RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 16 Oktober 2016

MENJAWAB KENYATAAN TERBARU PJ PAS PAHANG

SEBELUM aku ulas kenyataan PJ Pas Pahang, ada baiknya kita baca dulu apa yang beliau sebut;


PAS PAHANG TETAP DENGAN PENDIRIANNYA.
 

PAS Pahang tidak akan menyerahkan walau satu pun kerusi yang ditandingi pada PRU 13 yang lalu kepada mana-mana komponen Pakatan Harapan.

Kerusi yang ditandingi PAS pada PRU 13 yang lalu adalah hasil muafakat dalam Pakatan Rakyat. Kini PAS dan PKR masih lagi berada di dalam Pakatan Rakyat, maka semua kerusi antara PAS dan PKR adalah berdasar kepada status quo.

Namun suasana politik terkini memungkinkan Pakatan Harapan akan bertanding di kerusi PAS melalui komponennya samaada PAN atau DAP.

PAS Pahang menegaskan bahawa jika sekiranya Pakatan Harapan bertanding di kerusi PAS bertanding, PAS Pahang juga akan meletakkan calonnya termasuk di kerusi PKR bertanding.

Kerana PKR adalah komponen Pakatan Harapan, maka diharapkan PKR dapat berbincang sebaik mungkin untuk rakan-rakan Pakatannya tidak menganggu kerusi PAS bertanding.

Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Pahang baru-baru ini, kerana jentera PAS telah bekerja disetiap DUN PAS bertanding sejak bertahun lalu dan lebih agresif lagi apabila hampir pilihanraya. Jika PAS menarik diri untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan pasti akan melemahkan jentera pilihan raya PAS yang kini sedang bersemangat untuk menghadapi PRU 14.

PAS tidak mungkin akan menerima Pakatan Harapan selagi di dalamnya ada DAP dan PAN. Walaupun di dalamnya ada PKR yang sangat mesra dengan PAN, tapi masih bertahaluf dengan PAS, PAS tidak mungkin akan bertolak ansur untuk membenarkan Pakatan Harapan bertanding dikerusi PAS.

PKR dan DAP boleh berbincang sesama mereka untuk memberikan kerusi mereka kepada PAN, bukan ambil kerusi PAS, PAS tidak akan bertanding dikerusi PKR bertanding, namun PAS Pahang tegaskan sekali lagi bahawa PAS Pahang akan bertanding dimana2 kerusi sekalipun termasuk kerusi yang ditandingi PKR jika ada salah satu kerusi PAS dicerobohi oleh Pakatan Harapan.

PAS bukan sahaja bersedia untuk bertanding 3 penjuru, malahan beberapa penjuru sekali pun dan inilah juga kesediaan diperingkat akar umbi PAS, PAS nekad untuk bertegas apatah lagi setelah pengerusi DAP Pahang mengeluarkan kenyataan menghina kepimpinan PAS dan menghalau PAS keluar dari bumi Pahang dalam ucapannya di Raub baru-baru ini. Kenyataan ini sangat menghiris hati ahli PAS.

Keutamaan PAS ialah perjuangkan prinsip Islamnya demi kebaikan rakyat. PAS tetap akan menentang UMNO dan BN dan sesiapa sahaja yang menghalang PAS dari perjuangkan prinsipnya. PAS tidak akan berganjak walau seinci pun, InsyaAllah PAS akan terus mengharungi cabaran politik Negara bersama rakan didalam "Gagasan Sejahtera". 
 
Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang
 

MENJAWAB KENYATAAN TERBARU PJ PAS PAHANG

PJ Pas Pahang ada keluarkan kenyataan bahawa Pas tetap akan bertanding di semua Kerusi yg Pas bertanding dalam PRU13 yg lalu, kononnya atas persefahaman di dalam PR sebelum PRU13 yg lalu. Sekiranya parti lain dalam PH bertanding di Kerusi Pas, maka Pas akan bertanding di semua Kerusi termasuk Keadilan.

Sebagai PJ Pas Pahang patutnya beliau arif dan peka dengan situasi politik semasa dan jangan masih bermimpi dengan perkara lalu. Suka atau tidak, harus diakui PR sudah tidak wujud termasuk di Pahang sekarang ini. Apa yang ada sehingga hari ini adalah kerjasama dua parti iaitu Keadilan dan Pas dan kerjasama ini direstui oleh PH. Oleh itu, alasan persefahaman PR tidak lagi releven. Beliau juga harus tahu bahawa setiap persefahaman atau perbincangan Kerusi tidak kekal dan perbincangan tentangnya sentiasa diadakan setiap kali menjelang PRU. Alasan PJ Pas untuk mengekalkan persefahaman sebelum PRU13 dahulu adalah melucukan.

Kita semua tahu, walaupun sebelum PRU13 yang lalu ada persefahaman dan disahkan melalui Mesyuarat PR, namun masih ada yang melanggar persefahaman tersebut dan bertanding sesama sendiri. Maka, alasan untuk bertanding di Kerusi Keadilan sekiranya Amanah bertanding di Kerusi Pas, bagi saya satu lawak jenaka kerana semua tahu sebelum Amanah wujud pun berlaku pertandingan 3 penjuru di tempat yang telah disepakati. Sampai ke tahap sanggup menfitnah calon Keadilan edar pil kuda dan berfahaman komunis demi mahu rebut Kerusi.

Saya andaikan adalah tidak betul jika kamu bergaduh dengan satu pihak, pihak yang lain menjadi mangsa. Apakah itu cara Islam? Apabila kami menyeru kepada penyatuan untuk satu barisan Pembangkang yang kuat bersama Keadilan, Amanah, Dap dan Bersatu, agar perbincangan boleh dilakukan demi menjatuhkan rejim Umno/Bn, kamu meletakkan berbagai alasan dan syarat. Kalau dengan Syiah pun kamu sanggup ingin satukan dengan Sunni tanpa syarat, mengapa untuk bersatu melawan rejim Umno/Bn menjadi satu masalah besar bagi kamu?

Siapa sebenarnya yang tidak mahu bersatu?

29 ulasan:

  1. Nampak tak betapa kerasnya otak pas. Kepala batu. Cakao besar sanggup 3 penjuru.

    Tanda2 pas nak terkubur.

    BalasPadam
  2. Saya sokong pendirian PAS Pahang.. amat memudahkan gerakerja di mana hanya perlu disambung kembali walaupun ada kemungkinan akan jadi 3 penjuru utk kerusi2 tertentu yg mungkin juga jika terpaksa menentang PKR..

    PAS kini sudah ada parti gabungan sendiri mungkin boleh diberi peluang utk bertanding di kerusi2 PAS sediada ataupun kerusi2 baru.. Tak perlu membuang masa berbincang dgn DAP dan PAN ataupun PPBM..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elleeeehhh....tu je komen ngko...hehe ni mesti sekolah tk habis ni...hehe gi minum ayaq jampi banyak silic...heheh

      Padam
    2. Sekadar bertanding untuk kacau daun, bukan nak menang .... Nak jadi penasihat saja, ...buat apa?

      Padam
  3. Pimpinan PAS yang dipelopori oleh golongan konservatif ini sebenarnya amat jahil berpolitik dan berfikir serta membuat keputusan mengikut kajian dan pandangan kuno yang tidak berpaksikan realiti. Trngoklah statistik di setiap PRU, berapakah jumlah kerusi yang dimenangi PAS sekiranya parti itu bertanding sendirian tanpa PR..? Parti tersebut masih bercakap besar walaupun mereka bertanding dan menang atas tiket PR, itu pun semasa Tuan Guru Nik Aziz masih hidup dan kepimpinan PAS dilihat masih relevan untuk rakyat. Sekarang ditambah dengan beban pemimpin yang tiada integriti dan amanah serta bersikap lebih busuk dan korup melebihi UMNO, apakah PAS masih rasa hebat dan bermimpi di siang hari dengan janji-janji syurga dan ugutan neraka merwka sekiranya tidak mengundi PAS di setiap PRU..? Sudahlah....PAS, cermin diri para pemimpin kamu yang tebal dengan sikap munafik dan korup tu dan jangan sampai 50 tahun akan datang pun generasi muda menganggap parti kamu lebih celaka dari parti kapir yang wujud di Israeli.

    BalasPadam
  4. Nie namanya bodoh sombong....
    Bongkak tak boleh diajar....

    BalasPadam
  5. Sebenarnya ketua2 lobai nih bukan target nak menang kerusi, sebab jika menang pun susah juga kerana lobai2 nih bukannya tahu buat kerja2 management ni, jika ngajor kafa boleh lah.jadi dia masuk bertanding pun sekedar nak memenangkan rakan taawunannya yg telah melebur 90m sambil mengkhianati harapan rakyat terbanyak melalui pakatan pembangkang, itu je!

    BalasPadam
  6. Korang sembang je lebih cakap (tulisan) berdegar2.. tapi pemimpin korang tak henti2 pujuk kitaorg yg menandakan korang takde fakta pun tentang apa yg dituduh dan difitnah di atas.. Sekian..

    BalasPadam
  7. apalagi lagi laaa dilayan parti tu... biarkan je lah dia nak bertanding mana2 pun... Pakatan Harapan fokus tujuan asal knp parti tersebut bergabung... musuh utama umno bkn sesama ahli
    sibuk melayan PAS yg tamak tu... hilang fokus sudahnya
    KLau PAS tu bagus sangat knp Terengganu tak tertawan sekian lama...yg dlm tgn terlepas..kedah & Terengganu

    BalasPadam
  8. perak terlepas tak nak cakap kene???
    biar aku cakap...perak terlepas sebab PKR n DAP...makan suap punyer parti...

    BalasPadam
  9. PKR n DAP n Parti Pengkhianat...parti org tua2...ha ha ha ha...masuk tun plk tu...complete

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas pulak parti api neraka sbb dlmnya penuh dgn puak2 munafik menjaja agama dan tuhan utk sesuap nasi.

      Padam
  10. PH parti sampah...sebab apa aku ckp mcmtu...sebab semua dlm tu barang terbuang....barang paling lama tun...ha ha ha ha..suka nyer aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika btul smpah pe lgi ltak jawatan dlm kat slangor ar.ni tak dok brcmpur dgn sampah lagi.ada brani ke?mpos tak brani punya n siapa yg pngkhianat yg tikam rakan swktu pru 13?sapa?..yg rompak balak,yg cuba nk rompak 20k di seri gading tu sapa jika bukn pigs sndiri.crmin diri dulu wahai babi2(pigs).

      Padam
    2. Azmin ade berani ke arah pas letak jawatan....ha ha ha ha..lu bukan org Selangor pi duk dlm tong sampah pi...shuhh,,shuhh..

      Padam
    3. Azmin kata kerajaan selangor bukan kerajaan PH. Kenapa ?. Pas memang bersedia kalayu dibuang dari kerajaan negeri.

      Padam
    4. Tanpa pemimpin2 amanah yg pernah pimpin pas, pas tidaklah segah sehingga ke tahun 2013(sbb mulai 2014 pas menjadi parti sampah longkang sejak dipimpin hadi)..sekarang pas kembali menjadi parti sampah masyarakat spt tahun2 70an dulu

      Padam
  11. Pemuja presiden amanat sesat bersuara
    Parti ajaran songsang
    Puja manusia
    Ramai la penyokong syirik

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://m.youtube.com/watch?v=OL7VTlOFKok

      Husam yg sebenar.. tak payah nak jual lagi nama ATGNA.. kami tak pernah pun terhegeh2 nak jual nama UAA / UGS korang tu..

      Tak boleh nak lebong lagi ye pasal hubungan baik kununnya dgn ATGNA.. tok guru korang tak layak ke utk membuatkan org percaya bhw PAN ni parti islam kununnya?

      Padam
  12. Kenapa HARAKAH orang tak mau baca lagi.???
    Kenapa HARAKAH RUGI.?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ke plk org baca akhbar PAN? (tak layak dipanggil amanah!)

      Padam
    2. Dulu harakah terjual 300 ribu naskah setiap keluaran tp sekarang 3 ribu pun susah nk jual...lepas ni org2 harakah boleh jual bontot pulak.

      Padam
  13. layak di panggil pantekkkk..ha ha ha

    BalasPadam
  14. Kami dari grassroot Pas amat berharap supaya Pas putus terus hubungan dengan Pkr. Kalau tak putus pun hubungan dah takde makna...kira dah macam putus juga Sebab bagi kami ahli Pas tidak akan mengundi Pkr dan juga tidak ada kerjasama jentera pilihanraya. FULLSTOP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn tgu arahan..jika ada tulur putuskn n kluar dri krajaan slngor..brani buat?

      Padam
    2. Saya masih boleh terima PKR selagi pimpinan mereka tidak menjual nama org yg telah meninggal dunia..

      Padam
  15. aku tak boleh terima PKR...kucing kurap yg lupa pada jasa org

    BalasPadam
    Balasan
    1. Namun begitu aku jugak sokong utk pertandingan 3 penjuru spt yg dilakukan oleh PAN masa PRK Sg Besar dan K kangsar..

      Padam
    2. Pas pasti terkubur selepas pru 14..hanya mengharapkan sokongan org2 kg pendalaman yg tak berpelajaran dan org2 jahil..org2 cerdik dah tak sokong pas.

      Padam