RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 28 Januari 2014

AKU BOSAN, AKU BENCI DAN MELUAT, TAPI BENCI DAN MELUAT KEPADA UMNO/BN JAUH LEBIH TINGGI

BARU semalam aku menulis di SINI, aku cadangkan tak perlu DS Anwar bertanding di Dun Kajang dan betapa perlunya TS Khalid kekal sebagai MB Selangor dengan sedikit 'perubahan sikap'.  Namun, nasi sudah menjadi bubur, nama calon telah diumumkan di mana DS Anwar adalah calonnya.  Soal dia ganti TS Khalid sebagai MB Selangor masih jauh mahu difikir kerana DS Anwar mesti menang di PRK Dun Kajang dahulu.

Umum saja Adun Kajang dari PKR itu kosongkan kerusi, gegak gempita seluruh Selangor dan Malaysia.  Ertinya terlalu sayang rakyat kepada PR, mereka tak mahu benda sedikit boleh merosakkan kekuatan PR di Selangor.  Bila diumum saja DS Anwar akan bertanding, gempita lagi kita di luar.  Apa yang terjadi sebenarnya di Selangor? 

Jangan kita buat-buat tidak tahu.  Siapa yang tidak tahu 'perbalahan' di antara TS Khalid dengan Azmin Ali?  Sejurus PRU tahun 2008 lagi krisis ini diketahui.  Entah berapa kali DS Anwar menegur samada secara dalaman bahkan secara terbuka termasuk di dalam Kongres Nasional PKR.  DS Anwar menegur kedua-dua pemimpin yang susah sangat mahu duduk semeja ini.  Namun mereka diberi peluang untuk berubah sepenggal.  Tiba PRU 13, diharapkan kemenangan besar PR di Selangor itu boleh diraikan bersama secara keluarga di antara TS Khalid dan Azmin.  Malangnya, bertambah hebat pula.  Daripada isu MB Selangor, berjangkit kepada isu di dalam PKNS.  

Jika kita di tempat DS Anwar, apa perlu kita buat?  Mahu pecat Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor bahkan Timbalan Presiden PKR itu?  Atau, sanggup kita buang TS Khalid sebagai MB Selangor tanpa alasan yang benar-benar kukuh?  Masakan kita boleh singkir TS Khalid hanya kerana Azmin mahu berada di Kerusi MB Selangor?  

Ertinya, DS Anwar telah cuba baiki masalah yang berlaku di Selangor secara paling berhemah tanpa menyinggung mana-mana pihak.  Namun, entah kenapa dan tidak diketahui siapa yang ego di antara keduanya.  Mungkin untuk menyelesaikan masalah ini tanpa mengguris hati orang-orang Azmin mahu pun orang-orang TS Khalid sekaligus untuk meyakinkan rakan-rakan di dalam PR bahawa kemelut yang berlaku sekian lama mesti diselesaikan segera, maka DS Anwar telah mengambil langkah yang beliau ambil sekarang.

Setakat ini tiada orang Azmin yang mengamuk, tiada orang TS Khalid yang memaki hamun DS Anwar.  Rasa tidak puas hati memang wujud kerana tidak pernah berlaku percaturan politik berisiko tinggi seperti ini berani dilakukan oleh DS Anwar.  Apakah ada pilihan lain?  Adakah perlu DS Anwar berikan sepenggal lagi untuk mereka berdua selesaikan kemelut di antara mereka?  DS Anwar mungkin bimbang jika dibiarkan berlarutan, bukan saja masalah mereka berdua selesai tetapi Selangor juga mungkin 'selesai' dapat semula ke tangan Umno.

Memang sukar mahu terima kenyataan penyelesaian sedemikian rupa.  Kita harus yakin dengan keputusan bersama oleh PR ini setelah mendapat penjelasan daripada DS Anwar.  Kita di bawah hanya boleh mengeluh dan merungut sekadar cerita yang sedikit kita tahu, sedangkan kita tidak tahu tentu banyak perkara yang pimpinan kita bincang di sana yang akhirnya mereka setuju cara penyelesaian yang berisiko besar ini.  

Cukuplah kita nyatakan pandangan kita, akhirnya kita patuh keputusan pimpinan kita di dalam PR.  Pimpinan pula perlu tahu isi hati rakyat yang bukan mudah untuk terima kenyataan yang pahit begini.  Bosan.  Memang aku bosan.  Benci.  Memang aku benci.  Tetapi kebencian aku terhadap Umno/Bn jauh lebih tinggi. 


6 ulasan:

  1. Kita dengar alasan mereka "kalau anwar tak selesai masalah ni PR akn kalah selangor PRU14 ke tangan umno"..

    Persoalannya betul ke alasan tu? Cuba lihat pandangan rata2 rakyat selangor yg undi PR pru13. Kenapa mereka undi PR??

    Mereka suka pemerintahan TS Khalid walaupun kempen yg sangat agresif dari bn masa election tu..

    Lihat pula reaksi mereka bila azmin n konco2 nk buat perangai gila nk jd mb lepas menang election tu.. rakyat tetap mahu TS Khalid juga jd mb..

    anwar terima lahhakikat ni..apa yg rakyat nak lebih penting dari PKR (azmin) nak

    BalasPadam
  2. Anwar jadi ADUN dan tak semestinya TS Khalid letak jawatan kalau Sultan tak benarkan. Yang lain spoekulasi aje supaya PR berantakan. Adanya Anwar dalam DUN Selangor akan merancakkan kegiatan ekonomi dan menjadi contoh kebagusan pentadbiran PR.

    BalasPadam
  3. kadang-kadang bila orang yang tersangat takut akan memuji musuh atau menggunakan psikologi untuk menyembunyikan rasa takut... ini jelas kelihatan dipihak BN a.k.a umno., masyarakat telah amat maklum kedudukan umnobn yang bukan lagi goyah tapi dah nak rebah sangat.. buktinya serangan yang tak dapat ditangkis dari dalam dan luar yang bertubi-tubi kali. kalau dulu cuma pihak pembangkang saje yang taji umno bn, tapi kini pihak dalaman umno bn lebih bersungguh menghentam mereka. Jadi yang paling takut sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah umnobn sendiri, maka terpaksa mengeluarkan statement yang akan menambahkan lagi individu-individu yang akan menyerang umnobn., biarlah masa yang akan menentukan. Yang paling signifikan selepas umnobn diserang dari dalam ialah rakyat semakin dapat melihat dengan jelas sikap hipokrit dan rakus umnobn, bagaimana mereka menggunakan wang negara untuk bermewah-mewah, begitu juga dengan kedudukan mereka dalam kemelut 'Kalimah Allah' yang kononnya merekalah pejuang sejati, namun allah buktikan bagaimana munafiknya mereka ini kerana selama ini merekalah yang paling lantang menentang syariat yang ditetapkan oleh Allah swt. sebut apa saje syariat Allah yang tidak ditentang oleh umnobn ? bab aurat, bab halal-haram dalam makan minum, halal haram dalam pergaulan, bab halal haram dalam aspek ekonomi . Senarai panjang penolakan umno terhadap syariat Allah ini pasti tidak dapat disangkal oleh pendokong umnobn sendiri.
    Kemelut antara umat islam dengan kristian secara langsung atau tidak langsung akan sedikit sebanyak 'menguntungkan' umnobn, sebab isu yang serupa ini telah digunakan oleh pihak umnobn (zaman mahathir) dulu dan ternyata ianya berkesan. Maka kemelut Islam-Kristian ini mungkin menjadi peluru untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (dan umnobn amat sedar hakikat ini) dan hendaknya semua rakyat yang berfikiran waras tidak terjerat dengan permainan yang boleh dianggap jahat lagi bahaya ini kerana sejak dari zaman mahathir dulu golongan yang memperlekehkan islam sentiasa menjadi senjata kesayangan pihak umnobn

    BalasPadam
  4. juga jangan lupa dibelakang tabir konspirasi mamak mendaliar & kunco-kunconya ! ABU !

    BalasPadam
  5. Nasihat dri saya..kepada penyokong Pakatan Rakyat..jgn mudah goyah..coz apa yg digembar gemburkan hanya lah momokan pihak umnobn saja..yg pada masa ini ketawa bagai nak pecah perut..kerana dpt menyemarakan sentimen kepada Anwar khususnya dan PKR am..jdi sabar dan munajat kepada Allah SWT...semoga apa pun perancangan yg dibuat mjlis tertinggi PR mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

    BalasPadam
  6. Aku setuju dgn pandangan admin. DSAI perlu `masuk' Selangor untuk check mate kem Azmin dan TS Khalid. Berisiko? Memang berisiko. Tapi jangan ulangi sejarah kelemahan Kerajaan PR Kedah sebelum PRU 13.
    Bagi bola tanggung kat UMNOBN. Memang diakui. Tapi dalam sehari dua ni, mereka belum ada killer yang menyerlah. Kebanyakannya hanya meroyan sebab UMNOBN masa Tun Mahathir dulu pernah buat masa nak lantik Dato Abu Hassan jadi MB Selangor

    BalasPadam