RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 16 April 2013

NEGERI LEBIH KENAL CALON DUN, TROPICANA PERLU REALISTIK BUAT KEPUTUSAN

DIFAHAMKAN perebutan kerusi Parlimen Bera, Pahang sudah selesai apabila PAS Pusat bersetuju untuk menyerahkan Parlimen tersebut kepada KEADILAN melalui calonnya, Sdr Zakaria Abdul Hamid, bekas Pengerusi KEADILAN Pahang yang kini adalah Ahli MPP dan juga Timbalan JPRP.  

Meskipun keputusan PAS Pusat tersebut dianggap 'kontroversi' di mana dikatakan PAS kawasan tetap menaruh minat untuk bertanding di situ, namun bak kata Us Tuan Ibrahim sesiapa sahaja yang menjadi calon tanpa restu PAS Pusat akan dipecat dari keahlian PAS.  Syarat ini juga digunapakai oleh parti KEADILAN dan juga DAP.  Disiplin ahli parti mestilah diletakkan di atas segala-galanya apatah lagi PAS yang selama ini kukuh dan kuat kerana amalan 'Wala'' kepada keputusan parti.

Apakah yang berlaku selepas ini kita tunggu samada terdapat ahli PAS yang tidak lagi menghormati keputusan parti.  KEADILAN sering dianggap tamak haloba kononnya 'mencuri' hak orang.  Peliknya, tamak haloba KEADILAN sehingga melepaskan Bentong kepada DAP dan terlepas juga Dun Ketari yang asalnya mahu diminta oleh KEADILAN?  Begitu juga Dun Damak, KEADILAN 'rela' serah kepada DAP.  Di Pahang, KEADILAN kini sudah kurang satu kerusi Parlimen iaitu Bentong.  Bagaimana 'si tamak' boleh kurang kerusi, sedangkan sepatutnya mestilah kerusi bertambah?

Itu belum dikira 'sedekah' KEADILAN kepada DAP di Gelang Patah dan beberapa kawasan lain.  Ini semua adalah strategi PR berdasarkan keperluan semasa.  Parlimen Bera bukanlah kawasan yang dianggap 'selamat' buat KEADILAN berbanding Temerloh mahupun Jerantut, namun KEADILAN bersedia ditempatkan di situ dan Sdr Zakaria beserta para penyokong dan jenteranya kini telah bersedia untuk bertempur di kawasan yang dahulunya ditandingi oleh PAS melalui Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK.  Aku yakin kekuatan jentera walaupun baru dibina oleh Sdr Zakaria mampu membuat kejutan kali ini di Bera.  Syabas kepada PAS Pusat yang redha kerusi ini ditandingi oleh KEADILAN kali ini.

Apakah isu kerusi di Pahang selesai sudah?  Pembahagian kerusi di antara PR di Pahang bolehlah dianggap selesai sekarang.  Namun, khabar angin menyebut terdapat beberapa kerusi Dun yang diperuntukkan kepada KEADILAN menjadi 'kontroversi' pula.  Kali ini bukan perebutan di antara PR, tetapi percaturan 'luar biasa' dari pimpinan KEADILAN di luar Pahang yang memungkinkan calon yang telah bersedia untuk bertempur bakal tersingkir.  Jika ini benar-benar berlaku, amat malang sekali kerana sewajarnya calon di kerusi Dun mestilah dipersetujui serta mendapat 'keredhaan' dari pimpinan negeri terlebih dahulu.  Bukankah pimpinan negeri lebih kenal ahli-ahli atau calon di negeri berkenaan?  Tropicana mungkin kurang mengenali calon-calon ini berbanding Negeri.  

Memang benar, sebagai ahli parti kita mesti akur dengan keputusan parti walaupun parti mengambil keputusan meletakkan 'tunggul kayu' sebagai calon.  Tetapi pihak atasan juga jangan mengambil remeh atau mengambil kesempatan di atas kebangkitran rakyat sekarang yang mahu melakukan perubahan, maka sewenang-wenangnya mencatur calon-calon yang mereka mahu.  Aku tidak setuju jika calon yang tidak terpilih bertanding Bebas kerana bagi aku itu khianat kepada parti.  Tetapi aku beranggapan memilih calon yang tidak bekerja dan menolak calon yang telah diakui oleh Negeri calon yang terbaik dan telah melaksanakan kerja, itu juga dikira 'khianat' kepada parti.  

Memang benar, tidak semua pandangan negeri itu betul tetapi cubalah turun ke akar umbi dan siasat sendiri sebelum membuat pilihan dari jauh.  Aku harap pandangan Negeri tidak dipermudahkan kerana di Pahang khususnya Negeri sering akur dan taat kepada Pusat walaupun kadangkala terguris di hati apabila melihat kerusi terlepas.  Kali ini cubalah Pusat pula belajar menghormari pandangan Negeri.  Di Pahang, KEADILAN di dalam merawat 'luka' lama dan janganlah dicipta 'luka' baru yang risikonya bukan sedikit untuk ditanggung.

2 ulasan:

  1. Aku bukan penyokong mana2 parti lebih2 lagi BN..
    Tapi aku mengikuti rapat perkembangan PAS Bera. Mereka ini amat aktif sebelum pembubaran parlimen dan bagi aku adalah yg paling aktif berbanding PAS kws lain..byk aktiviti ceramah penerangan di kg2 dan felda. Sememangnya mereka rasa terkehadapan dengan usaha2 mereka selama ini dan menuntut kerusi Parlimen Bera untuk PAS..
    Tapi sekarang aktiviti mereka sunyi sepi setelah Parlimen Bera di tandingi calon PKR.
    Nasihat ikhlas aku yg sangat mengikuti perkenbangan ini, semua jentera dan pemimpin setempat parti harus akur dengan keputusan tertinggi parti. Masalah ini telah dibincangkan dan ditetapkan di peringkat pusat..seharusnya aku yakin TGHA dan PKR telah mendapat pandangan dari banyak pihak. Seharusnya keputusan pusat itu dihormati dan memacu pecutan akhir hingga ke putrajaya..
    Seandainya Pas Bera terus mahu bermurung atau memulau kempen Pakatan Rakyat Parlimenn Bera aku rasa itu kurang bijak.....
    Di pecutan terakhir ini...setiap calon ADUN/Parlimen memerlukan sokongan tidak berbelah bagi dari setiap parti dan jentera...
    Aku cuma mengimbau tentang Parlimen Temerloh....dimana kerusi PKR tapi calon PAS US Nasrudin Tantawi bertanding...Aku jangkakan Temerloh ditandingi oleh Ahmad Nizam dan Bera ditandingi Us Nasrudin..tetapi sebaliknya...Namun Ahmed Nizam walau tidak menjadi calon tapi berjanji akan membantu kempen PAS temerloh.
    Bagi aku boleh sahaja Ahmed Nizam yg mempunyai kedudukan dalam MPN Pahang memboikot kempen Parlimen Temerloh seperti mana ugutan PAS Bera tersebut...tapi akhirnya merugikan perjuangan Pakatan Rakyat itu sendiri....
    Parlimen Bera boleh menang jika ADUN2 PAS Guai, DAP Triang dan PKR Kemanyan bersatu dan berkempen sepenuh hati....
    Janganlah usaha peribadi dijadikan cagaran sebaliknya matlamat Pakatan Harapan Rakyat menuju putrajaya menjadi azimat perjuangan...
    InsyaAllah dengan turunya pimpinan pusat ke Parlimen Bera nanti dapat meredakan rajuk..

    Akhir sekali...jangan hanya ternampak pulau... masing2 berebut untuk menentu siapa yg patut turun dulu dari sampan...akhirnya sampan karam....pastikan terus bersama berdayung dan sampan tertambat kemas di perlabuhan...

    BalasPadam
  2. Tolong lah wahai kepimpinan PAS pUSAT dan Kemimpinan KEADILAN PUSAT, dengarlah rintihan RAKYAT bukan kah RAKYAT mesti DI DAHULUKAN?????

    BalasPadam