RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 16 Ogos 2009

PIDATO KJ DAN LOKMAN YANG BERSERABUT DI SHAH ALAM

Saturday, August 15, 2009

Oleh Ismail Hashim

SHAH ALAM, 15 Ogos: Walaupun sudah dipertikaikan kewajaran cadangannya agar PAS keluar dari kerajaan Pulau Pinang kerana tidak mendapat apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin terus menekannya cadangannya itu dalam majlis ceramahnya dekat sini malam tadi.

Khairy seakan tidak serik dengan mengulangi kenyataannya agar PAS menarik diri dari Kerajaan Pulau Pinang kerana meskipun terdapat kerusi yang PAS menangi di Permatang Pasir tetapi tidak diberikan jawatan exco kerajaan negeri di bawah DAP.

Hujjah ini telah dijawab oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi, bahawa jika itu hujjah Khairy, dia yang perlu meletakkan jawatan atau keluar dari Umno kerana walaupun menang sebagai ketua pemuda tetapi dia tidak mendapat sebarang jawatan dalam kabinet.
Bahkan, orang yang dikalahkannya iaitu Datuk Mukhris Mahathir mendapat jawatan timbalan menteri bahkan timbalannya, Razali Ibrahim juga mendapat jawatan timbalan menteri.

Oleh itu, Khairy dianggap tidak mempunyain isu baharu yang boleh diketengahkan di dalam majlis Pidato Pemuda Umno tentang Pakatan Rakyat; Retak Menanti Belah meskipun beliau menjadi penceramah utama. Khairy didapati hanya mengulangi apa yang selalu diucapkan beliau seperti membidas sikap PAS yang disifatkan lebih memihak kepada DAP dan mengakui Umno masih mendapat kepercayaan kaum Melayu.

Majlis ceramah itu diadakan di Seksyen 6 dekat sini dengan kehadiran sekitar 500 tetapi dipasang pembesar suara dengan kuat untuk menarik minat penduduk-penduduk di dumah flat berhampiran. Ketika sampai giliran Khairy, hujan mula rintik sehingga memaksa pengerusi majlis mengingatkan hadirin orang agar jangan bergerak kerana ada sesuatu yang akan disampaikan oleh Khairy namun seawal lima minit Khairy berucap, kelihatan lebih 10 orang mula bergerak.

Sebelum beliau, bekas pemimpin Pemuda Keadilan yang menang Exco Pemuda Umno dalam pemilihan lalu, Lokman Nor Adam meramalkan jika Pakatan terus memerintah Selangor yang kini terus menjual arak, berkemungkinan akan membenarkan daging babi di jual di tepi-tepi jalan pula selepas ini. Dengan suara tinggi, beliau dengan lantang menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dihinggapi penyakit bahaya yang sedang merebak sekarang ini.

Ketika memulakan ucapan, beliau tersasul menyebutkan kepimpinan pemuda yang hadir sebagai Pemuda Keadilan, bila diketawakan hadirin, dengan selamba, beliau berkata, teringat kawan-kawan lama. Sebelum majlis sebenar dimulakan, majlis memberikan peluang kepada anggota pemidato Pemuda Umno untuk berucap, namun apa yang diucapkannya menampakkan mereka tidak membuat kajian yang secukupnya.

Salah seorang darinya mempertikaikan wang program Usia Emas sebanyak RM2,500 masih tidak diberikan oleh kerajaan Pakatan sehinggakan orang itu mati, duit masih belum dapat lagi.Sedangkan, program itu adalah memberikan wang itu kepada keluarga simati selepas peserta itu meninggal dunia. Rm1,000 diberikan sebaik sahaja kematian manakala RM1,500 lagi selepas itu. Ia sedang berjalan lancar di Selangor sekarang.

Begitu juga dengan pemberian percuma 20 meter pertama air kepada rakyat Selangor dikatakannya masih belum berjalan, padahal ia sudah lama dinikmati oleh rakyat negeri Selangor./

10 ulasan:

  1. Nampak sangat pemimpin ini main hentam keromo tidak usul pereksa main hentam sedap mulut dia je. klu hati dah busuk ditambah lagi dengan mulut yg busok maka bertambah busuk lah perangai umnongok ni . padahal program usia mas dah ramai yg dapat. paling ramai dpt adelah dikalangan pengundi umno. tak caya dtg lah kg kami bole tengok senarai.

    BalasPadam
  2. Ini pemimpin UMNO taik kucing. Lokman tu seorang opportunis politik.Pendidirian dia sama dengan Mat Kotak dulu.Dulu dia pun seteru dengan Mat Kotak. Hampeh....orang Kluang tau cerita lebih banyak. Dia jadi penjilat DSAI kemudian jadi pencacai UMNO pulak. Ini barua UMNO punyai orang.

    BalasPadam
  3. memang wong tongon bin tolol arep merintah selangor ko podo bankrap kabeh harto ne diagih karo krni ni wahee rakyat melopong kito wong pande ojo dadi tolol koyo pak khir

    BalasPadam
  4. Bodoh btol Khairy Jamaluddin nie.....sian mak bapak dia dapat anak cam keldai......belajo jer tinggi.....sejak pakatan Rakyat dpt Selangor, baru 2-3 kali jer aku bayo bil ayor....tu pun 20sen - 40 sen jer....apara bodoh....tu ceramah diaorang tu dapat permit polis x?

    BalasPadam
  5. tak le gitu ...org ameno ingatkan rakyat bawah PR bodoh serupa lombu kot boleh ikut kata2 dia saja ek

    BalasPadam
  6. 1 ketua pemuda tak laku, satu ajk pemuda murtad. lalu bersesuaian lah bila dipadankan berdua...................hidup kj hidup lokman

    BalasPadam
  7. Aku tengok orang kat sini kurang cerdik. Mereka tak tahu perbezaan antara PAS di Pulau Pinang yg tak dpt satu apa pun dgn KJ yg menang tapi tak dapat apa-apa jawatan.
    PAS ialah satu parti yg tidak diberi apa-apa jawatan oleh pakatan DAP dan PKR. Manakala KJ, Mukhriz dan Razali Ibrahimn adalah dlm satu parti yg sama. kalau KJ tak dpt apa jawatan, itu adalah keputuan pemimpin parti tersebut.

    Nampak tak perbezaannya. Aku rasa PAS ni memang dah kena cucuk hidung. Mereka tak bagi apa-apa jawatan pun, mereka kata tak apa. Di Selangor, PAS takut kpd DAP. Fikir-fikirkanlah...Keluarlah dari korak pemikiran jumud kamu.

    BalasPadam
  8. BILA MANGKUK-MANGKUK TANDAS UMNOI BERCAKAP HAHAHA ! BAU BUSYUK LA KELUAR !

    BalasPadam
  9. Khairi Jamaluddin...Beruk Mat Yeh Islam Hadhari

    BalasPadam