RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 9 Mei 2014

ISU HUDUD - NON MUSLIM DI DALAM PR HARUS BERHATI-HATI

ISU Hudud semakin hangat.  Tiba-tiba Umno berminat dengan Hudud, dan jangan persoalkan niat Umno dan kita berfikiran positif, itu pesanan Us Nik Amar.  Ambil peluang yang diberikan, katanya.

Aku tidak mahu sentuh bab Umno minat atau tidak dengan Hudud.  Pendapat peribadi aku sudah ada berkaitan dengan spesis Umno ini.  Aku cuma mahu sentuh isu MCA yang mula menggerakkan ahli-ahlinya untuk berdemo dan berhimpun bagi menentang Hudud.  Bagi aku ada beza, Non Muslim boleh tidak bersetuju dengan hukum Allah ini tetapi mereka tiada boleh menzahirkan tentangan seperti itu.  Tidak bersetuju lain, menentang itu lain.  Berdemo atau berhimpun itu adalah penentangan secara terbuka.  Apakah umat Islam boleh membenarkannya?

Aku harap Non Muslim di dalam PR, samada dari PKR mahu pun DAP atau dari Dewan Himpunan Penyokong PAS jangan cuba cari pasal meniru cara MCA itu.  Kamu boleh tidak bersetuju tetapi jangan sesekali menentang secara terbuka hukum Hudud.  Seandainya itu yang terjadi, kami umat-umat Islam pastinya akan bangkit berhimpun untuk menyatakan bantahan kami ke atas penentangan kamu.

Di dalam PR, kita ada disiplin dan saling menghormati.  Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tetapi jangan ada provokasi atas isu-isu sensitif.  Biarkan Umno dan MCA bermain dengan rentak mereka.  Jangan kita terperangkap.

2 ulasan:

  1. Bro. ..isu skrg ialah utk melaksabakan hukum islam. Kamu tak habis2 nk kaitkan dgn politik.

    BalasPadam
  2. Brok...yg kau ni tak habis2 kutuk umno apahal? kau ingat ketua kau yg suka meliwat tu setuju sgt ke dgn hudud? Azmin puaka tu setuju sgt dgn hudud? Bukankah parti kau dah kata, kesepakatan PR adalah berdasarkan Buku Jinggay yg terang dan jelas tidak ada hudud didalamnya.

    Kau ni org asli dari daerah mana? satahu aku kat pahang paling ramai org asli. org asli maran ke kau ni. Bibir hitam mcm jin yg kuat merokok.

    BalasPadam