanpa bantuan PAS. Ini terbukti sokongan padu penyokong PAS membolehkan beliau memenangi kerusi parlimen Pasir Mas pada 1990 ketika bertanding di atas tiket Semangat 46. Bagaimanapun pada 1995 selepas menyertai Umno, beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut. Dan sekali lagi dengan bantuan PAS Ibrahim memang di Pasir Mas kerana bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Sebelum menyertai Semangat 46, Ibrahim pernah terlibat dengan Berjasa. /Detikdaily

APA MASALAH SPR NI? DAP, PKR TETAP KIBAR BENDERA DAN FOTO PEMIMPIN

DAP, PKR tetap kibar bendera, foto pemimpin
Abdul Rahim Sabri
Okt 1, 09


Dua parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PKR - tetap akan meneruskan berkempen dengan mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka masing-masing sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula 3 Oktober ini.

Kedua-dua parti tersebut juga mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk menunjukkan peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke ketika dihubungi Malaysiakini berkata, arahan terbaru itu tidak masuk akal dan melampaui tugas SPR yang sebenarnya.

"Mungkin SPR fobia dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan logo DAP dan PKR. Mereka melampaui tugas. Mereka sepatutnya mengendalikan proses penamaan calon, proses pengundiaan dan pengiraan undi.

"Soal kempen, serah kepada kepada parti-parti politik yang bertanding... Masa Tan Sri Abdul Rashid (Abdul Rahman) tidak ada peraturan macam ini," katanya.

Anthony yang juga ketua Pemuda DAP diminta mengulas berhubung arahan terbaru SPR yang melarang parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.

'Tidak faham demokrasi'

Pilihanraya kecil DUN itu pada 11 Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Tan Sri Isa Samad yang juga bekas naib presiden Umno dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Mengulas lanjut, Anthony Loke yang juga ahli Parlimen Rasah tidak akan mengendahkan arahan terbaru SPR itu malah akan terus berkempen dengan meletakan bendera parti dan gambar pemimpin mereka.

"Memang kita sudah buat dan letakkan gambar pemimpin DAP dan PKR.

"Sebagai contoh, kalau gambar Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan, mungkin gambar pada banner 1Malaysia yang menggunakan beratus-ratus (wajah) orang lain, patut ditanggalkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan arahan terbaru SPR itu akan menyebabkan berlakunya "defisit dalam sistem demokrasi di Malaysia".

'Bawa ke mahkamah'

"SPR tidak faham demokrasi dalam pilihan raya di Malaysia. Ia sepatutnya digalakkan kepada sesiapapun untuk terlibat, turut sama berkempen.

"Ini kerana, pilihan raya adalah satu-satunya ruang untuk memilih pemimpin dalam negara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar berkata pihaknya akan terus meletakkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN tersebut.

Mengulas lanjut, beliau yang juga seorang peguam tidak akan teragak-agak untuk membuat semakan kehakiman sekiranya SPR arahan tersebut mempunyai alasan undang-undang.

"Arahan terbaru, sekiranya ada asas, kita akan ke mahkamah untuk membuat semakan kehakiman.

"Semakan kehakiman berlaku, sekiranya kita tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan. SPR kata kononnya ada alasan undang-undang, kita akan cabar, kalau mereka sungguh-sungguh laksanakan," katanya./Malaysiakini

PAKATAN MENANG DENGAN PENCALONAN ISA SAMAD

Wednesday, September 30, 2009

Sejak beberapa hari lepas, isu calon di Bagan Pinang menjadi satu isu yang hangat.Banyak pihak mencari siapakah calon yang patut dilantik sebagai wakil Umno dalam usaha parti tersebut mempertahankan maruah mereka untuk kali yang ke 8.Sejak dikalahkan dengan 7-0, sudah tentulah Umno mahukan kemenangan ini.Tambahan pula kemenangan pastinya akan muncul apabila undi pos menjadi satu dari strategi bagi memenangkan Umno.Tidak dinafikan berdekat lamanya strategi ini menjadi kayu pengukur kepada kemenangan Umno yang tahu menggunakan kesempatan undi pos , walaupun antara pengundi ini tidak tinggal di dalam hutan atau jauh dari tempat mengundi.


Kemenangan awalnya dilihat apabila ada undi didalam laman web PAS yang mana dalam undi tersebut, Isa Samad di nobatkan sebagai calon yang paling sesuai di Bagan Pinang.Manakala beberapa hari lepas pula Lim Guan Eng berkata bahawa jika Umno meletakkan Isa Samad peluang Umno untuk menang adalah 70 peratus berbanding 60 peratus jika meletakkan calon lain.Umno termakan akan cadangan ini.


Isu kain yang direntang untuk memboikot itu bukanlah dipasang oleh penyokong UMno.Jika ia pun dipasang Umno sudah tentulah ianya akan tertera lambang Umno dan bahagian mana yang hendak memboikotnya. Atau mungkin juga musuh Isa yang memasangnya.Ahli Umno tidak seberani itu untuk memasang kain rentang ,hatta meletak cawangan mana yang mahukan Isa bertanding dan akan memboikot jika meletakkan calon yang lain.Umno memang mengajar ahlinya menjadi manusia penakut yang tidak akan berani untuk menyanggah pimpinan selagi tengkok mereka diikat dengan tali.Malah ada pemimpin Umno kemudiannya menurunkan poster tersebut kerana mengganggap ianya adalah mainan musuh yang mahukan Isa Samad bertanding sebagai satu strategi jangka panjang.Umum mengetahui bahawa Isa samad adalah Musuh ketat kepada Datuk Muhammad Hassan , kini menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.


Berdekat lamanya Umno diberi madat oleh orang Melayu dan bukan melayu melalui undi MCA dan Gerakan malah pihak pembangkang yang akan berdepan dengan Umno sudah tahu akan kekalahan mereka, Cuma untuk mengelak dari berkata dayus, baik PAS, atau DAP meletak calon dengan dasar anak jantan semestinya mahu bersabung.Jika dahulunya Umno meletakkan seorang kaldai sekali pun sebagai calon mereka undi untuk kemenangan calon Umno akan pastinya menang.alon Umno sudah tahu akan kemenangannya,Namun ianya sebaliknya sekarang ini.Namun keadaan kini berubah .PAS seringkali menyakinkan pengundinya sejak berdekat lalu dengan kata-kata yang kini di luahkan oleh Umno iaitu "kita sebenarnya menang,kerana undi kita makin bertambah" itulah senjata yang diguna pakai Umno kini bagi meyakinkan ahlinya agar terus setia dengan Umno.


Kini Umno perlu berhati-hati untuk meletak kan calon. Dihari penamaan calon Isa Samad sebagai calon Umno.PAS mengorak langkah penuh bergaya kerana tahu apa isu yang mahu di mainkan dalam kempen nanti.Isa Samad di singkirkan dari menduduki tangga Naib presiden namun terlepas dari hukuman penjara kerana rasuah.Isu inilah yang akan di mainkan oleh PAS dan juga Pakatan Rakyat betapa adanya double standard dalam pentadbiran yang begitu tinggi dengan angka-angka yang di keluarkan oleh badan dunia berhubung dengan amalan rasuah di Malaysia.

Untuk jangka pendek,PAS telah menang dengan menyakinkan khalayak ramai bahawa Isa Samad adalah calon yang di nantikan.Namun untuk satu jangka masa panjang pergelutan di dalam Umno di negeri Sembilan akan menyaksikan dua panglima yang bakal menguasai negeri tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.Jika ada ahli Umno yang lebih bijak dari Mahathir Mohammad dan Tengku Razaleigh yang menyanggah pencalonan Isa Samad, maka nantikanlah porak peranda Umno di negeri Sembilan kemudian nanti....

Amiruddin Ahmad adalah exco ALIRAN,
ALIRAN Kesedaran Negara,
Wartawan bebas menulis untuk akhbar Suara keadilan
dan kini akhbar baru Konsep Era Pakatan,
Lulusan USM dalam bidang Sejarah dan Sains Politik.

Rabu, 30 September 2009

KENALI SIAPA DUDA KAHWIN UMI AIDA

Tuesday, September 29, 2009



DR Ristina-(Meninggal dunia di Indonesia akibat terjatuh dari katil)

Gambar (kiri Khairuddin atau DUT) bersama Umi Hafilda.KANAN Khaled Jefri juga telah meninggal dunia.Pengarang buku yang menjadi jutawan dalam kes DSAI 1998.


Khairuddin di belakang Umi dan Azwan

Watak nya tidak nyata dalam kes DSAI ketika zaman 1998 dahulu.Anak Pulau Pinang ,Sg Rambai Bukit Mertajam ini terlibat sebagai talibarut Umi Hafilda dan juga menjadi tukang karang di merata tempat di seluruh Malaysia mendedahkan keburukan Anwar kepada kelompok dikampung-kampung.Anak saudara kepada arwah Sulaiman Palestin.Tak dapat Umi Hafilda dapat Umi Aida.

Kini mendapat gelaran Dato sejak beberapa tahun dahulu. Semasa zaman Pak Lah melakukan penerbangan dengan nama Kembara Kailan.Bermula dari kosong dan melilau kini menjadi jutawan. Entah perniagaan apa yang di lakukan beliau sehingga menjadi kaya raya dan mendapat gelaran Dato .Kini menggunakan kereta jenama Maserrati,Ferrari , Kawan baik Ali Rostam dan pernah menjadi director kilang motor Comel di Melaka .Beliau juga menjadi pengarah pertubuhan Malaysia Kombodia mengenai perdagangan antara Malaysia dan Kombodia.

Khabarnya menghadiahkan rumah dan juga kereta mewah mencecah jutaan ringgit untuk mendapatkan Umi Aida....yang coolnya majlis pertunangan nie dilangsungkan kat kondo yang dihadiahkan oleh Datuk Khairuddin ni kepada Umie Aida.


Cincin tunang bertatahkan berlian daripada koleksi jenama mewah, Chopard mengikat pelakon jelita, Umie Aida atau Umie Kalsom Rahmad dengan putera idamannya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, malam tadi.

POLITIK WANG BUKAN JENAYAH? TIADA MASALAH JADI CALON

Ini jawapan Isa mengenai disiplin, Mahathir

30 Sep 2009 2:18AM PD: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam reaksi spontannya sebaik sahaja diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN), bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, berkata beliau yakin akan dapat mempertahankan kerusi BN kerana “saya bertanding di kampung saya sendiri”.

Tambahan pula, dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin di semua peringkat, ahli-ahli parti serta orang-ramai, keyakinannya untuk menang di kerusi berkenaan adalah cerah.

"Insya-Allah kita boleh mempertahankan kerusi ini berdasarkan semangat yang ditunjukkan dan saya yakin kerana inilah kali pertama saya bertanding di kampung saya sendiri... pertama kali untuk orang kampung Bagan Pinang, sebelum ini saya bertanding di Linggi," katanya kertika di temui selepas majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno Teluk Kemang bersama Perdana Menteri di sini petang Selasa.

Malah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, beliau menerima amanah yang diberikan kepadanya sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul.

"Bila parti dah letakkan amanah, dah beri kepercayaan suruh bertanding, saya tak ada sebab untuk saya menolak. Ini adalah tanggungjawab dan saya sedia untuk memikulnya," kata beliau.

Isa turut mengakui bahawa beliau sebenarnya telah diberitahu mengenai pemilihannya sebagai calon oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui panggilan telefon beberapa jam sebelum keputusan itu diumumkan secara rasmi.

Ditanya persediaannya untuk menangkis serangan pembangkang yang mungkin akan membangkitkan isu tindakan disiplin yang pernah dikenakan ke atasnya kerana terlibat dengan politik wang pada pemilihan Umno, Isa dengan tenang menjawab, perkara itu sudah dijelaskan dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

"Saya bukan melakukan jenayah, ini merupakan pelanggaran kod etika pemilihan, itu istilah yang pertama kita gunakan. Saya telah jalankan hukuman selama tiga tahun, jadi benda tu tak timbul lagi.

"Malah kes-kes jenayah pun orang boleh terima, ada yang dah jadi Ketua Menteri, ada dah jadi Menteri dan ada yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri lagi, semua ada, jadi apa masalah dengan saya?" katanya.

Diminta mengulas mengenai pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengkrikik beliau baru-baru, beliau berkata hanya mampu tersenyum dengan kritikan-kritikan tersebut.

"Saya hanya tersenyum mendengar komen itu... saya tak ada marah apa-apa, malah antara orang yang saya paling hormati ialah Tun Mahathir.

Kerusi DUN itu kosong selepas Azman yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), di sini awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan selepas memperoleh 6,430 undi, menewaskan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR). Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN. / Mstar

Selasa, 29 September 2009

TIADA TALI, AKAR PUN BERGUNA- ISA SAMAD JUGA YANG TERBAIK

Tuesday, September 29, 2009




Menurut maklumat , projek ini RM200,000. Tandas yang digunakan menyalurkan najis ke pantai.selain najis khinzir ,najis manusia juga disalurkan ke tandas.Patut lalat banyak di Port Dik son.
















Bagan Pinang-Tidak serik dengan kajadian memalukan di Permatang Pasir, kini Umno mengulangi langkah yang sama iaitu memilih perasuah tegar sebagai calon dan ini memalukan parti yang dianggap mahu menghapuskan rasuah di kalangan ahli parti dan mahukan pembahruan.
Takut dengan ugutan , akhirnya ,terpaksa mengikut juga walau pastinya akan di pergunakan segala projek rasuah yang akan di bangkit kan dalam ceramah dan memalukan UMno.Sebenarnya Umno memang ketandusan calon akibat sekatan sejak sekian lama.Kini kesan-kesan tersebut kelihatan apabila tiada calon muka baru yang akan di pilih.

Anak muda tidak mahu calon ini kerana memang tahu beliau adalah perasuah dan di kenakan tindakan disiplin dalam Umno. kenapa calon ini yang dipilih untuk di perbodohkan oleh orang ramai.?????/

CAKAP TUN MAHATHIR TIDAK LAKU, NAJIB TERHUTANG BUDI PADA ISA SAMAD?

Bagan Pinang satukan Mahathir dan Khairy
Harakahdaily
Tue | Sep 29, 09 | 5:03:08 pm MYT
ANALISIS

HARI ini mungkin hari bersejarah untuk penduduk Port Dickson apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menjejakkan kakinya ke pusat perlancongan antarabangsa itu.

Sebelum ini, Najib pernah ke sana. Namun, ketika itu nasibnya kurang baik. Beliau pun bukan lagi Perdana Menteri ketika itu.

Namun, beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan baik di sana iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad. Dan masalahnya ketika itu berjaya di selesaikan.

Hari ini, Najib turun ke Port Dickson sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau mendapat sambutan permaidani merah di sana.

Beliau menyertai para pemimpin Umno dan BN yang lain dalam majlis rumah terbuka BN di sana.

Dan hari ini juga, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengumumkan Isa sebagai calon Umno Bagan Pinang. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan secara terbuka dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, ia tidak dihiraukan oleh Najib.

Pelbagai andaian dibuat kenapa Umno pimpinan Najib sanggup meletakkan Isa sebagai calon walaupun mendapat bantahan demi bantahan.

Yang paling ketara adalah pendapat bahawa Najib sangat memerlukan kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil ini selepas kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Isa adalah taruhan utama untuk kemenangan ini. Ini kerana, golongan bawahan sangat-sangat mahukan Isa kembali ke persada utama politik tanah air selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno kerana membeli undi dan merasuah perwakilan Umno.

Pemilihan ini bermakna Najib menolak pandangan, memilih Isa membolehkan Umno menang di Bagan Pinang tetapi akan mengalahkan Umno di seluruh negara.

Turut dijadikan sebab mengapa Isa dipilih adalah kempen-kempen yang dibuat di Bagan Pinang termasuk menaikkan kain rentang ugutan agar Umno memilih Isa sebagai calon.

Kain rentang itu berbunyi "Kami mahu Datuk Isa. Kalau tidak kami boikot'. Kain rentang ini dinaikkan di merata tempat dalam kawasan pilihan raya ini hatta di kampung Isa sendiri.

Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.

Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.

Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon.

Dan mungkin ini adalah pertama kali, Mahathir mempunyai pendapat yang sama dengan anggota Parlimen Rembau itu iaitu menolak Isa sebagai calon, selepas sekian lama mereka berbeza pendapat.

Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu._/Harakahdaily

SYUKUR, ISA SAMAD CALON BN, PAS PUNYAI HARAPAN

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang

PORT DICKSON: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang.

Pencalonan Isa, 59, diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di sini hari ini.

Pilihan raya itu akan diadakan pada 11 Oktober manakala penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

Kerusi terbabit yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi pada pilihanraya umum lalu menjadi kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu. /Hmetro

`LABU- LABI'- AKU MIMPI JE KAU ADA, PILIHANRAYA JE KAU MUNCUL!!

Saiful muncul lagi menjelang pilihan raya kecil
Ali Hashim
Sun | Sep 27, 09 | 10:19:26 am MYT
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.

Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang.

Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock.

Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang.

Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini.

Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut.

Wujudnya Saiful menjelang PRK Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa PRK Permatang Pauh.Begitu juga dengan munculnya Tun Mahathir semasa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini. _/Harakahdaily

ISA SAMAD TETAP CALON BN DI BAGAN PINANG?

Kekal ISA?

29 Sep 2009 2:51AM

TAK lama lagi. Petang ini, Selasa semua orang akan tahu siapa yang akan jadi ayam tambatan Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil di Bagan Pinang.

Memang ramai yang tak sabar nak dengar pengumuman yang bakal dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin.

Berbeza dengan siri pilihanraya kecil sebelum ini kes Bagan Pinang agak unik sikit.

Bukan saja ini kali pertama pilihanraya kecil betul-betul akan diadakan di kubu buat UMNO tetapi yang paling hangat ialah tentang calon.

Ini kerana ia melibatkan nama Tan Sri Isa Samad yakni asalnya satu-satunya nama yang dikemukakan oleh UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk jadi calon pilihanraya kecil yang penting ini.

Namun teka teki menjadi semakin rancak Isnin bila Muhyiddin sahkan kepada para wartawan selepas satu majlis di Putrajaya bahawa UMNO Bahagian itu sudahpun serahkan lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan jadi calon kepada Perdana Menteri dan beliau.

Beliau tidak menyebut nama berkenaan.

Namun Muhyiddin kata beliau yakin calon yang akan diumumkan pada petang Selasa akan diterima oleh semua ahli parti dan parti-parti komponennya.

Sudah lapan kali sebelum ini ada saja yang ikut ceritanya serba tak kena tentang calon BN masa pilihanraya kecil.

AKAR UMBI TETAP YAKIN ISA DIPILIH

Walaupun di selubungi kontroversi di sebalik karier politiknya tetapi Barisan Nasional (BN) dijangka akan meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Pemilihan Isa sebagai calon dilihat dapat memenuhi kehendak pengundi DUN Bagan Pinang yang masih mahukan beliau berkhidmat kepada penduduk setempat berdasarkan perkhidmatannya sebelum ini sebagai menteri besar dan juga wakil rakyat di kawasan itu.

Berdasarkan rekod pengalamannya, Isa pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Linggi selama enam penggal, termasuk sepenggal sebagai Ahli Parlimen Jempol.

Menurut sumber, Umno Telok Kemang yakin kepimpinan Umno Pusat di bawah Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan membuat pilihan yang tepat berdasarkan kemampuan dan penerimaan seseorang itu di kalangan pengundi.

"Kita yakin (Umno) Pusat akan memilih Tan Sri Isa sebagai calon kerana beliau memang dikenali dan masih diterima oleh penduduk di sini.

"Dan BN perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya kerana faktor calon itu sendiri bakal menjadi penentu untuk BN mengekalkan penguasaan di Bagan Pinang," kata sumber tersebut kepada mStar Online.

Malah penerimaan Isa di DUN Bagan Pinang juga dilihat bersesuaian kerana beliau merupakan Ketua Umno Bahagian Telok Kemang di samping mempunyai rantaian sanak saudara dan keluarga yang ramai di situ.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).

Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN.

Sokongan dan penerimaan penduduk setempat terhadap Isa juga dapat dilihat berdasarkan cadangan pada peringkat awal oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang yang hanya menyenaraikan nama beliau sebagai calon.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, pada 4 September lepas. Azman adalah ADUN daripada BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 3 Oktober ini dan jika ada pertandingan, hari pengundian adalah pada 11 Oktober.

Dalam pada itu Bernama melaporkan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa BN telah menerima lebih daripada satu nama yang dicadangkan sebagai calon di DUN Bagan Pinang.

Muhyiddin turut berkata beliau yakin calon yang akan diumumkan BN pada petang esok tidak akan mendapat bantahan malah akan diterima oleh semua ahli parti dan parti-parti komponennya.

Kenyataan Muhyiddin itu mungkin sedikit sebanyak dapat memberi petunjuk kepada kemungkinan Isa akan dipilih sebagai calon untuk mewakili BN.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon yang paling layak untuk mewakili parti itu.

"Saya serah kepada pucuk pimpinan, saya sendiri pun tak tahu siapa yang akan dipilih, kita tunggu sahaja pengumuman yang akan dibuat oleh Timbalan Presiden esok," katanya.

Diminta mengulas sama ada BN akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang di DUN Bagan Pinang jika meletakkan calon berpengalaman seperti Isa, beliau berkata: "Saya enggan komen mengenai perkara ini, ini semua hanya spekulasi, saya yakin dengan keputusan kepimpinan peringkat pusat." / Agendadaily, Mstar


Kita yakin (Umno) Pusat akan memilih Tan Sri Isa sebagai calon