RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 14 Ogos 2009

TAKUT PADA ANWAR, TUDUH PENGKHIANAT - NIK AZIZ

Kesal Anwar dituduh pengkhianat

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat kesal bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh pengkhianat bangsa semata-mata pihak tertentu bimbang pengaruh terhadap pemimpin itu yang semakin meningkat.

Beliau berkata, tuduhan itu dibuat mereka yang takut terhadap peningkatan pengaruh Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu yang akan membolehkan beliau berkuasa suatu masa kelak.

“Tuduhan itu dibuat oleh mereka yang dengki dengan Anwar sebab mereka takut Anwar semakin diterima sekarang. Mereka takut bila Anwar berjaya menjadi pemimpin di negara ini beliau akan kenakan balik pemimpin tersebut.

“Saya sebenarnya tidak faham dengan cerita ini. Anwar Ibrahim itu individu. Jadi kenapa kita memperbesarkan masalah peribadi. Kita sepatutnya serang dasar tetapi di mana salahnya dasar Parti Keadilan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu dan pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

Nik Aziz berkata, perkara yang patut dipertikaikan ialah sebarang kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya berasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang.

“Dia mengkhianati bapa saudaranya tetapi sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tidak menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai pengkhianat bangsa, sebaliknya hanya dituduh mengkhianati pemimpin,” katanya./SH

2 ulasan:

  1. DULU dituduh liwat KINI dituduh pengkhianat. SELAMA_LAMANYA dia akan dituduh kerana dia membongkar segala kemungkaran lawanya.

    BalasPadam
  2. Akhlak yang mulia tidak akan menyerang dengan maksud untuk mengaibkan atau menguburkan moral sesiapa pun. Tidak ada pengecualian meskipun terdapat percakaran politik kerana bercanggah pendapat atau falsafah kepartian.Orang yang mencerca seseorang itu samalah seperti budak hingusan yang kalah dalam permainan, tapi bagi yang dewasa biarlah bermain dengan akal yang sihat!

    BalasPadam