RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 15 Jun 2010

ADUN BN MELOMPAT DI PERAK, MARI KITA ALU-ALUKAN JANGAN BANTAH

BENARKAH berita 3 Adun Bn di Perak akan melompat? Jika benar, patutkah kita bergembira? Pada pandangan aku patut sangat kita bergembira kerana apabila ini benar-benar berlaku tidakkah PR akan kembali berkuasa di Perak? Aku tidak faham mengapa ada yang tidak bersetuju jika benar cerita ini.

Memang benar, mereka yang dikatakan bakal melompat itu tentunya inginkan sesuatu yang mereka tidak perolehi dari Zambry MB yang dipilih oleh mahkamah itu. Buat apa kita pertikai nawaitu mereka walaupun kita dapat meneka nawaitu mereka itu ikhlas atau tidak. Kita kini mahukan kuasa untuk dikembalikan kepada rakyat. Nah, jika mereka melompat dan PR kembali berkuasa, tidakkah ini membuka peluang untuk PR mengistiharkan pembubaran Dun Perak?

Aku bersetuju mereka melompat masuk ke dalam PR, tetapi dengan syarat bila kita berkuasa, Dun Perak WAJIB dibubarkan kerana kita tidak boleh lagi berharap pada spesis katak untuk berkuasa. Masalahnya, berani atau tidak mereka melompat? /mandor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. mereka memang nak lompat...itu baru test market...kalau tokey naikkan gaji dan faedah lain...mereka kensellah...segalanya bergantung kepada nunn tokey kek putra jaya tu.....
    kalau 3 ekor katak perak dapat banyak paedah hasil lompatan..apa salahnya mereka juga diberi paedah yg sama kalau tak lompat.....

    huhuhuhu......

    sama sama kita lihat sapa yg kena....

    BalasPadam