RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 15 September 2026

PELAJAR MISKIN TERPAKSA BERHUTANG MASUK UNIVERSITI ? SIMPATI DENGAN KETUA UMNO BAHAGIAN SEPANG


Saya merasa kesihan dengan Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Noorazli yang agak jauh ketinggalan dari maklumat-maklumat semasa khususnya berkaitan usaha kerajaan madani. Meskipun Sepang berada di daerah yang banyak pembangunan dan bukannya kawasan mundur seperti di Gua Musang atau Jeli, namun masih ada pemimpin Umno yang kurang bernasib baik seperti Datuk Noorazli.

Beliau menyuarakan rasa sedih kononnya terdapat pelajar-pelajar miskin terpaksa bersusah payah untuk memasuki Universiti. Jika beliau menjadi PM, beliau merasa malu katanya lagi. Saya tidak pasti samada beliau cuba menyindir era pemerintahan Bn dan pemerintahan kerajaan tebuk atap (PN) 33 bulan di mana ketika itu Umno turut bersama dalam kerajaan. Di era itu, benarlah pelajar-pelajar miskin terpaksa meminjam PTPTN. Terpaksa berhutang.

Hari ini, di bawah kerajaan madani pimpinan PMX, pelajar-pelajar miskin tidak perlu lagi meminjan PTPTN. Pendidikan percuma untuk mereka. Ketua Umno Bahagian Sepang tahu atau tidak maklumat ini? Atau sengaja mahu menfitnah kerajaan madani. Sengaja mahu memburukkan imej PMX hanya kerana marah disebabkan beberapa pimpinan Umno telah dicekup atas kes rasuah? Tahukah kamu rakyat susah sejak dahulu dan terpaksa meminjam untuk ke universiti salah satunya kerana amalan rasuah ini lah. Sebab itulah PMX terpaksa bertarung dan berdepan dengan penyakau-penyakau ini demi mempertahankan rakyat.

Teruskan bekerja "Guru" ku PMX. Pedulikan fitnah-fitnah di luar sana. Atas usaha mu membenteras rasuah, sememangnya kamu akan dijadikan musuh oleh penyokong-penyokong dan pengamal rasuah. Jangan gundah gulana, kami rakyat Malaysia yang benci rasuah tetap berada di belakang mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan