Hadi Awang, ketika berucap di Program Ijtimak Siber Malaysia 2019 di Kemaman, Terengganu kelmarin menyalahkan anak-anak muda yang celik IT dan menggunakan media sosial sebagai salah satu sumber maklumat sehinggakan Umno/Bn tumbang secara mengejut dan kerajaan PH diangkat.
Mengikut kata Hadi, hasil dari maklumat yang diperolehi melalui media sosial tersebut maka Umno/Bn berjaya ditumbangkan dan wujudlah kerajaan baru yang di dominasikan oleh kaum bukan Islam. Kita sedar bahawa tujuan Pas menyertai PRU14 yang lalu untuk bertanding di semua Kerusi adalah untuk memecahkan undi bagi menentukan Umno/Bn di bawah Najib Kleptokrasi itu berjaya dikekalkan. Itulah salah satu cara parti ini untuk membalas jasa baik Umno yang telah banyak memberi dedak kepada parti yang kononnya parti Islam itu. Ini diakui sendiri oleh Nik Abduh di dalam audionya yang viral sebelum ini dan Nik Abduh akui itu memang suaranya. Malangnya. tiada siapa boleh melawan ketentuan Illahi. Cubaan Umno dan Pas untuk memecahkan undi telah gagal, sebaliknya Pas hilang banyak Kerusi dan banyak hilang wang pertaruhan. Umno/Bn pula hilang kuasa.
Hadi tidak boleh menyalahkan anak-anak muda yang semakin bijak menggunakan IT dan kemajuan teknoloji multimedia seperti media sosial untuk mengetahui perkembangan isu-isu politik semasa. Melalui media sosial lah maka anak-anak muda tahu dan faham tentang wang RM 2.6 Bilion yang dimasukkan ke akaun Najib dan tentang skandal 1MDB yang melenyapkan RM 24 Bilion wang rakyat itu. Kalau anak-anak muda mencari maklumat berkaitan di dalam Harakah, mereka akan dapati berita " Pas berpuashati dengan penerangan Arul Kandar, bekas CEO 1MDB". Melalui media sosial juga anak-anak muda tahu tentang betapa jeleknya pengurusan Tabung Haji yang kini sedang dipulihkan kembali. Jika mereka mencari maklumat di dalam Harakah, mereka akan dapati berita, " Pas berpuas hati dengan Tabung Haji". Begitu juga di dalam isu RUU Akta 355 yang menjadi modal Pas sebelum PRU14 yang lalu. Melalui media sosial lah anak-anak muda tahu bahawa Hadi yang mebawa "Private Bill" usul persendirian RUU Akta 355 ke Parlimen, tetapi Hadi juga yang memohon untuk ditangguhkan perbahasan walaupun dibantah oleh beberapa MP dari Pakatan Harapan. Seandainya anak-anak muda ini mencari maklumat berkaitan isu ini di dalam Harakah, tentu mereka akan temui berita bahawa kegagalan RUU Akta 355 adalah kerana Dap. Melalui media sosial juga, anak-anak muda terdedah dengan audio Nik Abduh yang mengaku terima wang Umno, walaupun Nik Abduh mulanya tidak mengaku tetapi akhirnya terpaksa mengaku tetapi berdalilkan "arwah bapanya Tok Guru Nik Aziz juga makan duit Umno dan pernah menipu". Demi parti boleh menipu, katanya. Pas juga bersekongkol dengan penipuan Nik Abduh itu. Adakah melalui Harakah, anak-anak muda ini akan memperolehi kebenaran? Mustahil.
Banyak lagi jika mahu disebut perbezaan maklumat yang tepat melalui media sosial berbanding maklumat dari Harakah. Bijak menggunakan media sosial maka kita akan perolehi maklumat yang betul. Justeru itu, Hadi tidak perlu salahkan anak-anak muda kerana jatuhnya Umno/Bn atau hilangnya banyak Kerusi Pas. Hadi tidak perlu bawa anak-anak muda ke zaman kuno. Hadi patut sedikit bersyukur walaupun kalah teruk di peringkat Pusat, namun sedikit sebanyak peranan media sosial juga telah membantu Pas kekal di Kelantan dan menang di Terengganu dalam PRU14 yang lalu.
Benarkah setelah Umno/Bn tumbang, maka wujud kerajaan Non Muslim yang menguasainya? Di dalam PH, kami ada empat parti iaitu Keadilan, Dap, Amanah dan Bersatu. Keadilan dipimpin oleh Melayu Islam. Amanah juga dipmpin oleh Melayu Islam, Bersatu pun begitu dipimpin oleh Melayu Islam. Dap sahaja yang dipimpin oleh kaum Cina Non Muslim namun parti ini mempunyai ramai juga pimpinan dan ahli-ahli yang terdiri dari Melayu Islam. Kesemua parti di dalam PH ini telah bersetuju secara bertulis dan perjanjian bahawa PH akan menyanjung dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan termasuk hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu, ugama Islam dan raja berpelembagaan. Berbeza dengan Bn dahulu, berapa ramai ketua-ketua parti di dalam komponen Bn yang Melayu Islam dan bukan Melayu Non Muslim dari 14 komponennya? Majoriti pimpinan parti di dalam komponen Bn adalah bukan Melayu Non Muslim.
Saya akan tunjukkan kepada Hadi susunan Kabinet kerajaan PH sekarang agar Hadi boleh mengambil kulkulator untuk mengira berapa ramai Melayu Islam berbanding dengan bukan Melayu Non Muslim di dalam kabinet kerajaan sekarang. Kabinet adalah pembuat dasar bagi semua Kementerian. Ertinya, sejumlah inilah yang akan menentukan dasar kerajaan. Adakah kaum bukan Melayu dan Non Muslim punyai kuasa penuh dan penentunya?
MENTERI PENUH (ISLAM)
1. PM - Tun Dr Mahathir Mohamad
2. TPM/Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga - Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
3. Menteri Dalam Negeri - Tan Seri Muhyiddin Yassin
4. Menteri Pertahanan - Muhamad Sabu
5. Menteri Pendidikan - Dr Maszlee Malik
6. Menteri Pembangunan Luar Bandar - Rina Harun
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dato' Seri Azmin Ali
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Zuraida Kamarudin
9. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Salahudin Ayob
10. Menteri Kesihatan - Dr Dzulkefli Ahmad
11. Menteri Luar Negeri - Dato' Saifuddin Abdullah
12. Menteri Wilayah - Khalid Samad
13. Menteri Pelancungan, Seni dan Budaya - Dato' Muhamaddin Ketapi
14. Menteri Belia dan Sukan - Syed Saddiq Abd Rahman
15. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna - Dato' Saifuddin Nasution
16. Menteri Pembangunan Usahawan - Redzuan Yusof
17. Menteri Di JPM (Ugama Islam) - Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
JUMLAH - 17 orang
MENTERI PENUH (NON MUSLIM)
1. Menteri Kewangan - Lim Guan Eng
2. Menteri Pengangkutan - Anthony Loke
3. Menteri Komunikasi dan Multimedia - Gobind Sigh
4. Menteri Sumber Manusia - M. Kulasegaran
5. Menteri Tenaga, Teknoloji, Sains dan Alam Sekitar - Yeo Bee Yin
6. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi - Darrel Leiking
7. Menteri Industri Utama - Teressa Kok
8. Menteri Kerjaraya - Baru Bian
9. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr Xavier Jayakumar
10. Menteri Di JPM (Undang-Undang) - Dato' Liew Vui Keong
11. Menteri Di JPM (Perpaduan Negara) - Senator Waytha Moorthy Ponnusamy
JUMLAH - 11 orang.
TIMBALAN MENTERI (ISLAM)
1. Kewangan - Amiruddin Hamzah
2. Kementeri Dalam Negeri - Dato' Aziz Jamman
3. Tenaga, Teknoloji, Sains dan Alam Sekitar - Isnaraissah Munirah Majilis
4. Pengangkutan - Kamaruddin Jaafar
5. Komunikasi dan Multimedia - Eddin Syazlee Shith
6. Tenaga Manusia - Dato' Mahfuz Omar
7. Kementerian Wilayah - Dato Dr Shahruddin Md Salleh
8. Pelancungan, Seni dan Budaya - Bakhtiar Wan Chik
9. Pembangunan dan Usahawan - Dr Hatta Ramli
10. Industri Utama - Shamsul Iskandar Md Akin
11. Kerjaraya - Anuar Tahir
12. Air, Tanah dan Sumber Asli - Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
13. Jabatan Perdana Menteri (Agama Islam) - Hjh Fuziah Salleh
14. Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) - Hanipa Maidin
15. Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara) - Dr Md Farid Md Rafik
JUMLAH - 15 orang
TIMBALAN MENTERI (NON MUSLIM)
1. Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyaraka
t - Hannah Yeoh
2. Pendidikan - Teoh Nie Ching
3. Pembangunan Luar Bandar - R. Sivarasa
4. Pertanian dan Asas Tani - Sim Tze Tzin
5. Kesihatan - Dr Lee Boon Chye
6. Belia dan Sukan - Steven Sim
7. Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dr Ong Kian Ming
8. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Chong Chieng Jen
9. Pertahanan - Senator Liew Chin Tong
JUMLAH - 9 orang.
Jauilah tipu daya Hadi dan Pas.

Puak-puak melayu yang masih lagi percaya dan tetap istiqamah menyokong kedua-dua parti berkenaan adalah tergolong dalam spesis bodoh murakkab. Rakyat terbanyak sudah sedar peranan pecacai parti itu, tidak akan mudah percaya dengan politik bertaraf sampah yang mereka sajikan.
BalasPadamFulus tlh mguasai lebai.
BalasPadamRasuah yg jijik pn halal
what to do bro! parti duniawi yg claim bawa islam tapi perangai lebih teruk dari yahudi...BERBOHONG!BERBOHONG!BERBOHONG untuk perjuangan islam...hari ni tuduh ada konspirasi nak jatuhkN TUN! suruh lge jawap?..nak cover the REAL RM90 jute..ingat rakyat bodo kerr...walaun dia bole tipu... dgn ganjaran short-cut kashoorga
BalasPadamKepala lebai la yg paling boroh berpolitik.
PadamTelah ada peluang utk corakkan pentadbiran negara dgn ideaologi perjuangan, tapi mamat Kepala Lebai tu pi bersekongkol dgn perompak penyamun.
Bila peluang dh terlepas, kepala bapak lebai pun menyalak utk menyembunyikan kesalan, juga bimbang ahli-ahli parti persoalkan kebodohan tindakan pimpinan diDEDAKI oleh perompak/penyamun cap keris.
Mu ni bodoh, politik2 juga, mak bapak kau tak pernah ajar lebai untuk org yg mulia takde kaitan dgn politik,jgn kurang ajar sgt, pemimpin pas itu org politik jgn burukkan gelaran lebai, lebih baik kau jd lembu dari jadi manusia
PadamMasalahnya kalau hj hadi dan geng lebai tak berbohong ttg isu ini, mrk tak ada isu lain yg nak diketengahkan utk menentang PH. Jadi mau tak mau inilah saja isu yg akan terus dimainkan. Sakit hati betul hj hadi tengok geng2 Amanah dah jd menteri/timb menteri. Berpuluh tahun beliau berkecimpung dlm politik, masih dok jd pembangkang!
BalasPadamAku selalu tertanya2 sape yg boleh baiki parti pak lebai kalau tuang presiden letak jawatan..org luar beranggapan titm sama je dgn tuang presiden...idris. pengaruh tak kuat... nik akmar...lagi lah...iskandar je yg malas ckp byk skg ni... memang sejak tuang preseden tarik kes di london tu.. nik abduh berbohong di sokong oleh pimpinan pas.. tak tahu.. kearah mana pas nak di bawa oleh tuang presiden.. kenyataan mat sabu ada benar..bukan parti org pandang... tp agama islam org pandang terutama yg bukan agama islam..kesah bohong2 ni..nik abduh boleh ketawa.. tp pernah dia terfikir pandangan org bukan islam.. terhadap islam skg...
BalasPadamApa lebai2 mnusia bodoh, merendahkan martabat gelaran lebai hanya kerana politik, takde otak lngsung yg salah pemimpin politik bukn lebai, ingatlah bukn semua lebai bermain politik, lebih org yg mulia
Padamdengki kat PAS sebab PAS tak ikut jadi keldai DAP seperti PAN
BalasPadamBukan dengki bro, kesian kat pas sokong pencuri melayu/islam tahap dunia
PadamMana husam Musa.Kenapa tak lapor SPRM.Kaki fitnah tadak dosa
BalasPadamAku masih berpendapat Haji Hadi x salah sepenuhnya. Orang2 disekelilinya yg bg info salah kat dia.
BalasPadamTerutama ustaz2 muda yg fanatik. Ustaz2 ni mungkin dlu susah. Blajar kat Mesir pun suasana x hebat.
Bila dah ada duit sbb banyak sumbangan orang ramai yg mula kembali ke Islam. Mereka jd lupa.
Tambah lagi klau berkawan dgn geng amno. Hidup jadi lebih mewah. Mereka lupa kekadang kemewahan tu adalah cubaan.
Mereka ingat geng amno ni bleh insaf. Sbb tu mreka sokong berkawan dgn amno dan tuduh orang lain yg berbaik dgn bukan Islam dan juga bukan Islam tu musuh.
Itulah rasanya Haji Hadi benci sangat dgn bukan Islam
jangan risau sebelum PRU 15 nanti UMNO, PAS dan BERSATU akan mebentuk satu pakatan baru dan dikuti oleh beberapa parti lain termasukalah MIC dan MCA
BalasPadamJumlah bukan semata2 rumusan. Blogger cuba memperbodohkan massa.cuba tengok kementerian yg strategik dikuasai dap.dgn segala jawatan tu dap menguasai keputusan kewangan dan menguasai undang2 utk melindungi kegiatan mereka.contoh terbaik persetujuan rime statute menyerahkan ketua negara dan pemimpin tentera kpd icc.
BalasPadam