Sumber: Tranungkite
Selasa, 29 Jun 2010
AKUAN BERSUMPAH BALA - MUNGKINKAH PEGAWAI SPRM DI TAHAN DI LONDON ?
Sumber: Tranungkite
GEDEBE POLITIK - KJ `BELASAH' RAJA KATAK PASIR MAS

Oleh: cucupakkasim
Beliau bagaimanapun bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya terhadap Ibrahim yang disifatkannya sebagai penghalang konsep 1Malaysia.
Jelasnya, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas itu selama ini, justeru beliau tidak akan meminta maaf ataupun menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Ibrahim sejak beberapa hari lalu.
Khairy berkata, Ibrahim sebenarnya adalah ahli politik yang tidak laku dan apa saja yang dibuat oleh beliau sebenarnya adalah untuk dirinya sendiri.
"Saya menyesal panggil dia sebagai 'jaguh kampung' sebab apabila saya teliti betul-betul dia sebenarnya tidak layak dipanggil jaguh kampung sebab gelaran itu terlalu mulia baginya, tetapi hanya layak dipanggil 'gedebe politik' murahan.
"Dia perlu ingat bahawa kalau tidak kerana undi Pas dan UMNO, dia tidak akan menang sebagai calon Parlimen Bebas. Kalau kita lihat dia bertanding dulu di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir pada 2005, dia hilang deposit."Jadi macam mana dia kata perjuangannya adalah relevan, sedangkan dia tewas di kampungnya sendiri?" katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Serentak Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas dekat sini hari ini.
Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Ibrahim yang menyifatkan Khairy sebagai penyibuk berikutan tindakan Ketua Pemuda UMNO itu mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Khairy kemudiannya mempertahankan Ka Siong dan menggelarkan Ibrahim sebagai penghalang kepada konsep 1Malaysia yang diamalkan kerajaan dan 'jaguh kampung' ekoran isu itu.
Dalam kenyataan balasnya semalam, Ibrahim secara sinis mencadangkan agar Khairy dilantik sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana beliau sahaja yang memahami konsep globalisasi.
Tegas Khairy, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi ia tidak perlu dilakukan dalam kaedah yang agresif. Jelasnya, sekiranya UMNO tidak menjauhi gerak-geri dan rentak Ibrahim, ia akan mendatangkan implikasi buruk terhadap Barisan Nasional (BN).
"Ingin saya tegaskan yang kita tidak mahu terikut-ikut dengan cara Ibrahim yang boleh melukakan hati ramai pihak, bukan hanya orang Melayu tetapi kaum-kaum lain," katanya.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Khairy ketika dihubungi berkata, beliau tiada masalah dengan perjuangan Perkasa, tetapi sebagai pemimpin sebuah organisasi sebegitu, Ibrahim perlu mengubah pendekatan dalam menangani sebarang isu. Jelasnya, sebagai seorang pemimpin muda, beliau berasa tercabar dengan 'serangan' terhadap dirinya dan pasti akan 'membalasnya' semula.
Sumber: http://dollahyankee.blogspot.com
MENCARI BUKTI MELALUI NIAT ? BODOH PUNYA KERJA
Tiada tindakan akan diambil terhadap bekas pegawas khas Perdana Menteri Najib Abdul Razak, Nasir Safar kerana dikesam kerana menghasut sentimen perkauman dalam ucapannya di Melaka, awal tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tiada bukti secukupnya untuk membuktikan bahawa Nasir mempunyai niat untuk mencetuskan keterangan antara kaum.
"Suspek turut meminta maaf secara terbuka pada 4 Februari, dua hari selepas kejadian, dan berkata beliau tidak mempunyai niat menyakiti kumpulan etnik lain," kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
Februari lalu Nasir mencetuskan kegemparan di majlis 1Malaysia di Melaka apabila beliau melabel orang Cina dan India sebagai pendatang. Lebih dari itu, Nasir turut berkata wanita-wanita Cina datang ke Malaysia sebagai pelacur.
"Kenyataan suspek itu ditujukan kepada pendatang ekonomi dan bukan orang tempatan berketurunan Cina dan India," kata Nazri./TVSelangor
Isnin, 28 Jun 2010
ISU SELANGOR - FIRAUN BESAR DAN ANAK TOYO BERI ULASAN BERCANGGAH
Cuba kita lihat komen mantan MB Selangor yang kontroversi dengan isu rasuahnya di sini. Kemudian, kita bandingkan kenyataan seorang lagi firaun besar dari Kulim yang dipecat dari PKR itu melalui siran berita NTV 7 sebentar tadi. Kedua-duanya amat mengharap PKR di Selangor runtuh, tetapi otak kedua-duanya sama-sama beku. Maka, komen kedua-dua pencacai ini saling bercanggah lebih teruk lagi meleset sama sekali.
Khir Toyo menyebut, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor, tetapi MB Khalid tetap berkuasa penuh kerana masih memegang jawatan MB Selangor. Khir Toyo menyebut bahawa MB Khalid masih boleh memberikan projek atau tender kepada krono-kroninya. Ingin kita bertanya, Khir Toyo dapat buktikah bahawa MB Khalid selama ini mempunyai kroni? Bahkan, selama ini terdapat penyokong-penyokong Umno di zaman Khir Toyo masih disuap oleh MB Khalid. Itukah kroni MB Khalid?
Kita lihat pula komen firaun besar dari Kulim Bandar Baru pula. MP yang dipecat dari PKR ini menyebut bahawa MB Khalid sebenarnya tiada kuasa apa-apa kerana kuasa politik di Selangor kini dipegang oleh YB Azmin. Beliau memberi contoh, beliau juga pernah alami benda yang sama. Eh, semenjak bila firaun besar Kulim ini pernah jadi MB? Jangan perasan lah. Kita ingin ingatkan beliau, beliau juga sekarang menjadi MP tanpa ada parti politik dan adakah ini bermakna beliau tidak boleh melaksanakan tugas sebagai MP? Jika begitu keadaannya, seperti yang beliau sarankan kepada MB Khalid, sedarlah, dan beliau kena berundur juga dari MP Kulim Bandar Baru.
Firaun besar ini terus menerus menfitnah DS Anwar, kununnya itulah mainan politik DS Anwar untuk menjatuhkan MB Khalid. Jika benar DS Anwar mahu sangat YB Azmin sebagai MB Selangor, mengapa DS Anwar tidak melantik terus YB Azmin sebagai MB Selangor sejurus PR menguasai Selangor selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu? Mengapa senget sangat otak firaun besar Kulim ini untuk memikir?
Hakikatnya, mereka ini teramat dukacita apabila isu di Selangor dapat diatasi satu persatu oleh PKR. Berbagai usaha telah mereka lakukan dengan bantuan media-media yang lapar bahan fitnah itu untuk menganggu kestabilan politik di Selangor. Akhirnya mereka gagal. Justeru itu, timbullah komen dan ulasan yang menampakkan kebodohan mereka. Sewajarnya mereka lebih cerdik untuk mengulas hal ehwal politik parti lain, sekurang-kurangnya biarlah nampak sama dan tidak bercanggah. Itulah kebodohan terlampau kedua-dua pencacai ini./mandor.blogspot.com
PERJUMPAAN BLOGGER - REALITI DAN HAKIKAT
SAYA amat menghormati pandangan rakan Blogger yang mahu adakan perbincangan atau perjumpaan di kalangan Blogger Pro PR. Ini adalah berlanjutan daripada serang menyerang di antara beberapa Blogger penyokong PR berkaitan beberapa isu khususnya yang berkaitan dengan UG, Kumpulan Erdogan dan juga pro Ulamak. Sebenarnya ini isu lama dan semua telah maklum isu ini telah pun dapat diselesaikan oleh kepimpinan PAS sendiri.
Niat baik rakan saya yang mahu kepada perbincangan itu mendapat maklumbalas pro dan kontra dari rakan-rakan yang lain. Selaku salah seorang yang ingin melihat PAS berjaya bersama PR menuju ke Putrajaya, saya ingin juga menyuarakan pandangan saya dan tentunya juga akan mendapat maklum balas pro dan kontra juga. Itu biasa di dalam memberikan pandangan.
Saya berpendapat, tidak perlu diadakan perbincangan seperti yang dicadangkan oleh rakan saya itu. Bagi saya, PAS khususnya kini telah berada di landasan yang betul dan tepat lebih baik dari sebelumnya. Saya juga di antara pengkritik UG pada suatu ketika dan sering menuding jari kepada beberapa pimpinan yang saya rasa condong ke arah itu. Tetapi setelah pimpinan PAS bijak di dalam menghalusi semua pandangan beberapa pengkritik UG, maka Muktamar PAS mengambil keputusan menutup terus isu UG dan memberi jaminan bahawa PAS kekal bekerjasama dengan PR. Sekaligus bererti harapan mereka yang cintakan UG berkecai, namun kita lihat mereka kembali bersatu dan bersama-sama bersetuju dengan keputusan Muktamar iaitu menutup isu UG ini.
Seharusnya kita Blogger yang dahulunya begitu ekstrim menentang UG patut berbangga kerana diberi perhatian oleh pimpinan yang kita sokong. Isu ini kembali dimainkan kerana kita kadangkala terlalu mudah membuat tafsiran yang terburu-buru. Apabila Tuan Guru Presiden tidak mahu memberi jaminan sepanjang beliau memimpin tidak akan berlaku UG dengan Umno, maka kita beranggapan bahawa masih ada lagi hasrat di kalangan pimpinan PAS terhadap UG yang telah ditutup itu. Bagi saya, sebagai sebuah parti Islam, PAS menentang Umno selagi Umno menentang Islam. Apakah jaminan bahawa Umno akan selama-lamanya menentang Islam?
Memang benar, pada waktu ini dan saat ini wajib kita menentang Umno. Selagi Umno menentang PAS yang mahukan Islam didaulatkan, selagi itulah jangan disebut tentang UG. Sekiranya ada pemimpin PAS yang bercadang untuk menghidupkan kembali UG dikala Umno tetap menentang Islam, wajib kita Blogger kembali menyerang pemimpin berkenaan kerana mereka ternyata menentang keputusan Muktamar. Setakat ini, Alhamdulillah, pemimpin kita semakin bersatu samada di kalangan yang dikatakan Erdogan mahupun golongan Ulamak. Terbukti di dalam beberapa PRK sebelum ini PAS bersatu dengan begitu baik sekali dengan rakan-rakan di dalam PR dan terus menyerang Umno dengan begitu hebat. Bukankah ini yang kita mahukan?
Mungkin ada di kalangan pembaca yang berfikiran saya juga condong ke arah UG. Bagi saya tiada UG atau perpaduan selagi tidak meletakkan Islam sebagai asasnya. Mungkin pandangan saya ini terlalu dangkal jika hendak dibandingkan dengan penganalisa yang lain. Asas saya mempercayai kepimpinan PAS yang ada sekarang adalah kerana mereka telah buktikan bahawa PAS telah bekerjasama dengan baik bersama rakan-rakan mereka di dalam PR sejajar dengan keputusan Muktamar PAS sendiri.
Sehubungan itu, marilah kita Bloggers yang cintakan kepada perjuangan ini melihat kepada realiti dan kenyataan di depan mata. Cuba berfikir sejenak apabila timbul persepsi negatif terhadap pimpinan kita. Amat rugi buat kita yang `berperang' sesama kita sedangkan hakikatnya kita tiada sebab untuk berperang. /wfauzdin.blogspot.com
TIDAK SAMPAI 40 RUPANYA `USTAZ' MASUK UMNO
| Bashir Ishak |
| KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian. Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan. "Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan. "Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi. Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis./Harakahdaily |
AZMIN GANTI KHALID MPN SELANGOR, KHALID KEKAL MB SELANGOR
| PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid | ||
|
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.
Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.
"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.
Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.
Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.
Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.
Anwar nafi cubaan MP guling Khalid
Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam.
Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media petang ini.
Bercakap soal yang sama, Anwar juga memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian.
"Ia sedang dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri atau pimpinan terbabit.
Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.
"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.
"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya./Malaysiakini
UMNO REFORM TEGUR CARA AHLI UMNO MENJAWAB HUJAH PEMBANGKANG
| UMNO – ini bukan caranya! |
| Written by Webmaster | |
| Sunday, 27 June 2010 | |
| Kalau ini cara UMNO maka saya secara peribadi kata – itu cara yang tidak tepat untuk berhujah, malah ia satu kedangkalan. Kalau ini bentuk-bentuk perang saraf pembangkang saya katakan ini tidak budiman dan UMNO tidak perlu termakan dengan cara ini. Lihat FB diskusi ini :
Mula-mula saya tertarik untuk melihat cara penyokong UMNO mahu menjawab isu Tarmizi Mohd Jam yang berhujah mengenai judi, APCO, Felda dan beberapa isu lain. Namun membaca hujah – hujah dalam komen tersebut saya akhirnya melihat komen-komen dari mereka yang dikatakan penyokong UMNO. Saya terpanggil untuk menasihati mereka dengan mengatakan ini bukan caranya – dan sepatutnya penyokong-penyokong UMNO berhujah dengan lebih bernas dari sudut fakta dan bukan membawa budaya yang tidak sihat. Saya lihat keadaan ini tidak membantu UMNO dan UMNO sendiri perlu lebih banyak membuat penjelasan yang berfakta agar mereka yang menyokong UMNO tahu menjawab dengan cara yang lebih berhemah lagi. Saya rasa sudah sampai masanya kepimpinan penerangan UMNO melakukan sesuatu yang positif agar UMNO tidak dilihat daif dalam menjawab isu. Saya benar-benar berharap agar kepimpinan UMNO memulakan langkah dengan membuat strategi yang lebih baik – dalam menangani isu di Internet kerana apa yang ada hari ini hanya menunjukkan kedaifan malah akan menjadikan UMNO itu sendiri terpalit dengan persepsi negatif. Ketua Penerangan UMNO dan jentera penerangan UMNO, akan berhadapan dengan kegagalan lagi – khususnya dalam media siber sekiranya ini berterusan berlaku. Kita nilai apa yang ada ini :
Sampai bila kepimpinan UMNO mahu sedar bahawa persepsi pembaca sekarang sudah berubah, mereka akan menilai penulis dengan tulisan dan ini secara tidak langsung akan memburukkan UMNO. Saya juga sudah berkali-kali cuba menasihati UMNO agar melakukan sesuatu yang konklusif – dalam menangani media Internet yang akan menjadi penentu kepada pola pemikiran rakyat. Kalau media alternatif ini tidak dapat di tangani dengan berkesan – impaknya adalah pada UMNO dan PRU akan datang./Umno reform2 |
Ahad, 27 Jun 2010
KUMPULAN 40 - SERAH BORANG TERUS KENA `KENCING'
Kita diberitahu kununnya kemasukan kumpulan 40 itu ke dalam Umno adalah untuk berdakwah kepada Umno. Ini bererti Umno dilihat semakin teruk akidahnya, sehinggakan terpaksa kumpulan 40 orang ini menghumbankan diri masuk ke dalam kapal Umno. Jika begitu, mengapa pula Najib membuat kenyataan Kumpulan 40 ini menyokong dasar Umno yang dikatakan oleh Najib turut memperjuangkan Islam mengikut Al-Quran dan Hadith. Jika sudah betul jalannya, mengapa pula Kumpulan 40 ini mahu berdakwah kepada Umno? Belum apa-apa sudah kena `kencing' oleh Najib. Kesihan ustaz-ustaz muda tersebut yang tidak tahu sepak terajang di dalam Umno.
Benarkah kumpulan 40 yang berkelulusan agama itu menyokong dasar Umno sekarang? Mereka sokong kah lesen judi dikeluarkan dalam keadaan majoriti Non Muslim menolak judi? Mereka juga turut menyokong Akta zalim ISA yang menghukum orang tanpa bicara? Mereka juga menentang hudud untuk dilaksanakan? Itu belum dikira berbagai salah laku dan rasuah kepimpinan Umno yang ada. Bahkan, pemimpin yang terbukti melakukan rasuah tetap kekal sebagai Ketua Menteri dan ada yang menjadi Ketua Pemuda Umno. Ketua Pemuda Umno itu adalah juga bos kepada kumpulan 40 orang ini sebaik sahaja mereka menyembah Umno.
Betapa hina diri mereka apabila berada di dalam kelompok yang secara berterusan menentang syariat Islam. Betapa murah ilmu yang mereka miliki dijual sedemikian rupa. Kita lihat nanti setakat mana Umno akan menerima dakwah mereka, atau Umno akan mendakwah mereka kembali. Kita lihat berapa lama jubah labuh itu kekal ditubuh mereka. Jangan jadi seperti Us Firdaus sudah lah. Masuk Umno saja, sudah pandai sepak menyepak tong undi dan lebih selesa berbaju batik dan bersongkok hitam tinggi. Ke mana Us Firdaus sekarang? Jika mahu lihat beliau, tunggu sahaja ketika acara membaca doa atau tahlil./wfauzdin.blogspot.com
TIADA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA, SAYA SOKONG PENUH MB KHALID - AZMIN
| Azmin nafi ada konspirasi tumbangkan MB S'gor | ||
|
![]() |
Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid.
"Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.
Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.
Khalid jalankan tugas dengan baik
"Maknanya pentadbiran beliau bersih... Tapi masalah birokrasi masih ada. Yang ini harus diperkemaskan," katanya lagi.
Tambahnya, perkara utama yang dibincangkan dalam permukiman hari ini ialah persiapan untuk menghadapi pemilihan parti yang melibatkan jawatan di 218 cabang dan di majlis pimpinan tertinggi.
Katanya, taklimat hari ini juga menyentuh mengenai latihan yang akan diberikan kepada petugas-petugas dalam pemilihan yang ditetapkan berlangsung selama lapan hari itu.
"Kita sambut baik persiapan oleh sekretariat dan ada pegawai pilihan raya yang akan dilantik di setiap cabang" katanya lagi
Sementara itu, ketua sekretariat wakil rakyat PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas (kanan) pula menafikan pembabitannya mengetuai seramai 15 orang wakil rakyat bagi menjatuhkan Khalid sebagai menteri besar.
"Saya dalam parti mengetuai sekretariat MP dan ADUN, itu betul. Tapi soal yang dibangkitkan media itu tidak ada dibincang secara khusus.
Buat spekulasi
"Siapa kata 15 (orang)? Yang kata 15 itu wartawan. Wartawan yang buat spekulasi. Kenapa 15 (orang) bukan 20, (sedangkan) ada 20 MP dalam PKR.
"Jadi ini adalah nombor yang direka-reka oleh seseorag. Saya tidak bertanggungjawab tentang itu," katanya lagi.
Sementara itu presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail (atas, kanan), ketika ditemui wartawan turut menafikan isu itu ditimbulkan dalam permukiman kali ini.
"Tidak, kita telah keluarkan notis bahawa kita akan buat penilaian sebab kita ada pemilihan parti yang akan datang, dan kita bertemu (di permukiman). Apa yang isunya? Tidak ada isu.”
Turut ditemui, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang berkata beliau langsung tidak mengetahui mengenai wujudnya "komplot" untuk menggulingkan Khalid.
"(Bagi) saya, apa yang dikatakan komplot, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu perjumpaan hari ini adalah untuk memantapkan parti," katanya.
Sejak kebelakangan ini, media menimbulkan desas-desus 15 ahli parlimen PKR akan cuba menggulingkan menteri bear Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerna didakwa tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya./Malaysiakini
PROJEK `LANGGAR HADI' TUKAR KEPADA `LANGGAR KUMPULAN 40' ?
Aku sebenarnya kurang senang dengan `projek langgar Hadi' yang aku faham apa objektif projek tersebut. Ianya ada kaitan dengan UG yang satu ketika dulu heboh diperkatakan. Aku pun teramat tidak setuju dengan UG, dan kemudiannya Alhamdulillah, kepimpinan PAS pun buat keputusan secara rasmi bahawa tiada lagi UG. Lebih dari itu, aku tidak mahu selam ke dalam hati para pemimpin yang mengaku secara terbuka tiada lagi UG dengan Umno itu. Berbaik sangka sajalah.
Pada aku, jika UG ini dibangkitkan semula pada saat Umno masih tidak berubah, aku pun akan tumpang untuk menyerang UG. Tetapi, jika Umno terbukti berubah dengan beberapa tindakannnya yang selari dengan tuntutan kita di dalam PR, apa masalahnya lagi dengan UG. Tetapi, Umno mesti buktikan dulu keikhlasannya dan jika mahu terima UG ini juga, pimpinan di dalam PR juga mesti mendapat restu dari rakan-rakan yang lain di dalam PR sendiri. Tiadalah nanti timbul kata-kata kawan tikam kawan.
Buat masa ini, tumpukan pada kerja kita untuk musnah Umno. Lupakan projek `langgar Hadi' dan berpahala juga kita sekiranya ditukar kepada `projek langgar kumpulan 40' pula. Kita bimbang, dengan wujudnya kumpulan 40 berilmu agama ini akan lebih menyesatkan Umno dan orang-orang Melayu yang masih jahil lagi.
Itu satu cadangan aku saja. Mungkin ada kawan-kawan yang tidak setuju dan masih bersemangat untuk meneruskan projek `langgar Hadi'nya itu. Terpulanglah pada mereka dan aku harap kita tidak salah mensasarkan muncung senjata kita. /mandor.blogspot.com








