RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 17 Mac 2010

PENCERAMAH BERKUALITI PENTING BUAT PR

Oleh: WFAUZDIN NS

PAKATAN RAKYAT tidak lagi boleh berehat buat masa ini sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Mulai sekarang kita telah dapat menghidu bentuk provokasi dan stretegi dari pihak musuh terutamanya Umno. Mungkin kita boleh menarik nafas agak lega kerana parti komponen BN iaitu dari MCA dan MIC tidak lagi bertaring apatah lagi di kalangan mereka sendiri pun mulai merasa betapa menyesalnya mereka berada di dalam BN. Tetapi oleh kerana pemimpin-pemimpin mereka terlalu banyak `hutang' dengan Umno dan kerajaan, mereka sanggup bertahan buat ketika ini. Ketua Pemuda Gerakan sendiri mulai merasa betapa perlunya Gerakan keluar dari BN.

Buat masa sekarang, kita hanya bertempur dengan Umno. Umno masih bertaring meskipun taringnya semakin tumpul semenjak Pilihanraya Umum yang lalu. Taring mereka kini hanya diasah oleh jentera-jentera kerajaan yang mereka kuasai termasuk media bawah kawalan mereka. Pemimpin mereka tidak lagi berani berdepan dengan pemimpin kita secara berdepan. Namun harus kita ingat dengan jentera yang mereka kuasai, mereka mampu mengatur pelbagai strategi jahat termasuk konspirasi terhadap pimpinan kita. DS Anwar telah pun menjadi mangsa, begitu juga Tuan Guru Nik Aziz. Di dalam masa yang sama rakyat telah mula digula-gulakan agar Umno dilihat seperti juara pembela rakyat.

PR perlulah bangkit menyerang dengan segala kekuatan yang ada. Sikap bertahan atau menunggu arahan pucuk pimpinan untuk bergerak akan memberi ruang kepada Umno untuk mempengaruhi rakyat dengan agenda mereka. Kaedah kempen melalui ceramah sebenarnya masih releven asalkan kita berupaya melakukan teknik atur cara ceramah yang lebih profesional. Tenaga penceramah mestilah terdiri dari mereka yang mampu berpidato dengan baik beserta mampu membawa hujah yang meyakinkan. Bagi saya sendiri, saya akan hadir ceramah apabila yang datang berceramah itu terdiri dari mereka yang mempunyai kualiti di dalam setiap ceramahnya. Tentukan setiap program ceramah yang ingin diadakan mestilah sekurang-kurangnya seorang penceramah yang berkualiti dipanggil. Ini akan dapat menarik orang ramai untuk mendengar ceramah yang dijalankan.

Adalah lebih berkesan jika kita mengadakan ceramah di mana terdapatnya kubu kuat Umno. Memang diakui agak sukar untuk mengadakan ceramah pada waktu ini dengan berbagai halangan dan rintangan dari ejen-ejen mereka, tetapi kita hendaklah mempunyai strategi dengan plan alternatif yang lain agar program tetap dapat dijalankan. Kaedah lain juga harus dipraktikkan seperti pengedaran risalah-risalah ke setiap pintu rumah dan setiap meja di warung-warung kopi. Kepada DAP khususnya, mereka hendaklah mengambil kesempatan yang ada dengan keributan yang berlaku di dalam MCA untuk menambah sokongan masyarakat Cina kepada PR.

Bagi pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP pula mereka hendaklah menunjukkan komitmen untuk terus bekerjasama. Jauhi dari sifat mementingkan parti masing-masing atau menunjukkan ketidakbijaksanaan selaku pemimpin. Jangan terlalu bergantung kepada DS Anwar untuk terus menyerang Umno/Bn, pemimpin lain juga perlu mencari sasaran mereka. Umno kini terlalu banyak bocor di sana sini dan mereka tidak lagi mampu untuk lindunginya. Tugas pemimpin PR sepatutnya lebih mudah kerana terlalu banyak isu dan kebusukan yang dilakukan oleh Umno/Bn terutamanya di bawah rejim Najib ini./wfauzdin.blogspot.com

EZAM TUDUH ANWAR, ANWAR PULA DISURUH BERSUMPAH...BIOL SUNGGUH!!

Tuesday, March 16, 2010

Cuba baca di sini. Semenjak bertuankan Umno, apa yang tak Ezam cakap terhadap Anwar? Dulu dia kata Anwar pengkhianat Melayu, ejen Amerika, tidak bermoral dan terbaru perasuah lah pulak. Lepas tu, mamat kuat bersumpah ni kata dia keluar dari KeADILan kerana nak pertahankan agama Islam, sebab tu masuk Umno. Ertinya Umno tu pertahankan Islam. Dia ingat kita lupa ke apa yang dia kata semasa dia umum masuk Umno dulu. Dia kata dia nak berjuang basmi rasuah dalam Umno untuk bantu Pak Lah yang kununnya nak memerangi rasuah.

Sebab dia keluar dari KeADILan juga adalah kerana dia tidak lagi percaya kepada Anwar kerana Anwar tidak lagi berjuang mempertahankan asas Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan itu apabila Anwar menolak DEB. Cuba kita dengar kembali ceramah-ceramah Ezam semasa beliau berkempen di dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang lalu. Anwar pengkhianat Melayu, Anwar ejen Amerika dan Anwar tidak bermoral, itulah intipati ceramah Ezam setiap malam. Semuanya itu tidak laku di Permatang Pauh, bahkan Anwar menang besar di situ.

Ezam tidak putus asa. Pilihanraya Kecil di K. Terengganu Ezam, walaupun calon PAS yang bertanding, Ezam tetap nak serang Anwar kerana beliau terasa teramat malu bila kempennya di Permatang Pauh ditertawakan orang. Di Kuala Terengganu, mamat ni memberi amaran kununnya nak buat pendedahan paling gempar. Rahsia besar ini jauh lebih gempar dari cerita 6 kotak rasuah. Tunggu punya tunggu, Ezam pun dedahkan berita gempar tersebut. Apa beritanya? Rupa-rupanya Ezam bawa sekeping kertas berupa surat tulisan tangan Anwar pada Mahathir. Dia ingat lepas pendedahan tu, malu besarlah Anwar. Rakyat di K. Terengganu terpinga-pinga kerana mereka lihat tiada rahsia besar pun dalam kandungan surat itu. Sekali lagi Ezam ditertawakan dan K. Terengganu dimenangi oleh PAS dengan bergaya. Lepas tu, Ezam lari ke Indon, bertapa untuk hilangkan malunya.

Apabila DS Anwar difitnah lagi kali ini, Ezam rasa ada peluang untuknya menangguk di air keruh untuk memalukan Anwar. Maka, berpusinglah dia seluruh negeri berceramah dengan tajuk yang kununnya boleh menarik perhatian ramai iaitu `Membongkar Rahsia' dan tentunya rahsia Anwar. Bukan rahsia rasuah atau rahsia hilang injin jet mahu pun rahsia pembunuhan Altantuya. Itu semua tak penting lagi buat Ezam. Yang penting Anwar mesti `dimatikan' dalam politik walau dengan apa cara sekalipun. Terbukti sudah, masuknya Ezam dalam Umno bukan untuk basmi rasuah, bukan untuk lakukan reform dan bukan untuk perjuangan Islam. Ezam berada dalam Umno adalah kerana DS Anwar masih hidup dan DS Anwar adalah pemimpin agung yang mesti dimusnahkan.

Terbaru lagi, kununnya gempar lagi berita yang dibawa oleh Ezam. DS Anwar perasuah dan kali ini dikaitkan sekali dengan isterinya DS Wan Azizah. Ezam dakwa berbelas projek diberikan tanpa tender dengan harga berbilion ringgit semasa DS Anwar menjadi Menteri Kewangan. Zaman DS Anwar langsung tiada tender. Wah..jahatnya DS Anwar. Tentu DS Anwar dan anak beranaknya kini kaya raya dan mungkin anak-anak beliau sebenarnya berada di dalam `ranking' paling tidak 10 terkaya di Malaysia. Peliknya, tiada pun nama anak beranak dan kaum kerabat DS Anwar yang tersenarai. Mungkin laporan akhbar tersebut tersilap kerana tidak memasukkan nama anak beranak DS Anwar di situ. Bodohlah DS Anwar nak kayakan orang lain daripada anak beranaknya.

Paling menggelikan kita ialah Ezam seperti budak-budak berhujah. Dia yang tuduh DS Anwar rasuah dan amalkan kronisma, DS Anwar pula yang dia suruh bersumpah. Sudah semakin bebal mamat ni. Susah sangat ke Ezam nak laporkan kepada SPRM kalau dah dia kata dia ada bukti? Bukankah semasa di dalam KeADILan, Balai Polis dan Pejabat SPR ketika itu adalah tempat mainan Ezam sahaja? Ada bukti, lapor sajalah. Buat apa melalak melolong macam orang gila talak? Dia ingat DS Anwar nak layan ke orang yang macam gila talak ni? Kalau benar atau betul apa yang Ezam dakwa itu, sudah lama DS Anwar masuk sangkar besi dan tidak payah lah musuh-musuh DS Anwar nak cipta berbagai fitnah yang tak masuk akal tu untuk kenakan DS Anwar. Semua fail dan rekod dalam Kementerian Kewangan sudah cukup untuk mendakwa DS Anwar jika benar ada penyelewengan.

Kita masih ingat semasa di dalam debat isu minyak di antara DS Anwar dengan Shabery Cheek, DS Anwar mencabar kerajaan semak di dalam rekod dan fail jika ada sebarang salahguna kuasa atau rasuah yang beliau lakukan sewaktu beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Kita tahu benar perangai mamat sekor ni. Dia sengaja buat provokasi agar DS Anwar melayani cerita bodoh beliau itu dan beliau akan dilihat seperti jaguh di dalam Umno. Ezam silap. DS Anwar tidak sebodoh pemimpin parti yang disembahnya sekarang. Sekali lagi kita ulangi, kita cabar pula Ezam, kalau dia ada bukti, ayuh, kemukakan kepada SPRM walaupun berkotak-kotak. Tapi kita tahu, Ezam tidak akan berbuat demikian kerana beliau lebih suka simpan kotak-kotak itu untuk buat koleksi./mandor.blogspot

Selasa, 16 Mac 2010

PARLIMEN - NAJIB MEMBISU BILA DISEBUT PASAL ALTANTUYA DAN SAIFUL

Selasa, Mac 16, 2010

Oleh Clara Chooi dan Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Bahang sidang baru Parlimen dirasakan pagi ini dengan wakil Barisan Nasional dan pembangkang bertikam lidah berhubung konsep 1Malaysia diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak dan Malaysia Sederhana oleh DAP.

Pertikaman lidah bermula apabila Najib menyifatkan konsep Malaysia Sederhana atau ‘Middle Malaysia’, yang diperkenalkan DAP pada persidangan kebangsaannya di Ipoh baru-baru ini, sebagai satu penjenamaan semula konsep “Malaysian Malaysia”.

“Malaysian Malaysia adalah satu kegagalan. Apabila sesuatu gagal, apa lagi harus dilakukan selain menjenamakan semula (konsep),” kata beliau dengan senyuman di Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau menambah pengenalan Malaysia Sederhana hanya satu respons pembangkang kepada konsep 1 Malaysia.

“Saya merasakan usaha untuk memperkenalkan Malaysia Sederhana hanya satu reaksi kepada 1 Malaysia.

“Selepas 1Malaysia semakin pupopular tiba-tiba ada usaha ini untuk mewujudkan satu lagi konsep atas nama Malaysia Sederhana,” katanya.

“Tetapi kita tahu bahawa ia hanya satu penjenamaan semula Malaysian Malaysian,” katanya.

Ketika penyokong Pakatan Rakyat memperli responsnya Najib yang juga Presiden Umno berkata , “malah Malaysia Sederhana tidak berasaskan Perlembagaan ataupun sejarah negara.”

“Malaysia Sederhana hanya slogan pembangkang dan datang dengan retorik tetapi 1Malaysia pula datang dengan tindakan, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,” katanya.

Isu 1 Malaysia muncul apabila Perdana Menteri ditanya oleh Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) agar menjelaskan kejayaan konsep dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dengan tenang memberitahu Dewan Rakyat konsep 1 Malaysia adalah satu konsep yang ditiru dan menambah bahawa sebelum Perdana Menteri bercakap tentang perpaduan kebangsaan dan prestasi untuk rakyat, Najib perlu membersihkan dirinya.

Di sebalik protes daripada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Karpal Singh berkata pentadbiran Najib dicemari dengan beberapa perkara iaitu kematian model Mongolia Altantuya Sharibuu, isu bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim Saiful Bukhari Azlan dan pegawai khas Najib Datuk Nasir Safar.

“Najib dikaitkan dengan semua kejadian ini. Beliau perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu,” katanya.

Beliau menambah Nasir tidak menunjukkan semangat 1Malaysia diperkenalkan Najib apabila membuat kenyataan rasis baru-baru ini.

Najib enggan mengulas rujukan Karpal berkaitan dengan Altantuya dan Saiful tetapi mengatakan bahawa Nasir telah diberhentikan sejak mengeluarkan kenyataannya.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) bangun untuk mengadu bahawa soalannya berkaitan dengan 1Malaysia telah ditolak.

“Bagaimana anda hendak menunjukkan semangat 1 Malaysia apabila soalan saya ditolak tanpa pertimbangan?” Katanya.

Lim berkata soalannya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri.

“Saya bertanya Menteri Dalam Negeri menjelaskan apa tindakan beliau hendak ambil terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian yang tidak bertindak selari dengan konsep 1Malaysia apabila menyiarkan laporan bias dan rasis bagi menggambarkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu,” katanya.

themalaysianinsider

`FIRAUN-FIRAUN KECIL' KINI BERADA DI PARLIMEN

Oleh: WFAUZDIN NS

SIDANG Parlimen telah pun dibuka siang tadi dengan suasana yang berbeza khususnya di kerusi MP dari PR. Setelah proses pembersihan dan `samak' yang telah dilakukan, maka PR khususnya dari PKR kini dilihat lebih bersih dan suci dari dahulu. Proses `samak' atau menyucikan ini harus terus berjalan sehingga menjadikan parti ini lebih kuat dan dihormati oleh kawan dan pihak lawan.

Apabila sidang Parlimen ini mula berkumpul, kita dapat melihat aksi `firaun-firaun ' ini dengan selamba memasuki dewan, duduk di kerusi yang tidak berparti kemudiannya tersengeh bagaikan kerang busuk. Mereka tidak sedar di luar sana beribu malahan mungkin berjuta mulut sedang menyumpah seranah mereka kerana khianatnya kepada kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka. Sudah tentunya media-media pencacai akan memberikan perhatian dan tumpuan kepada `firaun-firaun ' ini kerana mereka sememangnya `makanan' buat media pencacai tersebut. Di dalam kumpulan itu terdapatnya `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru serta `firaun-firaun kecil' dan mereka ini diketuai oleh `raja katak emas' dari Pasir Mas.

Amat malang nasib pengundi-pengundi yang diwakili oleh puak-puak ini. Di antara mereka itu boleh dikatakan hanya dua ekor sahaja yang rajin bercakap di dalam dewan yang mulia itu. Mereka adalah `katak emas' dari Pasir Mas dan juga `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru. Manakala yang lain, jika kita lihat semenjak dari persidangan yang lalu bagaikan hadir semata-mata untuk makan elaun buta. Apatah lagi orang tua yang berkopiah putih yang menjadi Wakil Rakyat hasil dari usaha Ustaz Ahmad Awang. YB Azmin Ali pernah memberitahu orang tua ini langsung tidak pernah bangun berbahas di dalam dewan semenjak menjadi MP. Beliau hanya tahu angkat tangan bila rakan-rakan yang lain angkat tangan. Kalau begitulah `standard' beliau, lebih baik dahulu kita letakkan burung belatuk duduk di kerusinya itu.

Agak-agak kita apakah yang boleh dibahaskan oleh mereka ini? Apa yang pasti `firaun kecil' yang tidak tahu bercakap itu akan menjadi burung belatuk yang sebenar. Di sinilah letaknya malang yang menimpa pengundi-pengundi yang diwakili oleh mereka. Sudah lah dapat Wakil Rakyat yang tidak tahu apa-apa, pengkhianat pula. Di Parlimen ini nanti kita hendak dengar hujah dari `firaun besar' Kulim Bandar Baru tentang isu Kalimah Allah. Di luar beliau terbukti pengecut apabila dicabar oleh YB Khalid untuk berdebat tentang isu tersebut. Di Parlimen, beliau boleh berhujah pula dengan Ulamak atau Ustaz-Ustaz dari PAS jika beliau menganggap PKR tidak tahu tentang agama. Masalahnya, beranikah beliau berbuat demikian?

Tahniah kepada PAS dan DAP yang telah memberikan kepercayaan kepada DS Anwar menjadi Ketua Pembangkang walaupun puak-puak mereka amat berharap DS Anwar disisihkan. Apa yang menarik perhatian saya, kenyataan dari PAS yang menyatakan PAS bukan sahaja menyokong DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang, bahkan menyokong DS Anwar sebagai PM sekiranya PR berjaya menduduki Putrajaya. Kenyataan PAS ini amat `melukakan' hati dan jantung Umno. Apa yang berlaku ke atas DS Anwar tidak sedikitpun mempengaruhi PAS dan DAP kerana mereka tahu moral DS Anwar bukan seperti Chua Soi Lek yang ingin ditabalkan sebagai Presiden MCA itu. Maruah DS Anwar terletak kepada keadilan dan kebenaran yang diperjuangkannya, manakala maruah Umno kini hanya bergantung kepada `satu lubang' sahaja. Di mana pula letaknya maruah yang tidak berparti itu? Tiada, kerana sememangnya mereka langsung tidak bermaruah./wfauzdin.blogspot.com

EZAM MASIH BERDENDAM DENGAN ANWAR ?

Ezam masuk Umno semata-mata dendam kesumat pada Anwar....

Ezam memulakan serangan moral terhadap Anwar - adakah itu wajar?

Dalam laman web http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/03/ezam-tegaskan-anwar-dua-alam-dia.html, Anwar dikatakan manusia dua alam – berkawan dengan ulama dari satu segi dan dan juga melakukan perkara-perkara yang memuaskan nafsu. Ezam hari ini menjadi pendekar UMNO yang menyerang Anwar habis-habisan. Ezam Mohd Nor seolah-olah mengakui kini Anwar Ibrahim terbabit dan sebenarnya bersalah atas semua tuduhan liwat – kalau dilihat dari apa yang dikatakan khususnya dalam laman di atas.

Setakat ini Ezam Mohd Nor dilaporkan akan hadir pada mana-mana tempat yang Anwar Ibrahim hadir untuk ceramah. Fokus beliau adalah Anwar Ibrahim. Tidak ada fokus lain kerana bagi Ezam mungkin Anwar adalah kunci utama yang dapat memecahkan Pakatan Rakyat dan akan memastikan UMNO kembali bersemarak bagai dahulu. Moral Anwar Ibrahim di hentam hebat oleh Ezam Mohd Nor dan laman penyokongnya. Tuduhan demi tuduhan, kenyataan demi kenyataan di buat oleh kumpulan penyokong Ezam yang hari ini menjadi kumpulan penentang Anwar Ibrahim. Serangan di buat habis-habisan namun layanan terhadap serangan beliau setakat ini tidak dihiraukan oleh Anwar Ibrahim.

Sungguhpun begitu suara-suara Ezam ini akan tetap kedengaran – menentang dengan penuh amarah terhadap Anwar Ibrahim. Apakah implikasi serangan Ezam ini terhadap Anwar Ibrahim? Adakah ini akan menjadikan Anwar Ibrahim di tolak oleh pengikutnya atau pengikutnya semakin kuat rapat membelanya. Setahu saya kesalahan utama sebelum tercetusnya reformasi adalah serangan ekstrem terhadap Anwar Ibrahim khususnya sudut moralnya. Serangan dahsyat ini akhirnya hanya menampakkan Anwar Ibrahim sebagai mangsa politik.

Akhirnya akibat simpati yang terbit sokongan terhadap Anwar Ibrahim melebar dan bertambah - tercetuslah zaman REFORMASI yang Ezam sendiri akhirnya mengemudinya. Melihat pula serangan pada Dr Mahahtir – Dr Mahathir diserang dari sudut kezaliman terhadap Anwar Ibrahim – menggunakan semua jentera kerajaan untuk menghukum Anwar Ibrahim dan kesalahan dan tuduhan rasuah, kronisme dan nepotisme namun kesalahan dan hentaman moral sebagaimana Anwar Ibrahim di serang tidak di gunakan. Kegawatan UMNO juga adalah serangan terhadap kerajaan dan organisasi tersebut.

Melihat kepada keadaan tersebut sekiranya di perinci semula adakah Ezam Mohd Nor akan lebih merugikan UMNO dengan serangan terhadap moral Anwar Ibrahim? Satu persoalan yang perlu Ezam dan rakan-rakan penyokongnya sedar dan menganalisis semula. Adakah serangan moral Ezam akan menguntungkan UMNO atau hanya merapatkan kembali mereka yang sudah agak terpecah dalam reformasi? Adakah tidak akhirnya orang ramai akan hanya melihat Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlampau marah kepada Anwar Ibrahim atas alasan peribadi? /
umno-reform2

Nazree Yunus terus menyerang Ezam


Monday, 15 March 2010
Laporan yang di terima oleh www.umno-reform2.com mencatatkan Ezam Mohd Nor terus menerus di asak oleh Mantan Pengerusi Gerak, Nazree Yunus dalam ceramah beliau di Temerloh Pahang. Nazree yang dikatakan anak didik Ezam mengatakan sebelum ini pada PKR bahawa isu tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim akan disangkal oleh beliau. Ezam yang sebelum ini merupakan orang kuat Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah turut bersekongkol mengatakan Anwar Ibrahim memang terlibat dalam isu liwat.

Bagi Nazree, Ezam dalam ceramahnya masih tidak berani menyatakan dengan jelas pendirian beliau dalam isu liwat Anwar dan masih lagi bermain antara kata-kata dalam membuat tuduhan. Nazree mencabar Ezam untuk mengatakan dengan jelas dan tuduhan Ezam mengenai keislaman Nik Aziz Nik Mat dalam isu liwat Anwar Ibrahim adalah langkah terdesak untuk Ezam mencari populariti – tanpa menilai fakta yang ada di depan mata. Konspirasi tuduhan liwat amat jelas – katanya. Ezam bertindak hanya kerana emosi marah terhadap Anwar Ibrahim dan emosi ini boleh mengaburi hakikat yang ada – bahawa tuduhan liwat ini adalah tuduhan politik tanpa kejelasan.

Semua fakta jelas menunjukkan bahawa ini satu FITNAH JAHAT – dan fakta ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak kecuali mereka yang dirabunkan dengna agenda politik semata-mata – kata beliau setelah dihubungi oleh www.umno-reform2.com. Menurut laporan yang di terima oleh kami, nampaknya Ezam akan berdepan dengan cabaran yang lebih getir bila anak didik beliau sendiri menolak dirinya bila isu mengenai Anwar – khususnya dalam isu tuduhan liwat ke-2 Anwar. Nazree terus mengemukakan cabaran mengenai sama ada Ezam ada berjumpa Anwar bagi menerangkan isu sebenar sebagaimana Ezam mencabar Nik Aziz bertemu Saiful.

Nazree dalam ceramahnya juga bertanyakan adalah Ezam sendiri pernah bertemu dengan Saiful – untuk isu tersebut. Apa pun bagi www.umno-reform2.com kemunculan Ezam bagi memulakan siri ceramah dengan tindakan seakan mengatakan Anwar Ibrahim terbabit dalam isu liwat hanya akan menyulitkan UMNO. Ini hanya akan menjadikan isu liwat itu nampak seakan di manipulasi oleh UMNO dan ini membuka ruangan untuk Pakatan Rakyat terus menerus membidas dan menuduh ia sebagai satu konspirasi jahat dan memperalatkan sistem perundangan.

UMNO sepatutnya jelas membiarkan kes ini sebagai satu kes antara Saiful dan Anwar Ibrahim namun tindakan beberapa pihak termasuk kepimpinan UMNO yang memberi komen mengenai isu ini memberi kesan negatif terhadap UMNO. Akhirnya kerajaan juga akan dikatakan terpalit dengan Fitnah Jahat ini./Umno-reform

Isnin, 15 Mac 2010

JOHOR, NEGERI SEMBILAN BAKAL KITA TAWAN, TETAPI TIDAK MELAKA

Oleh: WFAUZDIN NS

PERNAHKAH kita menjangka satu hari nanti Selangor akan dirampas oleh pembangkang? Mustahil jika difikirkan oleh akal kita memandangkan negeri tersebut begitu hebat kemajuan dan pembangunannya. Namun itu semua akhirnya mengajar kita betapa pembangunan dan kemajuan tidak cukup membuatkan rakyat bahagia. Bukan sedikit yang menderita di dalam sebuah negeri yang kaya raya. Kerajaan Firaun dahulu pun pun cukup kaya, tetapi berbahagiakah rakyat di bawah pemerintahan Firaun?

Kuasa Allah tidak menjangkau fikiran kita, akhirnya Umno/Bn terpaksa menyerahkan negeri terkaya itu kepada PR yang diterajui oleh PKR. Setelah PR mengambil alih, baru kita ketahui rupa-rupanya di sebalik kekayaan negeri tersebut sewaktu diperintah oleh Umno/Bn terlalu banyak berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa yang disembunyikan oleh pemerintah ketika itu. Maka sebab itulah agaknya semakin lama semakin ramai mula menyedari betapa rakyat Selangor selama ini dipergunakan demi mempertahankan kuasa mereka. Akhirnya rakyat bangkit meruntuhkan kerajaan Umno/Bn itu.

Siapa boleh beri jaminan bahawa Johor yang dikatakan negeri terlalu kuat Umno nya itu tidak akan berjaya dirampas oleh PR ? Saya percaya setelah apa yang berlaku kepada Selangor dan Perak khususnya, tiada siapa berani beri jaminan Umno/Bn akan kekal memerintah Johor. Perkembangan terbaru di Johor dilihat semakin menghampirkan rakyat Johor mengenali PR. Umno di Johor tidak lagi sehebat dahulu dan MB nya pun sekarang mulai merasa panasnya Umno ketika ini. Kita sendiri jarang melihat wajah MB Johor di kaca TV dan media arus perdana sejak kebelakangan ini. Tidak dapat disembunyikan lagi hubungan MB negeri tersebut dengan TPM iaitu anak Johor juga agak renggang. Suara tokoh-tokoh Umno Johor juga seolah-olah hilang dari arus perdana. MCA bagaikan tiada lagi kekuatan di situ akibat perebutan kuasa di dalam partinya. PR kini mula memperluaskan pengaruhnya dan PAS telah pun mula mendapatkan tapaknya di Dun negeri tersebut.

Kehadiran DS Anwar baru-baru ini ke Johor menambahkan lagi semangat PR di Johor. Kehadiran ramai orang yang mendengar pidato Ketua Pembangkang tersebut merupakan sejarah baru di Johor. Baru-baru ini perjumpaan DS Anwar bersama rakyat di sebuah restoren di Johor, mereka melakukan sabotaj dengan memotong bekalan letrik. Tetapi atas kekuatan semangat penyokong yang bertindak pantas, mereka terpaksa menyambung kembali bekalan letrik tersebut. Begitulah hebatnya pengaruh DS Anwar di saat beliau difitnah.

Begitu lah juga keadaan yang berlaku di Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat Perpatih ini. DAP agak biasa di Negeri Sembilan, tetapi terfikirkah oleh kita PAS juga berjaya memasuki Dun di Negeri Sembilan? Kehadiran DS Anwar baru-baru ini sudah cukup menggambarkan betapa harapan kita cerah untuk melihat negeri ini akan diperintah oleh PR pada Pilihanraya Umum akan datang. Kehadiran melebihi 20 ribu orang di tengah-tengah hujan lebat bagi mendengar amanat DS Anwar di dalam program `Halilintar Ke Putrajaya' amat merimaskan Umno/Bn di negeri ini. Rupa-rupanya program `Juara Rakyat' tidak mampu untuk memperbodohkan rakyat lagi. Pembangunan di negeri tersebut kebanyakannya tertumpu di bandar, manakala di kampung-kampung masih ketinggalan. Jika kita pergi ke Jelebu contohnya, kita akan lihat daerah ini terlalu jauh ketinggalan walau pun MP Jelebu adalah Rais Yatim seorang Menteri dalam kabinet 1 Malaysia. Anda dikira bertuah jika berjumpa bas pengangkutan awam yang lalu di kawasan kampung satu jam sekali. Masalah kesukaran bas bukan masalah baru di kampung-kampung dalam daerah Jelebu.

Saya penuh yakin, dua negeri ini akan berjaya di`takluk' oleh PR di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Secara jujur juga, saya akui negeri yang agak sukar ditawan oleh PR di dalam pilihanraya nanti adalah Melaka. Biar pun kita ketahui KM Melaka pernah disabitkan dengan politik wang di dalam Umno, tetapi rakyat Melaka kebanyakkannya tidak memandang itu masalah yang besar bagi mereka. Kelebihan KM Melaka sekarang adalah bijak `membuta'kan mata rakyat Melaka dengan pembangunan termasuk di kampung-kampung. Usaha lebih kuat perlu dilakukan oleh PR bagi menyelamatkan rakyat Melaka dari terus ditipu oleh Umno/Bn. /wfauzdin.blogspot.com

ORANG TANYA PASAL DEBAT, DIA LARI TAJUK PASAL ANWAR PULAK

Oleh: WFAUZDIN NS

TIBA-TIBA pula YB Zul sibuk pasal mengapa DS Anwar masih duduk di kerusi Ketua Pembangkang. Kununnya DS Anwar tiada moral politik apabila terus berada di kerusi tersebut meskipun kesemua pimpinan PR menyokong DS Anwar memimpin mereka. Mungkin YB Zul ni masih bermimpi bahawa beliau adalah MP PKR lagi. Beliau kena insaf hakikat bahawa beliau bukan lagi ahli PKR dan beliau juga kena terima hakikat bahawa beliau bukan lagi Wakil Rakyat pilihan pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru. Pengundi-pengundi pilih beliau dulu adalah kerana parti yang diwakilinya, itu YB Zul kena terima hakikat sebenar.

Oleh yang demikian, beliau sepatutnya cermin diri dahulu sebelum minta DS Anwar undur diri sebagai Ketua Pembangkang. Jika beliau benar-benar anak jantan, kita cabar beliau letakkan jawatan dan taja seorang penyokong kuat beliau untuk bertanding mewakili beliau, dan PKR hanya sekadar letak Ketua Ranting parti tersebut untuk menentangnya. Lepas itu, YB Zul bolehlah nak menyalak siang malam, dan sebutlah berapa banyak kali pun perkataan `firaun kecil' di dalam kempennya nanti. Kita akan saksikan nanti samada pengundi-pengundi akan bersamanya atau tidak. Jika beliau tidak hilang deposit pun dikira hebatlah.

Apa kisah cabaran debat oleh YB Khalid tu Yob oii.....!! Kalau dah rasa takut nak berdebat, YB Zul bolehlah minta letakkan syarat-syarat apa yang patut agar debat ini akhirnya gagal diadakan. YB Zul boleh letak syarat agar semua yang menghadiri debat ini nanti adalah para-para Ulamak Muktabar dunia atau tok-tok mufti. Paling tidak pun YB Zul boleh jemput Najib atau Rosmah jadi pengadil debat ini untuk menentukan mana satu yang betul. Nampaknya YB Zul terus membisu pasal debat yang diminta oleh YB Khalid. Kalau dengan YB Khalid pun YB Zul dah kecut perut, jangan jadi gila nak mengajar PAS tentang perjuangan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 14 Mac 2010

CUKUP BUDAK NAZREE NI YANG JAWAB HUJAH EZAM SESUMPAH

www.umno-reform2.com
telah disarankan oleh para pelayar untuk mendapatkan reaksi

Nazree Yunus, Bekas Pengerusi Gerak yang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat mengenai komen Ezam Mohd Nor dalam www.agendadaily.com. Dalam www.agendadaily.com – EZAM MOHD NOR telah mempertikaikan keislaman Nik Aziz dalam isu liwat Anwar – satu pertikaian yang besar. www.umno-reform2.com telah menghubungi Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak setelah kami mendapat makluman bahawa serangan bekas Pengerusinya yang pertama Ezam Mohd Nor telah pun bermula. Apakah Nazree Yunus menyokong usaha-usaha itu atau beliau akan berada di sisi DSAI bagi mempertahankan serangan tersebut? Bagaimana pula pandangan Nazree Yunus terhadap kecaman Ezam Mohd Nor terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Nazree Yunus telah menjawab persoalan kami bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Ezam Mohd Nor mengecam Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan DS Anwar Ibrahim. “ Saya sama sekali tidak bersetuju dengan serangan serta kecaman Ezam terhadap DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.” Kata beliau tegas apabila ditanya tentang pandangannya terhadap isu itu.

Beliau juga menambah bahawa jika Ezam mempertikaikan persoalan apakah Nik Aziz telah berjumpa Saiful ataupun tidak maka Ezam juga harus ditanya, apakah beliau pernah bertemu dengan Saiful ataupun tidak? Saya ingin menegaskan bahawa jika Ezam mempersoalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah bertemu ataupun tidak dengan Saiful, saya mahu tanya kepada Ezam, apakah beliau telah bertemu dengan Saiful?

Jika beliau telah bertemu Saiful maka apakah bukti yang telah Saiful berikan kepada beliau untuk mengesahkan perkara itu berlaku sehingga Ezam begitu yakin untuk membicarakan soal kebenaran kejadian itu dan mempersoalkan sokongan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap DS Anwar Ibrahim?

Bilakah Ezam berjumpa Saiful? Sebelum atau selepas Saiful membuat laporan polis berhubung beliau diliwat? Ini saya mahu beliau jawab!.” soal Nazree Yunus apabila diminta membuat komentar berkaitan kecaman Ezam terhadap Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. “Ezam tidak wajar mempertikaikan keIsalaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apakah Ezam benar-benar tahu akan kebenaran tersebut?

Jika menurut Ezam dalam Islam kita perlu mendengar kedua-dua belah pihak, apakah Ezam telah bertemu dengan DS Anwar Ibrahim untuk mendengar penjelasan daripadanya? Saya rasa beliau pun tidak bertemu dengan DS Anwar Ibrahim, jadi macam mana beliau boleh pertikai kedudukan ulama besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah menyokong DS Anwar Ibrahim?” Permulaan proses pendakwaan juga telah pincang apatah lagi ini tuduhan liwat kedua terhadap DS Anwar Ibrahim, rakyat tidak boleh menerima tuduhan ini.” Tegas Nazree Yunus.

“ Kita wajar menyerahkan perbicaraan ini kepada mahkamah, namun bagi saya, proses pengadilan mahkamah itu perlu bersifat adil dan dilihat adil. Jika proses pendakwaan dilihat tidak adil maka inilah yang menyebabkan rakyat melihat adanya campur tangan politik atau konspirasi politik dalam pendakwaan terhadap DS Anwar Ibrahim. Persepsi ini bukan oleh saya seorang bahkan seluruh rakyat Malaysia memakluminya.” Jawab Nazree Yunus. DS Anwar Ibrahim wajar diberikan ruang pembelaan yang secukupnya. Bukti-bukti bersabit perlu diberikan kepada tertuduh untuk membuat pembelaan. Rakyat dapat menilai kepincangan proses mahkamah dalam perbicaraan kes liwat ini. Untuk makluman semua sedia maklum bahawa bahan bukti kes tidak diberikan sepenuhnya dalam kes ini terhadap tertuduh, tayangan video CCTV yang ditayangkan di mahkamah juga hanya sebahagian yang dapat dipaparkan kerana kerosakan teknikal dan juga kes bertangguh ke 25 Mac ini kerana hakim yang telah memohon penangguhan.

Ditanya apakah beliau juga akan round satu Malaysia untuk jawab tuduhan Ezam. “Insyallah saya juga akan round satu Malaysia untuk jawab kecaman Ezam tersebut terhadap DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat demi kebenaran dan keadilan rakyat.”

Sumber: Seriiskandar.wordpress

KES SERBAN, TIDAK SENSITIFKAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

KES remaja sekolah pondok di Kelantan yang telah disaman oleh pihak Polis kerana tidak memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal, sebaliknya memakai serban kini menjadi perhatian terutamanya bagi umat-umat Islam yang beriman dengan Allah dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Biarpun dikatakan isu remeh kerana pemakaian serban dikatakan hanya Sunnah bukannya wajib bagi umat Islam, sedangkan pemakaian helmet sewaktu menunggang motosikal adalah WAJIB, kecuali bagi para Haji, Hajjah dan juga Lebai termasuk penganut Justify Fullagama Sikh.

Sekarang menjadi pertikaian adalah apakah remaja yang terlibat itu dari golongan yang tersebut di atas? Kita biarkan pihak-pihak berkenaan berhujah dan biarkan hakim yang bijaksana untuk membuat keputusan. Apa pun jua keputusan di dalam kes ini nanti akan menjadi tumpuan ramai terutamanya bagi mereka yang sensitif dengan hukum hakam Islam. Cuma yang menjadi pelik dan hairan sedikit ialah di mana kumpulan, NGOs dan individu yang selama ini lantang bertegang urat kununnya memperjuangkan Islam? Mungkin mereka tiada masa untuk memberikan kenyataan jauh sekali untuk berkumpul menyuarakan sokongan kepada golongan yang cintakan Islam. Mereka cuma sempat melalak di P.Pinang baru-baru ini bagi membantah kununnya kerajaan Negeri P.Pinang ingin membatalkan perarakan Maulidur Rasul. Di dalam kes ini di mana mereka? `Tokoh Islam' dari Pasir Mas sanggup datang ke P.Pinang untuk menunjukkan betapa beliau cukup lantang dan berani untuk perjuangkan Islam. Kes serban ini berlaku di Kelantan, dan Pasir Mas berada di Kelantan. Di mana `katak emas' itu?

Saya masih menaruh kepercayaan kepada kehakiman di negara kita yang dikatakan negara Islam ini. Mustahil agama Islam tertindas di negara Islam. Melayu boleh hilang di dunia, tapi Islam tetap kekal hingga ke Akhirat./wfauzdin.blogspot.com

Azean tak percaya anaknya mengedar dadah

Mar13,2010


KUALA LUMPUR, 12 Mac [8.00 pm] - Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. "Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya. Portal berita dalam talian dan akhbar hari ini menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000. Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis. Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah. Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya. Hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu. Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.



Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan. “Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,” Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya. Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif. “Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada. “Lagipun Kak Yan ‘Google’ (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.

CiLiK©: Memanglah tak kurus sebab dia mengedar. Biasanya pengedar tak isap Dadah kot.

Sumber: Milosuam