RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 14 Oktober 2015

KEADILAN PERLU JAUHKAN DIRI DARI PERKASA, ELAKKAN DIRI DARI MENJADI BODOH

PERKASA hakikatnya telah lama ditolak oleh rakyat, bukan sahaja dari kaum Melayu tetapi ditolak secara total oleh bukan Melayu.  Bila sebut Perkasa, terbayang kepada mereka 'rasis' yang terlampau.  Ini yang dirasai oleh kaum bukan Melayu, terutamanya kaum Cina.

Bagi kaum Melayu pula, jika mereka rasa mereka sayang sangat kepada Melayu, Perkasa bukan tempatnya.  Mereka ada Umno. Sejarah Umno dulunya tidak menjadi musuh kepada mana-mana kaum.  Sekarang ini kaum bukan Melayu tidak lagi yakin dengan Umno bukan kerana kaum Melayu tetapi Umno mentadbir negara selaku tunjang Kerajaan Bn sekarang mentadbir dengan secara amat tidak telus.  Sikap Umno yang memelihara kroni itu menjadi puncanya.

KEADILAN sudah lama menjauhkan diri dari Perkasa.  Kita melihat Perkasa hanya sebagai ejen Umno untuk menjatuhkan KEADILAN terutamanya kerana Umno paling takut dengan KEADILAN berbanding parti Pembangkang yang lain.  Sebab itu tidak mustahil apa jua program KEADILAN terutamanya program ceramah yang dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim malahan oleh anaknya Nurul Izzah pun sering cuba diganggu oleh Perkasa.  Begitu juga program Pas, contohnya program Mat Sabu di Rembau dulu cuba digempur oleh puak-puak ini.  

Usah bicara tentang perangai Presiden Perkasa, Ibrahim Ali.  Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah bersangka baik kepada raja katak ini dengan meletakkan beliau sebagai calon Parlimen Pasir Mas dengan menggunakan logo Pas.  Apabila beliau menang saja, Ibrahim Ali lupa segala-galanya.  Beliau rasa beliau dipilih oleh pengundi di Pasir Mas atas kehebatan dirinya.  Ibrahim Ali dicop pengkhianat oleh Almarhum Tok Guru.  Bahkan, sehingga Almarhum Tok Guru baru saja disemadikan, Ibrahim Ali terus merendah-rendahkan keperibadian Almarhum.  Statusnya di dalam FB yang menghina Almarhum Tok Guru selepas kematiannya mendapat cemuhan dari orang ramai sehingga memaksa beliau membuang status tersebut.  Sehingga kini Ibrahim tidak pernah memohon maaf kepada waris Almarhum Tok Guru.  Itulah Ibrahim Ali.

Sehubungan itu, KEADILAN seharusnya menjauhkan diri dari Perkasa.  Kata-kata fitnah jijik Ibrahim Ali terhadap DS Anwar Ibrahim masih kita ingat.  Beliau mengeji DS Anwar Ibrahim bahkan beliau orang paling kuat berdoa dan bersyukur apabila DS Anwar dipenjarakan semula.  Seandainya KEADILAN lupa akan semua ini dan cuba untuk berpeluk mesra dengan Perkasa, itulah sejarah KEADILAN yang paling bodoh. 


3 ulasan:

  1. Din .kau hanya bolih nasihat aje tetapi kehendak bebrpa peminpin PKR lain dari apa yang rasakan ,Kita tenguk cara PKR bila berhadapan dengan isu ini.sekarang Pas dah terjerumus dalam longkang najis babi ,nak cuci tu lambat sikit,kena samak dulu,Peminpin Pas cuba menipu rakyat ,dikatankan hanya kunjungan ,mereka fikir rakyat bodoh macam mereka,dan kita tunggu apa tindakan PKR atas perbuatan Pas ini.selama ini hendak memjuk Pas sehingga hampi2 musnah Harapan Rakyat.kau tunggu Din dan kau komen nanti

    BalasPadam
  2. Begrahim tak minta maaf kpd TGNA pun tak apalah asal BEDUH dpt jilat Begrahim pun mungkin boleh dikira ok kot. Mana-mana pemimpin PKR yang bersekongkol dgn Begrahim ni aku anggap dia adalah manusia yg paling BODOH dan BENGONG di atas muka bumi ni,

    BalasPadam
  3. brahim katak berbaik dgn pas dan pada masa sama saifuddin masuk pkr .....TAK PELIK KE...????? keluar nya saifuddin dari umno tak merosakkan umno tetapi masuknya saifuddin ke dalam pkr AKAN MEROSAKKAN PKR........begitu juga ibtahim katak...umno tak rugi kalau dia tak sokong umno dah tetapi pas akan rugi bila dia tiba-tiba sokong pas semula.......INGAT RM2.6 BILLION BOLEH BELI APA SAHAJA.........................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam