RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 7 April 2014

REFORMASI 2.0 DI PADANG KEMUNTING, KUANTAN PADA 12 APRIL 2014 AKAN BERJALAN AMAN

SEPANJANG aku dan rakan-rakan berkempen untuk merealisasikan Program REFORMASI 2.0 yang bakal diadakan di Padang Kemunting (MPK4), Kuantan pada 12 April 2014 mulai jam 09.00 malam, rata-rata mereka terutamanya anak-anak muda mahu lokasi program tersebut dikekalkan tanpa kompromi.



Padang Kemunting pernah mencatat sejarah mengadakan satu himpunan terbesar iaitu Himpunan HIJAU dan sejarah juga merakamkan bahawa himpunan tersebut berjaya diadakan dengan aman dan terkawal.  Tiada kekecuhan berlaku dan tiada setitik pun air water canon tumpah ke bumi.  Tiada sesiapa yang teraniaya menghidu gas beracun dari trak FRU.  Ertinya himpunan aman akan terus aman jika tiada provokasi.

Berdasarkan semua ini lah maka kali ini program REFORMASI 2.0 akan tetap dijalankan di Padang Kemunting pada tarikh yang dijadualkan.  Difahamkan pihak penganjur dan sekretariat telah menghubungi pegawai di MPK pada awalnya dan diberitahu bahawa pada tarikh tersebut padang tersebut tidak digunakan oleh mana-mana pihak.  Pertanyaan melalui telefon itu telah sempat dirakamkan untuk dijadikan bukti bahawa padang tersebut memang free pada hari yang dirancang untuk mengadakan program berkenaan.

Namun, apabila mereka menghantar surat permohonan untuk menggunakan padang tersebut dan setelah dinyatakan kepada pihak MPK iaitu untuk mengadakan program REFORMASI 2.0, secara tiba-tiba pihak MPK menyatakan pada tarikh tersebut padang itu akan diubahsuai.  Ertinya apa?  

Apa pun alasan mereka, rakyat tetap mahu demokrasi dan hak-hak bersuara mesti dipertahankan apatah lagi program tersebut akan berjalan secara aman dan teratur.  Tiada pilihan lain, Padang Kemunting pastinya akan dibanjiri puluhan ribu rakyat Pahang khususnya dan kami ingin buktikan bahawa padang tersebut bakal sekali lagi menyaksikan satu himpunan raksaksa yang aman.

7 ulasan:

  1. Alasan MPK adalah mereka tak mau sekongkol dengan pendokong dan penyokong kaum Luth.

    MPK insaf akan Nabi Muhammad tidak mengaku golongan ini sbg umatnya. MPK sempoi

    BalasPadam
  2. laknatlah mereka yg menggunakan nama nabi muhammad s.a.w untuk kerja jahat yg mereka lakukan. Fitnah pun mempergunakan nama nabi muhammad s.a.w, ikutlah apa yg diajar oleh baginda nabi muhammad s.a.w dan tinggalkan larangannya. jangan sesekali menyabitkan nama nabi muhammad dlm kerja jahat yg dilakukan. Moga saudara PenganutPas dan keluarga dijauhi daripada bala Allah. kalau saudara benar nampak liwat dilakukan, saudara wajijb menjadi saksi. Kalau tidak, rasanya buta dan bisu lebih baik untuk saudara. Wallahhualam bissawab.

    BalasPadam
  3. Satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Ahli Parlimen Sam Ketot terhadap Chegu Bard temgah hari tadi.KHAIRIL ADNAN membuat laporan polis mewakili AMK cabang dan negeri Johor kerana tidak berpuas hati diatas ancaman fitnah terbuka dan ugutan Badrul Hisham Shaharin @ Chegu Bard - Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) keatas Nazree Yunus - Naib Ketua AMK Pusat/ Ketua AMK Negeri Sembilan melalui twitter dan facebook miliknya bertarikh 22/3/2014 pada jam 1337. 

    Kandungan seperti berikut

    :-(a) twitter "@kwangchen saya tak halau tapi saya lempang, @nazreeyunus kerana dia kacau anak isteri saya...ia luar urusan politik dan organisasi”

    (b) facebook“lepas tabur fitnah…kau nak raih simpati konon nak kena fitnah.. konon kau..mangsa gengster, kena lempang tengah orang…. nak jadi ketua amk lantak kaulah nak tanding..lantak kaulah jangan kacau anak bini orang..sekali lagi bagi aku jumpa comfirm kene pijak…aku bukan mcm barua 2 keliling katik yang menyalak dalam fb sahaja… yang lain duk diam2. ini soal peribadi bukan politik atau organisasi lagi ..nak selesai ..meh jumpa jangan nak lari2…”

    Laporan polis juga dibuat untuk membersihkan nama Nazree Yunus - yang akan bertanding Ketua AMK Pusat pada pemilihan PKR yang akan datang.

    BalasPadam
  4. Apa nk heran. pkr ni cukup pakej. ..tukang fitnah, ,korupsi, ,aljuburi, samseng, nepotisma, LGBT dll

    BalasPadam
  5. Karpal Singh dah mengamuk apabila UMNO memperlihatkan tanda-tanda sokongan kepada PAS untuk perlaksanaan hudud di Kelantan.

    Walaupun UMNO kurang memperkatakannya, tetapi PAS pula kelihatan serba-salah dan ketakutan dengan sergahan Karpal Singh apabila Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Jamil Khir yang mengusulkannya di Parlimen atas alasan Jamil Khir adalah menteri dan PAS pula akan menyokong dari belakang.

    UMNO dalam hal ini tidak perlu gusar dengan tentangan yang ditunjukkan oleh Karpal Singh. Sebaliknya, perlu terus memberikan sokongan padu kepada PAS walaupun PAS pula semakin goyah dengan permainan mereka sendiri.

    Apa yang perlu dirisaukan. DAP dan MCA boleh menggertak UMNO konon-kononnya hudud tidak akan memberikan sokongan kepada UMNO-BN. Namun hakikat daripada PRU13 lalu, UMNO-BN tetap juga menjadi kerajaan sungguhpun kerusi-kerusi Cina, India dan campuran berpindah kepada DAP dan PKR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takbir..moga dimudahkan sgala urusn insaallah

      Padam
    2. UMNO NAK SOKONG PAS LAKSANA HUDUD?INI SEMUA TAKTIK KOTOR UMNO NAK RAIH SOKONGAN MELAYU

      Padam