RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 24 Mac 2010

SUDAH AGAK, TIADA PILIHANRAYA KECIL DI PERLIS

Najib: Adun Titi Tinggi tak akan letak jawatan

Mac 24, 10

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn, tidak akan meletakkan jawatan dan akan terus bersama Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

"Saya dah dapat pengesahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu, bahawa beliau tetap akan menyokong Barisan Nasional dan tidak akan letak jawatan," katanya menurut Berita Harian, sebelum berlepas pulang selepas menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse di Hong Kong.

Kelmarin, Yip menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Beliau digantikan dengan Adun MCA Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 Mac 2008, Yip menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keria Senawi dan Mohammad Radzi Mustaffa (Bebas) dengan majoriti 1,841 undi.

Md Isa berkata, pengguguran Yip sebagai Exco berdasarkan ketetapan dipersetujui MCA dan kaedah giliran membabitkan Adun mewakili parti itu dipraktikkan sejak beberapa penggal lalu./Malaysiakini

VIDEO - ANJING UPAHAN INI DIHINA


VIDEO - ANJING UPAHAN INI DIHINA OLEH MP BN SENDIRI



Betapa Zahrain menjadi hina dan aib dibelasah oleh MP dari Bn sendiri. Itulah, jika hati sudah busuk, inilah pembalasannya. Bukan kita saja yang katakan dia kini menjadi katak kekenyangan, bahkan MP Bn ini sendiri pun berfikir begitu. Bodohnya dia, bila dah kenyang duduklah diam-diam, tapi dia pergi usik orang lain tu apa pasal? Sekarang, taik dah dilempar ke mukanya./mandor.blogspot

Selasa, 23 Mac 2010

SEKALI LAGI MUKA ZAHRAIN DILEMPAR TAIK !!


Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim semakin 'gemuk' dan 'kenyang' setelah beliau bertindak keluar KEADILAN dan menjadi anggota Bebas.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan setelah beliau membidas Zahrain di dalam Dewan kerana menamakan nya sebagai salah seorang antara lapan Ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Ghafur berkata zahrain telah berbohong.

"Saya tidak pernah lompat parti dan ini bererti Zahrain tidak menggunakan fakta yang betul.

"Media seperti Berita Harian, Utusan dan TV3 kata Anwar umpan saya, saya nak tanya siapa yang umpan siapa?,Saya minta Zahrain dedahkan semua 32 nama pemimpin wakil rakyat daripada Barisan Nasional yang ingin melompat.

"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan," kata Ghafur kepada media.

Ghafur berkata Zahrain perlu menamakan semua nama Ahli Parlimen yang mahu melompat jika dakwaan beliau itu benar dan mempunyai asas.

Sebelum ini Zahrain mendedahkan nama lapan orang wakil rakyat Barisan Nasional semasa perbahasan titah menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong. -SK

PILIHANRAYA KECIL DI PERLIS ? ADUN LETAK JAWATAN

Adun Titi Tinggi letak jawatan

2010/03/23

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu sahkan terima surat perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn, jam 3 petang semalam.

Menurutnya, pihaknya sedang merayu Adun berkenaan supaya menarik semula hasrat itu dan yakin tiada pilihan raya kecil akan diadakan.

Beliau dikatakan bertindak demikian selepas digugurkan daripada Exco Perlis./hmetro

MANA LEBIH HEBAT ? ANJING UPAHAN, KATAK ATAU FIRAUN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SIANG tadi di Parlimen kita dapat menyaksikan betapa seekor katak mengamuk sakan, siap hentak-hentak meja dan baling kertas lagi. Apakan tidak, hatinya terlalu panas apatah lagi kerana perhimpunan Perkosa yang dianjurkannya tidak seperti yang diharapkan. Mulanya terbayang oleh beliau betapa gah nya dia nanti kalau yang merasmikan perhimpunan Perkosa itu adalah datang dari Istana, malang sekali angan-angannya tidak kecapaian. Maka, terpaksalah beliau kembali kepada `guru kaka'nya iaitu Che Det untuk merasmikan perhimpunan Perkosa.

Sering kita melihat apa jua aktiviti yang dibuat oleh katak (beliau mengaku katak emas) Pasir Mas ini selalu tidak menjadi. Bermacam-macam akal telah digunakan oleh katak ini untuk menarik perhatian di samping cuba memancing Umno untuk kembali menerimanya. Dia cuba tonjolkan dirinya hebat, kalau ada isu Melayu dia akan bertukar kulit menjadi katak Melayu yang lebih Melayu dari Umno. Kalau tiba isu Islam, katak ini akan memakai kopiah dan bertukar kulit pula bercakap pasal Islam mengalahkan PAS pula. Itulah kelebihan Berahim katak dan Umno tahu itu semua sebab itu Umno tidak berselera untuk memelihara katak jenis ini.

Katak mengamuk siang tadi pun mungkin kerana merasa tercabar dengan `kehebatan' Zahrain anjing upahan yang begitu kuat salakannya di dalam Parlimen baru-baru ini. Bimbang juga beliau jika anjing upahan itu mampu menewaskan katak yang lebih senior. Beliau tidak tahu masih ada lagi seekor dua yang bakal menyalak atau mengaum di dalam dewan selepas ini yang bakal mencabar kehebatan beliau. Beliau belum mendengar jeritan Sang Firaun Besar dari Kulim Bandar Baru lagi. Dengar khabarnya firaun besar dari Kulim Bandar Baru akan membuat persembahan lagi hebat sehinggakan beliau memberi amaran agar kesemua MP di dalam Parlimen nanti perlu memakai `pampers' takut terkencing dengan persembahannya.

Sudah masuk minggu kedua Parlimen bersidang dan kita dapat melihat apa yang puak-puak tidak berparti itu perjuangkan. Kununnya akan berjuang masalah rakyat, tetapi apa yang mereka buat? Anjing upahan itu menyalak seperti orang gila talak. Mana masalah rakyat yang dibawa olehnya? Si katak emas ini pula sibuk suruh Saiful pergi berjumpa Syeikh Yusoff Qardhawi. Untuk apa ? Hendak suruh Ulamak tersohor itu memeriksa `eksoz' Saifulkah? Hendak suruh Saiful mengangkat sumpah laknat sekali lagi di hadapan Ulamak tersebut? Apa beliau ingat Ulamak tersebut sama seperti Jamil Khir atau Harusani ke?

Setakat ini kedua-dua ekor puak bebas ini bercakap tidak lari dari menyebut nama DS Anwar. Semua ingin menumpang tuah menyebut nama DS Anwar. Memang tokoh reformasi itu hebat, jika tidak masakan Najib pun bercerita tentang DS Anwar sampai ke kawasan ulu di Lipis. Masakan Rais anak Yatim itu pun bercerita tentang DS Anwar sampai ke kawasan felda di Jelebu. Jika tidak hebat, masakan TV 3 dan Utusan Meloya hari-hari bercerita tentang Ketua Pembangkang ini. Apabila sudah tidak terlawan dengan hujah berdepan, seperti biasa Umno akan gunakan cara jijiknya. Maka, dikerah berpuluh orang Pemuda Umno ke setiap balai Polis untuk menyusahkan pihak Polis mengambil laporan bodoh mereka itu.

Setakat ini, sedikit pun tiada kesan ke atas DS Anwar apatah lagi kepada PKR dan juga PR keseluruhannya. Kita tunggu juga kalau-kalau ada mana-mana pemimpin Umno yang berani mencabar DS Anwar berdebat secara terbuka tentang isu yang mereka anggap `dosa besar' DS Anwar itu. Tetapi kita mesti sedar dari angan-angan kita bahawa bukan Umno namanya jika berani berdebat dengan DS Anwar. Mereka telah mempelajari sejarah bagaimana salah seorang dari Menterinya `berbuih' mulut semasa berdebat dengan DS Anwar di dalam isu minyak suatu ketika dahulu. /wfauzdin.blogspot

Fitnah 2: Percaya Atau Tidak?

22 Mar 10

Dari Zaharuddin.net
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1)Syarat kepada penuduh :
Beraqal
Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

Beraqal
Baligh
Islam
Merdeka diri
BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt .

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Malik berkata :

Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

KATAK PASIR MAS KELUARKAN BAU HANYIR DALAM PARLIMEN

Monday, March 22, 2010

Salentia Melelong Diri Sendiri

KESIAN Murai melihat si Salentia terkial-kial nak menjual diri tetapi masih belum dibeli oleh sesiapa. Taukeh Umno nampaknya masih mengira untung dan rugi kalau mereka membeli Salentia. Jadi Umno kini sedang menimbang dan menilik akan untung dan ruginya. Dalam pada itu Salentia terus mempamerkan berbagai kebolehan dan keganjilan yang ada kepadanya. Dia sudah membuat berbagai cara bagi memastikan ada orang membelinya. Keling besi buruk juga mungkin fikir panjang untuk beli Selantia.

Di dalam parlimen tengah hari tadi Salentia masih melaung-laung... melelong dirinya sendiri. Nak harap orang nak tolong lelong tak ada siapa lagi yang mahu jadi tukang lelong. Jadi Salentia tidak ada pilihan lain melelong dirinya sendiri. Untung-untung ada mana-mana taukeh bangsat akan membelinya, kalau pun tidak boleh dijadikan tukang masak atau tukang kebuh, tukang sapu tahi pun jadilah.

Tadi Salentia menjadikan Anwar sebagai modal untuk melelolong dirinya. Oh, bukan main dia mempersoalkan risalah yang disebar oleh Keadilan untuk membela Anwar. Kata Salentia risalah yang dicetak sejuta helai itu adalah menganggu perbicaraan di mahkamah. Katanya perbuatan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia cuba membuat keputusan sebelum mahkamah memutuskan kes liwat yang sedang dibicarakan. Kenapa begitu benci sekali Salentia kepada Anwar? Apakah dosa Anwar terhadapnya?

Wei... Salentia sedarkah apa yang anda suarakan itu. Bukankah anda sendiri mengakui anda hanya berkelulusan Holiday Inn bukannya Lincoln Inn London. Kalau anda setakat lulus Holidayh In di Jalan Raja Laut, usahlah bercakap soal intergeriti dan prinsip undang-undang. Cakap anda hanya laku dan layak di kaki-kaki lima sahaja. Kalau kita juga macam Keling mabuk tak payahlah nak cuba betulkan pagar masjid!


Kalau pun nak jadikan modal supaya orang beli kita tetapi gunalah modal lain yang lebih bernilai sikit daripada aksi menghentam dan melanyak Anwar Ibrahim sebagai modal. Murai yang tidak jadi ahli berhormat ini juga tahu apakah risalah sejuta yang mendedahkan analisa pemeriksaan doktor ke atas si pembacuh kopi itu menganggu perbicaraan di mahkamah atau tidak.

Kalau Salentia belajar sikit saja, cukup masuk sekolah dewasa di kampung Pinang Sebatang, tak payah masuk kolej perundangan... beliau boleh faham apakah risalah itu menganggu perbicaraan mahkamah atau pun tidak. Apa hendak dirisaukan sama ada dokumen itu benar atau tidak, sah atau palsu mahkamah akan menantukan. Sekiranya mahkamh menentu ianya tidak benar, risalah itu tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah. Betapa pun ia disebar dan dicetak berjuta-juta ia tetap tidak membantu Anwar kalau ia palsu. Jadi apa nak risaunya. Atau sengaja Salentia timbulkan itu bagi mendapat perhatian si burung belatuk mulut merah yang beliau adalah pembela burung belatuk mulut merah?

Fahamlah dalam keadaan terdesak dan tertekan hari ini Anwar akan menggunakan apa saja tektik, kaedah dan bahan untuk membela dirinya. Kalau Anwar berpeluang untuk mengambil Salentia sebagai bukti menafikan dia seorang peliwat, Anwar akan ambil juga Salentia. Salentia ini adalah antara orang yang pernah tidur sekandang dengan Anwar. Semasa dia menginding untuk berbaik dengan Anwar dulu Salentia mengakui yang Anwar tak pernah raba punggungnya.

Dalam keadaan hari ini bukan saja Anwar yang akan membela dirinya habis-habisan kalau terkena ke atas batang tubuh kita juga, kita akan berusaha bermati-matian membela diri kita. Takkan kita nak biarkan begitu saja. Kes yang dihadapi Anwar hari ini adalah kes hidup mati kerjaya politiknya. Justeru dia akan lakukan apa saja untuk dirinya.

Salentia perlu sedar dengan melihat kepada apa yang berlaku ke atas dirinya sendiri. Sewaktu Umno membuangnya dulu bagaimana diri Salentia. Cuba perhatikan ketika harga Salentia tidak laku setengah sen pun. Salentia sanggup memeluk dan merayu Pas agar menerima menjadi calon. Salentia sanggup menelan segala ludahannya ke atas Nik Aziz. Salentia sanggup berkawan semula dengan ulama kera dan beruk yang Salentia maki hamun itu. Salentia sanggup merebus air serban Nik Aziz dan minum buat penawar.

Kenapa Salentia buat begitu, ialah untuk mendapat tempat semula dalam politik. Untuk membela diri yang sudah dihina dan dilempar oleh Umno. Ketika itu Salentia tidak memikirkan soal maruah apa yang orang lemparkan kepada dirinya. Yang penting ialah dapat simpati Pas untuk dapat kerusi. Bila menang Salentia merasakan segala kehinaan yang Umno lemparkan kepadanya terbalas. Maruah Salentia sudah terperosok dalam longkang busuk itu berjaya diwangikan oleh Pas.

Jadi Salentia usahlah maki hamun Anwar dengan macam-macam kata nesta. Cubalah tilik ke atas diri sendiri. Kalau dibadan kita juga penuh dengan kurap dan panau usahlah cuba-cuba hendak berniaga ubat panau dan kurap. Bukan saja orang tidak hingin nak beli ubat kita orang juga meluat sebab kita cakap tak serupa bikin. Sebelum betulkan orang lain, elok juga kalau Salentia memperbetulkan cara berjalan dengan betul, orang melangkah bukannya melompat... cepuh... cepuh....

Murai: Merasakan lebih terhormat kalau Salentia nak masuk Umno dengan mengemukakan borang permohonan, Murai boleh tolong hantarkan ke rumah. -mso

Isnin, 22 Mac 2010

TERIMA KASIH ZAHRAIN, 600 MASUK PKR DAN KISAH KETUA PEMUDA PAS DIMALUKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

DI TENGAH-TENGAH kita menonton aksi `MP Terlampau' Zahrain di Parlimen, malam tadi berlaku serah borang menyertai PKR di kawasan Parlimen Paya Besar, Kuantan. Satu program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang telah diadakan di Markas PAS Taman Tas, Kuantan yang menampilkan tokoh utama iaitu YB Azan Ismail (MP Bandar Idera Mahkota), YB Saifuddin Nasation (MP Machang), Dato' Zaid Ibrahim dan juga Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi sendiri serta beberapa pimpinan PR kawasan.

Saya sendiri turut berada di tengah ribuan masyarakat dari berbilang kaum pada malam tersebut dan melihat situasi malam itu, amat lojik juga cita-cita PR untuk merampas Pahang dari Bn pada Pilihanraya Umum akan datang. Meskipun besebelahan tapak ceramah diadakan Expo (Fun Fair), amat memeranjatkan kehadiran orang ramai di dalam program tersebut dan amat wajar dan tepat sekali ucapan tahniah diberikan kepada penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Pahang.

Di antara isu yang dikupas di dalam ceramah tersebut antaranya yang menarik tentang ucapan dari Us Nasruddin Tantawi betapa beliau telah `dimalukan' oleh peserta forum sewaktu beliau mengadakan lawatan ke Tehran. Di dalam forum tersebut, ketika seorang Ahli Panel forum membuat pendedahan betapa kerajaan Israel kini telah dilengkapi dengan jet pejuang canggih tanpa `pilot' untuk memusnahkan rakyat Islam Palestine, tiba-tiba bangun seorang peserta dari Lubnan yang pernah menuntut di UIA, Kuala Lumpur menyebut betapa Malaysia mempunyai jet yang lebih canggih dari Israel. Kata-kata peserta itu membuat dewan forum sepi seketika kerana masing-masing seperti tidak percaya betapa Malaysia boleh mengatasi kehebatan Negara Israel yang sentiasa dibantu oleh Amerika itu. Peserta dari Lubnan itu menyebut, " Jika Israel dikatakan amat hebat kerana jet nya tiada `pilot', Malaysia tentunya lebih hebat lagi kerana di Malaysia jet nya `tiada injin." Maka, gamat seluruh dewan forum dan kata Us Nasruddin, selaku rakyat Malaysia beliau terasa amat malu seperti ingin menyorok muka di bawah meja pada ketika itu.

Pada program ceramah malam tadi, satu upacara serahan borang sebanyak 600 orang untuk menyertai PKR telah diadakan. Borang-borang tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR iaitu YB Saifuddin Nasation. YB Saifuddin di dalam ucapannya berkata beliau bersyukur semenjak isu fitnah Liwat 2 yang menimpa DS Anwar, pejabat beliau telah memproses kemasukan ahli baru ke dalam PKR yang jumlahnya amat luar biasa. Ini adalah hasil kerjasama kuat di antara semua parti di dalam PR, katanya. Beliau juga turut menyentuh isu lompat parti, kes liwat 2 dan juga tentang bagaimana kerajaan negeri di bawah PR berupaya membuktikan ketelusan sehingga mendapat pujian dari Juru Audit Negara.

Saya ingin memberi sedikit teguran terhadap program ceramah malam tadi. Pada saya program malam tadi amat berjaya dari segi sambutannya tetapi beberapa kelemahan berikut perlu diambil kira;

1. Program agak lewat bermula sehinggakan jam 9.30 mlm pun masih belum bermula. Sepatutnya program telah bermula jam 9 mlm kerana penganjur telah menjemput ramai penceramah pada malam itu. Masa yang suntuk menyebabkan beberapa penceramah tidak selesa untuk menyampaikan ceramah dengan lebih berkesan.

2. Tiada petugas parti yang melaksanakan tugas seperti pengedaran risalah atau apa jua bahan penerangan/maklumat kepada mereka yang hadir. Sewajarnya di dalam program seperti ini kita perlu mengambil kesempatan untuk mengedar apa jua maklumat tentang isu terkini bagi menentang dakyah yang dibawa oleh media pencacai Umno.

Walau apa pun, setinggi pujian harus diberikan kepada Dewan Pemuda PAS Pahang di atas kejayaan program malam tadi. Melihat kepada reaksi spontan mereka yang hadir, ternyata segala fitnah ke atas pimpinan PR tidak lagi memasuki minda rakyat. Syabas Justify Fulldiucapkan./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 21 Mac 2010

SIAPA LAGI NAK PUJI ZAHRAIN KALAU BUKAN EZAM SESUMPAH?

"Saya terkejut, Zahrain seorang yang berani". Itulah lebih kurang kata-kata Ezam raja sesumpah yang dipetik dari akhbar Sinar hari ini. Bagi Ezam, sesiapa sahaja yang mampu memburukkan imej DS Anwar, itulah tokoh hebat baginya. Ezam sendiri telah mencuba sedaya upaya untuk memusnahkan imej DS Anwar termasuk keluarganya namun Ezam bukan sahaja gagal malah Ezam sendiri dimalukan.

Di dalam beberapa pilhanraya kecil sebelum ini, setiap kali Ezam muncul memburukkan DS Anwar, pasti Umno terkangkang.

Kini, Zahrain muncul kununnya untuk menjadi hero. Malangnya beliau tidak tampil sebagai hero di kawasan pengundi-pengundi yang mengundi partinya dahulu. Dia berani tampil kununnya berlagak hero di Parlimen. Dia bercakap ikut apa saja yang ingin diperkatakan dan dia boleh sebut apa saja yang dia rasa nak sebut. Dia boleh guna nama DYMM YDP Agung, dia guna nama Panglima ATM dan beberapa nama lagi dari MP-MP Bn untuk modal dia memburukkan DS Anwar. Tidak sampai tiga hari pendedahan oleh Zahrain, kebanyakan yang dia sebut nama itu menafikannya termasuk bekas Panglima ATM. Beliau dianggap berbohong. Kita tidak tahu samada DYMM YDP Agung perlu atau tidak memberi respon atas pendedahan Zahrain itu.

Zahrain tidak kisah semua itu. Yang penting dia mesti mencemarkan imej DS Anwar iaitu insan yang tidak menyokongnya apabila dia gagal mendapatkan projek di P.Pinang dari Kerajaan Negeri. Perjuangan Zahrain seperti ini sememangnya releven untuk mendapat penghargaan dan puji-pujian dari Ezam. Hanya balaci dan pencacai sahaja yang kenal siapa kawan mereka. Zahrain mendapat pujian tertinggi dari Ezam yang tidak pernah diperolehi oleh rakan-rakan pencacai yang lain seperti Roslan Kassim atau Zahid Md Arip. Kenapa Zahid Md Arip tidak mendapat pujian melangit dari Ezam? Zahid terlalu bodoh kerana tidak tahu bagaimana untuk mencemar nama baik DS Anwar. Apa yang Zahid buat hanyalah mengutuk dan menghina Tuan Guru Nik Aziz yang dianggapnya bukan Ulamak tetapi Pu**mak. Ezam mahu imej DS Anwar dihentam sehebatnya, bukan orang lain kerana kemasukan Ezam di dalam Umno pun semata-mata untuk menentang pengaruh DS Anwar.

Oleh sebab itulah, sesiapa sahaja yang berjaya memburukkan imej DS Anwar akan mendapat perhatian dari Ezam. Pemuda yang hanya bermodalkan `lubang taik' pun mendapat pujian dari Ezam. Bahkan `lubang' itulah tempat Umno bergantung dan kini `mulut busuk' Zahrain pun dihidu oleh Umno. Itulah yang Ezam mahukan jika ingin diiktiraf sebagai hero. Apabila Ezam raja sesumpah ini gagal menunjukkan kepintarannya untuk menjatuhkan imej DS Anwar, kini beliau berharap pada Zahrain selain dari pemuda lembut itu. Mampukah Zahrain melakukan tugas tersebut? Kita lihat nanti di luar Parlimen, bagaimana pula bunyi salakan Zahrain. Adakah salakannya nyaring seperti di Parlimen? /mandor.blogspot

Mengapa Zaharin tidak disaman?


Oleh: shahil

"Assalaamualaikum dan salam hormat Dalam isu terkini dimana Zaharin mengatakan Anwar pernah mengesahkan bahawa 11 MP akan melompat ke PR dan ia telah diprkenankan DYMMYD Agung dan disokong oleh ATM.

Dan TPM Muhyidin Yasin dan beberapa orang yang lain segera membuat laporan polis untuk menyiasat Anwar. Jelas sekali sekali lagi ketidak adilan telah dilakukan.Bung Mokhtar dan YM Tengku Razali Hamzah telah menafikan mereka adalah antara 11 orang yang didakwa akan melompa itu. Jelas sekali Zaharin telah berdusta. Kalau dalam Islam, selepas ini semua statement Zaharin tidak boleh dipakai lagi kerana dalam Islam pendusta adalah gugur kesaksian dan segala pengakuannya.

Namun mengapa Zaharin tidak disaman? Pendustaan Zaharin terhadap Bung Mokhtar dan lebih-lebih lagi kerabat diraja Kelantan YM Tengku Razali. Mendustakan kerabat diraja Kelantan juga mempalitkan institusi diraja Kelantan. Alahai hinanya kerabat diraja Kelantan dipalitkan dengan pendustaan ini. Dahulu institusi diraja Kelantan cuba diaibkan oleh Anuar Musa dengan menabalkan raja lain di bawah sepohon pokok. Sekarang kerbatnya diaibkan dengan pendustaan yang kemudian dinafikan.Mengapa Zaharin tidak disaman kerana mendustakan MP UMNO? Mengapa? Apakah ada sesuatu disebaliknya? Apakah memang benar YM Tengku Razali dan Bung Mokhtar adalah antara 11 orang MP itu?

Nama YM Tengku Razali dan Bung Mokhtar, juga 9 yang lain telah diaibkan seperti nama Anwar sudah diaibkan dengan dakwaan DYMMYD Agung memperkenankan 11 MP itu melompat ke PR dan membentuk kerajaan baru. Anwar bakal disaman, bererti Anwar akan mengahadapi dua tudauhan aib. Pertama tuduhan liwat dan kedua bakal tuduhan ini. Zaharin bagaimana? Memberikan statement dusta mengapa tidak diheret ke mahkamah?Sekarang yang harus menyaman Zaharin juga ialah ATM. YM Tengku Razali dan Bung Mokhtar telah menafikannya. Maka Zaharinlah yang harus disaman oleh ATM kerana memburuk-burukkan nama ATM.

AstaghfiruLLah Malaysiaku...Bersih, cekap dan amanah...Malaysia boleh...Islam Hadhari...dan 1 Malaysia...Hanya kepada ALLah Taala kita berserah diri...Sesungguhnya Malaysia membenarkan bebas bersuara tetapi belum tentu bebas selepas bersuara.
Wassalam/Tranungkite

BILA SUDAH BERCERAI, MAKA.....

Zukri Aksah

Isteri saya seorang peguam syarie, yang beramal melalui firma guaman syarie miliknya sendiri. Antara kes terbanyak yang dibawanya adalah kes perceraian, juga kes-kes selepas perceraian seperti tuntutan nafkah, anak dan harta sepencarian.

Sepanjang yang saya lihat biasanya perceraian berlaku kerana sebab-sebab semasa, bukan kerana ketidakpuashatian yang panjang dalam tempoh perkahwinan. Contohnya seperti tiba-tiba diketahui suami berkahwin dua, suami hilang sumber pendapatan utama, pertengkaran, kehadiran pihak ketiga sama ada di pihak isteri atau suami dan sebagainya.

Tetapi bila sudah masuk mahkamah panjang pula ceritanya. Kalau asalnya bekas isteri memohon cerai fasakh kerana suaminya berkahwin dua, bila dalam mahkamah perinciannya menjadi panjang lebar, diungkit segala macam perkara yang berlaku dalam perkahwinan. Kononnya si suami tidak pernah memberi nafkah zahir kepadanya, walhal dia datang ke mahkamah dengan keadaan fizikal yang cukup sihat walafiat, tiada pula tanda-tanda tidak cukup makan.

Maka dituntutlah macam-macam, tunggakan nafkah, nafkah edah, mutaah dan sebagainya. Si bekas suami pula, untuk mengelak dari dihukum bersalah dalam hal ini, mendakwa si bekas isteri tiadalah berhak untuk mendapat semua ini, kerana si bekas isteri telah nusyuz kepadanya sewaktu dalam perkahwinan. Bukan susah membawa cerita, diberitahulah pada satu malam dalam perkahwinan kerana tidak mahu lepas satu rancangan televisyen, si bekas suami melaung dari tengah rumah, “Yang, buat kopi panas secawan!” Si isteri yang baru mahu duduk selepas meletak kain yang dilipat dalam almari sudah naik angin, “Uhhhh! Tangan ada, sudu ada, gula ada, kopi ada, air ada, abang pergi buat sendirilah.”

Begitulah kisah selepas bercerai, semua keburukan mahu diungkit, padahal mereka bukan bercerai kerana itu, bukan kerana wang-ringgit, makan-pakai mahupun kopi secawan. Perceraian bukan hanya berlaku dalam perkahwinan, ia juga berlaku dalam perhubungan politik. Bila perhubungan politik tercerai, maka sama seperti perceraian perkahwinan, emosi marah membawa kepada terungkitnya cerita buruk dalam kelambu, dalam kain masing-masing.

Inilah yang kita saksikan mutakhir ini, kita dipersembahkan dengan gelagat buruk orang bercerai politik, seperti Salehuddin Hashim, Zahrain Hashim (maaf, mereka bukan adik-beradik), Zulkifli Noordin, Mohsin Fadzli Samsuri dan Tan Tee Beng, seorang bekas Setiausaha Agung dan empat Ahli Parlimen dari PKR.

Biasalah selepas bercerai, semua tidak kena, semua tidak baik, diungkit segala serba mak nenek, seolah-olah parti yang mereka wakili selama ini tiada kebaikan langsung, walaupun saya percaya setiap seorang dari mereka ini hanya ada satu sebab mengapa mereka bercerai dengan parti mereka. Dalam kelantangan dan kelancangan mereka, terutama yang bergelar Ahli Parlimen, mereka terlupa sekurang-kurangnya satu kebaikan bekas parti mereka itu, bekas parti merekalah yang memberi peluang kepada mereka menjadi calon pilihanraya, Presiden bekas parti merekalah yang menyerahkan watikah bagi membenarkan mereka bertanding, pekerja bekas parti dan parti sahabat merelah yang bertungkus-lumus siang dan malam sepanjang tempoh kempen sehinggalah meraih dan merayu undi untuk mereka ketika hari pengundian, sampailah mereka menang dan bergelar Ahli Parlimen.

Biasalah juga selepas bercerai, bekas parti mereka ini dakwa mereka tiada jasa, buat apa mereka mahu letak jawatan, jawatan Ahli Parlimen mereka itu amanah rakyat katanya. Amanah rakyat? Pooorahhh… Mereka lupa mereka mendapat kepercayaan rakyat dahulu sebab parti meletakkan mereka di situ sebagai calon. Sebelum mereka mendapat kepercayaan rakyat, terlebih dahulu mereka mendapat kepercayaan parti. Lalu sebagai calon yang menang kemudiannya dan bergelar Ahli Parlimen, mereka sebenarnya membawa dua amanah, amanah parti dan amanah rakyat. Ingat! Di kertas undi tempohari bukan hanya ada nama Zahrain Hashim, Zulkifli Noordin, Mohsin Fadzli Samsuri dan Tan Tee Beng sahaja, tetapi di sebelah setiap nama mereka, ada lambang parti yang mereka wakili. Rakyat memberi amanah kepada mereka atau kepada parti? Dan sekarang mereka khianat kepada siapa?

Sama seperti pasangan berkahwin yang bercerai, orang yang bercerai politik ini juga menuntut macam-macam, mendakwa macam-macam. Ada yang tuntut Anwar letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang, tuntut Wan Azizah letak jawatan, mendakwa Lim Guan Eng diktator, cauvinis dan komunis, peliknya di antara lima yang keluar dari PKR, yang membuat tuduhan inilah yang keluar dengan imbuhan paling besar, keluar dengan gelaran Datuk Seri! Dan untuk mendapat gelaran tersebut, namanya mestilah dicadang oleh Lim Guan Eng sendiri kepada Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang!

Tidak cukup dengan ini, si Zahrain Hashim mengamuk pula di Parlimen, mendedahkan (kononnya) perancangan “rampasan kuasa” 16 September Anwar Ibrahim. Katanya Anwar Ibrahim kemaruk mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6, habis semua orang mahu dilibatkannya, Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Parlimen BN, tentera, juga Yang DiPertuan Agung. Sikap ini samalah dengan sesetengah bekas suami atau isteri yang bercerai, kerana tidak puas-hati, semua mahu dikaitkannya, adik-beradiklah, ipar-duai, sepupu-sepapat, ibubapa, mertua sampailah kaum-kerabat jauh dan dekat serta rakan dan sahabat.

Menguatkan hujahnya ini, Zahrain cakap sebab itulah nombor plet kereta Anwar 6. Ehhh… salahkah itu, kalau tidak silap ingatan saya, sewaktu kempen PRU2008 yang lalu, antara poster PKR yang paling banyak bertebaran adalah poster Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-6, ia senjata perang psikologi politik. Saya percaya poster ini banyak tertampal di Parlimen Bayan Baru sewaktu Zahrain Hashim bertanding di sana. Mahu tidak mahu, Zahrain terpaksa mengaku yang antara penyumbang kemenangannya di situ adalah kerana pengaruh psikologi poster tersebut. Untuk membuktikannya, Zahrain boleh sahaja menjadi politikus budiman seperti Shahrir Samad yang berani meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Umno Johor Bharu, kemudiannya bertanding semula sebagai calon bebas dan menang. Apakah Zahrain percaya BEBAS boleh memberi pengaruh psikologi sehebat itu kepada pengundi Bayan Baru?

PKR pula dalam usaha mempertahankan diri, menganggap mereka yang bercerai dan dicerai dari parti ini adalah Ahli Parlimen dan bekas pemimpin parti yang “nusyuz.” Sebahagiannya boleh dibuktikan kerana orang-orang seperti Zahrain, Zulkifli Noordin dan Tan Tee Beng sudah berlagak meninggikan suara sejak sebelum menjadi bebas lagi. Orang nusyuz tidak berhak kepada harta, wa’ima tempat tinggal sekalipun. Tempat tinggal mereka sekarang, Bayan Baru, Kulim Bandar Baru, Bagan Serai dan Nibong Tebal adalah tempat tinggal ketika mereka masih dalam PKR, Zulkifli Noordin yang sentiasa berkopiah itu mungkin boleh mengulas.

Cumanya, dalam kes perceraian perhubungan politik, tidak ada mahkamah syariah mahupun mahkamah sivil yang boleh mengadilinya, yang ada cumalah mahkamah rakyat, itupun bersidang lima tahun sekali sahaja./Harakahdaily