RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 18 November 2013

PAS AKAN MENYESAL SEPANJANG ZAMAN JIKA KUTIP MAKHLUK PEROSAK INI

HASAN Jati mahu 'pertimbang' masuk PAS?  Anda jangan termuntah dahulu, biarkan aku terus mengulas isu paling kelakar kali ini.  Apa kata Hasan Jati? "  Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan PAS di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi diraja dan menghormati peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan, saya sedia mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Hasan Jati - Sedia pertimbang kemahuan sendiri?
Anda masih ingat agaknya bila mana si Hasan Jati ini menyalak ke hulu ke hilir, tegang urat merih beliau bercakap di dalam beberapa siri ceramah Jati sebelum PRU 13 yang lalu, "Jangan beri kepada PAS hatta satu undi pun".  Begitulah hebatnya si Hasan Jati ini mengampu Umno dan cita-citanya waktu itu memang untuk menghancurkan PAS biarpun parti tersebut pernah menempatkan beliau di Kerusi Pesuruhjaya PAS Selangor seterusnya menjadi Wakil Rakyat dan Exco.  Perangai pelik Hasan Jati bermula bila sudah hilang jawatan di dalam PAS sebagai Pesuruhjaya di mana sebelum itu di'malu'kan dengan undian perwakilan Muktamar PAS yang meletakkan Hasan Jati di tangga hampir tercorot sebagai AJK PAS Pusat.  Memang malu sebagai bekas Naib Presiden dan Pesuruhjaya boleh terkebelakang.

Maka berbagai-bagai ragam dibuat oleh si Hasan Jati agar parti boleh memecatnya dan beliau akan berpeluang menuduh parti menganiayai beliau.  Beliau rasa apabila beliau dipecat, ribuan ahli PAS yang menyokongnya akan mengikutnya seperti yang terjadi kepada DS Anwar Ibrahim di dalam Umno.  Bila Anwar dipecat, ratusan ribu ahli Umno mengikut DS Anwar di dalam reformasi.  Malangnya, Hasan Jati tidak mampu mengikut DS Anwar.  Beliau keseorangan keluar hanya disambut oleh bekas-bekas ahli PAS sahaja.  Sehingga kini, tiada siapa tahu berapa kerat ahli Jati bahkan berapa orang AJK nya pun tiada diketahui.

Mengapa selepas PRU 13 si Hasan Jati mahu bercakap tentang masuk PAS?  Sebabnya kerana Umno sudah tidak pedulikan lagi macai sepertinya.  Dulu Umno hanya mahu Hasan Jati jadi kuda sahaja.  Tidak nampak pun hasil Hassan Jati berkempen yang boleh membantu Umno, bahkan di Selangor sokongan kepada PAS terutamanya dan PR amnya semakin bertambah.  Zul Kulum sahabat baik Hassan Jati pun tertiarap teruk di Shah Alam.  Ertinya Umno tahu macai ini tidak hebat seperti yang dijangkakan.  

Muktamar PAS akan berlangsung pada 24 November ini.  Di tengah ahli-ahli PAS sedang bercakap tentang kumpulan aktivis/profesional dan Ulamak, si Hasan Jati mahu ambil kesempatan.  Beliau sedia 'pertimbang' untuk masuk PAS sekiranya golongan Ulamak menang, itu katanya.  Lazimnya ayat 'pertimbang' itu boleh digunakan jika ada pihak yang tawarkan dia sertai PAS semula.   Tetapi ini tidak berlaku.  Tiada siapa di dalam PAS yang bodoh dan kemaruk ingin kepada macai sepertinya, tiba-tiba dia kata sedia 'pertimbang'.  Dia yang bercita-cita untuk masuk PAS, dia juga yang akan pertimbang kemahuannya.  Kelakar yang menampakkan dungu.

Dalam pada itu, beliau berpendapat supaya Pas mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan Pas seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas PRU13.  Jelas, memang Hasan Jati mahu PAS keluar dari PR.  Untuk apa?  Beliau tahu PAS nampak lebih kuat dan berpengaruh jika terus berjuang di dalam PR.  Untuk lemahkan PAS, beliau suka jika PAS berpisah dari PR.  Bila sudah berpisah, mudahlah Umno mendekati PAS dan kerjasama PAS-Umno akan terjalin.  Jika ini berlaku, satu kejayaan besar buat beliau. 

Beliau kononnya menyokong Ulamak di dalam PAS, maka beliau harap golongan Ulamak di dalam PAS akan menang di dalam Muktamar PAS nanti.  Beliau beritahu, PAS mesti dipimpin oleh golongan Ulamak.  Sewaktu beliau memegang jawatan tinggi di dalam PAS dahulu, beliau tidak kisah pun soal Ulamak atau tidak kerana beliau pun bukannya Ulamak.  Bila sudah tiada jawatan, baru terfikir Ulamak kena berada di dalam jawatan tertinggi PAS.  Ini menampakkan Hasan Jati sudah tidak tentu arah berfikir.  Pendirian tidak tetap dan kelihatan gila kuasa.

Adakah ahli-ahli PAS sudah bersedia untuk terima Hasan Jati?  Jika terima Hasan Jati samalah juga PAS terima Umno sebagai sahabat politik.  Jangan lupa, UG di dalam PAS bakal meletup jika melayani Hasan Jati.  PAS akan menyesal sepanjang zaman jika Hasan Jati berada di dalam PAS semula.  Makhluk perosak ini patut dibiarkan meroyan sendiri di luar sana.  Umno tidak selera untuk kutip Hasan Jati, mengapa PAS harus selera dengan insan lidah bercabang ini?


8 ulasan:

  1. "Pendirian tidak tetap dan kelihatan gila kuasa."..

    Hasan ali bukan kelihatan gila...tapi memang SUDAH GILA.
    PAS memang gila jika terima masuk orang gila macam hasan ali tu.

    BalasPadam
  2. http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8029#.UomKJ8S7Gl4

    BalasPadam
  3. Aduhhhh Tuan Pengulas..... PEDAS tapi BERNAS.. Saya cukup memahami jalan cerita ini. Ingin saya tambah sedikit, sekiranya diterima DHA ni, saya mungkin jadi salah seorang yg akan bertukar parti untuk PRU14 nanti. Mohon pihak atasan PAS memikirkan kesannya sekiranya menerima kembali DHA.... Fikir2kanlah

    BalasPadam
  4. boleh kutip ... tapi jadikan dia HAMBA ABDI .....!!!

    BalasPadam
  5. biarkan asan jati ni meroyan dan teruskan kerjaya maki hamun nya diakhir usianya....!!!

    BalasPadam
  6. Setuju!..Buat apa ambil dia kembali? Lidang bercabang, bagai musuh dalam selimut, bagai duri dalam daging, bagai udang di sebalik ketam hitam....Sendiri nak masuk, sendiri buat kenyataan, sendiri sokong geng geng UG, sendiri muka tak tahu malu.. itu hari bukan main kutuk kaw kaw PAS ni..La ni nak masuk PAS balik? Hahaha..mesti ada geng geng UG dalam kelompok status "ulama" dalam PAS bersekongkol bagi ruang pada dia kembali dalam PAS..Habis arr PAS jika pengkhianat ini masuk PAS..punah ranah PAS nanti..

    BalasPadam
  7. perhatikan sama Nasarudin dan Roslan sms.depa ni pun org.hasan akidah.

    BalasPadam