RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 3 Jun 2009

SELAMAT `MENOREH' UMNO DI MANEK URAI

Kelakar tak persembahan ini?? hehe..
Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT Datang Umno ke Manek Urai dan selamat juga diucapkan kepada jentera-jentera Umno yang akan menjadi `orang susah serta fakir miskin' di Manek Urai untuk beberapa minggu ini. Kepada yang bakal menjadi `penoreh sambilan' di Manek Urai, kita harap akan dapat bekerja dengan baik, telus dan berdisiplin tanpa melukakan pokok-pokok getah nanti. Jangan lupa kepada penduduk-penduduk di Manek Urai khususnya kepada penoreh-penoreh getah, anda boleh lah mengambil `cuti' tahun untuk beberapa minggu ini kerana anda akan dapat `penoreh' sementara untuk menyara keluarga anda.

Satu lagi strategi terbaik Umno akan dipamerkan di Manek Urai bagi membuktikan Umno sentiasa membela nasib orang-orang Melayu. Saya tidak pasti samada di masa akan datang terutamanya di Sarawak, apakah Umno/Bn akan turun `bercawat' atau memasang tindik besar di telinga sewaktu turun berkempen di kawasan pengundi orang-orang Penan. Begitulah keadaannya jika pemimpin sudah kehabisan idea bagaimana untuk membantu rakyat bawahan sehinggakan sanggup melakukan perbuatan aneh lagi melucukan.

Apakah pengundi-pengundi di Manek Urai akan menjadi `bodoh' selepas melihat aksi lawak antarabangsa Umno nanti? Kembali kita kepada pesanan Tuan Guru Nik Aziz yang juga MB Kelantan, apabila `diberi gula kita ambil, diberi kain kita pakai, diberi kerbau kita seret, tetapi undi PAS". Kini, kita tambah satu lagi ayat tersebut iaitu `apabila diminta pisau toreh, kita asahkan dan beri pada dia dan kita tidor di rumah, tetapi undi tetap PAS". Saya merasa khuatir bila mengingatkan bagaimana keadaan pokok-pokok getah itu nanti bila berebut-rebut puak-puak Umno dari jauh ini datang untuk menunjukkan kebolehannya menoreh. Lebih dikhuatirkan lagi apabila mereka bercadang pula untuk tidor di rumah-rumah penduduk di Manek Urai. Tidak dapat dibayangkan sekiranya tuan rumah mengajak mereka yang tidor di rumahnya itu sembahyang berjemaah dan menyuruh mereka ini menjadi Imam. Kalau sembahyang Zohor atau Asar boleh berkira juga, tetapi kalau sembahyang Maghrib, Isyak atau Subuh kena lah si Imam berkuat sedikit suaranya. Bayangkan jika yang datang menumpang tidor itu tidak pernah menjadi Imam, tentu melucukan.

Apa pun memang baik sangat Umno berbuat demikian. Maklumlah dengan cara apa lagi Umno nak buktikan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai bahawa Umno sekarang ini sanggup bersusah payah bersama rakyat walaupun seminggu dua. Biarkan sahaja Umno dengan gelagatnya itu. Itulah kelebihan Ketua Penerangan Umno yang baru dan diharapkan beliau juga akan turut menoreh bersama nanti. Menteri Penerangan pun boleh turun ke Manek Urai untuk menoreh kerana Rais Yatim adalah orang Jelebu yang kawasannya sendiri pun penuh dengan hutan bukit bakau yang tentunya sudah menjadi kebiasaannya.

Kepada pengundi-pengundi di Manek Urai, gunakanlah peluang ini untuk anda melihat sandiwara semasa oleh Umno. Apa yang penting, selepas Umno `menoreh' di kawasan anda, tentukan kita `toreh' pula Umno di peti undi nanti. Selamat `menoreh' Umno di Manek Urai.

Lain-lain artikel sila klik ---> wfauzdin.blogspot.com

SELAMAT BERMUKTAMAR - MENGAPA BLOGGER DILIHAT SEPERTI MENYOKONG HUSAM?

Mana satu pilihan PAS?


Oleh: WFAUZDIN NS


ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang sekali lagi untuk PAS meneruskan agenda perjuangannya bagi mencapai hasrat yang dituntut oleh Allah S.W.T. Selamat bermuktamar saya ucapkan kepada semua perwakilan dan ahli-ahli PAS seluruh negara. Saya penuh yakin, muktamar kali ini lebih baik, tersusun serta penuh etika dan bersih sepertimana muktamar-muktamar sebelum ini. Secara peribadi, saya ucapkan tahniah kepada Al Fadhil Tuan Guru Hj Hadi Awang yang telah mengekalkan jawatan Presiden PAS tanpa pertandingan. Sesungguhnya era kepimpinan Ulamak masih terus dipertahankan dan masih releven di kalangan ahli-ahli PAS dan ini membuktikan bahawa Ulamak mampu memimpin negara bahkan dunia ini.

Sejak kebelakangan ini sememangnya kita melihat aktiviti kempen di dalam PAS bagi merebut jawatan yang dipertandingkan agak berbeza dari muktamar-muktamar yang sudah. Hakikat ini terpaksa diterima oleh PAS kerana zaman telah mula berubah dan PAS kini semakin dilihat sebagai sebuah parti alternatif bagi menggantikan Umno yang semakin karat itu. Bezanya, kempen yang berlaku di dalam PAS sekarang terutamanya kempen oleh calon-calon itu sendiri terlalu jauh bezanya dengan cara kempen dalam pemilihan Umno. Sehingga kini, tiada satu pun aduan atau dakwaan berlakunya rasuah dalam apa bentuk punsepanjang kempen oleh calon-calon PAS yang bertanding. Inilah kelebihan yang ada pada PAS.

Oleh kerana PAS sudah menjadi parti yang mulai diterima oleh semua golongan dan etnik di negara ini, maka tidak hairanlah PAS juga menjadi perhatian kepada media-media perdana di bawah kawalan kerajaan Umno/Bn dan juga media alternatif lain seperti laman-laman web dan blog di internet. Kewujudan blogger yang bercambah dari masa ke semasa semenjak PR berjaya menjinakkan Umno/Bn, membawa maksud rakyat kini berminat untuk mendekati dunia politik yang serba mungkin ini. Apa yang lebih menggembirakan, kebanyakan blog-blog yang baru wujud adalah sebagai pendukung kepada PR dan juga peminat kepada PAS.

Mungkin terdapat satu dua blog yang dilihat seperti pro kepada PAS atau PR, tetapi mereka berfungsi umpama `api di dalam sekam' yang ingin melihat perpecahan akan berlaku di dalam hubungan antara PAS dengan rakan-rakan lain di dalam PR. PAS tidak perlu bimbang kepada blog-blog seperti ini kerana masih ramai blogger yang tetap akan memantau blog-blog pengkhianat tersebut dan kami bersedia menghadapinya bagi menentukan cita-cita mereka akan gagal. Sebagai contoh, mengapa seminggu dua ini terlalu banyak blog yang dilihat seolah-olah berkempen untuk YB Paduka Husam Musa? Saya akui di dalam blog saya ini juga banyak saya menulis tentang calon Timbalan Presiden PAS itu. Ini bukan bererti kami menyokong seseorang calon yang lain dan menolak calon yang lain. Kami banyak menumpukan kepada mempertahankan Husam adalah kerana beliau terlalu banyak dijadikan sasaran oleh pengkhianat-pengkhianat ini. Siapakah yang memulakan `peperangan cyber' seperti ini? Kami sedia menghadapinya semata-mata ingin melihat PAS terus hidup berganding tangan dengan rakan-rakan PR yang lain. Kami juga tidak mahu melihat PAS meninggalkan prinsip perjuangannya.

Kami pernah menegur dan mengkritik apabila terdapatnya pihak di dalam PAS menjalankan usaha `sulit' dengan pihak musuh di dalam keadaan PR mula mendapat kuasa di Selangor. Apakah kami anti kepada pemimpin tersebut? Sebenarnya kami tidak mahu pemimpin PAS terleka dan lalai dengan kemenangan yang baru diperolehi sehinggakan melupakan rakan-rakan sewaktu di dalam kesusahan. Sehingga kini pun masih terdapat beberapa pihak yang terlalu berselera dengan kerjasama bersama Umno. Lebih malang lagi, pemimpin ini sering mendapat kerjasama dari penulis blog seperti kami untuk mendewa-dewakan pemimpin berkenaan dan lantang mengkritik pemimpin yang menentang kelakuan biadap mereka itu. Di antara pemimpin yang menjadi sasaran mereka adalah Husam Musa, kerana Husam dilihat adalah seorang peimpin yang kritikal dan radikal menentang usaha bekerjasama dengan Umno. Sasaran dan matlamat mereka adalah Husam perlu `dibunuh' di dalam kerjaya politiknya.

Apakah apabila kami mempertahankan Husam tidak membantu memperkuatkan PAS? Atau mungkinkah apabila kami menyokong pemimpin yang telah keluar dari `kelambu' PR secara sembunyi-sembunyi dan merangkak memasuki `kelambu' Umno di tengah malam akan memperkuatkan PAS juga? Inilah persoalannya dan inilah juga jawapannya mengapa kami begitu simpati dengan Husam dan begitu kritis dengan pemimpin yang merangkak malam tersebut. Mengapa pula kami tidak banyak memaparkah tulisan berkaitan Mat Sabu? Mungkin kerana Mat Sabu tidak diserang sehebat Husam. Saya hanya memaparkan petikan temubual bersama Mat Sabu kerana inginkan pengunjung blog saya yang sedikit ini tahu arah perjuangan Mat Sabu (Sila lihat ).

Mat Sabu pada saya layak dijadikan pemimpin nombor dua di dalam PAS walaupun beliau bukan Ulamak. Ulamak bagi saya adalah yang komited terhadap perjuangan Islamnya dan tidak akan mengkhianati rakan-rakannya apatah lagi merangkak secara sembunyi diwaktu malam. Bagi saya Ulamak jenis yang merangkak dan merayap ini bukan Ulamak, tetapi `Ular dalam semak'.

Sekali lagi diucapkan selamat bermuktamar kepada semua perwakilan, mudah-mudahan Allah memberi pertunjuk kepada semua untuk memilih kepimpinan yang terbaik di dalam PAS. Saya secara peribadi memohon kemaafan sekiranya di dalam beberapa tulisan saya menyinggung perasaan mana-mana pihak kerana saya terlalu menyayangi PAS. Walau sesiapa pun yang terpilih selepas ini, saya percaya semua pihak kena akur dengan kehendak perwakilan yang membawa suara hati ahli-ahli PAS di akar umbi. Mudah-mudahan PAS akan terus kuat dengan kepimpinan yang baru nanti, InsyaAllah.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

KISAH PENGAMPU TERLEBIH AMPU DI UTUSAN

OLEH: WFAUZDIN NS

UTUSAN Malaysia baru-baru ini telah dikritik oleh Zaid Ibrahim bekas Menteri yang juga bekas pemimpin Umno. Ini adalah kerana sebuah artikel yang bertajuk`Melayu Di khianati' yang ditulis oleh Awang Selamat. Di dalam tulisan tersebut dinyatakan bahawa kaum bukan Melayu telah membuat tuntutan yang melampau batas. Maka, artikel yang disiarkan oleh akhbar tersebut telah menjadi sasaran kecaman ramai pihak termasuk oleh Zaid Ibrahim. Siapa tidak kenal Awang Selamat? Sesiapa pun yang menjadi PM negara ini semuanya akan dipuji dan dipuja oleh Awang Selamat.

Tetapi kali ini Awang Selamat tidak begitu selamat. Tulisan beliau di dalam akhbar yang semakin mundur ke belakang itu ditegur pula oleh orang nombor dua dalam kerajaan. TPM Muhyidin Yasin kelihatan amat tidak senang dengan tulisan si Awang tersebut (Baca http://www.malaysiakini.com/news/105679 ). Mungkin nawaitu si Awang ini adalah untuk `mengipas' orang-orang di atas, tetapi mungkin terlalu laju kipasannya maka kipas terkena batang hidung orang yang ingin dikipasnya. Saya tidak faham mengapa orang seperti Awang ini yang sudah terlalu lama berada di dalam akhbar arus perdana seperti itu masih tidak memahami situasi politik di negara ini. Isu perkauman sebenarnya sudah lama tidak mendapat tempat di hati rakyat kecuali kepada beberapa NGO yang juga satu kumpulan `kaki kipas' seperti Awang juga. Maudhu' yang ingin dibawa oleh Si Awang ini nampaknya telah basi malah berulat dan tidak lagi mendatangkan selera untuk sesiapa pun membacanya. Bahkan, TPM sendiri pun mungkin nak termuntah membacanya.

Semua parti di dalam negara kita sekarang sudah tidak bermain dengan isu perkauman lagi termasuk Umno yang terlalu kuat kemelayuannya sekarang pun mula memperkenalkan konsep `Satu Malaysia'. Tahukah Awang apa yang Najib hendak bawa di dalam konsep tersebut? Jika Awang tidak tahu, lebih baik undur diri dari berkhidmat di akhbar Utusan Malaysia kerana akhbar tersebut merupakan `lidah' buat Umno. Saya merasa bangga kerana akhirnya pemimpin Umno mulai merestu pendekatan yang diperkenalkan oleh DS Anwar serta PR yang tidak lagi memuliakan atau mengagung-agungkan mana-mana kaum sehinggakan memijak kaum yang lain. Rakyat Malaysia sudah terlalu lama bermain dengan isu perkauman dan kini adalah masanya untuk membangun bersama tidak kira mana-mana kaum sekali pun. Ini lah yang ingin dibawa oleh PR dan inilah juga yang cuba ditiru oleh Najib sekarang.

Sayang seribu kali sayang, usaha Umno sudah terlambat kerana rakyat terlebih dahulu mendapat laba dari usaha PR. Rakyat kini telah menilai pihak manakah yang sebenarnya ikhlas berjuang untuk semua kaum dan pihak manakah yang hanya cuba `copyright' dari dasar PR ini. Apabila Umno/Bn sekarang sedang bersusah payah untuk mengembalikan sokongan dari kaum-kaum bukan Melayu kepada Umno/Bn, tiba-tiba si Awang ini bercerita tentang perkauman lagi. Apa yang melampaunya tuntutan bukan Melayu seperti yang dimaksudkan oleh si Awang ini ? Hak bersuara ? Demokrasi ? Pendidikan atau Ugama ? Apa yang mereka mahu yang menyebabkan si Awang jadi tidak keruan?

Saya ingin menasihatkan Awang, jika ingin mengampu sekalipun jangan terlebih ampu. Jika mahu `jack' kereta pun janganlah sampai kereta jadi terbalik pula, nanti menimpa diri sendiri. Cukuplah buat Awang karang tulisan untuk menghentam DS Anwar, Tuan Guru Nik Aziz ataupun Husam Musa kerana tulisan seperti itu mungkin menyelerakan pimpinan Umno untuk membacanya kerana rakyat tidak lagi berselera dengan Utusan Malaysia. Awang pun tahu sekarang bagaimana prestasi pengeluaran akhbar tesebut sejak setahun kebelakangan ini.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Utusan Malaysia Berkempen Untuk Calon Timbalan Presiden PAS?

http://kickdefella.files.wordpress.com/2009/05/menilai-hujah-husam.jpg?w=230&h=300&h=342

Nampaknya, suara rasmi UMNO, Utusan Malaysia sedang berkempen lagi untuk calon idaman kalbu UMNO dan BN.

Artikel terbaru pengarang Utusan, Zulkiflee Bakar bertajuk ”Menilai Hujah Husam” mendedahkan kepada kita betapa bencinya Utusan Malaysia kepada Husam Musa.

Jelaslah, bahwa satu-satunya calon yang dibenci dan ditakuti oleh UMNO/Utusan Malaysia adalah Husam Musa. Jelas juga, bahawa UMNO amat takut calon idaman hati mereka kalah dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden mereka.
Zulkiflee Bakar juga menulis:

” Sebenarnya Husam terlupa bahawa kelompok yang benar-benar membenci UMNO sehingga tidak boleh duduk semeja berbincang ialah PKR bukan Pas, ini kerana PKR ditubuhkan atas dasar dendam dan benci akibat apa yang berlaku kepada Anwar. Oleh itu dengan hujah Husam tersebut apakah ia bermakna beliau sendiripun sudah terpengaruh dengan politik sempit yang dibawa oleh PKR? Hanya Allah Maha Mengetahui”

Ia mengesahkan bahawa UMNO tidak mahu Husam menjadi Timbalan Presiden kerana tidak mahu usaha membawa PAS kepada UMNO ini dihentikan.

Zulkiflee Bakar juga menampakkan kebodohan dan ketonggongan beliau berkenaan dengan PAS. Hakikatnya, kuasa atau faktor yang menyebabkan PAS tidak mahu langsung merapati UMNO sekarang ini adalah faktor Tok Guru Nik Aziz dan tiada kena mengena dengan Anwar Ibrahim.

Kalau sayang sangat Utusan Malaysia dan UMNO kepada ulama, maka pergilah memohon maaf kepada keluarga dan balu Ustaz Ibrahim Libya yang kamu telah bunuh dan fitnah selama ini.

Jangan bersandiwara dan berdondang sayang kononnya kamu sayangkan ulama dan kamu sayangkan Islam. Kata-kata kamu hanya dusta semata-mata.

Hakikatnya UMNO adalah hamba kepada tokeh2 judi dan arak di Malaysia ini.

Untuk membaca lagi berkenaan dengan dosa-dosa UMNO kepada PAS sila klik:

http://kickdefella.wordpress.com/2009/05/31/menjawab-rencana-zulkiflee-bakar-mingguan-malaysia/

Disenaraikan bukti betapa Kelantan ditindas oleh Kerajaan Pusat selama ini adalah atas desakan pimpinan2 UMNO Kelantan semata-mata.

Tolonglah para perwakilan semua. Kalau tak suka kat Husam Musa pun, undilah Abg Mat SAbu. Janganlah undi calon yang mahu merapatkan hubungan dengan mereka yang telah membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan memfitnah beliau.

Sayanglah PAS dan sayanglah Islam. Janganlah beri peluang UMNO menghancurkan Islam sebegini rupa.

Sumber: http://perisik-rakyat.com

TIMB PRESIDEN PAS - TEMUBUAL DENGAN MAT SABU



Isu bertemu dengan sesiapa itu tidak menjadi masalah, saya sendiri sentiasa bermuzakarah dengan ahli-ahli Umno dan DAP di lapangan terbang - Mat Sabu

Oleh Nurul Ain Mohd Hussain

PEMILIHAN PUSAT PAS pada kali ini memperlihatkan tumpuan beralih kepada kerusi Timbalan Presiden. Tiga calon memutuskan untuk merebut jawatan nombor dua parti itu: Nasharuddin Mat Isa iaitu penyandang jawatan, dan dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Dalam parti mereka bukan muka baru.

Mohamad Sabu atau lazimnya dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau menerima hakikat yang beliau memang calon ‘underdog’. Namun kadangkala calon ‘underdog’ juga boleh menang, katanya ketika ditemui mStar Online.

Ikuti temu bual bersama beliau bersama NURUL AIN MOHD HUSSAIN.

MSTAR Ini kali pertama menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden, apakah faktor yang mendorong bertanding jawatan tersebut?

MOHAMAD SABU Perkembangan PAS muktahir ini terutamanya selepas terbentuknya Pakatan Rakyat. Orang-orang bukan Islam mula mendekati PAS dan menghormati pemimpin-pemimpin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz, kehebatan beliau memerintah dengan penuh tanggungjawab, tidak terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tidak membina kekayaan untuk peribadi dan kaum keluarga.

Orang Cina terutama sekali amat benci dengan isu rasuah dan politik wang kerana saya pasti mereka adalah pembayar cukai paling besar di negara kita. Orang Melayu pun ada bayar cukai tapi ia lebih kepada cukai secara tidak langsung. Mereka (orang Cina) merasakan sudah tiba masanya mereka mencari alternatif lain untuk mencari parti memerintah baik dan selepas piliihan raya umum ke-12 Mac lalu, mereka melihat Pakatan Rakyat merupakan alternatif yang terbaik.

Jadi untuk lebih mendekati orang-orang bukan Melayu, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ahli sukan, golongan belia, golongan seni dan budayawan saya menawarkan diri untuk memainkan peranan dalam bidang itu untuk membawa mereka bersama dengan PAS. Selepas Presiden (Datuk Seri Hadi Awang) berjaya mendapat sokongan NGO dan beberapa pertubuhan Islam. Saya lihat saya boleh membantu Presiden untuk menambah sokongan bukan Islam, seniman dan sebagainya. Kebetulan saya terlibat secara tidak langsung dalam Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bersama-sama Sasterawan Negara, Tan Sri A. Samad Said, saya boleh memainkan peranan dalam nidang ini untuk meluaskan pengaruh PAS.

MSTAR Bagaimana melihat saingan tiga penjuru untuk merebut jawatan Timbalan Presiden, sedangkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Husam Musa dilihat sebagai calon ‘favourite’ untuk memenangi jawatan tersebut?

MOHAMAD SABU Saya tidak mahu komen hal mereka. Ini keputusan saya, saya telah tawarkan diri. Saya yakin akan dapat sokongan daripada ahli PAS sendiri khasnya di Pantai Barat amat memberangsangkan terutamanya untuk meningkatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

MSTAR Ada yang melihat pendirian Ustaz dalam isu-isu tertentu lebih liberal berbanding Ustaz Nasha dan Datuk Husam sendiri. Apa komen?

MOHAMAD SABU Saya tak mahu membandingkan dengan orang lain. Saya melihat orang bukan Melayu mereka menggemari cara dan pendekatan yang saya gunakan. Saya mudah digauli dengan pemimpin-pemimpin DAP, golongan NGO dan Parti Keadilan. Ini bukan sahaja soal parti ia juga turut melibatkan peribadi seseorang individu itu. Itu sebabnya saya menawarkan diri dalam bidang yang saya rasa saya boleh memainkan peranan.

MSTAR Ada kemungkinan Ustaz sendiri berkompromi dengan Datuk Husam atau Ustaz Nasha dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan kali ini?

MOHAMAD SABU Sekarang ini saya bertanding secara bersendirian tidak ada pakatan politik dengan mana-mana calon. Saya atas kapasiri diri sendiri.

MSTAR Bagaimana dengan sokongan yang diterima setakat ini?

MOHAMAD SABUAlhamdulillah bagus sekali. Memang orang kata saya calon ‘underdog’ namun kadangkala calon ‘underdog’ juga boleh menang... Itu kita kena ingat.

MSTAR Apakah visi dan misi Ustaz jika memenangi jawatan Timbalan Presiden?

MOHAMAD SABUPAS perlu bergerak mendokong gerakan massa. Jika PAS hanya mengharapkan kepada sokongan orang Melayu semata-mata, kita akan dapat memerintah Kelantan dan Terengganu secara sahaja. Jadi untuk melebarkan pengaruh kita perlu berkerjasama dengan kaum-kaum lain dan pertubuhan NGO. Dalam masa yang sama, perjuangan kita menentang isu rasuah, nepotisme, penyalah gunaan kuasa perlu diteruskan kerana dalam semua agama, perkara-perkara yang diperkatakan itu sangat ditegah dan kita menghormati orang yang berprinsip, ini yang perlu diketengahkan.

Ulama-ulama PAS perlu muncul untuk menjadi pimpinan ummah kepada sekalian rakyat merentasi kerangka sebagai parti Islam kepada parti yang boleh diterima oleh apa jua kaum tanpa mengira apa jua fahaman agama yang dianuti oleh mereka.

MSTAR Adakah Ustaz merasakan isu penahanan Ustaz oleh pihak polis dalam beberapa perhimpunan seperti Gerakan Mansuh ISA, PPSMI dan sebagainya memberikan ‘nilai politik' kepada Ustaz?

MOHAMAD SABU Saya akan teruskan kerana untuk mendapatkan demokrasi, keadilan, kita kena hadapi benda-benda ini. Oleh keran itu, saya dipilih oleh Presiden untuk mengetuai bahagian demokrasi mobilisasi yang bermaksud mendapatkan hak berhimpun, hak bersuara, kebebasan akhbar. Hal ini pula ia berkaitan dengan pertubuhan NGO yang lain seperti Suaram... sebab itu program saya dalam PAS adalah bersama-sama dengan pertubuhan NGO berkenaan, itu yang kena tangkap selalu.

MSTAR Bagi jawatan Timbalan Presiden PAS ia melibatkan saingan tiga penjuru, adakah perkara ini akan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli-ahli parti?

MOHAMAD SABUPAS Tidak.. tidak. Saya sendiri, berkali-kali kalah dalam pemilihan Naib Presiden sebelum ini (sebelum tahun 2007). Bagi saya ia bukan menjadi satu masalah, sebab kita yang menang jawatan bukan dapat apa pun yang kalah pun bukan dapat wang berjuta... PAS bukan guna wang, ia hanya saingan kepimpinan bukan saingan untuk menindas kawan yang tewas. PAS bukan parti seperti itu..

MSTAR Bagaimana pula dengan isu yang mengatakan dalam PAS ada dua kumpulan iaitu kumpulan ‘Erdogan’ dan kumpulan pro-muzakarah, sejauh mana kebenaran isu ini?

MOHAMAD SABU Itu yang akhbar yang melabelkan sedemikian. Dalam PAS, kami tidak ada kumpulan-kumpulan tertentu, semua ahlinya sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.

Isu bertemu dengan sesiapa itu tidak menjadi masalah, saya sendiri sentiasa bermuzakarah dengan ahli-ahli Umno dan DAP di lapangan terbang dan sebagainya, tetapi apa jua bentuk perbincangan dalam bentuk keputusan tentulah ia keputusan parti. Isu penubuhan kerajaan perpaduan dan sebagainya perlu di bawa dan dibincangkan dalam muktamar.

MSTAR Isu politik wang ini sejauh mana kebenarannya, adakah ia akan memberi imej yang negatif terhadap PAS?

MOHAMAD SABU Saya tak nampak perkara itu berlaku dalam PAS. Saya lihat ini satu usaha untuk menyamakan PAS dengan Umno barangkali. Kalau ia ada, saya tidak akan bertolak ansur, tapi saya yakin ia tidak ada dalam PAS.

MSTAR Adakah kepimpinan ulama akan terus menunjangi PAS atau golongan profesional atau golongan aktivitis dan sebagainya wajar diberikan ruang untuk memperkasakan PAS?

MOHAMAD SABU Saya seorang yang mendokong kepimpinan ulama. Misalnya Majlis Syura Ulama itu jika ditawarkan kepada saya, saya akan menolaknya kerana saya tak mampu dan saya bukan orangnya. Pemimpin dalam Majlis Syura yang memandu PAS dari sudut disiplin dan dasarnya. Bahkan saya mahu Majlis Syura itu diperkukuhkan sampai peringkat Majlis Syura boleh memecat Presiden jika dia dilihat menyeleweng daripada perjuangan PAS. Jadi saya amat mendokong kepimpinan ulama. Tapi bagi jawatan Presiden dan ke bawah itu adalah jawatan eksekutif, yang terbuka, boleh terdiri daripada golongan ulama mahupun profesional. Janji dia bertakwa dan yang menjaga kesucian agama Islam. Ia patut lebih terbuka dalam isu ini.

MSTAR PAS semakin diterima di kalangan masyarakat bukan Islam, adakah ini akan membawa perubahan dari aspek perjuagan dan halatuju PAS selepas ini?

MOHAMAD SABU Peranan PAS tidak akan berubah. Pandangan orang bukan Islam terhadap PAS telah jauh berubah. Media baru telah memberi persepsi yang berbeza kepada golongan muda. Kita sentiasa membuka ruang. Kelab Penyokong PAS pada ketika ini pun jumlah keahliannya sudah mencecah puluhan ribu. Jadi di sinilah tugas Majlis Syura untuk menentukan mereka (ahli Kelab Penyokong PAS) akan diterima sebagai ahli PAS atau tidak.

MSTAR Harapan ustaz menjelang Muktamar PAS kali ini?

MOHAMAD SABU Saya serah kepada perwakilan untuk menilai saya dari sudut prestasi dan lain-lain. Mereka yang akan menentukan, saya tidak ada tawaran yang lebih, tambah kalau duit tak ada langsung. Insya-Allah saya yakin untuk menang. / Mstar



TIMBALAN PRESIDEN PAS - SIAPA KITA NAK PILIH?

KUALA LUMPUR : "Saya tahu ramai yang sudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada Husam Musa sejak tahun lepas. Sehingga ada blog "Anti Husam" yang diadakan khas untuk menyerang Husam Musa. Dan ada pula penulis upahan yang telah menulis buku untuk memfitnah Husam Musa dan akan dilancarkan sempena Muktamar depan ini. Ramai yang tak tahu, penulis upahan ini telah disaman oleh Husam Musa dua kali kerana beliau telah menuduh Husam tanpa bukti sebelum ini."

Demikian kata sepucuk emel dari Tulang Besi yang dihantar melalui "Penyokong Pas " kepada saya sebentar tadi. Agak menarik untuk difikirkan dan saya apungkan untuk tatapan anda semua.

Tulang Besi meminta mereka yang meragui Husam Musa, supaya mengundi Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Janganlah mengundi calon Timbalan Presiden yang disukai dan diidami oleh Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, cukuplah perpecahan dan persengkataan dalam PAS yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan dan bernafsu besar seperti mereka yang terlibat dalam Fraksi Umno ini. Mereka ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS malahan mereka akan menjadikan PAS alat untuk menyelamatkan Umno sahaja.

Fraksi Umno ini adalah golongan yang tiada maruah dan mereka sanggup mengorbankan PAS semata-mata cita-cita dan kepentingan pribadi mereka sahaja.

Yang lebih menyedihkan, ulasnya, mereka sanggup menukar isu ini kepada kononnya menentang ulama. Sesiapa yang dilihat menentang usaha membawa PAS masuk Umno akan di cop menentang ulama. Begitu lah jahat dan jijik taktik yang dibawa oleh Fraksi Umno ini demi menyelamatkan Umno yang tercinta.

"Tidak disangka sebahagian dari ulama dalam PAS ini adalah dari jenis Harussani Zakaria dan mereka sanggup menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan untuk menyelamatkan Umno," katanya keras.

Menurutnya, Husam menjadi mangsa mereka yang utama sebab tindakan Husam selama ini yang membawa PAS kepada arah yang lebih baik dan menurunkan populariti golongan totok dalam PAS. Pada PRU 2004, golongan totok ini menguasai keseluruhan imej dan tawaran PAS kepada umum. Hasilnya, PAS hilang Terengganu dan hilang semua kerusi di Perak dan Selangor.

Pada 2008, dakwa Tulang Besi, kaedah baru digunakan melalui usaha dan idea dari golongan "erdogan" atau "professional". Misalnya, digunakan slogan "PAS for All", di "engage" HINDRAFF, di tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Hasilnya, tambah beliau lagi, PAS mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah PAS. Sekarang golongan totok ini mahu "membunuh" golongan professional/"erdogan" ini kerana:

a. Mereka mahu menyelamatkan Umno
b. Mereka mahu "hijack" kemenangan PAS ini dan menjadikan kemenangan ini seolah-olah hak mereka.
c. Mereka mahu memastikan PAS kembali kepada PAS sebelum 2004 sebab cara baru PAS ini bukan idea dari mereka.

"Bayangkan, orang yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan Terengganu sekarang ini memacu usaha membawa PAS masuk BN."

Di Kelantan dakwa Tulang Besi, mereka memfitnah Husam Musa atas ke bawah sebab Husam Musa bertegas tidak mahu memberi balak kepada mereka ini. Kalau ditakdirkan Husam mengikut kehendak puak-puak ni, nescaya PAS akan kalah 2008 lepas. Maka Husam telah difitnah sehabis-habisnya untuk memastikan HUsam tidak naik dan penguasaan mereka terhadap balak di Kelantan dikekalkan.

"Di peringkat nasional, sekiranya Husam Musa dipilih, nescaya Umno akan tersunggkur PRU-13 kelak. Baru ni pun, Zahid Hamidi lari lintang pukang tak berani berdebat dengan Husam Musa setelah percubaan memfitnah Husam dengan tuduhan politik wang gagal," dakwa Tulang Besi penuh yakin.

"Oleh sebab itu, saya menyeru kepada mereka yang tidak menyukai Husam Musa, supaya mengundi Abg Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Kalau tidak, maka PAS hanya akan menjadi kuda tunggangan Umno sahaja dan akhirnya PAS terpaksa tunduk kepada tokeh judi dan arak, yakni yang menjadi pembiaya kepada Umno.

"Ingat, Najib Tun Razak tak sampai sebulan jadi MOF telah meluluskan 10 "Special Draw" yang baru. Tolonglah jangan jadikan PAS sebagai hamba kepada tokeh2 judi dan arak macam Umno," ujar beliau mengakhiri emel tersebut.

Sumber - SANGGAHTOKSAGO.COM

Selasa, 2 Jun 2009

KENAPA HUSAM PERLU TUTUP MULUT?

OLEH: WFAUZDIN NS

Sejak kebelakangan ini nampaknya serangan terlalu banyak tertumpu kepada calon Timbalan Presiden PAS YB Husam Musa. Bukan sekadar media perdana yang pro Umno dilihat semakin menyerang Husam, bahkan ada blog tertentu yang dikenali sebagai blog pro PAS juga dilihat menumpang untuk menyerang Husam. Saya teringat pesanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika hayatnya pernah berpesan, sekiranya secara tiba-tiba media pro Umno, atau Umno sendiri suka kepada seseorang tokoh di dalam PAS, maka ahli-ahli PAS perlu berhati-hati terhadap tokoh itu. Saya kurang arif siapakah tokoh yang amat diminati oleh Umno sekarang.

Di sini saya merasa kurang puas hati apabila terdapat suara yang kurang senang apabila YB Husam membuka mulut. YB Husam telah diserang bertalu-talu sehinggakan baju yang dipakainya pun menjadi `trade mark' penulis tertentu. Tetapi, adilkah YB Husam teruskan berpuasa mulut? Sudah tentu tidak adil, bagi saya YB Husam mesti bangkit melawan untuk mempertahankan maruahnya. Jika YB Husam tidak mampu bertahan untuk membela dirinya, mana mungkin ahli-ahli PAS boleh berharap YB Husam mampu membela partinya sendiri. Saya sejak dahulu memahami mengapa beberapa puak begitu ingin melihat YB Husam tersungkur di dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS kali ini. Sepertimana YB Husam pernah katakan, beliau sanggup kalah jika PAS tidak bersetuju dengan cara perjuangan dan pendekatannya. Tetapi, YB Husam perlulah terlebih bangun untuk menerangkan apakah tujuan beliau untuk menawarkan dirinya di kerusi nombor dua PAS itu. Maka, tiada jalan lain bagi YB Husam melainkan dengan cara berkempen. Salahkah berkempen di dalam PAS ? ( Rujuk http://wfauzdin.blogspot.com/2009/06/calon-pas-mesti-berkempen-untuk.html )

Begitu juga dengan calon-calon yang lain di dalam PAS yang ikhlas untuk menawarkan diri bertanding. Sikap pasif serta lebih percaya kepada perwakilan dan ahli-ahli PAS untuk membuat pilihan bukan merupakan langkah yang bijak. Zaman sekarang ahli-ahli mudah terpesong dan bukan sedikit yang terlalu mudah termakan umpan. Sehubungan itu, calon-calon mesti menerangkan prinsip, pendekatan dan hala tuju yang akan dibawa oleh mereka sekiranya mereka dipilih. Apa yang penting, kempen yang hendak dijalankan mestilah mempunyai hadnya dan jauhkan dari segala bentuk kempen yang dipertontonkan oleh Umno. Saya percaya PAS asti akan bangun sebagai sebuah parti yang lebih kuat di masa akan datang tidak kira siapa pemimpin mereka.

WFAUZDIN.BLOGSPOT. COM

CALON PAS MESTI BERKEMPEN UNTUK KEBAIKAN PARTI

Oleh: WFAUZDIN NS

Tidak dapat dinafikan tidak pernah terjadi sebelum ini pemilihan pimpinan di dalam PAS menjadi begitu panas dan hangat. Penglibatan ramai tokoh-tokoh PAS bertanding adalah menjadi salah satu faktor pemilihan kali ini disertai dengan kempen secara terbuka mahu pun secara sulit. Persoalannya, adakah berkempen merupakan satu kesalahan di dalam PAS? Jika jawapannya salah, maka sukar untuk difahami apakah PAS sebuah parti yang mendukung demokrasi atau pun tidak. Saya percaya PAS menjunjung demokrasi tetapi jauh lebih baik dan mulia daripada cara Umno mempraktikkan demokrasi dalam parti mereka.

Di dalam pemilihan kali ini, jawatan Timbalan Presiden PAS dan juga Naib Presiden adalah dua jawatan yang begitu panas dan hangat. Kesemua tokoh-tokoh yang bertanding adalah hebat-hebat belaka serta mempunyai kredibiliti masing-masing. Mereka mempunyai akhlak yang baik, berpengetahuan agama meski pun terdapat di dalamnya bukan golongan Ulamak, dan tidak pernah mempunyai rekod yang buruk. Maka, sudah tentulah menjadi masalah kepada perwakilan yang bakal mengundi untuk memilih siapa yang layak menduduki kerusi bagi jawatan-jawatan tersebut. Anehnya, pemilihan kali ini juga menarik minat Umno bahkan dikatakan Umno meminati tokoh-tokoh tertentu dan berharap agar tokoh yang diminatinya itu berjaya menduduki kerusi penting PAS ini nanti. Terdapat juga beberapa tokoh yang amat ditakuti oleh Umno dan usaha dikatakan sedang berjalan untuk menentukan tokoh tersebut tersungkur kali ini. Begitulah hebatnya PAS sekarang, bukan seperti PAS di zaman Almarhum Ustaz Asri mahu pun di zaman Almarhum Hj Yusof Rawa. Plan kehebatan PAS mula dilihat ketika era Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan plan tersebut diikuti jalannya oleh Presiden PAS sekarang Tuan Guru Hj Hadi Awang. Terdapatkah usaha untuk mengubah plan yang terbentuk cantik itu?

Saya terbaca satu komen di dalam sebuah blog yang kelihatan amat seperti bersusah hati melihat suasana kempen di dalam PAS sekarang. Saya tidak faham kenapa mereka yang seperti ini amat gusar dengan keadaan yang berlaku. Apa yang paling menggusarkan kita sekiranya kempen yang dilakukan berjalan dalam suasana tidak baik, tidak beretika dan tidak bermoral seperti yang dilakukan oleh pihak lawan kita itu. Bagi saya semua ahli PAS wajib mengetahui mengapa mereka memilih pemimpin anu dan si anu itu kerana jika dilihat ketokohan mereka sama-sama hebat begitu juga dengan akhlak dan moral masing-masing. Beza di antara pemimpin-pemimpin tersebut mungkin dari segi pendekatan masing-masing untuk merealisasikan PAS sebuah parti yang disegani, ditakuti serta releven untuk semua golongan rakyat di negara ini. Tidak ada seorang pun jika kita lihat di dalam senarai calon-calon PAS yang bertanding itu menolak dasar PAS. Jadi, apa perlunya kita bimbang jika kempen dilakukan semata-mata untuk menyatakan wawasan dan corak yang akan mereka bawa agar tidak lari dari dasar PAS? Jika tidak adanya kempen, sudah tentu ahli-ahli PAS tidak tahu apakah wawasan dan kaedah yang ingin dibawa oleh pemimpin berkenaan.

Cara pemilihan zaman dahulu kala sewajarnya patut dilupakan ketika PAS sekarang semakin dekat dihati rakyat. PAS perlu bergerak di dalam berbagai cara asalkan tujuannya satu iaitu untuk menegak dan mendaulatkan Islam di negara ini. Jika suatu ketika dahulu pemimpin PAS hanya dipilih berdasarkan watak keperibadian, ilmu agamanya, akhlak dan moral tetapi kini PAS mempunyai ramai pemimpin seperti itu. Kriteria untuk menjadi pemimpin PAS harus ditambah selari dengan kekuatan PAS sekarang. PAS perlu kepada pemimpin yang sentiasa menjaga hubungan rapat dengan rakan-rakan pembangkang yang lain tetapi jangan sampai mengenepikan dasar PAS. Sebagai contoh, Husam Musa dikatakan adalah seorang dari pemimpin yang pro DS Anwar dan pro Pakatan Rakyat, tetapi secara jelas, terang dan nyata Husam Musa tegas menetapkan pendiriannya bahawa Islam akan tetap ditegakkan jika PAS berkuasa (rujuk perdebatan Husam - Khairy di Kelantan). Lupakan berkaitan isu `Erdogan' di dalam PAS. Saya tertarik dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan isu `Erdogan' ini (Rujuk http://wfauzdin.blogspot.com/2009/06/edogan-dalam-pas-boleh-kalahkan-umno.html)

Pada saya kempen yang berlaku di dalam PAS sekarang akan lebih mendewasakan PAS. PAS tidak lagi digelar parti yang jumud dan tidak berubah untuk berbuat sesuatu bagi mencapai impiannya. Apa yang kita lihat kempen yang dikatakan `kotor' yang telah berlaku di dalam PAS sekarang sebenarnya tidak wujud. Yang wujud hanyalah kempen yang dilakukan oleh pihak lain melalui media alternatif yang kita tidak tahu apakah tujuannya. Saya dapat mengenalpasti seorang penulis politik (tidak perlu disebut nama) yang terlalu aktif di dalam kempennya untuk memenangkan tokoh kesukaannya sehinggakan sanggup menjaja cerita yang bukan-bukan. Saya percaya itu bukan cara calon-calon PAS berkempen, tetapi kita harus mengenali penulis seumpama ini. Penulis haprak seperti itu hanya layak menulis karya mereka semasa Perhimpunan Agung Umno sahaja.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

SPRM PERLU SIASAT SEGERA - PEMUDA PAS TERENGGANU

Mat Zain Mat Isa
Tue | Jun 02, 09 | 12:21:00 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Terengganu mendesak Menteri Besar, Dato' Ahmad Said memberikan penjelasan segera berhubung keruntuhan bumbung utama di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, kira-kira 15 kilometer dari sini yang berlaku pagi Selasa (2 Jun).

Timbalan Ketuanya, Ustaz Wan Sukairi Abdullah dalam kenyataan awal kepada Harakahdaily melahirkan rasa terkejutnya di atas kejadian yang amat memalukan itu. Ia malah dianggap tidak sepatutnya berlaku memandangkan stadium bernilai lebih RM200 juta itu baru sahaja siap dibina lebih setahun lalu dan dikatakan masih dalam jaminan pihak kontraktor.

Stadium yang merupakan komponen utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu baru siap dibina lebih setahun lalu. Ia pertama kali digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Seluruh struktur bumbung yang memayungi tempat duduk utama di stadium itu dilaporkan runtuh. Kejadian itu disedari berlaku pagi Selasa, tanpa sebarang faktor semula jadi seperti ribut atau angin kencang.

"Fakta itu (ketiadaan ribut atau angin kencang) menyebabkan kita mengesyaki ia berpunca daripada kecuaian manusia. Apatah lagi sebelum ini pun sudah beberapa kes keruntuhan bangunan yang baru siap telah berlaku di negeri ini," kata Wan Sukairi.

Beliau dipercayai merujuk kepada beberapa kes serupa yang dilaporkan berlaku sebelum ini. Ia termasuklah dua kejadian berasingan melibatkan keruntuhan bumbung dewan besar sebuah sekolah menengah dan siling dalam kelas di sebuah sekolah di Marang.

Turut dilaporkan juga sebelum ini, beberapa struktur dalaman Bazar Warisan di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu yang baru siap tidak sampai setahun turut rosak dan runtuh.

Sehubungan itu, Wan Sukairi tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan, sehingga menyebabkan keruntuhan bumbungnya itu.

"Bagi mana-mana projek sebesar itu (pembinaan stadium), setiap 'progress' mesti diperiksa dan disahkan lulus oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau semuanya dibina mengikut spesifikasi, mana mungkin ianya runtuh?," soalnya.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian, terutama sebarang kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan sepanjang pembinaan stadium tersebut.

Menurut Wan Sukairi, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.- Harakah

TERKINI - STADIUM RUNTUH SERTA GAMBAR



KUALA TERENGGANU, 2 Jun: Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu runtuh jam 7.30 pagi tadi walaupun baru beberapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu sempena Sukan Malaysia 2008.

Bangunan yang boleh memuatkan 50,000 penonton itu hampir separuh runtuh (40 peratus) dan tidak boleh digunakan lagi.

Turut tertimbus di bawah runtuhan adalah sebuah kereta Kancil dan empat buah motosikal. Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang menghadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM).

Menurut sumber, beberapa laporan kerosakan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tentang stadium itu sebelum ini namun ia telah tidak diambil serius oleh pihak berkuasa.
~~Sumber Siasah

STADIUM RUNTUH - BENARKAH MASALAH TELAH DIKETAHUI AWAL?

Stadium ini dirasmikan oleh Sultan Mizan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lalu

02 Jun 2009 1:01PM

BERITA terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak Kuala Terengganu telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus.

Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lalu.

Mampat difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. MAMPAT juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) . / mampat.blogspot.com, KLpos