RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 1 November 2009

BADRUL DAN EZAM `RAJA SESUMPAH' TAK MAMPU BURUKKAN DS ANWAR

Selain membaham Khalid, untuk menghalalkan tindakannya itu Badrul Hisham cuba melemparkan telor busuk kepada Anwar Ibrahim. Kononnya dia bertindak begitu kerana meragui moral Anwar Ibrahim. Penangguhan perbicara kes liwat Anwar menjadi punca beliau meragui kepada moral Anwar dan meninggalkan PKR. Betulkah?

Sekali lagi ini adalah alasan semata-mata. Hampir semua mereka yang berpatah arang berkerat rotan dengan PKR menjadikan Anwar sebagai penyebabnya. Kononnya moral Anwar menyebabkana mereka terpaksa menukar kiblat dan mengangkat syahadat semula dengan UBN. Bagi saya mereka yang mencari-cari alasan begitu adalah mereka yang lemah dan tidak mempunyai jiwa besar dalam perjuangan, dan tidak pun layak berada dalam parti pembangkang yang semestinya memerlukan orang-orang yang berjiwa besi dan berhati Bugis.

Sejak awal lagi orang-orang ini tidak layak menjadi pemimpin kerana mereka tidak melihat ke sekeliling mereka terlebih dahulu sebelum mereka mengambil biah untuk bersama PKR dan Anwar. Bukankah isu mengenai moral Anwar ini berlaku lama sebelum ini? Butalah mata zahir dan amti hati mereka kalau tidak mendengar kes-kes itu dan memahami konsiprator untuk memburukkan Anwar dengan isu rendah moral itu.

Sebelum terjebak dengan kes liwat dengan pembacuh kopi, Anwar sudah diheret ke mahkamah dengan kes yang sama. Malahan bagi setengah orang termasuk saya sendiri mendengar fitnah Anwar seorang homoseks sejak tahun 1991 lagi. Tetapi kenapa mereka ini (Adun yang keluar parti dan mereka yang 'mufarakah' kerana kes itu) bebuat demikian kebelakangan ini saja, setelah PKR mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat? Rahsia ini yang patut disedari semua orang.

Situasi inilah kepada saya mereka itu munafik dan sengaja mahu memburukkan Anwar bagi menghalalkan tindakan mereka. Sepatutnya kalau mereka penakut dan berjiwa kecil mengaku saja tanpa mencari helah dan alasan lain. Cara itu lebih dihormati kerana mereka gentlemen. Sikap menyalahkan orang, seperti pendendang yang tidak tahu menari mengatakan tanah tinggi rendah. Sikap ini adalah sikap munafikun.

Baik kepada Badrul Hisham ataupun mereka yang bermasalah hendak melarikan diri daripada PKR boleh keluar begitu saja tanpa mengata mana-mana pihak. Janganlah jadi seperti maling yang jahat lagi biadap sudahlah barang orang disapu hendak tinggalkan rumah di berak pula ditengah balai!
Kalaupun Anwar diburukkan ia tidak memberi bekas apa-apa. Semakin diburukkan semakin itu pula Anwar mendapat simpati. Logiknya mudah sahaja kalau negarawan seperti Dr Mahathir Mohamad gagal untuk menghancurkan Anwar apa tah lagi orang-orang seperti Badrul Hisham, Mohamad Azam Mohd Noor dan mereka yang sejenis dengannya.

Dalam Umno terumbang ambing kini saya percaya Umno tidak akan begitu memikir panjang untuk menerima sesiapa saja menyertai mereka termasuk juga mereka yang lemah jiwa moral busuk dan tidak ada kualiti dan sebagainya. Kerana apa kerana Umno benar-benar dalam keadaan terdesak apa pun jenis orang pun parti itu akan memeluknya.
/http://msomelayu.blogspot.com/

6 ulasan:

  1. Kebanyakannya org2 politik ini, memang jahat
    dan penipu. Undi raayat boleh dipermainkan
    dgn lompat melompat. Janji sini.. janji sana..
    tidak mustahil, musuh jadi kawan, kawan jadi
    musuh, segala2nya utk kepentingan diri. Harta,
    wang, pangkat dan jawatan jadi rebutan..raayat
    yg merana dan tertipu dgn mainan politik.
    Tiba pilihan raya memekek sana sini dlm ceramah
    mencari sokongan, ada yg naik basikal keliling
    kampung, ada yg menyuap makan kpd org2 tua,
    ada yg mengecap rumah dan bermacam2 lagi
    dilakonkan olih org2 politik hanya utk mencari
    pengaruh. Lepas jadi wakil raayat, berebut2 nak
    dpt tender dan projek. Kemudian timbulah rasuah
    sana dan rasuah sini, dan kalau SPRM nak
    siasat, senang saja lompat masuk UMNO, habis
    cerita.. segala rasuah SPRM tak siasat lagi,
    sebab takut pd UMNO.. itulah orang politik
    yg tempang dan jahat..

    BalasPadam
  2. Tak ada prinsip hidup , hari hari makan malam dengan orang UMNO , kena brain wash la tu ,

    BalasPadam
  3. Pemimpin Islam agung Salahudin Ayubi memastikan askar2 yang berjuang dengannya melakukan kiamullail secara istiqamah. PAS dan PKR sepatutnya mengambil iktibar daripada Salahudin Ayubi dalam memilih saf kepimpinannya terutama sekali mereka yang beragama Islam. Yang anehnya, saf kepimpinan PKR yang bukan Islam lebih komited dan berpendirian teguh daripada mereka yang Islam. PAS dan PKR perlu mengadakan siri kursus atau majlis ilmu secara berterusan untuk semua ahli di peringkat atasan yang mempunyai aspirasi untuk menjadi pemimpin parti atau jemaah. Waspada dengan bakal pemimpin yang mempunyai ciri-ciri munafik.

    BalasPadam
  4. Badrul kata disebabkan nawar lambat dibicarakan menyebabkan dia (badrul) kecewa di masuk UMNO kembali betul ke alasan tu bole caya ke ni....ala toksah cakap banyak le badrul oooiiii adekah parti yg kau pilih tu betul betul bersih tak de rasuah tak de jenayah halamak...org UMNO yg masih duk bawah tempurung je bole kau kelentung aku sikit pun tak percaya baik lah kau masuk UMNO lagi baik le tapi jangan harap le pengundi kau akan ikut serta jadi lah kau macam kera sumbang.

    BalasPadam
  5. si badrul ni aku boleh katakan macam ni, kalau dah asal usul dari makhluk "#@*&" dia tak boleh jadi makhluk yang mulia, kalau asal usul kepala otak dia dari umno, lambat laun terserlah jugak perangai umno dia, kalau dulu dia makan sampah dan benda busuk, lambat laun dia akan cari benda tu jugak, aku nasihatkan pemimpin tertiggi PR lepas ni lebih berhati2 dan pastikan wakil rakyat yang hendak dipilih betul2 ikhlas dan tiada agenda peribadi, aku nasihatkan agar lakukan segera pelan pemutihan dan sigkirkan makhluk2 keji yang ada agenda peribadi, baik dari PKR, DAP dan PAS.

    BalasPadam
  6. 'saya ' keluar PKR kerana umno bersih,tiada pembunuh, tiada rasuah dan segala-galanya mengikut undang2. Adoi2 , dah lama kena sound oleh mb sebab malas kerja. Tahu kah kamu badrul bahawa anda di kedudukan sekarang adalah atas sebab tersalah pilih oleh PKR???? Jauh sebagai seorang yang amanah dan sebagai pemimpin.

    BalasPadam