TULISAN aku kali ini bukan untuk menyokong Mahathir, tetapi tulisan aku ini untuk menyatakan kita tak boleh jadi terlalu bodoh apabila kita anggap usaha kita untuk menjatuhkan Najib itu perlu dihentikan semata-mata kerana Mahathir mempunyai hasrat yang sama. Ada yang sebut, PH meletakkan Mahathir sebagai 'Leader' untuk jatuhkan Najib. Ternyata mereka lupa bahawa kita akan terima sesiapa sahaja yang mahu Najib jatuh.
Usah bicara soal mahu bebaskan Anwar kalau kita tak mampu jatuhkan Najib. Najib adalah PM waktu ini, Najib yang pegang kuasa waktu ini dan Mahathir adalah orang yang dhaif yakni tiada apa-apa kuasa lagi. Takut apa dengan kehadiran Mahathir? Adakah kerana seorang manusia bernama Mahathir maka kita mahu hentikan usaha kita untuk jatuhkan Najib? Tidakkah bodoh namanya itu?
Tiada sesiapa mahu meletakkan Mahathir sebagai "Leader" untuk jatuhkan Najib. Kerja untuk jatuhkan Najib ini telah bermula awal lagi sebelum Mahathir mahu bersama untuk jatuhkan PM yang bobrok ini. Jangan terperangkap dengan agenda mereka yang mahu melihat Najib terus berkuasa dan tidak mahu Anwar dibebaskan. Pelik bin ajaib apabila ada yang mendakwa mereka sebagai puak reformasi tulen yang kononnya berjuang untuk Anwar tetapi begitu marah apabila ada usaha dan strategi untuk jatuhkan Najib. Alasannya kerana ada Mahathir di situ. Peduli apa mereka dengan Mahathir? Apa Mahathir boleh buat ?
Mahathir kata dia hanya mahu Najib jatuh, itu saja. Kita kata kita mahu Najib jatuh dan Anwar Bebas. Kalau Mahathir sokong untuk jatuhkan Najib, satu kerja kita telah ada yang bantu. Mahathir tidak mahu bantu bebaskan Anwar? Semenjak bila kita minta bantuan Mahathir untuk bebaskan Anwar? Oleh itu, jangan peduli tentang Mahathir samada dia sokong atau tidak untuk jatuhkan Najib dan bebaskan Anwar. Itu bukan tugas Mahathir. Itu tugas kita semua yang mahu mengangkat Anwar sebagai PM negara ini satu hari nanti.
Mahathir ada agenda? Kita tiada agenda? Masing-masing ada agenda cuma perlu bijak untuk merealisasikan agenda masing-masing. Ada yang kata, jatuhnya Najib maka pemimpin Umno lain pula akan ganti. Habis tu, di mana ada jalan kita boleh pilih orang kita jadi PM menggantikan Najib? Tentu mustahil kecuali majoriti dalam Parlimen memilih untuk berbuat demikian. Najib tumbang, naik pemimpin lain. Kita tetap sebagai Pembangkang juga cuma selaku Pembangkang kita telah berjaya turunkan Najib yang rakus itu. Jika penggantinya juga berperangai seperti Najib, itu bererti dia mencari nahas dan tidak belajar dari kesilapan Najib.
Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah kumpulkan sebanyak mana sokongan rakyat untuk jatuhkan Najib. Usah kita nak memilih sangat sesiapa yang berhak dan layak bersama kita untuk jatuhkan Najib. Jatuhkan Najib buan jaminan Anwar bebas, begitu juga apa jaminan jika Najib kekal, Anwar bebas? Bahkan, jika Najib kekal berkuasa akan bertambah pemimpin-pemimpin pembangkang diheret ke mahkamah dan mungkin akan dikurung seperti Anwar.
Jangan kerana Mahathir seorang, kita patut hentikan usaha untuk bebaskan Anwar. Untuk bebaskan Anwar, langah pertama turunkan Najib terlebih dahulu. Langkah pertama harus dimulakan. Tanpa langkah pertama, tiada langkah-langkah seterusnya.
setuju 100 %. ulasan yang tepat dan tidak memerlukan intelek yang tinggi. Untuk melangkah ke depan ( 1000 langkah @ 2 langkah sekalipun ) Kita perlu membuat langkah PERTAMA dulu. Fikir dan FAHAMKAN
BalasPadamWFauzdin kena jawab tiga persoalan tentang mahathir dan deklarasi rakyat,
BalasPadamPertama, apakah strategi mahathir dan deklarasi rakyat untuk mendesak najib berundur, kalau sekadar berhimpun dijalanan dengan banner dan sepanduk mendesak najib itu adalah kerja sia-sia, kita dari tahun 1998 lagi sudah merasai pengalaman ini. Semuanya kerana anwar, ke penjara jugak akhirnya.
Kedua, kalaulah najib undur adakah pengganti najib dari kalangan pembangkang? Kalau dari umno jugak sama je penyangaknya. Anwar akan tetap di sg buloh.
Ketiga, apakah mahathir sanggup untuk menyalakan lilin didepan penjara sg buloh sebagai tanda menyokong pembebasan anwar? Tidak sama sekali, kekal anwar didalam penjara.
Rakyat sudah bosan dengan kerja sia-sia.
Sapa.yg join MahaShitty memang bodoh nak mamposs...tima kasih lar kerana berbesar hati sebagai bodoh..sama juga bodohnya dengan pemimpin Pakatan Hopeless + Mahbood + Husam Musang + Tak BERSIH!
BalasPadamMu bagus sangat ko
PadamWan rosli panggil geng ke ni..kahkahkah..
PadamTabik blogger...BEBASKAN ANWAR!
BalasPadamWfauzdin kata itu kerja bodoh kerana mahathir, kekalkan najib tapi lagi bodoh bertingkat-tingkat kalau yang ganti najib itu spesis umno jugak.....
BalasPadamMelalui blog ini, saya ucapkan terima kasih banyak kepada Mbah Suro atas bantuan anka togel nya, yg di berikan saya kemarin alhamdulillah benar2 tembus, berkat bantuan Mbah saya sudah bisa melunasi semua hutang2 saya sama tetangga bahkan saya juga sudah punya modal sedikit buat usaha kecil-kecilan, sekali lagi terima kasih banyak Mbah atas bantuannya kpd saya.. Jika anda ingin seperti saya hubungi aja beliau di nmr 082 354 640 471 atas nama Mbah Suro Ninggil........
BalasPadamTak payah jadi bijak utk memikirkan siapa ganti najib jika beliau berundur.. pastilah dari umno juga.. maka ketika itu apa plk pendirian PHB (pakatan harapan barua)?.
BalasPadamLawan pm baru? Bodohlah buat kerja 2 kali..
Atau lawan umno?.. sama lah dgn PAS.. takkan PHB nak tiru PAS?.. Entahlah.. betapa bangangnya mereka..