RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 11 Mac 2016

BANGKITLAH WARGA KUANTAN, LAWAN BAUKSIT HABIS-HABISAN



TERASA sedikit kecewa dan sedih apabila melihat beberapa individu dan kumpulan yang bersusah payah mengadakan kempen menentang aktiviti perlombongan Bauksit di Kuantan, sedangkan tidak ramai rakyat Kuantan terutamanya yang telah pun menjadi mangsa bahana pencemaran itu masih berdiam diri.

Melihat kepada reaksi mereka di alam maya, di media siber, begitu marah sekali mereka dengan apa yang berlaku di kawasan mereka.  Malangnya, kemarahan dan kegelisahan serta kebimbangan mereka itu tidak dizahirkan dengan sesungguhnya.  Mengapa perlu orang luar yang menzahirkan apa yang kamu semua pendam?  


Esok, Sabtu (12/3/16) akan bermulalah Kempen #RED2GREEN- WALK TO PARLIAMENT" di mana para sukarelawan akan berjalan kaki dari tapak perlombonngan Bauksit sehingga ke Parlimen untuk menyampaikan memorandum bantahan.  Alangkah baiknya jika memorandum itu turut dihadiri seramai mungkin warga Kuantan yang terlibat dengan kesan pencemaran Bauksit ini.  Ya, bukan mudah untuk mencari orang yang sanggup bersusah walaupun untuk masa depan mereka sendiri.  Lebih ramai yang suka menanti hasil usaha orang lain.  Menyedihkan.

Tahukah kita, majoriti yang datang untuk menjayakan kempen ini datangnya dari beberapa individu dan NGOs dari luar dan mereka bukan mangsa pun.  Tetapi mereka mahu bantu anda semua.  Apakah anda rasa mereka ada kepentingan politik?  Mereka adalah individu dan NGOs yang bukannya datang dari mana-mana parti politik Pembangkang.  Memang benar, KEADILAN mengambil bahagian membantu kempen ini kerana KEADILAN sentiasa konsisten dalam perjuangan membela nasib rakyat.  Apakah wajar KEADILAN berpeluk tubuh dan hanya melihat rakyat di Kuantan terus menderita?  Kami bersama anda sewaktu musibah banjir, kami turut ke hadapan sewaktu menentang Lynas dan kali ini kami bersama anda merasai akan bahayanya kesan dari aktiviti perlombongan Bauksit ini.


Bukan prinsip kami di dalam KEADILAN apabila menang di dalam Pilihanraya di Kuantan, maka kami akan berehat dan berpeluk tubuh.  Denyut nadi rakyat Kuantan ada pada Wakil Rakyat kami.  Apa lagi yang boleh kami lakukan untuk anda?  


2 ulasan:

  1. Sabar din... sbg blogger berpengalaman takkan kamu masih tak sedar lagi din.. fenomena tidak ada sambutan terhadap program PKR dan PAN bukan shj berlaku di Kuantan malah di seluruh negara!! Sesekali cuba kau lawat blog Omakkau..kau akan lihat kebenaran dakwaan aku ini..

    Kini kalau kau nk dgr pendapat aku atau tidak terpulanglah pd kau din..
    Fenomena ini semua adalah hasil dari kejijikan org2 melayu jika kita bersekongkol dgn DAP yg secara jelas menindas org2 melayu di Penang.. well PAN boleh shj menafikan fakta ini kerana mmg tugas mereka ialah ditunggangi DAP spjg masa.. TAPI tidak bg org2 melayu yg dah mula sedar dan semakin ramai pula mula meninggalkan UMNO dan mula mahu mencongak dan mengenal parti2 mana yg dilihat berupaya menggantikan UMNO..

    Kat sinilah kita perlu bijak berpolitik din.. adalah kurang cerdik terus bersekongkol dgn parti yg menindas org melayu di kala org melayu sedang mencari alternatif kpd parti UMNO..

    FIKIR2KAN DIN..

    Aku masih ingin mengucapkan tahniah kpd kau din kerana tidak jumud spt blog yongsukakuning (patutnya oren), moundtweller, alhusseyn dll yg hanya syok sendiri menyiarkn komen2 sebelah pihak lantaran tidak berani menerima hakikat bhw kini majoriti bukan lagi milik PH....

    Tahniah sekali lagi Din..

    BalasPadam
  2. Walakontol brbunyi....tong,tong,tong kosong...huhuhu

    BalasPadam