RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 10 Januari 2014

SULTAN PERLU TEGUR JAIS KERANA TIDAK HORMATI KERAJAAN PILIHAN RAKYAT SELANGOR

KALAULAH Jamil Khir tak bagitahu kita pun, memang kita taat kepada Sultan selagi Sultan itu taat kepada Allah dan Rasul.  Jadi, tak perlulah Jamil Khir melalak tidak tentu pasal kerana tidak timbul soal tidak taat kepada Sultan.  Jamil Khir sebut soal taat kepada Sultan adalah berkaitan dengan isu Kalimah Allah di Selangor.

Kisahnya JAIS rampas kitab Bible berbahasa Melayu kepunyaan penganut-penganut Kristian.  Kisahnya juga JAIS buat serbuan tanpa berbincang bahkan tanpa maklum pun kepada Kerajaan Negeri Selangor.  Mengapa Jamil Khir tidak sebut bahawa setiap Jabatan yang berada di bawah kerajaan negeri mestilah ada hubungan baik serta saling bekerjasama?  Bolehkah Jamil Khir terima jika ada Jabatan atau Kementerian di bawah Kerajaan Pusat berbuat sesuatu tindakan, tambahan pula tindakan itu sensitif tanpa pengetahuan Kerajaan Pusat?  Tentu tidak masuk akal, bukan?

Jangan persoal tentang kitab Bible itu menyalahi undang-undang atau hukum Islam kerana berbahasa Melayu dan mempunyai Kalimah Allah di dalamnya, kita persoalkan tindakan JAIS yang seolah-olah mensabotaj Kerajaan Negeri.  Jika mahu bicara sangat tentang undang-undang, nanti orang akan tanya siapa yang luluskan penerbitan kitab tersebut?  Bukankah ada cop kelulusan KDN pada kitab berkenaan?  Siapa Menteri di KDN?  Menteri dari PAS, PKR atau DAP?  Ada pula nanti orang bertanya, mengapa Najib boleh benarkan kitab tersebut atau Kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak?  Semenjak bila hukum halal atau haram itu berbeza mengikut negeri?  

Justeru itu, jangan kaitkan Sultan.  Memang Sultan itu Ketua Agama Islam dan sememangnya beliau patut dimaklumkan oleh JAIS sebelum tindakan serbuan dibuat, begitu juga sepatutnya Kerajaan Negeri Selangot patut dimaklumkan.  Rakyat mesti taat kepada Sultan selaku Ketua Agama Islam, dan jangan lupa Sultan juga mesti hormati Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat.  

Rakyat memilih siapa layak mentadbir Negeri Selangor, maka hormati jugalah Kerajaan Negeri.  Sewajarnya Sultan juga tegur JAIS kerana JAIS tidak menghormati Kerajaan Negeri di bawah naungannya.


4 ulasan:

  1. Kalau nak bodek dan nak ampu Najib pun tok Jamil oooi!,,,, tosah dok libatkan warga negeri Selangor dan Sultan depa la ! orang Selagor tu lebih bijak dari orang Yang Negeri yang ditadbir oleh UMNO sebbab mereka tau yang mana elok dan bersih. Itulah sebabnya laporan Audit Negara tidak ada salah laku tentang belanjawan yang telah diluluskan oleh kerajaan dan Tuanku Sultan pun tiada masaalah dengan kewangan negeri. tapi tidak dinegeri yang diperentah UMNO lintang pukang rakyat pun keliru.

    BalasPadam
  2. Aku hanya boleh tersenyum (sinis)...

    BalasPadam
  3. Klu selangor msh bwh bn, 24 jam peg jais tu kn pindah klu mcm tu jawapan dia!

    BalasPadam