RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 29 Jun 2009

GAGAL GANYANG ANWAR KINI PAS SASARAN EZAM RAJA SESUMPAH

Oleh: Mandor Spg Dian

AKU lepak kat kedai kopi tadi. Belek paper tajuk besar Jangan Percaya Nik Aziz. Aku tak rasa apa pun pasal aku tau paper jenis apa yang aku belek tadi. Yang aku nak komen ni pasal Ezam raja sesumpah yang telah melutut pada Umno tu. Dulu raja sesumpah ni tak sentuh sangat Pas, beliau sering puji Pas sampaikan beliau pernah kata lebih baik Pas jadi MB di Selangor bukan PKR. Kononnya beliau nak cuba suntik jarum jahatnya tu agar Pas dan PKR berpecah. Tapi, beliau silap. Beliau ingat pemimpin Pas dan PKR macam dia, kemaruk nak cari makan.
Justify Full
Cuba kita perhatikan, semenjak raja sesumpah ni masuk Umno, sasaran utamanya adalah DS Anwar. Semenjak bermula di Permatang Pauh, bukan main lagi beliau memfitnah dan memburukkan DS Anwar bekas tokoh pujaannya dulu. Salakan dan lolongan Ezam di Permatang Pauh jadi bahan ketawa masyarakat di sana dan Ezam terkedu di Permatang Pauh bersama Dato' Nalla. Hati mana tak panas, lepas tu beralih pula ke K.Terengganu. Yang bertanding di K.Terengganu adalah wakil Pas iaitu YB Wahid Endut. Tapi, siang malam Ezam berkempen di sana mengeji DS Anwar. Bukankah bodoh namanya politik sedemikian? Sehinggakan Ezam bersumpah untuk membongkarkan rahsia besar teramat besar DS Anwar. Maka kita pun tunggu apa agaknya rahsia besar tu. Mungkin kita ingat Ezam nak buat pengakuan DS Anwar pernah meliwatnya berkali-kali dengan Dato' Nalla. Tapi, bila saat yang dinantikan, Ezam bawa sehelai dua kertas yang bertulis tangan DS Anwar. Maka, Ezam dengan yakinnya membaca isi kertas tersebut. Amat melucukan, semasa beliau membaca isi kandungan kertas usang tersebut, tiada respon pun dari pendengar. Bahkan mereka pelik, apa rahsianya? Sekali lagi Ezam terkedu akibat bermain politik dengan DS Anwar. Itu belum DS Anwar melawan lagi. Bukti yang Ezam ada sudah cukup memakan tuan dan memalukan Ezam.

Berlaku pula pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita ingatkan kot-kot ada pendedahan terbaru dari Ezam. Rupa-rupanya tak ada kerana dah serik kot. Tapi, beliau tetap berkempen atas isu ketuanan Melayu, asas Melayu dan semuanya Melayu. Macamlah dia ingat dia sorang je Melayu dalam dunia ni. Terjelepuk sekali lagi Ezam di kedua-dua tempat tersebut, kecuali di Batang Air yang kita pun memang dah jangka di negeri tersebut memang tempat Umno/Bn bergantung nyawa. Setelah segala usaha untuk memburukkan DS Anwar dan PKR tidak berjaya, kini Ezam beralih arah pula untuk menghentam Pas. Cari penyakit lah Ezam kalau nak bermain senjata dengan Pas. Ibrahim Katak yang lebih berpengalaman dari Ezam tu pun meleleh air hidung bermain dengan Pas ni. Inikan pula budak suruhan Umno.

Ezam kata, jangan percaya cakap Nik Aziz. Betapa takutnya Ezam kalau benar-benar terjadi debat antara Tuan Guru Nik Aziz dengan pemimpin kesayangan dia Najib tu. Dia pun tahu sebenarnya, akan telanjang bulatlah Umno jika berdepan dengan Pas terutamanya membincangkan soal agama. Tiba-tiba saja Ezam kata tiada faedah debat diadakan, sedangkan semasa dia di dalam KeAdilan dulu, hampir setiap ceramahnya dia mencabar pemimpin Umno untuk berdebat. Bila dah masuk Umno, lembik segala sendi yang ada pada Ezam. Lebih melucukan lagi, dia siap tawarkan diri sanggup masuk Pas kalau Pas mendominasi PR. Ada ulasan kat blog tentang hal ini. Baca sini. Wah, memilih masuk parti bila parti dah kuat je ke? Maknanya Ezam ni masuk Umno tak ikhlas kerana Pas tak kuat lagi. Kalau Pas dah kuat, dia sanggup masuk Pas pula. Orang cam ini pun Umno sanggup terima. Biasalah, tiada air kertas tisu pun boleh dibuat mengelap najis kat punggung.

Mahyudin kata buat apa debat. Tengku Adnan Mansor pun kata camtu. Mahathir lagi la, memang terkenal dengan penakutnya. Rais pun sama, kata debat tak berfaedah sedangkan dia pernah ajak Zaid Ibrahim berdebat, tapi bila Zaid kata ok, Rais menyorok bawah ketiak Najib. Kini, Ezam pula kata tak perlu percaya pada Nik Aziz. Maka, 2 x 5 lah puak-puak tu yang sudah tidak ada `jantan' lagi. Kena ingat, kalau dah takut berdebat janganlah gatal mulut kata orang bukan-bukan./ mandor.blogspot.com

TAHNIAH DS ANWAR DAPAT CUCU KEDUA

Nurul Izzah selamat bersalin anak kedua
29 Jun 2009 9:30AM

KL: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar selamat melahirkan anak kedua beliau semalam. Ini adalah cucu kedua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Bayi lelaki seberat 3.15 kg selamat dilahirkan pada 7.51 petang semalam. / KLpost

80 PERATUS SOKONG DEBAT DIADAKAN - SINAR HARIAN

80 peratus pelayar Facebook Sinar Harian setuju diadakan debat terbuka



SHAH ALAM - Hampir 80 peratus pembaca yang melayari laman Facebook Sinar Harian mahukan debat terbuka yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

:Melalui laman Facebook yang dikelolakan Sinar Harian itu juga ramai berpendapat bahawa Najib perlu memberi reaksi positif berkenaan perkara itu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan khususnya terhadap beliau.

:Antara reaksi yang diberikan, perdebatan sebegini perlu dalam usaha membawa kebaikan dan penyatuan semula bangsa terutamanya Melayu namun jika ia membawa kepada rasa benci dan menjarakkan jurang perpaduan, ia sama sekali tidak perlu.

:Dalam laman itu juga ada pihak yang menyokong agar ia dijadikan pentas membaiki reputasi, malahan ada yang menyokongnya agar ia menjadi pentas menyatukan bangsa.

:“Najib perlu menerima tawaran debat yang dianjurkan kerana ramai pihak yang akan bersetuju dengan tindakan ini termasuklah DAP, ia bakal membuka mata telinga semua pihak tentang siapa sebenarnya Najib.

:“Karisma serta keupayaannya akan diketahui oleh mereka yang sebelum ini tertutup dengan satu pandangan.

:“Pada masa yang sama, masyarakat sendiri mampu menilai Nik Aziz dari segala segi sama ada emosi, sikap dan keprihatinan beliau,” memetik salah satu reaksi pembaca.

:Melalui laman itu juga ada yang berpendapat bahawa ia merupakan langkah awal sebelum perdebatan yang sebenarnya, selepas selesai debat (jika berlaku), orang akan tahu menilai apa yang disampaikan dan mula bertanya kepada diri sendiri.

:“Debat sebenar akan berlaku di peringkat penerimaan masyarakat, dan apa yang berlaku di pentas debat itu hanyalah permulaan kepada debat yang sebenar,” reaksi dalam laman berkenaan.

:Dalam pada itu, mengulas isu yang sama, ada pembaca yang turut mencadangkan agar debat sebegini diterima semua pihak dalam membentuk masyarakat yang mempunyai keupayaan intelek yang tinggi./ SH

Komen - Biarpun 100 % setuju, mampus Umno tak mahu sebab takut rakyat tahu tembelang mereka. Mereka boleh tuduh macam-macam pada Pas di TV dan akhbar, jika diadakan debat rakyat akan tahu betapa Umno ini penipu besar.

KRISIS NIK AZIZ - NASHA, KEPUTUSAN POLL

POLL berkenaan perdamaian yang telah dicapai di antara Tuan Guru Nik Aziz dan Us Nasha telah ditutup oleh blog ini kerana isu tersebut telah selesai. Keputusannya amat baik untuk menunjukkan bahawa Pas sentiasa mahu bekerjasama untuk meruntuhkan Umno/Bn. Blog ini telah membuat tinjauan kepada 200 pengunjung sahaja. Keputusan seperti berikut:

Soalan - Perdamaian di antara Tuan Guru Nik Aziz dan Us Nasha akhirnya tercapai. Apakah perasaan anda?

a. Amat bersyukur - 84 %
b. Gembira sahaja - 7 %
c. Kurang gembira - 4 %
d. Tidak gembira langsung - 4 %

DEBAT - TENGKU ADNAN `COVER' BOSSNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI yang telah dijangka, Umno pasti tidak akan berani untuk menyahut cabaran Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat dengan Presiden mereka yang juga merupakan PMR (Perdana Menteri Rakyat). Setakat ini, Najib belum pun memberi komen tetapi `pak yek-pak yek' nya berebut-rebut untuk `cover' bos mereka. Dan bermacam-macam alasan diberikan untuk tidak menunjukkan bahawa Umno sebenarnya bukan parti yang bersifat `jantan'. Apalah yang boleh diharapkan dari sebuah parti`penikus' seperti ini yang hanya `melalak-melolong' di depan TV dan akhbar sahaja.

Kenyataan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan dipetik sebagai berkata, "adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan dan faedah kepada Umno dan rakyat." Tengku Adnan salah seorang nama yang disebut di dalam kes pita video Linggam telah melaksanakan tugas dan amanahnya untuk menjaga air muka Najib. Saya ingin memberitahu Tengku Adnan tentang keuntungan dan faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh Umno dan rakyat jika debat ini diadakan sebagai menyanggah kenyataan beliau itu.

Keuntungan dan faedahnya kepada Umno adalah parti tersebut akan lebih mengenali dasar dan perjuangan Pas yang sebenar. Umno juga boleh menilai kembali samada benarkah parti mereka berjuang atas dasar Islam atau sekular. Rakyat juga boleh menilai samada Umno atau Pas kah yang benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair. Di dalam debat itu nanti, Umno boleh kemukakan hujah atau dalil yang boleh membuktikan bahawa Tuan Guru Nik Aziz adalah sesat dan perlu bertaubat kepada Tuhan sebagaimana yang sering pemimpin mereka katakan di dalam media-media . Jika Umno berjaya membuktikannya, tidakkah ini menguntungkan Umno dan usaha Umno untuk merampas Kelantan tentu akan menjadi lebih mudah? Faedahnya kepada rakyat pula, rakyat akan lebih mengerti siapa yang sesat dan siapa yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.

Oleh yang demikian, mengapa takut untuk berdebat? Berani kerana benar, takut kerana salah. Apabila Umno membuat keputusan untuk tidak menyahut cabaran Tuan Guru Nik Aziz itu, rakyat sudah dapat menilai apa yang selama ini Umno cuba sorokkan dari rakyat. Usahlah diberi bermacam-macam alasan yang tidak lojik lagi kerana rakyat sudah lali dengan pembohongan dan putar belit Umno. /wfauzdin.blogspot.com

PAS GELABAH, RATUSAN RIBU HADIR PENGUMUMAN CALON UMNO?

Sunday, June 28, 2009

Tuan Aziz Tuan Mat 39 tahun, CEO Kesedar Perkilangan SDN BHD anak syarikat Kesedar, Ketua Pemuda Bahagian Kuala Krai, isteri seorang guru, dia berasal dari Guchil Kuala Krai.

10 orang 10 RIBU HADIR UMUM CALON UBN.

10 ribu TIADA RUANG KOSONG, LAUTAN MAANUSIA…..

calon UBN TUAN AZIZ TUAN MAT CALON UBN iras iras ayahanda IPOH…….kah kah kah !

IMG_9874

WAN ZAID WAN ABDULLAH BEKAS KETUA BAHAGIAN K.KRAI………korek lah hidung tuuu…..happy anak buah di calon kan ……..ramzi kecewa…

jalal antra put ramzi

JALAL ANTARA PUTERI DAN RAMZI siap bawa tek ucapan dan berada di pentas kot kot nama nya di calon kan ……..kah kah kah !

puteri ke nih jalal kepap mulutMANIS NYA PUTE…………………macam puppet doll………

ramzi

hahh !!!!!!!! ni pulak bosss JALAL, ramzi ketua UMNO K.Krai……..frust menonggeng anak didik tak terpilih……….

Ahad, 28 Jun 2009

BUANG MASA PAS MAHU TERIMA EZAM RAJA SESUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata," beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional. ""Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.

PETIKAN di atas adalah kata-kata Ezam raja sesumpah apabila diwawancara selepas beliau menyampaikan ceramahnya di PJ baru-baru ini. Diberitakan ceramah raja sesumpah sering disambut dengan ejekan oleh penyokong-penyokong PR yang turut hadir untuk mengikuti ceramah beliau. Seperti yang dijangka, setiap kali berlakunya pilihanraya, sudah pasti raja sesumpah akan muncul dan membuat kenyataan cuma kali ini beliau mungkin terlupa untuk bersumpah.

Apabila kita melihat kenyataan beliau di atas, ternyata Ezam raja sesumpah hanya mahu menenggek di dalam Pas apabila Pas dilihat benar-benar telah kuat. Persoalannya mahukah Pas menerima orang seperti itu? Ini bermaksud, Ezam tidak mahu bersusah payah seperti pemimpin dan ahli-ahli Pas yang lain untuk berjuang bertahun-tahun untuk meningkatkan lagi sokongan terhadap Pas sehingga berjaya mendominasikan sokongan rakyat untuk Pas memerintah negara ini. Beliau hanya berjanji akan sertai Pas apabila Pas telah dilihat dapat menjadi tunjang di dalam PR. Inilah mentaliti ahli politik yang haprak yang hanya mahu mencari makan dan tidak mahu berjuang. Sebab itulah kita tidak hairan mengapa Ezam raja Sesumpah sanggup keluar dari PKR dan memasuki Umno walaupun beliau pernah berjanji tidak akan sertai Umno. (Lihat video klip Ezam di dalam blog saya).

Pada saya Ezam raja sesumpah ini ada kualiti sedikit sahaja dari Ibrahim Al-Kataki, itu pun kerana beliau pernah dididik oleh DS Anwar sebab itulah nampak lebih berakal sikit dari raja katak Pasir Mas. Namun, apabila menyertai parti yang pernah `diludah'nya dulu, Ezam raja sesumpah telah tertutup hati dan kini cakap-cakapnya tidak berkualiti lagi. Soal asas bangsa, ketuanan Melayu dan sebagainya yang sering dicanang oleh Ezam telah dimusnahkan sendiri oleh Najib dengan konsep `One Malaysia'nya. Dan, yang terbaru Najib sendiri berjanji akan menghapuskan sistem kuota kerana sistem ini sebenarnya banyak menipu, katanya. Ucapan Najib tersebut dibuat di dalam satu perhimpunan masyarakat Cina dan disiarkan di dalam berita TV hari ini. Apa pula komen Ezam lepas ini? Di mana NGO-NGO yang terlalu taksub dengan keMelayuannya itu selama ini? Di mana Perkasa, Pewaris, Pesaka dan entah apa-apa nama lagi tu? Mengapa membisu seribu bahasa?

Usaha Najib sudah terlewat kerana dasar mengamalkan keadilan untuk semua telah dipraktikkan oleh PR, sedangkan Umno baru sekadar berjanji dan berjanji. Di hadapan masyarakat Cina rentak pemimpin Umno lain, di depan masyarakat Melayu lain lah pula bunyinya. Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam parti yang dianggotai oleh Ezam raja sesumpah. Beliau telah kehabisan modal untuk memburukkan PKR, DAP dan kini beliau cuba pula untuk memburukkan Pas. Yang terbaik bagi raja sesumpah ini hanyalah Umno sahaja. Kita harap raja sesumpah sudi untuk hadir berceramah di Manek Urai nanti kerana di sanalah gelanggang terbaik buat Ezam untuk mengerjakan Pas. Tapi saya yakin, Ezam tidak akan berani menyentuh Pas seandainya beliau hadir di Manek Urai sekalipun kerana Ezam hanya mensasarkan DS Anwar sahaja walau di mana beliau berada. Tapi, Alhamdulillah, usaha raja sesumpah ini tidak pernah berjaya walau bersusah payah beliau membawa bukti, bersumpah bertegang urat lehernya, namun sokongan terhadap DS Anwar dan PR lagi bertambah kuat.

Sebelum saya mengakhiri kalam ini, saya ucapkan tahniah kepada Ezam raja sesumpah yang akhirnya mendapat simpati dan dilantik menjadi Ketua Penerangan di PJ tempat lubuknya dahulu. Walaupun nasib beliau tidak sebaik Lokman Noor Adam yang juga bekas musuhnya di dalam KeAdilan dahulu tetapi memadailah sebagai sagu hati dari Umno untuknya. Mudah-mudahan dengan jawatan tersebut boleh juga Ezam raja sesumpah bertemu dan berganding bahu dengan Khir Toyo di Selangor dan bergurulah dengan Khir Toyo bagaimana untuk menjadi pemimpin yang bersih dan telus. Saya teringat kata-kata Ezam dahulu, "tolong bagitahu saya, mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?" Mungkin Ezam setuju juga apa yang diperkatakannya dulu. /wfauzdin.blogspot.com

Ezam Raja Sesumpah Diejek Di PJ, Hasrat Masuk Pas?

PETALING JAYA: Mohamad Ezam Mohd. Nor muncul pada majlis umum anjuran Umno Petaling Jaya Selatan semalam - buat julung kali sejak kembali ke pangkuan Umno setahun lalu - disambut dengan 'meriah' bukan sahaja oleh bahagian itu, malah penyokong Pakatan Rakyat.

Ezam menyampaikan Ceramah Perdana Pertahan Amanah Bangsa dan Negara anjuran Umno Cawangan Makmur Setia sempena mesyuarat agung tahunan.

Ceramah itu diadakan selepas cawangan itu mengadakan mesyuarat tahunannya malam tadi.

Ezam yang merupakan Timbalan Ketua Umno Petaling Jaya Selatan ketika dipecat pada 1998, memulakan ceramahnya lebih sejam pada pukul 10 malam dengan menerima sorakan ahli-ahli Umno cawangan Makmur Setia seperti yang lazimnya diberikan kepada tetamu jemputan.

Pun begitu, Ezam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhadapan dengan jeritan sekumpulan kecil penyokong Pakatan Rakyat yang berdiri di luar kawasan Dewan Masyarakat Taman Sri Manja sepanjang ceramahnya.

Hadirin yang pada awalnya dipercayai sekitar 1,000 orang pada pukul 9.30 malam meningkat sekali ganda menjelang 11 malam.

Kumpulan kecil itu, dipercayai ahli PKR dan PAS, menjerit setiap kali Ezam menyentuh tentang masalah dan isu yang menyelubungi Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

"Saya tidak kisah jeritan-jeritan di sana (di luar kawasan Dewan Masyarakat)... saya sudah lama di sini (di Bahagian Petaling Jaya Selatan)... Bahagian Petaling Jaya Selatan merupakan tempat saya memulakan perjuangan politik (dalam Umno)," kata Ezam yang berulang kali menegaskan, perjuangan beliau adalah kerana "prinsip" dan "kebenaran".

"Saya lawan, latih selama 10 tahun... kita pegang pada prinsip, perjuangan harus ada kebenaran, mesti ada kebenaran moral.

"Saya berjuang kerana prinsip, kerana kebenaran. Sebab itu saya berani bercakap," katanya yang menjelaskan sebab beliau keluar PKR setahun selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar penjara pada 2004.

Katanya, beliau mendapati Anwar sudah terkeluar daripada matlamat asas penubuhan PKR yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).

Beliau juga menyentuh kes liwat kali kedua Anwar yang akan didengar di mahkamah bulan depan.

"Dua minggu lagi kita akan tengok kebenaran... dengar (perbicaraan) dan anda buat keadilan sendiri," kata Ezam yang turut menjawab apabila ada penyokong Pakatan Rakyat yang menjerit "mana kotak rahsia?."

Ezam yang telah menyentuh isu berkenaan banyak kali sebelum ini mengulangi bahawa "isu kotka kena tanya Anwar."

"Saya dah cakap di Bukit Gantang, di Permatang Pauh, di Kuala Terengganu (pilihan raya kecil sejak Ogos 2008) dan dalam program Hujah pasal isu kotak ini," katanya.

Oleh itu, tegas Ezam, soal kotak rahsia berkenaan perlu diajukan kepada Anwar yang didakwa menyimpannya.

Menyentuh tentang isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata, PAS perlu menerima hakikat bahawa ia sebenarnya merupakan parti Melayu yang jumlah perwakilannya di Parlimen jauh lebih kecil berbanding dengan Umno.

Oleh itu, kata beliau, "mengambil kira perkiraan matematik biasa" adalah jelas Umno lebih kuat berbanding PAS.

Ketika ini, penyokong Pakatan Rakyat yang berada di luar Dewan Masyarakat menjawab "PAS lebih kuat".

"Ya, PAS kuat, ya PAS kuat, kena ditunggang DAP," katanya lagi.

Justeru katanya, PAS tidak seharusnya mengenakan syarat bahawa Umno perlu mengikut apa kehendaknya dalam membincangkan isu perpaduan orang Melayu.

Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata, beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional.

"Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.

Semasa ditemui selepas berceramah, Ezam berkata, tindakan penyokong Pakatan Rakyat itu menjerit dan mengejek "memperlihatkan sikap tidak matang mereka."

"Ini kali pertama saya berucap di sini (selepas kembali ke Umno). Memang mereka hendak menakut-nakutkan saya, mereka nak menghalang saya daripada bercakap... ia menunjukkan sikap tidak matang mereka," katanya.

Malam tadi, Umno Cawangan Makmur Setia melantik Ezam sebagai Ketua Penerangannya.

"Kemasukan saya disahkan dan saya dilantik sebagai Ketua Penerangan," katanya.

Ketika dipecat pada 1998, Ezam merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Umno yang akan meminda perlembagaannya Oktober ini perlu mengadakan pemilihan baru sebelum pilihan raya umum ke-13 bagi meyakinkan orang ramai bahawa ia benar-benar serius dalam usaha menangani amalan politik wang.

Umno sudah mula mengambil langkah drastik ke arah itu, tetapi "tidak cukup setakat meminda perlembagaan" bagi memperkemaskan parti bagi mencapai matlamat menghapuskan gejala politik wang, kata Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Ezam yang ditemu bual mStar Online sempena setahun selepas menyertai kembali Umno mengakui, Perhimpunan Agung Tahunan Khas akhir tahun ini "satu perkara drastik, yang signifikan diambil untuk melawan politik wang dalam parti."

"Ini mesti diperlihatkan (dalam bentuk pelaksanaan)," kata bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan itu.

"Kita mesti beri keyakinan, Umno mesti membuktikan bahawa sudah cukup masa untuk bercakap, sudah cukup masa untuk keluar dengan macam-macam slogan, macam-macam komitmen dan mungkin selepas ini pindaan (perlembagaan) akan dibuat.

"Itu bagi saya masih belum cukup dan ini waktu rakyat mahu melihat Umno benar-benar berubah dengan tindakan.

"Ia mesti dilakukan dengan perhimpunan yang bersih, dengan sistem yang baru (ditunjukkan) kepada rakyat," katanya lagi./Mstar

Ulasan- Baru sebentar tadi dalam berita, Najib bercakap dengan masyarakat Cina dalam satu perhimpunan bahawa sistem kuota akan dihapuskan. Najib turut mengakui bahawa sistem itu banyak menipu. Dah lama DS Anwar bagitahu semua tu baru Najib nak cakap. Sekarang semua sama, Najib cuba tiru dasar-dasar DS Anwar perkenalkan. Amacam Ezam? Setuju ke? Takde ke budak-budak dari Uitm nak buat demo? Mana NGO yang kuat menyalak sebelum ni nak pertahankan Melayu? Umno sudah lewat. Rakyat kini lebih percaya kepada dasar PR kerana ianya telah dibuktikan. Umno baru nak berjanji depan masyarakat Cina. Depan orang-orang Melayu, entah lah....

TIDAK HABIS-HABIS NAK TIPU RAKYAT KELANTAN

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!
Harakahdaily
Sun | Jun 28, 09 | 8:06:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.

"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

"Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.

"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

"Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak.

"Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya. - mks._

WANITA CALON UMNO DI MANEK URAI?

kak ani calon

ROHANI MAJID KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN K.KRAI (aka nenek kebayan), bakal calon ? ha ha !!!

UBN akan mengistihar bakal calon nya 4 ptg. di pusat gerakan BN di Sg.Sok lebuh raya k.krai – g.musang, olih al syeikh muhyiddin UNDI BN MASUK SYURGA JUGA.

Sekira nya UBN rasa calon PAS berat bagi nya, maka JALAL CHE MUDA naib ketua bahagian akan dikorbankan, kerana jalal adalah calon untuk dikorban kan, jika nama lain yang akan di umum kan sudah pasti UBN anggap calon PAS kacang saja untuk di kalahkan.

Setakat ini JALAL adalah calon favourite untuk di KORBAN kan olih bahagian k.krai, GEROMBOLAN bekas ketua bahagian akan sedaya upaya memastikan JALAL KO beserta dengan BOSS nya RAMZI pada 14 july nanti. /

ZAMBRY PERLU BERSEKOLAH SEMULA

"Hitam-hitam si tampuk manggis, makin ku pandang hati terhiris"

Oleh: WFAUZDIN NS


APALAH malang nasib orang Perak. Sudah ada MB yang dipilih oleh majoriti rakyat Perak dirampas pula secara tidak demokratik. Jika yang menggantikan MB yang dirampas itu lebih cerdik sedikit tidaklah rugi sangat rasanya, tetapi yang dilantik pula teramatlah rendah akal dan fikirannya. MB Perak yang mahkamah pilih ini langsung tidak faham apa itu kiasan atau perumpamaan. Cuba baca kenyataan Zambry terhadap apa yang disebut oleh Mursyidul Am Pas terhadap Umno, di sana jelas membuktikan Zambry ini tidak memahami apakah itu kiasan.

Tuan Guru Nik Aziz di dalam ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini menyebut Umno adalah parti sesat sama seperti komunis dan ajaran Ayah Pin. Apabila kenyataan ini dihebahkan, maka ramai yang bodoh totok di dalam Umno tidak mengerti apa maksud Tuan Guru tersebut. Bagi mendidik mereka yang bodoh totok tersebut, Tuan Guru menyatakan bahawa kenyataannya itu adalah `kiasan' atau juga perumpamaan. Adakah Tuan Guru menarik balik kenyataannya itu yang menyatakan Umno sama seperti Komunis dan ajaran ayah Pin? Sudah tentu tidak, sebaliknya Tuan Guru memperjelaskan lagi kenyataannya untuk lebih mudah difahami oleh mereka yang bodoh sombong ini.

Pelik bin ajaib, kita ingat mungkin dua tiga kerat ahli-ahli Umno di ceruk-ceruk kampong atau orang-orang tua yang tidak bersekolah sahaja yang tidak faham maksud dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi ramai golongan elit dan dianggap cerdik pandai dalam Umno pun tidak faham apa itu kiasan. Termasuklah si Zambry ini yang tidak faham. Untuk mengajar benak Zambry ini, mari kita beri satu contoh. Ini Contoh, "kulit muka saya hitam dan gelap sama seperti Orang Asli Afrika". Apakah Zambry ingat saya ini Orang Asli Afrika? Jika Zambry menjawab Ya, eloklah Zambry mendaftar untuk memasuki sekolah semula.

Oleh kerana kedangkalan otak beliau, beliau menganggap Tuan Guru telah mengakui kesilapannya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kita ingin bertanya, di mana dan bila masa Tuan Guru Nik Aziz menarik kembali kenyataannya? Bukankah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang memperjelaskan bahawa apa yang diucapkannya itu adalah kiasan hanyalah untuk mengajar orang-orang yang pendek akal seperti Zambry? Itulah akibatnya apabila mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan otak sehingga ditertawakan orang.

Dan yang terbaru juga, Zambry minta agar Mufti Perak jangan diperlekehkan dalam soal Kerajaan Perpaduan Umno-Pas yang digilakan sangat oleh Umno itu. Beliau berkata Mufti tersebut bukan orang politik. Persoalannya, jika sudah rasa diri bukan orang politik kenapa gatal-gatal mulut campurtangan di dalam perancangan mana-mana parti politik? Atas dasar perpaduan Islam? Masakan Mufti tidak tahu perpaduan dalam Islam bukan seperti perpaduan sesama golongan penyamun dan perompak untuk merampas negeri orang. Perpaduan dalam Islam hendaklah berpaksikan Al-Quran. Sekiranya Mufti Perak sanggup beri jaminan bahawa Umno sedia untuk meletakkan Al-Quran di tengah-tengah sebagai hakim, penentu dan rujukan ke arah mencari perpaduan dengan Pas, saya gerenti Pas akan sebulat suara sanggup untuk berbincang ke arah perpaduan yang dihajati itu. Tetapi, jika tangan ingin berjabat salam dalam masa yang sama kaki memijak Al-Quran, lebih baik kita terus bertentangan.

Saya fikir lebih baik Zambry dan Mufti Perak berbincang samada kerajaan yang beliau bentuk sekarang ini di Perak menepati Al-Quran atau tidak. Jika tidak mahu jadikan Al-Quran sebagai rujukan, boleh juga memikirkan samada bertepatan dengan demokrasi atau tidak. Jika kedua-duanya tidak bertepatan dengan apa yang telah mereka lakukan, maka kita tidak tahu kerajaa apakah yang telah terbentuk di Perak sekarang. Islam pun bukan, ikut demokrasi pun jauh sekali. Mungkin kerajaan seperti ini ada di belantara, itu mungkin. /wfauzdin.blogspot.com