RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 6 Ogos 2019

JANGAN MUDAH LUPA, SHAH ALAM MENJADI SAKSI

Sesiapa yg hadir di dewan di Shah Alam.ketika itu, pasti tidak akan lupa peristiwa bersejarah ini. Ini yg PH janjikan sekiranya PH membentuk kerajaan, iaitu;

1. Tun M ditabalkan sebagai PM (Telah ditunaikan).

2. Dr Wan Azizah dilantik sebagai TPM (Telah ditunaikan).

3. Mendapatkan pengampunan diraja untuk pembebasan DSAI (Telah ditunaikan).

4. Mengangkat DSAI sebagai PM ke 8 (Belum ditunaikan).

Mengapa Azmin dan Zuraidah menyokong gesaan Pembangkang agar Tun M terus menjadi PM sehingga habis penggal, sedangkan Tun M sendiri tidak pernah berfikir sampai ke tahap itu kerana Tun M sedar atas sebab apa Anwar perlu dibebaskan.

Mungkin kepada Azmin, daripada aku tidak dapat, biar semua tidak dapat. Rakyat sedar satu-satunya kerajaan yang tidak pernah iktiraf PH sebelum PRU14 dahulu adalah Selangor di mana Azmin adalah MB Selangor ketika itu. Zuraida pula adalah pimpinan yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak senangnya apabila nama Tun M dipersetujui oleh Keadilan untuk diangkat menjadi PM. Apabila dilantik sebagai menteri, pemikirannya terhadap Tun M jauh berubah.

Mengapa begitu sukar sekali untuk kedua tokoh ini menerima Anwar sebagai PM? Apa yang mereka mahu sebenarnya? Apa lagi yang tidak cukup dari hasil kamu berdua berada atas nama Keadilan dan atas nama Anwar? 
 
 https://www.facebook.com/wfauzdin.ns/videos/10219299393457650/

4 ulasan:

  1. Tuan admin... yang berdua tu rasa mereka yang terbaik... juga fikir cash is king... tak sedar mereka naik kerana dijunjung oleh rakyat...

    BalasPadam
  2. Fuyoooo Mazlee Kasut Itam kasi cili tambah kekalkan PM ke 7 sepanjang hayat

    Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik meminta pihak tertentu memberi ruang kepada perdana menteri untuk terus memegang jawatannya sehingga akhir penggal tanpa tergesa-gesa mencari penggantinya.

    Maszlee berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan kumpulan Otai Reformis agar Dr Mahathir memberikan garis masa bagi peralihan kuasa diserahkan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
    Siapa yang jolok sarang tabuan dulu ? Tu le Gelojoh sangat !

    Azmin, Amiruddin perlu mohon maaf pada Anwar - NGO

    Lagi satu cili serbuk kasi curah kikikiki...!!

    Dalam masa yang sama Asmin dan MB Selangor didesak mohon maaf pada Brader Anwar Bin Ibrahim...

    Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Selangor, Amiruddin Shari hari ini didesak memohon maaf kepada presiden parti itu, Anwar Ibrahim.

    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kumpulan Pendokong Reformasi Tegar (Kudrat), Baharudin Ali Masrom berkata permohonan maaf itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kemerosotan sokongan terhadap PH.

    BalasPadam
  3. Isu Khat Jawi ini didalangi oleh beberapa pemimpin DAP dan PKR dari kem Anwar Ibrahim, di mana modus operandi mereka adalah untuk menggunakan kekecohan sebagai ‘pentas’ untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim meredakan keadaan.

    Ini sekaligus akan membolehkan Anwar ‘membuktikan’ bahawa beliau mempunyai kemampuan yang tidak ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjamin keharmonian bangsa dan negara.

    Menurut maklumat, sebaik selepas keadaan reda, mereka yang mendalangi kekecohan tersebut akan ‘memujuk’ pihak Dong Zong dan Jiao Zong untuk akur bahawa seni penulisan khat sememangnya penting bagi membantu pelajar memahami Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.
    Ini sekaligus akan membantu meningkatkan keyakinan masyarakat Melayu-Islam terhadap gandingan Anwar-DAP dan akan menjadi titik permulaan kepada penentangan besar-besaran oleh gandingan tersebut terhadap kepimpinan dan kerajaan Mahathir Mohamad.

    BalasPadam
  4. Oooo hebat politik Malaysia....rupa2nya mengundi ni utk mereka saling berebut dan bertelagah. Ingatkan mengundi ni utk rakyat diberi perhatian.

    Gaduh....gaduh...gaduh sampai mampus...

    BalasPadam