RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 2 April 2021

BERAPA CABANG YANG TOLAK MAHATHIR?

 

 
JUMLAH CABANG KEADILAN YANG LULUS USUL TOLAK MAHATHIR DAN PEJUANG SETAKAT INI (29/3/21).

JUMLAH CABANG SELURUH MALAYSIA - 222 CABANG 

CABANG YANG LULUS USUL TOLAK MAHATHIR DAN PEJUANG:

PAHANG

1. KUANTAN
2. TEMERLOH

N.SEMBILAN

1. PORT DICKSON
2. TAMPIN
3. JEMPOL 

TERENGGANU

1. K.TERENGGANU 

JUMLAH SETAKAT INI - 6 CABANG

BANYAK LAGI CABANG YANG BELUM ADAKAN MATC MASING2. BAGAIMANA DENGAN CABANG ANDA? KITA MAHU SUARA AKAR UMBI KEADILAN DIANGKAT KE KONGRES NASIONAL HUJUNG TAHUN INI.

Khamis, 1 April 2021

APABILA PAS SESAT MEMILIH KAWAN

 
Inilah komen yg keluar dari lebai Hadi selepas dia dan partinya disindir dan dibuli semahunya dlm himpunan agung umno baru2 ini. Soalannya, siapa yg melakukannya?

Sewaktu partinya berada dlm PR dulu, pernah tak partinya diaibkan sedemikian rupa dlm kongres atau konvensyen Dap atau Keadilan di hadapannya sendiri sebagai tetamu? Tidak pernah. Cuma ini berlaku dlm himpunan agung Umno iaitu rakan muafajat nasionalnya sendiri.

Parti Pas kata, tujuan Muafakat Nasional adalah untuk menyatukan melayu dan islam. Umno pun kata perkara yang sama kerana kononnya mahu lawan Dap. 

Nah, sudah bersatukah mereka? Umno tolak Bersatu. Pas pula bersama Bersatu tapi mahu juga kepada Umno. Malangnya, umno perlakukan Pas sedemikian rupa di khalayak ramai. Adakah ini yang dikatakan penyatuan melayu islam? 

Tanpa Keadilan dan Dap pun, melayu tidak boleh bersatu kerana apa? Ianya adalah kerana tiada keikhlasan di antara mereka. Sebab itu gabungan mereka tidak berkat dan tidak pernah aman. 
Pas lebih selamat dan dihormati oleh rakan sewaktu berada dalam PR dulu. Di bawah PR, negeri yg PR perintah, tetap ada Exco dari Pas dilantik sebagai tanda rakan. Samada di P.Pinang mahu pun di Selangor ketika itu. 

Sekarang Pas bersama MN kononnya. Di Pahang, ada tak Adun Pas dilantik jadi Exco? Di Kelantan dan Tganu, ada tak Adun Umno dilantik jadi Exco? Itukah yang dikatakan muafakat? Masing-masing lepas tengkuk masing2. 

Umno dengan stail Umno, masih perasan partinya kuat. Pas pula bermain dua kolam asalkan Pas untung. Prinsip sudah ke laut. 

Alhamdulillah, Keadilan tetap istiqomah dan tidak mudah menjual prinsip. Pelacur politik yang ada dalam Keadilan telah berhijrah ke rumah sebelah sana yang penuh sarat dengan pelacur2 politik.

AHLI-AHLI UMNO DIPERBODOHKAN OLEH MENTERI2 UMNO ?

Korang ahli umno kena bodohkan je oleh pimpinan korang, sedar tak? Berdegar2 dlm PWTC nak lawan Bersatu, siap ugut nak letak jawatan menteri bagai depan perwakilan, perwakilan pun bangun, menjerit penuh semangat..."hidup umno..."..

Keluar je dari dewan, menteri2 umno yg dok makan atas tapak tangan muhyiddin terus pergi rumah muhyiddin bincang. Walhal baru je , belum basah lagi tekak presiden umno hentam Bersatu, korang dah pergi melutut depan muhyiddin PM tiada majoriti dan mandat tu? 

Pastu korang perbodohkan ahli2 umno pulak. Korang kata akan letak jawatan apabila parlimen dibubar. Weyy...kalau parlimen dah bubar, tak perlu korang letak jawatan lah...semua jawatan dlm kabinet akan terbubar. Takkan sampai ke tahap itu nak perbodohkan ahli2 umno? Kalau walaun tu takpelah, mmg ramai yg kena perbodohkan oleh Hadi je....haha..

PEDULI APA UMNO KATA, ' NO ANWAR, NO DAP, NO BERSATU' ? KEADILAN PUN ADA SLOGAN ' NO MAHATHIR, NO PEJUANG, NO PENGKHIANAT"


Timbalan Ketua Pemuda Amanah ingatkan Anwar agar buat pendekatan lain dalam PH setelah jelas Umno sebut, " No Anwar, No Dap dan No Bersatu".

Apa yang Timbalan Ketua Pemuda Amanah ini merepek? Apa kaitan pendirian Umno dengan pendekatan serta prinsip yg dibawa oleh Anwar dalam PH? Semenjak bila Anwar bergantung dengan keputusan atau dasar Umno? Peduli apa Umno tolak Anwar pun kerana berkali2 Anwar sebut samada Keadilan mahupun PH tidak pernah berurusan dengan Umno.
Usahkan Umno, Mahathir yang korang sanjung tu pun dah lama tolak Anwar. Ada Anwar hairan? Imej Anwar sikit pun tak terjejas dengan apa jua keputusan Umno.

Apa yang penting, jika Umno ada slogan 'No Anwar, No Dap, No Bersatu", kami dalam Keadilan pun ada slogan ' No Mahathir, No Pejuang, No Pengkhianat".

Ahad, 21 Februari 2021

Sabtu, 20 Februari 2021

SIAPA TERINGIN BAWA MAHATHIR MASUK KE DALAM PH, CUBALAH.....


PH memberi ruang seluas2nya kpd Mahathir untuk terus menjadi PM sampai bila dia suka, tanpa tarikh, walaupun selepas APEC. Tapi Mahathir letak jawatan hanya kerana partinya Bersatu tidak lagi mendengar cakapnya. Mahathir lupa, yg angkat beliau sebagai PM bukannya Bersatu sahaja, tetapi tiga parti di dalam PH iaitu Keadilan, Dap dan Amanah juga dari Warisan. 

Wajarkah hanya kerana Bersatu tidak mahu dengar cakapnya, maka kesemua parti di dalam PH menanggung akibat hilang kuasa? Pengkhianatan terbesar Mahathir adalah meletakkan jawatan tanpa merujuk dan berbincang dengan Majlis Presiden PH yg mengangkat beliau sebagai PM. Jika benar beliau ada prinsip dan malu untuk menjadi PM kerana partinya tidak lagi mendengar kata2nya, mengapa tidak serahkan jawatan PM kepada Timbalannya, Kak Wan? Bukankah ketika itu tidak ada kesahihan dan bukti PH hilang sokongan majoriti samada melalui Parlimen atau Akuan Bersumpah? 
Akuan Bersumpah hanya muncul selepas beliau meletakkan jawatan. Jika beliau tidak nyanyuk, beliau akan pertahankan jawatan itu atau diserahkan kepada Kak Wan sehingga terbukti PH hilang sokongan. Malangnya, nawaitu beliau memang mahu hancurkan PH dan mahu jadi PM untuk kerajaan baru iaitu kerajaan perpaduan. Untuk apa? Untuk nafikan hak Anwar menjadi PM sepertimana yg dijanjikan. Sebab itulah, bila Agong nasihatkan beliau agar tidak letak jawatan, orang tua ini keras kepala kerana beliau yakin dapat sokongan majoriti untuk kali ketiga menjadi PM bawah kerajaan perpaduan.

Akhirnya, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Rakyat menjadi mangsa akibat pengkhianatan yg berlaku. Hingga hari ini rakyat menderita angkara Mahathir, Muhyiddin, Azmin dan sekutu2 yg lain yang ambil peluang menjadi pengkhianat mandat rakyat.

Justeru itu, hadapilah Mahathir sebagaimana kita hadapi rakan-rakan pengkhiatnya yang lain. Jangan sesekali buat kerja bodoh untuk bawa Mahathir ke dalam PH. Sesiapa pun yang cuba bawa Mahathir, itulah musuh rakyat dan kita akan tentangnya habis-habisan.