RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 16 April 2013

NEGERI LEBIH KENAL CALON DUN, TROPICANA PERLU REALISTIK BUAT KEPUTUSAN

DIFAHAMKAN perebutan kerusi Parlimen Bera, Pahang sudah selesai apabila PAS Pusat bersetuju untuk menyerahkan Parlimen tersebut kepada KEADILAN melalui calonnya, Sdr Zakaria Abdul Hamid, bekas Pengerusi KEADILAN Pahang yang kini adalah Ahli MPP dan juga Timbalan JPRP.  

Meskipun keputusan PAS Pusat tersebut dianggap 'kontroversi' di mana dikatakan PAS kawasan tetap menaruh minat untuk bertanding di situ, namun bak kata Us Tuan Ibrahim sesiapa sahaja yang menjadi calon tanpa restu PAS Pusat akan dipecat dari keahlian PAS.  Syarat ini juga digunapakai oleh parti KEADILAN dan juga DAP.  Disiplin ahli parti mestilah diletakkan di atas segala-galanya apatah lagi PAS yang selama ini kukuh dan kuat kerana amalan 'Wala'' kepada keputusan parti.

Apakah yang berlaku selepas ini kita tunggu samada terdapat ahli PAS yang tidak lagi menghormati keputusan parti.  KEADILAN sering dianggap tamak haloba kononnya 'mencuri' hak orang.  Peliknya, tamak haloba KEADILAN sehingga melepaskan Bentong kepada DAP dan terlepas juga Dun Ketari yang asalnya mahu diminta oleh KEADILAN?  Begitu juga Dun Damak, KEADILAN 'rela' serah kepada DAP.  Di Pahang, KEADILAN kini sudah kurang satu kerusi Parlimen iaitu Bentong.  Bagaimana 'si tamak' boleh kurang kerusi, sedangkan sepatutnya mestilah kerusi bertambah?

Itu belum dikira 'sedekah' KEADILAN kepada DAP di Gelang Patah dan beberapa kawasan lain.  Ini semua adalah strategi PR berdasarkan keperluan semasa.  Parlimen Bera bukanlah kawasan yang dianggap 'selamat' buat KEADILAN berbanding Temerloh mahupun Jerantut, namun KEADILAN bersedia ditempatkan di situ dan Sdr Zakaria beserta para penyokong dan jenteranya kini telah bersedia untuk bertempur di kawasan yang dahulunya ditandingi oleh PAS melalui Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK.  Aku yakin kekuatan jentera walaupun baru dibina oleh Sdr Zakaria mampu membuat kejutan kali ini di Bera.  Syabas kepada PAS Pusat yang redha kerusi ini ditandingi oleh KEADILAN kali ini.

Apakah isu kerusi di Pahang selesai sudah?  Pembahagian kerusi di antara PR di Pahang bolehlah dianggap selesai sekarang.  Namun, khabar angin menyebut terdapat beberapa kerusi Dun yang diperuntukkan kepada KEADILAN menjadi 'kontroversi' pula.  Kali ini bukan perebutan di antara PR, tetapi percaturan 'luar biasa' dari pimpinan KEADILAN di luar Pahang yang memungkinkan calon yang telah bersedia untuk bertempur bakal tersingkir.  Jika ini benar-benar berlaku, amat malang sekali kerana sewajarnya calon di kerusi Dun mestilah dipersetujui serta mendapat 'keredhaan' dari pimpinan negeri terlebih dahulu.  Bukankah pimpinan negeri lebih kenal ahli-ahli atau calon di negeri berkenaan?  Tropicana mungkin kurang mengenali calon-calon ini berbanding Negeri.  

Memang benar, sebagai ahli parti kita mesti akur dengan keputusan parti walaupun parti mengambil keputusan meletakkan 'tunggul kayu' sebagai calon.  Tetapi pihak atasan juga jangan mengambil remeh atau mengambil kesempatan di atas kebangkitran rakyat sekarang yang mahu melakukan perubahan, maka sewenang-wenangnya mencatur calon-calon yang mereka mahu.  Aku tidak setuju jika calon yang tidak terpilih bertanding Bebas kerana bagi aku itu khianat kepada parti.  Tetapi aku beranggapan memilih calon yang tidak bekerja dan menolak calon yang telah diakui oleh Negeri calon yang terbaik dan telah melaksanakan kerja, itu juga dikira 'khianat' kepada parti.  

Memang benar, tidak semua pandangan negeri itu betul tetapi cubalah turun ke akar umbi dan siasat sendiri sebelum membuat pilihan dari jauh.  Aku harap pandangan Negeri tidak dipermudahkan kerana di Pahang khususnya Negeri sering akur dan taat kepada Pusat walaupun kadangkala terguris di hati apabila melihat kerusi terlepas.  Kali ini cubalah Pusat pula belajar menghormari pandangan Negeri.  Di Pahang, KEADILAN di dalam merawat 'luka' lama dan janganlah dicipta 'luka' baru yang risikonya bukan sedikit untuk ditanggung.

Ahad, 14 April 2013

TANGISAN JEMAAH MASJID AL-FATAH KUANTAN


Sumber:  Tulisan ini asalnya adalah status di dalam FB rakan aku bernama Chegu Fakhrul Anwar.  Status beliau dipetik oleh Harakah Daily untuk kita kongsi bersama.....
 

 
 
Allahurabbi..rata-rata jamaah Masjid Al-Fatah tadi menangis dengan pengisian khutbah yg disampaikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man:

1. Sekarang bukan lagi zaman menjadi penyokong, sekarang zaman semua kena menjadi petugas untuk menangkan Islam.

2. Jika ditakdirkan kita tewas, janganlah berasa dukacita diatas kekalahan, tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan. Yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah.

3. Berilah sumbangan kepada perjuangan memenangkan Islam.

4. Di dalam sebuah peperangan yang sangat penting di zaman Nabi, Nabi menyuruh semua sahabat-sahabat menginfaqkan harta. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakar menyumbang semua hartanya termasuk jubah yg sedang dipakai, tetapi ada seorang jamaah yg kudung kedua dua tangan dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi..

5.Yang kudung kaki dan tangan pon menyumbang untuk Islam, takkan kita setakat jadi penyokong, bila kalah nanti sedih, sedangkan orang lain berjaga sampai lewat pagi untuk gerakerja Islam, dia di rumah menonton tv!

6.Perjuangan ibarat sebuah bangunan.. semuanya saling memerlukan.. siapa yang jadi atap, jangan komplen kepada lantai..yang jadi tangga jangan komplen kepada dinding..yang jadi tiang jangan komplen kepada tingkap..

Sekarang, kita di mana sebenarnya.

Sabtu, 13 April 2013

VIDEO SEKS - PEMIMPIN DAP KENA BERSEDIA DARI SEKARANG.....

SEWAKTU aku mengarang artikel ini, aku harap pemimpin DAP sudah bersedia untuk menerima video lucah pemimpin mereka pula.  Ikut giliran ok.  PKR sudah, PAS pula sedang ditayangkan dan 'coming soon' mestilah DAP.  

Kita sudah bersedia memerhatikan 'mainan bodoh' mereka bahkan sedikit pun kita tidak terperanjat apabila satu demi satu benda-benda lucah yang mereka bawa kerana kita faham "Umporno dan lucah" memang tidak boleh dipisahkan.  Jika dahulu mereka jaja dubur Azizan, tetapi tidak berjaya kerana mereka fikir Azizan sudah tua maka rakyat tolak dubur Azizan.  Mereka cari yang muda maka mereka 'beli' dubur Sepol untuk dijadikan modal atau untuk dilacurkan bagi memanjang usia Umporno, mereka harap dubur Sepol boleh memperdayakan rakyat, malang sekali hanya di kalangan Umporno sahaja yang percaya itu pun semakin susut apabila bapa Sepol sendiri sebut anaknya telah dikhianati oleh orang atasan Umporno.  Gagal lagi.

Sebelum dari itu, mereka cuba gunakan Kumpulan "Three Strooges" Mr T atau Eskay.  Video hitam putih dibawa untuk memperbodohkan rakyat.  Malang juga kerana yang terpedaya di kalangan mereka juga yang sememangnya bengap-bengap belaka.  Bukan aku yang kata, Mamak Kutty pun ada kata, "Yang cerdik tiada di dalam Umporno".  Marahlah kat Mamak Kutty, kalau berani.

Cuba perhatikan pada peha pelakon yang mereka dakwa Mustafa Ali itu.  Terdapat kesan meja dibahagian peha, adakah peha beliau lut sinar sehingga nampak meja di belakang?  Edit cara bodoh yang kantoi.....

Apabila semua cara yang diajar oleh Apco Yahudi Laknatullah itu gagal dilaksanakan terhadap pemimpin utama PKR, maka diubah taktik iaitu mencuba pula kepada pemimpin PAS.  Hah, wujud pula video 'lakonan Mustafa Ali' kononnya.  Mahu dicipta untuk Tok Guru Nik Aziz atau Hj Hadi, siapa mahu percaya?  Iblis kawan mereka pun tidak akan percaya.  Maka dicari tokoh yang nampak 'moderate' sikit iaitu Mustafa Ali.  Lucunya, diedarkan video itu dan pengedarnya dikatakan orang-orang PKR.  Kahkahkahkah.....

Dua dalam satu tujuan mereka.  Pertama, biar rakyat melihat pemimpin PAS ini rendah moral.  Keduanya mereka mahu agar ahli-ahli PAS marah kepada ahli-ahli PKR kerana edar video tersebut.  Bila PAS sudah marah kepada PKR, mudahlah Umporno untuk menghadapi PRU tidak lama lagi.  Mudah kan teorinya?  Memanglah mudah sebab yang menciptanya adalah di kalangan orang-orang bodoh dan bengap.  Alang-alang mahu cipta fitnah, buatlah betul-betul dan nampak cerdik sikit sebab dah alang-alang nak dapat api neraka biarlah berbaloi....

Aku tidak kesihan kepada pemimpin Umporno yang sememangnya rendah moral dan perasuah itu.  Aku cuma simpati kepada orang-orang kampong dan tok-tok lebai kampong yang tidak tahu apa-apa.  Tidak pasal-pasal saja mereka dapat saham dosa fitnah. 

Aku seru kepada orang-orang kampong dan saudara mara aku terutamanya cukuplah bergelumang dengan parti lucah ini.  Tidak guna berada di bawah pemimpin yang bacul dan dayus untuk berdebat secara akademik tetapi amat kreatif untuk cipta bahan lucah.  Tiada gunanya bersama mereka kecuali jika ingin menemani mereka di Neraka Jahannam nanti.  "Na'uzubillah".


Khamis, 11 April 2013

'FIRE STONE' ? SEMUA TAK KENA.....

MAKA, kononnya PKR salah letak calon di Parlimen Kuantan.  YB Fuziah Salleh dikatakan lebih condong kepada permasalahan rakyat kaum Cina di situ.  Perjuangan beliau di dalam isu Lynas dikatakan sinonim dengan masyarakat Cina di bandar ini.  Adakah bahana Lynas hanya memberi kesan kepada kaum Cina sahaja?

Lepas tu, mereka serang pula Indera Mahkota.  Awalnya dikatakan YB Azan Ismail, penyandang kerusi tersebut tidak layak bertanding lagi di situ atas sebab kononnya YB Azan semenjak dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Terengganu beliau tidak lagi melaksanakan tugas di Indera Mahkota.  Disebut pula nama Zakaria Abdul Hamid mungkin bertanding di Indera Mahkota, mereka pula kata Zakaria langsung tidak diterima oleh masyarakat Indera Mahkota kerana Zakaria bukan menetap di kawasan ini dan jarang bertemu masyarakat di sini.  Zakaria merupakan bekas Pengerusi KEADILAN Pahang dan kini sebagai Ahli MPP.  Bagi mereka Zakaria pun tidak layak di Indera mahkota.  

Akhir sekali, timbul nama Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang sekarang untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota.  Dato ' Fauzi adalah bekas tokoh Umno yang amat dikenali di kawasan ini kerana beliau pernah menjadi Adun Beserah, dan beliau sehingga kini menetap di Indera Mahkota.  Baru-baru ini DS Anwar telah umumkan bahawa Dato' Fauzi akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota.

Atas apa pula alasan mereka untuk menyebut Dato' Fauzi tidak layak bertanding di Indera Mahkota?  Takkan kerana dua tiga ekor berok upahan yang kelaparan yang bersorak di Balok baru-baru ini membuktikan rakyat Indera Mahkota menolak Dato' Fauzi?  Alasan mereka Dato' Fauzi sudah berusia, itu sajalah.  Dangkal sungguh alasan puak ini, langsung tiada hujah yang benar-benar boleh meyakinkan.

Sekarang mereka sibuk pula jaja cerita kononnya pencalonan Zakaria Abd Hamid di Parlimen Bera akan ditolak oleh rakyat Bera.  Mereka hanya merujuk kepada facebook dari individu yang menentang kemasukan Zakaria.  Langsung tiada hujah yang meyakinkan untuk menunjukkan penolakan rakyat Bera kepada Zakaria.

Itulah cara mereka untuk menjadi 'batu api' agar sesama kita berbalah.  Terbaru, mereka mainkan isu Dap tetap mahukan Dun Teruntum.  Kita jangan terpedaya dengan mainan pihak yang mengaku mereka ini 'pro rakyat' kerana jelas tujuan mereka adalah agar kita sesama kita berbalah, dan dalam masa yang sama mereka mahu jadi calon pula.  Fikiran mereka, bila Pas, KEADILAN dan Dap saling berbalah, ahli-ahli ketiga-tiga parti akan sabotaj dan undi mereka.  Itu sahaja nawaitu mereka.

Isnin, 8 April 2013

CMK DIJEMPUT BERTANDING DI INDERA MAHKOTA

NAMPAKNYA kemunculan semula nama Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang yang telah diumumkan bertanding di Parlimen Indera Mahkota begitu menakutkan mereka yang berhajat untuk merampas kerusi Parlimen Indera Mahkota tersebut. Sebelum ini kerusi berkenaan dimenangi oleh YB Azan Ismail dari KEADILAN yang kini telah diamanahkan untuk menjadi Pengerusi KEADILAN Terengganu.

Membaca blog PDO, kenyataan CMK yang nampaknya agak emosi terhadap Dato' Fauzi yang tercalon di kerusi tersebut menimbulkan persoalan apakah hajat sebenar Blogger Cucu Mat Kilau tersebut? PDO suatu ketika pernah mengeluarkan artikel menghentam YB Azan Ismail kononnya tidak layak bertanding di Parlimen Indera Mahkota kerana YB Azan tidak lagi mencurahkan khidmatnya di kawasan beliau setelah dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Terengganu. Kini, Dato' Fauzi pula dikatakan tidak layak kononnya sudah berumur dan 'ada rekod' di dalam Umno dahulu. Apa rekodnya? Adakah penulis berkenaan berani sebut atau penulis sekadar mahu menjadi seperti media TV3 suku atau Utusan? Mahu bongkar kes Dato' Fauzi, silakan kerana rakyat yang bakal buat pilihan.

Dato' Fauzi juga ada benda yang beliau simpan.. Peringatan buat CMK, jangan buat spekulasi atau andaian keburukan orang lain semata-mata mahu tunjuk anda hebat dan layak menjadi calon. Tidak salah anda dedahkan apa yang anda tahu tentang pemimpin-pemimpin PKR, tetapi tidak semua pemimpin PKR tidak tahu tentang kamu. Jika merasa begitu marah dengan Dato' Fauzi, silakan berlawan dengan beliau di Parlimen Indera Mahkota bukan memilih Dun Teruntum. Itu baru 'gentleman'.

CMK ungkit Dato' Fauzi melompat ke dalam PKR. Apa masalahnya? Mana lebih baik melompat masuk PKR daripada keluar PKR? Dato' Fauzi memilih untuk masuk PKR, CMK pilih untuk keluar PKR, jadi apa masalahnya? Tentang beliau menjadi calon, apa masalahnya? Beliau Pengerusi Negeri maka memang layak beliau menjadi calon dan kita juga tidak marah dengan kenyataan G.Ram bekas pemimpin PKR yang ingin menjadi calon Bebas di Indera Mahkota. Tiada masalah pun. Bahkan, rakyat sudah masak dengan perangai beberapa kerat orang kecewa yang mengambil kesempatan menjelang PRU. Kita juga sudah bersedia dengan berita-berita keluar parti tatkala semakin hampir hari penamaan calon.

Buat CMK, jika tidak suka kepada PKR dan keluar dari parti yang pernah mencalunkannya bertanding di Kemayan, itu hak beliau. Kita tahu CMK pernah menyuarakan keinginannya untuk menyertai PAS. Malangnya PAS seolah-olah kenal CMK. PKR lebih kenal CMK. Jadi, biarlah CMK buat keputusan dengan agenda 'Pro Rakyat'nya. Bagi aku, aku lebih suka melihat CMK bertarung di Indera Mahkota di mana tokoh yang beliau hentam itu bertanding. Jangan hentam orang itu, tetapi bertanding di tempat lain!!

Ahad, 7 April 2013

AKU CERAMAH DI FELDA SELANCAR 1 dan 3 MALAM INI

MALAM ini (Ahad-07/4/13), saya telah dijemput berceramah di Felda Selancar 1 dan Felda Selancar 3, di Parlimen Rompin.

Ceramah pertama saya di Felda Selancar 1, kemudiannya akan berceramah di Felda Selancar 3 pula.  Turut berceramah adalah Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah Strategi KEADILAN Pahang dan beberapa pimpinan PAS.

Orang ramai dijemput hadir malam ini.

Sabtu, 6 April 2013

TIDAK PUAS MAKI PEMIMPIN DALAM FB, ROSAKKAN PROGRAM PARTI

SEMALAM ada rakan yang juga seorang Blogger beritahu aku, beruk-beruk yang menjerit meroyan sewaktu nama Dato' Fauzi diumumkan oleh DS Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini adalah beruk-beruk 'upahan'.

Aku tidak mahu percaya sebab aku kenal dua tiga ekor yang menjerit malam itu bukan calang-calang orang.  Mereka adalah penyokong kuat seorang tokoh yang tergila-gila mahu jadi calon di Indera Mahkota, malangnya tidak tidak terpilih.  Mustahil mereka kemaruk kepada upah sehingga sanggup 'memalukan' DS Anwar Ibrahim malam itu.  Memang dua tiga ekor ini 'hebat' mengutuk Dato' Fauzi di dalam FB sebab mereka bukan jantan sejati yang berani berdepan.  Hero FB lah katakan.  Mereka kutuk Dato' Fauzi bukan kerana Dato' Fauzi dipilih sebagai calon, tetapi sejak dari awal dulu mereka sentiasa mengutuk Dato' Fauzi hanya kerana mereka terasa terpinggir di dalam parti.

Siapa pinggirkan mereka?  Kerja maki hamun memang mereka pakar, bila diajak berjumpa dan berbincang di dalam mesyuarat tidak minat untuk hadir.  Boleh dikatakan tidak pernah hadir mesyuarat parti pun, tetapi banyak komplen di dalam FB.  Jadi, siapa yang pinggir siapa?

Inilah jenis yang bermuka-muka kononnya pejuang.  Tidak suka kepada individu mereka sanggup cuba merosakkan program parti.  Aku tahu bos mereka tidak ajar melakukan kerja bodoh seperti itu, tetapi mereka lakukan juga kerana hasad dengki.  Jika benar-benar jujur untuk menegur pemimpin atau sesiapa sahaja, rajin-rajinlah datang mesyuarat.  Bukan 'bermesyuarat' dua tiga kerat sesama mereka di dalam FB, kemudian kutuk mengutuk orang lain.
 

Jumaat, 5 April 2013

JIKA TIADA YANG SUDI, PAHANG RASANYA BOLEH TERIMA CHEGU BARD

ADAKAH Chegu Bard akan bertanding kali ini?  Atau, adakah beliau hanya diberi peranan sebagai 'penggempur' semata-mata dan ada pihak lain akan mengisi kedudukan?  Aku tidak percaya kepimpinan parti akan meletakkan Chegu Bard setaraf dengan pejuang-pejuang bawahan biasa hanya tukang tampal poster atau pasang bendera sahaja.


Chegu Bard tidak minta dicalonkan bahkan beliau awal-awal lagi berjanji sanggup pasang bendera atau poster asalkan rejim Umno/Bn tumbang.  Tapi adakah itu bermakna kita boleh bertepuk tangan dengan keputusan beliau?  Amat malang sekali jika tokoh muda ini tidak dimanafaatkan untuk membantu parti di dalam meneruskan perjuangan demi rakyat.  Adakah beliau tidak cukup diuji?  

Tidak perlu kita kisahkan semula apa yang pernah dialami oleh Penyelaras SAMM ini samada kisah beliau pernah ditahan, dipukul dan sebagainya termasuk cubaan untuk mempengaruhi beliau agar belot kepada DS Anwar Ibrahim dengan menawarkan kepadanya menonton video lucah fitnah Datuk Eskay.  Adakah Chegu Bard terpedaya?  Awal dulu, beliau juga cuba dipujuk oleh Ezam sesumpah untuk belot kepada perjuangan rakyat, namun Chegu Bard jiwa dan maruahnya tidak semurah maruah Ezam sesumpah.

Aku yakin, ada negeri yang boleh tawarkan Chegu Bard untuk bertanding di dalam PRU 13 tidak beberapa hari lagi.  Pahang bagi aku tiada masalah kerana tenaga dan semangat anak muda ini amat penting untuk membantu Pahang apatahlagi Pahang dianggap tiada tokoh muda yang berwibawa selain dari beberapa kerat anak muda yang hanya hebat berperang sesama sendiri di dalam FB.  Nasib baiklah Pahang ada anak buah SAMM didikan Chegu Bard dan beberapa orang AMK yang bertanggungjawab.  Mereka ini tiada masalah untuk membantu Chegu Bard jika Penyelaras SAMM ini sudi ke bumi Pahang.

Selasa, 2 April 2013

SIAPA KECEWA MAHU JADI PENGKHIANAT, SILAKAN !!

KHABAR angin bertiup kencang ada yang mahu jadi calon Bebas di Parlimen Paya Besar, Kuantan, Pahang angkara tidak tersenarai sebagai calon.  Baru-baru ini DS Anwar telah umumkan nama seorang tokoh muda, wanita berkelulusan undang-undang iaitu Sdri Cik Murnie Hidayah Anuar sebagai calon KEADILAN di Parlimen Paya Besar.  Pengumuman itu dibuat di dalam Program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan pada 30 Mac baru-baru ini.

Adatlah, tidak semua yang dipilih oleh pucuk pimpinan disukai 100% oleh penyokong parti.  Jika tokoh yang bercadang untuk menjadi calon Bebas itu pun jika dipilih oleh pucuk pimpinan, tidak juga 100% disukai oleh ahli-ahli parti dan pengundi tempatan.  Itu biasa dan berlaku di mana-mana sahaja hatta di Parlimen Permatang Pauh sekalipun bukan semua ahli menyukai DS Anwar Ibrahim.

Apa yang penting, parti diutamakan.  Tidak suka individu, jangan bunuh parti.  Ada cara mahu tolak individu tanpa membunuh parti sendiri.  Parti ada waktu pemilihan ketua dan semua ahli berhak memilih ketua masing-masing.  Ketika ini sesuai untuk digunakan bagi menolak pemimpin yang kita rasa tidak sesuai menjadi pemimpin.  Jika tidak suka cara 'Panglima' yang mengetuai kita berperang dengan musuh, jangan kita bunuh panglima kita di medan perang.  Itu kerja bodoh, namanya.  

Aku bukan sokong individu, aku sokong parti.  Bab calon biarlah yang berhak menentukan untuk membuat keputusan.  Kita di bawah cuma boleh cadangkan atau memberi pandangan sahaja.  Jika keputusan sudah dibuat, sebagai ahli parti perlu akur apatah lagi kita sendiri tidak mempunyai asas kukuh untuk menolak calon yang dipilih oleh parti.

Calon yang tidak terpilih, terpulanglah samada mahu jadi calon Bebas atau menukar diri menjadi 'katak'.  Jika sanggup berbuat demikian, memang tepatlah parti tidak mencalonkannya kerana terdapat unsur-unsur berjuang untuk kepentingan diri.  Aku sendiri akan bangkit menentang habis-habisan mana-mana calon yang tidak terpilih yang bertanding sebagai calon Bebas kerana mereka itu adalah pengkhianat sebenarnya.