RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 21 November 2016

SELAGI ADA UMNO DAN SEKUTU MEREKA GOLONGAN LEBAI KUNO, BERSIH AKAN MUNCUL LAGI


BERSIH Done !!  Salute aku tunjukan kepada pihak penganjur dan paling aku respek adalah dari semua peserta BERSIH5 kali ini.  Himpunan 19/11 akan menjadi satu lagi lakaran sejarah apabila himpunan kali ini selepas Himpunan BERSIH4 dulu tidak disertai oleh golongan lebai yang kononnya benci Umno tetapi masih mengangkang di rumah sambil berharap Umno kalah di dalam Pilihanraya.  

Berbagai propaganda diwar-warkan di media kawalan Umno termasuk juga di media-media sosial bahawa BERSIH5 ini ditaja oleh Soros, penyangak mata wang.  Tidak cukup dengan itu, ada sekumpulan budak-budak jamban yang diketuai oleh Jamal Jamban berbulan-bulan mengadakan usaha agar rakyat takut dengan mereka dan tidak akan menyertai BERSIH.  Mereka mencetuskan provokasi dan berlagak samseng, mengugut rakyat dan pimpinan BERSIH sehingga ke tahap jenayah, tapi kadangkala menjadi bahan lawak pula.  Mereka menunjukkan aksi silat, memukul diri sendiri dengan kayu dan berakhir dengan drama hidung Jamal Jamban berdarah dek pukulan seorang wanita bernama Zuraidah.  Yang ini melucukan.

Puak lebai pula apa kurangnya.  Setelah mereka sendiri turut menyokong dan menyertai BERSIH 1, 2 dan 3, secara tiba-tiba BERSIH dihukumkan 'haram'.  Ada pula yang tidak berani menghukumkan haram tetapi berbelit-belit dengan katanya menyokong matlamat BERSIH namun tidak akan menyertainya.  Ibarat mahu kahwin, tapi enggan berjimak.  Bak kata Tok Usin UG Ceroi.  

Biar apa pun usaha geng-geng Umno ini yang turut dibantu oleh geng-geng lebai untuk menggagalkan BERSIH5, namun rakyat majoritinya tidak sebodoh mereka.  Jual lah atas apa nama sekalipun, jual atas nama undang-undang negara mahupun jual atas nama agama, rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi.  Maka, tinggallah Umno dan geng-geng lebai menghitung hari untuk dicampakkan oleh rakyat ke dalam sejarah kumpulan pengkhianat yang memakan dedak.

Apakah BERSIH akan muncul lagi selepas kejayaan cemerlang ini?  Jawapannya, Ya.  Selagi ada Umno yang berkuasa dan dibantu oleh geng-geng lebai, maka BERSIH tetap akan muncul.  BERSIH bukan ikut kata Tun Dr Mahathir seperti yang didendangkan oleh puak-puak Assobiyyah Umno dan geng-geng lebai kerana terbukti tanpa Tun Dr Mahathir pun selama ini, BERSIH terus mara untuk menyelamatkan negara.



 

11 ulasan:

  1. Mmg best.
    Jgn lupa..
    Bila si Ajib terpacul, kita penjarakan dia pulak.
    Kalau ada merancang atau bersubahat utk kes bunuh, kita gantung sampai mati.
    Teman dah meluat dgn mamat 3P (perompak, pembunuh, penipu) ni.

    BalasPadam
  2. ...kesian Blogger2 PAN Imayam, nak salahkan PAS juga bila golongan DAPig menguasai BerSHIT 'Apek' 2.0!
    ...apa jadi dengan 30,000 penyokong PAN Imayam yang dijanjikan? ahli pun tak sampai 10,000, berlagak pulak nak hantar 30 ribu! cakap besar, teloq takder!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello mangkok.. tak payah nak sebut amanah nak antar 10 ribu ke 30 ribu.. suruh tuang presiden kau buat mcm bersih tu.. kita tgk berapa org.. jgn lak nanti di suruh bdk2 sekolah tahfiz yg tak boleh mengundi tu berdemo. aku tgk blog2 pro parti lebai... asyik memperlekeh demo bersih.. hukum akal kalau parti lebai boleh buat mcm bersih.. kehadiran lebih ramai.. bolehlah lekehkan usaha org.. ini tak buat apa2 lekehkan usaha org.. tu ramai org ckp walaun2 bodoh melantun2..

      Padam
  3. Kuning berjaya teratur dan berdisiplin
    Merah kah..kah..kah
    Macam anjing baru keluar hutan...menyalak tak tentu pasal..takda arah tujuan.
    Malu weiiii...malu!@

    BalasPadam
  4. Kuning Berjaya jatuh kan najib..yezzzz
    kuning Berjaya keluar kan anwar dari penjara...yezzzz
    kuning Berjaya satu kan umat islam..yezzzzz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Broder,Kuning berjaya menyakitkan hati kau je dan menmbahkan otak kau makin keliru ,kesian.kalau dah bodoh tu jangan tunjuk sangat.nanti jadi bangnag.

      Padam
  5. Din...buang lar gambar tok guru dari blog lu...tak malu ke??? lu letak gambar Anwar yg tk reti balas budi tu udah lar..

    BalasPadam
  6. Ada sekor lebai cakap..bersih menyusahkan org ramai..kawan dia yg balun 2.6b tu x menyusahkan rakyat ke?..sampai byk sykt tutup..budget kesihatan..pendidikan di potong..harga brg naik ..dasar lebai bangsat 90juta..ptuiii..

    BalasPadam
  7. Lobai-lobai la ni mana tahu apo.
    Bukannya nak ambik kisah sangat eihh masalah rakyat. Yg tahunya hudud...hudud...hudud.
    Sampai penyamun dopen mato pun buto jadinye.
    Berangan nak jadi penasihat..
    He5
    Penasihat ulau melingkau..

    BalasPadam
  8. Ada terdapat Lebai-lebai Kuno ini apabila bercakap mereka berbohong, mereka suka menyumpah, mengelarkan orang lain dengan pelbagai gelaran yang jijik, mulut mereka tidak dijaga lalu mencemarkan kesucian agama, mereka tidak ada pendirian, mereka berselindung dibalik ayat-ayat dan kalimat agama.. Mereka tidak boleh menjadi pemimpin.
    Jauh sekali bijak dalam merancang ekonomi, mereka akan akur jika ada habuan kewangan dan harta.
    Telah banyak bukti, samada percaya atau tidak itulah hakikat.
    Mereka menyertai PAS kerana dalam PAS ada nama Islam, justeru mereka manipulasikan keadaan itu untuk kepentingan diri sendiri.
    Mereka inilah yang akan memacu perpecahan meniup api kehancuran dalam keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia - Rime of the Ancient Mariner

    BalasPadam
  9. Paul21 November 2016 10:12 PG
    You don't sound Islamic at All.
    There's plenty of sheet in your mouth.
    Am shame to be PAS stount supporter with sheet like you (Paul21 November 2016 10:PG) around.

    BalasPadam