RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 14 Mac 2010

CUKUP BUDAK NAZREE NI YANG JAWAB HUJAH EZAM SESUMPAH

www.umno-reform2.com
telah disarankan oleh para pelayar untuk mendapatkan reaksi

Nazree Yunus, Bekas Pengerusi Gerak yang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat mengenai komen Ezam Mohd Nor dalam www.agendadaily.com. Dalam www.agendadaily.com – EZAM MOHD NOR telah mempertikaikan keislaman Nik Aziz dalam isu liwat Anwar – satu pertikaian yang besar. www.umno-reform2.com telah menghubungi Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak setelah kami mendapat makluman bahawa serangan bekas Pengerusinya yang pertama Ezam Mohd Nor telah pun bermula. Apakah Nazree Yunus menyokong usaha-usaha itu atau beliau akan berada di sisi DSAI bagi mempertahankan serangan tersebut? Bagaimana pula pandangan Nazree Yunus terhadap kecaman Ezam Mohd Nor terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Nazree Yunus telah menjawab persoalan kami bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Ezam Mohd Nor mengecam Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan DS Anwar Ibrahim. “ Saya sama sekali tidak bersetuju dengan serangan serta kecaman Ezam terhadap DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.” Kata beliau tegas apabila ditanya tentang pandangannya terhadap isu itu.

Beliau juga menambah bahawa jika Ezam mempertikaikan persoalan apakah Nik Aziz telah berjumpa Saiful ataupun tidak maka Ezam juga harus ditanya, apakah beliau pernah bertemu dengan Saiful ataupun tidak? Saya ingin menegaskan bahawa jika Ezam mempersoalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah bertemu ataupun tidak dengan Saiful, saya mahu tanya kepada Ezam, apakah beliau telah bertemu dengan Saiful?

Jika beliau telah bertemu Saiful maka apakah bukti yang telah Saiful berikan kepada beliau untuk mengesahkan perkara itu berlaku sehingga Ezam begitu yakin untuk membicarakan soal kebenaran kejadian itu dan mempersoalkan sokongan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap DS Anwar Ibrahim?

Bilakah Ezam berjumpa Saiful? Sebelum atau selepas Saiful membuat laporan polis berhubung beliau diliwat? Ini saya mahu beliau jawab!.” soal Nazree Yunus apabila diminta membuat komentar berkaitan kecaman Ezam terhadap Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. “Ezam tidak wajar mempertikaikan keIsalaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apakah Ezam benar-benar tahu akan kebenaran tersebut?

Jika menurut Ezam dalam Islam kita perlu mendengar kedua-dua belah pihak, apakah Ezam telah bertemu dengan DS Anwar Ibrahim untuk mendengar penjelasan daripadanya? Saya rasa beliau pun tidak bertemu dengan DS Anwar Ibrahim, jadi macam mana beliau boleh pertikai kedudukan ulama besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah menyokong DS Anwar Ibrahim?” Permulaan proses pendakwaan juga telah pincang apatah lagi ini tuduhan liwat kedua terhadap DS Anwar Ibrahim, rakyat tidak boleh menerima tuduhan ini.” Tegas Nazree Yunus.

“ Kita wajar menyerahkan perbicaraan ini kepada mahkamah, namun bagi saya, proses pengadilan mahkamah itu perlu bersifat adil dan dilihat adil. Jika proses pendakwaan dilihat tidak adil maka inilah yang menyebabkan rakyat melihat adanya campur tangan politik atau konspirasi politik dalam pendakwaan terhadap DS Anwar Ibrahim. Persepsi ini bukan oleh saya seorang bahkan seluruh rakyat Malaysia memakluminya.” Jawab Nazree Yunus. DS Anwar Ibrahim wajar diberikan ruang pembelaan yang secukupnya. Bukti-bukti bersabit perlu diberikan kepada tertuduh untuk membuat pembelaan. Rakyat dapat menilai kepincangan proses mahkamah dalam perbicaraan kes liwat ini. Untuk makluman semua sedia maklum bahawa bahan bukti kes tidak diberikan sepenuhnya dalam kes ini terhadap tertuduh, tayangan video CCTV yang ditayangkan di mahkamah juga hanya sebahagian yang dapat dipaparkan kerana kerosakan teknikal dan juga kes bertangguh ke 25 Mac ini kerana hakim yang telah memohon penangguhan.

Ditanya apakah beliau juga akan round satu Malaysia untuk jawab tuduhan Ezam. “Insyallah saya juga akan round satu Malaysia untuk jawab kecaman Ezam tersebut terhadap DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat demi kebenaran dan keadilan rakyat.”

Sumber: Seriiskandar.wordpress

6 ulasan:

  1. Nak buat apa layan Ezam sesumpah tu. Dia orang kecewa dan tidak faham apa yang terdapat di dalam alquran dalam isu ini.
    Semoga niat jahat dan fitnah Ezam ini di kembalikan olih ALLAH kepada nya.Amin......

    BalasPadam
  2. Tuan,
    1.Siapa terdesak dan didesak....
    2.Kalau Ezam org kecewa....100% dalam PKR adalah orang kecewa...
    3.Fitnah akan menjadi pahala kepada yang dituduh.....akan berbalik kepada yang menuduh...
    4.Kita sama-sama tunggu kerana janji ALLAH adalah palsu...
    5.jangan pula kita jadi KAKI FITNAH

    BalasPadam
  3. aku rasa budak umur 3 tahun pun boleh hujah nazree ni...
    1. yg tuduh saiful memfitnah siapa??? tgna kan?? so takkan saiful kena jumpa tgna??? tgna sepatutnya dtg jumpa saiful dan dgr cerita dari pihak saiful.
    2. qaradhwi dah jumpa anwar... napa x jumpa saiful??? boleh ke seorg ulamak kuarkan fatwa lepas dgr sebelah pihak saja???
    3. apa bukti anwar tak lakukan sampai yakin bebenir ckp saiful memfitnah??? sedangkan laporan pusrawi pun palsu... skrg spin kot blah lain lak kata laporan HKL... napa laporan pusrawi dah tak digembar-gemburkan??? dulu seronok sgt..
    4. kalau anwar tak meliwat... bersumpah laknat je... tapi ada lak juak2 PAS ckp x baik sumpah laknat... ooo gitu plak... kafirkan org lain baik ke? doakan bala atas org lain baik ke?? memalukan... hanya yg buta dan sewel je sokong PR... 2008 tu juz rakyat nak tgk PR ni wat keja ke NGANGA... dah terbukti PR NGANGA je... manifesto haram tak tunai... so tgu pru 13...

    BalasPadam
  4. Mana bukti dan fakta laporan hospital Pusrawi tu palsu? Takkan jumpa Ulamak je maka selesai kes liwat? Ulamak berpegang pd Al-Quran sbb itu byk Ulamak sokong Anwar kerana dlm Al-Quran sesiapa yg menuduh dlm kes liwat/zina perlu adakan saksi. Sbb itu Anwar pilih Mahkamah Syariah utk selesaikan kes liwat, kerana sebarang Sumpah tak laku dlm kes ini. Mengapa kes mahkamah Syariah dilengah2kan dan biarkan mahkamah sivil dulu berjalan? Mahkamah Islam ini tak standard kah? Atau takut nk bawa kes ke mahkamah syariah pasal tak cukup bukti dan tiada saksi. Akhirnya Saipol yg kena nanti....

    BalasPadam
  5. Menjawab hujah Anonymous Mac 14,2010 4:00 PM
    1. sama jugak yang orang umno tuduh anwar meliwat tu, deme dah jumpe dan tanya anwar sendiri ke? Tak kan anuar nak jumpa deme tu kan??? BANGANG!!!
    2. qardawi bukan dating jumpa anuar, tapi dijemput oleh kerajaan BN. Anwar yang jumpa dia minta pendapat. Agaknya ngape Saiful taknak jumpa qardawi??? Sepatutnya saiful usahalah jumpa qardawi, terangkan sejejals-jelasnya kes beliau, bolehle qardawi pertimbangkan. Atau pun Si Saiful tu lebih alim daripada qardawi atau Kot. Kot si Saiful takut tembelang djhidu oleh qardawi gamaknye?
    3. Ape pulak bukti anuar lakukan perbuatan liwat tu, selain keluo daripada mulut si saiful tu!!! Atau engko tengok /skodeng deme tengah buat perbuatan liwat tu. Nasihat teman lain kali ambikle gambo, baru ummp buktinya.Kalo yak tengok sendiri jangan le percaya terus cakap si Saiful tu. Laporan Pusrawi ru sapa kata palsu… engko sorang saja. La ni laporan Pusrawi diperkukuh lagi dengan laporan HKL…. Tak ngelabah si Saiful tu. Tu sebab bahan bukti lain tak nak bagi takut kantoi lagi. NGOK BETOI LA ENGKO NI.
    4. Ape dengan bersumpah laknat tu sudah jadi bukti si saiful tu betoi ke??? Sumpahnya pun ngagap dan tak betoi sebut.,,, Apa jadi kalo si Anwar tu bersumpah laknat… engko pilih yang mana sorang yang betoi… tak kan dua-dua betoi atau kedua-dua tak betoi, Tapi Ape pon teman tetap percaya, orang UMNO tetap kata si Saiful tu betoi. BETOI-BETOI BODOH punya hujah!!!

    BalasPadam
  6. 'Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden ABIM. Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan saya sering berdoa agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan keamanan sejagat.
    Saya minta tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusiaan yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.'
    Pro. Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia. 19Disember 2009.
    BILA EZAM NAK PERTIKAI SOKONGAN PRO. YUSUF AL-QARADAWI?
    Ingat pesanan orang tua 'Sebab pulut santan binasa....jangan sampai murka Allah terhadap diri sendiri. Politik kamu tidak sampai kemana! pangkal tiada hujung pun tak akan tiba. Jangan jadi lebai malang.

    BalasPadam