PAS buka pintu kepada PH? Baca tajuk je pun aku mahu ketawa. Bukan apa, kita semua tahu bahawa PH sewaktu seawal ditubuhkan lagi telah menyatakan bersedia untuk membuka pintu kepada mana-mana pihak untuk bersama PH melawan rejim Umno/Bn yang zalim itu. PH tidak pernah menyatakan keinginan untuk menyertai 'rumah' orang lain, termasuk 'rumah suci' Pas.
Oleh itu, bila membaca kenyataan "Pas bersedia untuk buka pintu kepada PH dengan syarat jangan buat onar dalam rumah Pas", tentulah kita yang tidak berada dalam perigi buta ini tertawa. Siapa 'offer' siapa ni? PH atas dasar tidak berdendam dan berbaik sangka menyatakan bersedia untuk menerima mana-mana pihak untuk bersama. Kalau tidak berada dalam PH pun, berada dalam satu saf perjuangan pun tidak mengapa asalkan sasarannya sama iaitu, Najib, Umno dan Bn. Parti Bersatu sebagai bukti telah diterima sebagai rakan PH dengan syaratnya mudah iaitu sanggup bersusah bersama untuk menentang rejim.
Sekiranya Pas pula membuka pintu rumah sucinya itu untuk PH masuk dengan syarat-syaratnya, kita ucapkan terima kasih sajalah. Biarlah Ikatan sahaja yang menjadi penghuni di dalam rumah suci Pas itu. Aku rasa PH tidak berselera berada di dalam rumah tersebut apatah lagi apabila melihat semakin ramai penghuninya yang secara senyap-senyap keluar dari tingkap dan meninggalkan rumah suci yang bersejarah itu.
Di dalam waktu yang sama, aku suka ingatkan PH tentang kisah Hang Tuah dan Hang Jebat. Dua sahabat baik, apabila menjadi seteru, Hang Jebat cuba memerangkap Hang Tuah dengan membuka pintu istana dan menjemput Hang Tuah masuk ke dalam. Hang Tuah, walaupun dia amat sayang kepada Hang Jebat kerana itulah rakannya sejak kecil, tapi Hang Tuah sedar akan tipu muslihat Hang Jebat itu. Maka, Hang Tuah mengambil sikap berhati-hati sekali.
Umno memang kita kenali memang kaki kelentong. Sesiapa yang berbaik dengan kaki kelentong, tidak mustahil akan belajar kelentong juga. Sehubungan itu, elok lupakan saja pintu yang dibuka oleh Pas itu. Lebih baik jika kita yang membuka pintu kepada mana-mana pihak yang mahu bertahalluf dengan kita untuk menumbangkan rejim Umno/Bn. Rumah kita tidak perlu kepada Penasihat rejim yang akan buat semak di dalam rumah kita.
Setuju sangat Admin.
BalasPadamJenis ular kepala dua dalam semak ni kena hati2.
Memang bahaya...
Desingan ular berkepala dua ni dah kita dengar berkali2...
Ular jenis ni mmg rakus mencari makanan kiri dan kanan. Yg penting dapat isi perutnya.
So...
Jangan percaya sangat godekan ekor ular berkepala dua ini.
Pengalaman yg lepas2 juga patut mengajar kita.
Lps ni blh bikin bank terbesar la Pak Haji.
BalasPadamSure blh kalahkan kekayaan Bill Gate.
Ha5
Blum tarik duit dri alam ghaib duit kita dulu yg ditarik. Hahahahahaha
PadamDAN KITA YG KENAKAN SYARAT. BUKAN DIA YG BERLAGAK TU
BalasPadamSiapa yang buat onar dlm rumah PAS. Masa arwah TGNA ada dulu tak kedengaran pun onar2 begini dlm rumah PAS. Kot selepas PAS kehilangan TGNA ni dok berak dimerata2 tempat yg menyebabkan jiran2 marah maka berlakulah onar2 tu. Begitu juga Beduh kenapa tak bercakap selantang skrg ini semasa arwah ayahnya memimpim PAS, takut ke.
BalasPadamLebai2 yg buat kecoh sblm dan slps TGNA meninggal adalah dpd geng lebai2 UG. Sblm TGNA meninggal meteka2 ni pernah war2kan matlamat mereka tapi dpt dihidu oleh TGNA maka senyap sekejap. Bila TGNA meninggal maka masa itu lah peluang lebai2 UG ni berusaha dan bersuara dgn aktive. Masa tu mereka berkuasa sbb myusridulnya pun satu kepala dgn mereka. Lebih senang kerja mereka. Masa tu siapa yg bangkang terus dichop derhaka dan khianat pemimpin. Laku diburuk2kan mereka2 ini dan di suruh tinggalkan parti.
BalasPadamKini lebai2 ug ni mempunyai 2 hati. Satu nak pikat umno dan satu nak pikat pembAngkang...matlamatnya MELAYU DAN ISLAM. SAMA MACAM MATLAMAT PERTUBUHAN JATI YG DIPELOPORI OLEH HASSAN ALI YG KINI PROKSI UMNO.
MEREKA MAHU PECAHKAN UNDI PEMBANGKANG DGN MEMAINKAN ISDU MELAYU DAN ISLAM. DAHULU SUKA MAIN ISSU ASSOBIAH DAN TOGHUT. KINI MEREKA PULA YG MEMAINKAN PERANAN.
LUDAH JILAT SEMULA.
SO...HATI2 DGN LEBAI2 NI DLM ISSU POLITIK.