RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 24 Jun 2014

SAPU DUIT LEMBU, SANGGUP BERHABIS BELA PANDA, KUTIP DERMA UNTUK FIRDAUS?

BERLANJUTAN penemuan seorang insan malang, Muhammad Firdaus seorang OKU berusia 15 tahun di Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai baru-baru ini di mana ditemui di dalam keadaan amat menyedihkan, maka ramai di antara kita melahirkan simpati.  Alhamdulillah, mangsa ditemui dan InsyaAllah akan dapat dipulihkan kembali keadaannya.

Di dalam kita melahirkan rasa simpati, paling memeranjatkan Kak Ijat umumkan untuk buat tabung derma khas bagi membantu Muhammad Firdaus.  Kita ingatkan boleh Kerajaan bantu serta merta tanpa mengutip derma dari rakyat sebagaimana Kerajaan boleh sewa Panda dan biayai penginapan berhawa dingin untuk binatang dari China tersebut dengan kos puluhan Juta Ringgit.  Mengapa untuk Muhammad Firdaus tidak sanggup untuk biayai?

Setelah kamu songlap RM250 Juta duit lembu kondo untuk tembolok keluarga kamu, kamu mahu rakyat menderma?  Bukan rakyat tidak mahu bantu malah kita telah lama buat kerja menderma ini, tetapi di mana sikap dan tanggungjawab kamu?  Tidakkah merasa berdosa bertindak sedemikian?  Atau, alang-alang berbuat dosa makan duit rakyat maka elok saja diteruskan.

Sebab itu aku kata tidak boleh biarkan jenis bangsat ini berkuasa!!

8 ulasan:

  1. dah songlap 250 juta ,lepas ni mami ijat sapu pulak duit tabung derma Firdaus

    - ahli GAbungan Mamak PenANG (GAMPANG)

    BalasPadam
  2. jangan derma walau se sen pun, budak tu pun makan bubur cair saja, nanti duit yang di kutip masuk poket depa...biar JKM pantau sampai pulih budak tu....panda berjuta2 boleh depa support. tiba2 kes budak ni pulak nak lancar kan tabung minta derma... sudah2 laa tekan orang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pun bila Vvip jadi pengerusi untuk apax pun badan kebajiakan, banyak masuk ke tembolok nya dahulu yang lebih tu baru di samapaikan kepada penerima, kalau dapat 1 juta cuma ribux sahaj samapai kat budak ni.

      Padam
  3. cakap dengan mami Ijat BOLEH.....BOLEH BELAH!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. Inilah masalah UMNO. Duit dibelanja untuk kepentingan sendiri dan kroni tapi untuk rakyat yang susah, kena minta derma pulak.

    BalasPadam
  5. Saya punya pendapat berbeza dalam hal ini. mungkin saranan kutipan derma ini untuk memberi peluang kepada orang ramai yg ingin berbuat kebaikan. tidak semua perkara itu tidak elok.saranan menderma dan berbuat kebaikan itu patut disokong. selari dengan dakwah baginda Rasulullah. -sekadar pendapat

    BalasPadam
  6. nak tubuh tabung buat apa lagi?
    ada kuasa untuk guna kemudahan kerajaan untuk bantu Firdaus
    tokey lembu RM250 juta ingat semua orang boleh diperbodoh2kan

    BalasPadam
  7. cuba Tanya JKM mana duit peruntukan untuk PDK makin lama makin kurang, makin lama makin banyak songel....kutip derma?? tak payah..asal OKU je , kutip derma, lepas ni masukkan dia ke taman sinar harapan sebab mak dia "bela" pun separuh mati budak tu...taman sinar harapan bawah JKM..ada peruntukan, derma tu nak buat apa?? atau kalau bekas pengasuhnya nak pelihara, ambil sebagai anak angkat (JKM yg uruskan juga) dan ada berbagai bantuan untuk OKU macam firdaus..bantuan OKU terlantar, bantuan untuk OKU tidak boleh bekerja dan sebagainya...untuk progam pemulihan , ada PDK dimerata tempat dengan pelbagai program pemulihan walaupun peruntukannya tersekat2..

    BalasPadam