RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 26 Januari 2016

TANGAN UMNO PUNYA PASAL, DAP DIPERSALAHKAN?

MENGAPA membantah TPPA tetapi Dap yang dijadikan mangsa?  Apakah mereka ada bukti bahawa Dap menyokong TPPA?  Kalau mereka hanya melihat tiada pimpinan Dap yang hadir pada Himpunan Bantah TPPA baru-baru ini untuk menghalalkan fitnah mereka kepada Dap, maka sudah tentu Dap juga boleh menfitnah pihak mereka yang pimpinan utama mereka juga tidak hadir.

TPPA akan ditentukan oleh pihak kerajaan yakni Umno selaku tunjangnya.  Samada TPPA akan ditandatangan atau tidak, tangan pemimpin Umno akan tentukan.  Mengapa senjata ditujukan kepada Dap awal-awal lagi?  Bengap sangat otak mereka yang menyatakan Dap menyokong TPPA kerana kaum Cina adalah para usahawan dan peniaga, maka TPPA menguntungkan mereka.  Satu lagi fitnah jahat penuh dendam kesumat terhadap Dap dan amat malang sekali puak-puak lebai yang membuat fitnah.  Sebelum ini, terbukti ada lebai juga menfitnah Guan Eng sehingga terpaksa membayar kos mahkamah RM 10K.  

Bagaimana Islam yang kononnya menjadi dasar mereka ingin diperjuangkan kalau dosa-dosa menfitnah turut dilakukan oleh para ulamak mereka?  Jangan bercerita tentang Hudud kalau bab-bab fitnah ini kita menjadi juaranya.  Hudud itu adalah melambangkan keadilan.  Berlaku adil adalah asas kepada hukum Allah ini.  Tidakkah malu kita bila bercakap soal Hudud tetapi kita melakukan fitnah terhadap orang lain samada kita sebut namanya atau tidak.  Lebih memalukan apabila kita membuat fitnah, tapi kita ego dan sombong tidak mahu memohon maaf sehingga maruah kita hanya bernilai RM 10 K?

Isnin, 18 Januari 2016

KES GUANG ENG - TANTAWI BUKAN PERTEMBUNGAN "KUFFAR VS ULAMAK"

ISU saman Lim Guan Eng terhadap Tantawi dalam kes Penang Tunnel selesai siang tadi.  Terbukti dakwaan Tantawi tidak betul dan Lim Guan Eng berjaya memaksa Tantawi mengakui kesilapannya di mana Tantawi terpaksa betulkan kenyataan beliau sebelum ini dan terpaksa membayar kos mahkamah RM 10K.


Tahniah kepada Guan Eng kerana telah menjelaskan kepada kita bahawa ulamak tidak semuanya betul.  Malangnya, Tantawi tidak mohon maaf kepada Guan Eng kerana kita faham tidak semua ulamak sanggup merendah diri dan mengakui kesilapannya.

Apa yang penting, bukan isu maaf atau tidak.  Yang penting isu pokok iaitu dakwaan Tantawi selama ini terhadap Guan Eng adalah salah.  Dari segi moralnya Guan Eng mengatasi Tantawi walaupun Tantawi mendapat pujian daripada Nik Abduh kerana kehebatannya membuat kenyataan bohong.  Tidak pelik jika ulamak akan mempertahankan ulamak lain apatah lagi satu parti walaupun ternyata rakannya itu melakukan fitnah.  Tidak semua ulamak itu baik, sebab itu ada dikategorikan ' Ulamak As-Su'".


Ada yang menggambarkan pertembungan Guan Eng dengan Tantawi ini adalah pertembungan "Kuffar dan Ulamak".  Aku tak setuju kerana ini akan menjejaskan nama Ulamak di kalangan Non Muslim.  Mana mungkin ulamak boleh melakukan fitnah samada fitnahnya menyebut nama orang yang difitnahnya atau tidak.

Ahad, 17 Januari 2016

SATIRA TOK USIN - TOK USIN UG CEROI BERGADUH

TOK BERGADUH DALAM MEETING

Dalam mesyuarat kawasan parti tok petang tadi, tok bergaduh dengan YDP kawasan. Dalam mesyuarat tu, ramai yg kutuk2 Dap...macam2 ayat maki hamun keluar dari mulut2 lebai2 yg hadir mesyuarat tadi. Ada yg terlalu marah sampai pengsan2 dan masuk hantu atau seperti histeria memaki Dap. Waktu tu, tok senyum je tak kata apa2 kerana tok dapat lihat usrah2 parti tok benar2 berkesan selama ini.

Cuma, sewaktu YDP kawasan tok dlm ucapan akhirnya dia sebut agar sama2 berdoa supaya Dap dilenyapkan dari dunia ini. Semua pakat Ameen belaka. Kecuali tok. Tok terus bangun dan membantah doa berkenaan.

Apa lagi, kecuh semua dalam mesyuarat. Hampir2 bergaduh tok dengan YDP. Mereka semua tuduh tok membela Dap dan tok ni munafik Haraki serta penjilat tegar Dap. Tok akhirnya capai mikropon untuk jelaskan kenapa tok bantah doa melenyapkan Dap.

" Tuan2 Walaun semua, Dengar sini tok cakap dulu. Jgn mudah sangat kamu semua label tok munafik Haraki, barua, broker Dap dan sebagainya. Tok tak setuju kita berdoa agar Allah hapuskan Dap kerana tok tahu, doa dari Ostat YDP kita tu mesti kabul punya. Bayangkan, kalau doa itu termakbul dan tiba2 Dap ghaib dari dunia ini, apa akan jadi?" Soal tok.

Semua bangun dan riuh dlm dewan. Ada yg baling kasut, selipar, terompah dan tasbih kat tok. Tok mengelak. " Tokkk....biarlah Dap musnah...memang itu yg kita mahu sbb Dap tolak Hudud...Hudud....Hudud....paham tak tokkkk!!!" Jerit seorang pakcik yg terlalu marah sampai tertanggal kain pelikatnya menampakkan kerandutnya yg usang sbb tak pakai seluar dalam.

" Sabarrrr...dengar dulu. Kamu kata kita tak boleh buat Hudud kerana Dap, bukan? Haaaa...itulah sebabnya tok minta kita jgn berdoa agar Dap hilang kat negara kita. Bayangkan kalau Dap takde....abis tu, kita nak tuduh siapa sebagai penghalang Hudud? Siapa? Nak tuduh Amno? Bukankah guru kita dah bertunang dgn Amno, takkan tergamak kita nak tuduh Amno penghalang Hudud? Bukankah guru kita telah menjadi Penasihat Amno, takkan guru kita tak nasihat Amno untuk buat Hudud? Abis tu, nak tuduh siapa lagi kalau bukan Dap? Nak tuduh Anwar? Anwar dlm penjara. Nak tuduh Amanah? Amanah tu semua pimpinannya adalah bekas pimpinan kita juga, mereka byk berkorban dgn parti kita dan mereka berada dlm parti kita sewaktu dasar kita mahu Hudud. Ertinya mereka bukan anti Hudud. Siapa lagi kalau bukan Dap saja yg mudah kita tuduh dan ramai org2 Melayu yg bodoh tu pasti percaya kalau kita tuduh Dap sebagai penghalang. Sebab itu lah, wajib kita berdoa agar Dap dikekalkan dlm negara kita untuk memudahkan kita menuduhnya sebagai penghalang Hudud. Faham?". Kata tok dgn penuh semangat.

Dewan sunyi sepi. Semua terdiam. Tiba2 meluru semua dalam dewan menyerbu ke arah tok dan memeluk tok sambil minta ampun. Ada yg melutut dan sembah kaki tok menyesal menuduh tok barua.

" Alhamdulillah....kita bertuah ada lagi orang bijak macam tok Usin ni dlm jemaah kita..." Kata YDP kawasan sambil disahut Takbit oleh semua.

Tok tersengeh puas.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Khamis, 14 Januari 2016

SETUJU DENGAN DR MAZA, NAJIB MEMANG WAJAR DIPUJI


TERLEBIH dahulu, aku ucapkan "Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un" kepada Presiden Pas, Hadi Awang yang kini masih berada di IJN kerana keuzuran, semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik secepat mungkin.  Tabik dan tahniah juga buat Najib Razak, satu-satunya PM yang bertuah di dunia ini yang telah mendapat belas ihsan dari seorang penderma Arab yang sudi memasukkan duit sebanyak RM 2.6 Bilion ke dalam akaunnya kerana memiliki jiwa yang murni, suci lagi bersih zahiriahnya atas kunjungan PM ke atas Hadi Awang di IJN.

Aku juga seperti ramai orang, termasuk Mufti Perlis Dr Maza yang memuji sifat Najib kerana datang menziarahi Hadi Awang.  Walaupun tidak sampai dan tergamak aku untuk menyamakan sifatnya dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang juga telah menunjukkan contoh dan teladan yang baik apabila Baginda menziarahi sesiapa sahaja yang didengarinya sedang sakit hatta orang Yahudi yang zalim terhadapnya sekalipun.  Bahkan, kematian Yahudi juga turut didatangi oleh Baginda atas dasar kemanusiaan.

Teringat aku sewaktu DS Anwar Ibrahim berada di dalam penjara akibat fitnah yang zalim, beliau diuji dengan ujian yang amat berat.  Di dalam kes fitnah Liwat 1, sewaktu beliau dipenjarakan beliau diuji dengan kematian bondanya.  Di dalam tempoh yang sama juga, Puteri Sulungnya, Nurul Izzah berkahwin dan beliau hanya hadir untuk menjadi Wali kepada Puteri kesayangannya itu.  Ujian amat berat waktu itu juga apabila pemergian rakan seperjuangannya semenjak dari ABIM dahulu, Almarhum Us Fadzil Noor yang ketika itu adalah Presiden Pas telah menemui Maha Pencipta.  Manakala, di dalam kes Fitnah Liwat II pula, tidak kurang hebatnya apabila DS Anwar Ibrahim diuji dengan kehilangan bapanya pula.  Isteri tercinta, Kak Wan juga Presiden KEADILAN terpaksa bertarung tanpa suami di sisi bagi mengekalkan Kerusi Parlimen Permatang Pauh sewaktu suaminya, DS Anwar merengkok di dalam penjara.  

Amat hebat ujian waktu itu.  Kita semua tahu betapa sepanjang kempen di Permatang Pauh berbagai usaha telah dilakukan oleh musuh-musuh DS Anwar samada dari dalam mahupun dari luar untuk mempastikan Kak Wan kecundang di Permatang Pauh.  Ada sekumpulan ustaz yang bukan dari Umno berkumpul dan berdemontrasi untuk membantah calon dari KEADILAN itu.  "Fatwa" dikeluarkan 'Haram Sokong KEADILAN kerana Menolak Hudud".  Bayangkan, jika DS Anwar ada waktu itu sudah pastinya "fatwa" tersebut tidak wujud kerana mereka sedar "fatwa" yang dicipta itu hanyalah kerana dendam kesumat.  Alhamdulillah, tidak semua pimpinan Pas yang goyah dengan ujian keimanan mereka.  Mat sabu yang sewaktu itu masih lagi Timbalan Presiden Pas beserta "orang-orang"nya yang kebanyakannya kini telah bersama Parti Amanah, telah berkubu di kubu kuat Pas untuk menentukan kemenangan Kak Wan.  Alhamdulillah, tanpa suami disisi Kak Wan menang bergaya.

Jika sewaktu di dalam penjara di dalam kes Liwat I beliau kehilangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor, kali ini di dalam kes Fitnah Liwat II pula beliau kehilangan insan dan Murobbi yang amat dikasihinya, Mursyidul Am Pas, Almarhum Tok Guru Nik Aziz.  Sewaktu usia Almarhum Tok Guru, selalu Almarhum sebut dan ulang bahawa wajib pertahankan DS Anwar kerana beliau telah dizalimi.  DS Anwar juga amat menghormati Almarhum sepertimana juga beliau amat menghormati Almarhum Ustaz Fadzil Noor.  Pakatan Rakyat nampak hebat, kuat dan kukuh kerana dua tokoh ini saling menghormati lebih-lebih lagi doa dari Almarhum Tok Guru banyak memperkuatkan Pakatan Rakyat walaupun waktu itu Dap masih lagi tidak bersetuju dengan Hudud dan Pas waktu itu tetap istiqomah dengan dasar Islamnya.  

Kasih sayang DS Anwar terhadap Almarhum Tok Guru mungkin lebih dari kasih sayangnya Najib kepada Hadi Awang.  Namun begitu, patut diberi pujian kepada Najib kerana sedikit sebanyak ada sifat-sifat mulia itu.  Begitu juga Tun Dr Mahathir, bapak segala konspirator.  Mahathir memang zalim terhadap DS Anwar dan sehingga kini beliau tidak pernah insaf dan memohon maaf kepada DS Anwar.  Walaupun demikian, sezalim-zalim Tun Dr Mahathir beliau juga seperti Najib kerana sudi datang menziarahi Arwah bapa DS Anwar sewaktu kematiannya.  Jika yang zalim seperti Tun Dr Mahathir dan Najib itu pun masih ringan kaki, amat malang sekali jika ada rakan apatah lagi seorang Ulamak yang tidak pernah hadir walau sesaat sewaktu kematian bapa DS Anwar, dan juga sewaktu DS Anwar sakit berada di Hospital baru-baru ini.

Itulah dunia politik.  Kadangkala kita tidak dapat membezakan mana satu Ulamak yang mewarisi perjuangan Nabi.   Satu ketika musuh yang kita anggap menjungjung Perlembagaan sekular dan kafir bahkan disebut "Toghut" itu kini adalah peneman kita.  Masa merubah segala-galanya.  Meludah ke langit menimpa batang hidung sendiri.  Sudah sampai masanya kita masuk ke dalam tong najis untuk mencuci najis di dalamnya.  Najib bertuah bukan saja kerana mendapat derma, tetapi mampu mengatasi Tun Dr Mahathir di dalam kepakarannya memasang jerat.

Ahad, 10 Januari 2016

PAKATAN HARAPAN SANGGUP KETEPIKAN KEPENTINGAN PARTI MASING-MASING DEMI RAKYAT

ALHAMDULILLAH.  Setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi akhirnya Pakatan Harapan berjaya menunaikan janji untuk melupakan kepentingan parti masing-masing demi memenuhi kehendak rakyat jelata.  Perjanjian persefahaman Pakatan Harapan akhirnya dimeterai dengan satu keberanian luar biasa iaitu dengan menghapuskan kaedah " Bersetuju untuk tidak bersetuju".

Tiada siapa pun boleh menafikan sekarang ini majoriti rakyat semua kaum amat benci dan meluat kepada Umno/Bn.  Bahkan, di kalangan ahli-ahli Umno sendiri mereka tidak dapat menafikan tentang kebencian ramai ahli-ahli Umno terhadap Najib, Presiden mereka.  Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini jelas membuktikan semua dakwaan ini di mana suara-suara yang mahu mempersoalkan isu 1 MDB dan RM 2.6 Bilion itu digam dari bercakap.  Paling mengaibkan, mulut Timbalan Presiden Umno sendiri, Muhyidin Yasin juga digam dari bercakap.  Umno benar-benar nazak dewasa ini.

Lazimnya, orang yang nazak atau kelemasan akan berpaut kepada apa saja, hatta najis sekalipun.  Umno pasti akan berbuat demikian dan malang sekali jika ada mana-mana pihak mahu menjadi 'najis' untuk dipaut oleh parti ini.  Sehubungan itu, wajar sekali Pakatan Harapan muncul di saat-saat Umno nazak agar rakyat terutamanya ahli-ahli Umno dan penyokong mereka boleh selamatkan diri dan menyertai Pakatan Harapan.  Pakatan Harapan akan muncul sebagai harapan baru kepada mereka.  

Sebelum ini Pakatan Rakyat terlalu banyak melalui krisis akibat daripada perbezaan pendapat, dan ada ketikanya krisis ini dapat diredakan dan ada yang menemui jalan buntu.  Kebuntuan ini adalah berpunca dari konsep "Bersetuju untuk tidak bersetuju" di mana mana-mana parti di dalam PR waktu itu akan menggunakan nas ini untuk mengharuskan perbezaan pendapat yang akhirnya menjadi nanah buat PR itu sendiri.  Masing-masing akan mempertahankan pendapat masing-masing sehingga sanggup melakukan apa sahaja hatta untuk berpisah dengan rakan sendiri.

Pengalaman ini mengajar Pakatan Harapan.  Usaha mesti dilakukan untuk mengurangkan permasalahan ini.  Tiada jaminan bahawa tiada masalah akan berlaku jika PH memansuhkan konsep itu, namun paling tidak ianya mampu mengurangkan permasalahan menguruskan perbezaan pendapat sesama rakan PH.

Tentunya usaha ini memberi keyakinan kepada rakyat bahawa PH cuba untuk menjadi satu gabungan 'sehati sejiwa'.  Di antara KEADILAN, Dap dan Amanah, jiwa-jiwa ini mesti disatukan dengan meletakkan sasaran utama iaitu rejim Umno/Bn sebagai musuh bukan rakan.  Kita tidak mahu di dalam satu pasukan tentera yang terdiri dari Tentera Darat, Laut dan Udara, apabila kita menggempur kubu musuh, tiba-tiba pasukan Tentera Udara menjatuhkan ubat-ubatan dan makanan kepada kubu musuh.  Jika ini berlaku, sudah pasti musuh tidak akan dapat kita kalahkan dan tidak mustahil musuh yang sedang lemah menjadi kuat semula.

Tahniah kepada pimpinan Pakatan Harapan yang sanggup mengenepikan sementara kepentingan parti masing-masing demi membela nasib rakyat terbanyak.  Berundur setapak ke belakang untuk maju sepuluh tapak lagi ke hadapan.

Selasa, 5 Januari 2016

TINDAKAN AZMIN MEMBERIKAN PELUANG KEPADA AMANAH WAJAR DIPUJI

AMANAH mesti diberi peranan di Selangor.  Aku pernah menulis tentang cadangan ini.  Alhamdulillah, berita yang diterima menyatakan MB Selangor, DS Azmin Ali tetap akan memberikan ruang buat Amanah berperanan membantu kerajaan Negeri Selangor.

Dua Wakil Adun dari Amanah sudah cukup untuk menyatakan Amanah tidak boleh relaks dan berlepas tangan tanpa membantu kerajaan Negeri Selangor kerana mereka diundi oleh rakyat bukan sahaja oleh para penyokong parti lama mereka.  Justeru itu, amat tepat sekali MB Selangor ingin memberikan peranan kepada wakil dari Amanah samada sebagai Exco mahupun sebagai Ahli Majlis PBT.  

Apabila mereka diberi peranan, barulah kita boleh menilai keprihatinan mereka untuk membantu rakyat sejajar dengan polisi dan dasar kerajaan Selangor sekarang. 

Khamis, 31 Disember 2015

KJAAN DAP P.PINANG ROBOH RUMAH ITU ZALIM, TAPI KJAAN PARTI ISLAM GURU TOK ROBOH RUMAH DI KELANTAN ITU ADALAH JIHAD !! - TOK USIN UG CEROI

Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Strategi puak2 tok untuk memburukkan kerajaan Dap di P.Pinang nampaknya sedikit berjaya. Isu meroboh rumah di Kg Mutiara, P.Pinang ATAS ARAHAN MAHKAMAH bagi puak tok adalah sesuatu yg zalim yg dilakukan oleh kerajaan Cina Dap yg kafir lagi menentang Hudud itu. Malangnya, kerja2 merobohkan rumah itu terpaksa ditangguhkan atas rundingan kerajaan negeri dan beberapa pimpinan politik termasuk dari Pkr dan Dap yg cuba membela nasib penduduk2 terlibat.

Cuma, Tok harap rakyat dan walaun2 tok tak tahu bahawa kerajaan Islam parti tok di Kelantan juga pernah merobohkan rumah rakyat di Rantau Panjang, Kelantan iaitu di Kg Lubuk Jong pada awal tahun 2014. Isunya tetap sama dgn apa yg berlaku di P.Pinang, bahkan kerajaan Islam Parti tok di Kelantan langsung tiada beri pampasan dan kerja meroboh tidak ditangguh pun seperti di P.Pinang. Itu beza kerajaan yg dipimpin oleh ulamak parti tok dengan kjaan P.Pinang yg dipmpin oleh Cina Dap yg kafir itu.

Tok amat bimbang, kalau2 cerita roboh rumah rakyat di Kelantan ini diketahui oleh ramai orang. Kalau mereka tahu, strategi parti tok untuk memburukkan kerajaan Dap P.Pinang pasti tak berjaya dan lebih memalukan kjaan Islam parti tok di Kelantan akan nampak lebih zalim lagi. Korang yg baca kisah ni tolong berjanji dgn tok, jangan bgtahu sesiapa ye....ini rahsia dan bai'ah kita ok. Baca sini ---> http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/terpaksa-roboh-rumah-sendiri-1.236710

Selasa, 29 Disember 2015

TOK USIN UG CEROI KENA KENCING LAGI ?

NATANG MAMAT DAPAT TIKET FREE?

Pagi semlm punya kisah.

Tiba2 meluru si Natang Mamat tu kayuh beskal menuju ke arah tok yg sedang menjemur baju melayu kaler pink kepunyaan guru tok yg baru tok cuci.

" Nape natang...macam babi kena kejar dek anjing je mu?" Sergah tok.

Natang mamat tercungap2 sambil hempaskan beskalnya yg takde tupang tu dan bjalan laju ke arah tok.

" Tok..tok..saya dpt tiket wayang pree...ada dua keping..sempena pembukaan panggung wayang kat kota bharu tok. Tok nak ke? Leh kita pegi sama2 tok..." Kata natang mamat sambil mengelap hingusnya yg meleleh dgn menggunakan tiket di tangannya.

" Tentulah nak...mesti ceritanya islamik...kisah para2 nabi...kisah unta di padang pasir...kisah berpoligami...dan tok suka kalau filem berkaitan jimak mengikut islam". Kata tok sambil mencapai tiket wayang yg dihulurkan oleh natang mamat.

Tok belek cermat2. Tok tengok lain macam je..macam kertas biasa yg di print jadi macam tiket.

Tertulis kat situ Tayangan Pembukaan;

" DI MANA KAU HUDUD" arahan Prof Dr Zuhdi. Penerbitnya Us Nasa. Syarikat filem adalah PAS-NO PINKYs CINEMA SDN BHD. Para pelakunnya, Syeikh Hadi dan Jibby. Pelakun pembantu, Nik Doraeamar. Pelakun tambahan: Tar snake, tontowi, nik beduh. Pelakun undangan, Berahim.alkataki.

Tok dah rasa lain macam. Tok pandang natang mamat dah ghaib. Nun, di seberang jalan si natang mamat sedang lorotkan seluar dia dan tonggengkan punggung mcm kuali tu kat tok. WAKAKAKAKAKA....KAHKAHKAHKAH...
MUEHEHEHEHE.. Ketawa natang mamat begitu kuat.

" Memang jilake tujuh keturunan natang tu." Sambil tok pijak2kan kertas haramjadah tu. Baru tok teringat..tadi natang mamat lap hingus dengan kertas ni la. Jilakeeeeeeee....tok terus menuju ke perigi berdekatan utk cuci tangan.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Rabu, 23 Disember 2015

HUBUNGAN PH - PR, KEADILAN PERLU MANDAT AKAR UMBI

APA jua pendapat dan pandangan orang ramai terhadap kemesraan Presiden Pas, Hadi Awang dengan Presiden Umno, Najib Razak harus kita raikan.  Pendapat yang menyatakan ini satu permulaan yang baik untuk memperkuatkan barisan Pakatan Harapan tanpa membuang masa yang panjang menanti kemasukan Pas, itu satu pandangan yang boleh dipersetujui.  Pendapat lain, mana mungkin Pas akan bersama Umno hanya kerana kemesraan yang terjalin itu kerana Pas hanya mahu 'menasihati' rejim yang zalim, itu saja.  Pendapat ini boleh dipakai dan boleh saja ditertawakan.

Pendapat peribadi aku, apa pun keputusan KEADILAN selepas perkembangan mutakhir Pas ini haruslah mengikut kehendak akar umbi.  Kehendak akar umbi mesti didengar kerana akar umbi adalah kekuatan kepada parti.  Pemimpin hanya berada di atas, mereka jauh untuk melihat apa yang berlaku di bawah.  Pucuk di atas mereka hampir kepada buah dan kadangkala mereka terlalu asyik di atas tanpa menyedari akar pada batang pokok itu sedang diracun.  Jika dibiarkan, racun-racun ini akan memusnahkan batang dan cabang pokok ini sekaligus mematikan pucuk dan buahnya.  Itu yang dibimbangi.

Apakah tidak baik untuk kita mendengar pendapat akar umbi?  Atau kita merasakan kita sudah terlalu bijak melihat situasi sekarang?  Mungkin juga pemimpin ingin bermain selamat yang akhirnya parti tidak selamat?

Seandainya majoriti akar umbi mahu bebaskan KEADILAN dari Pas maka kita harus menghormati kehendak mereka.  Kenapa sekarang ini mereka tidak mahu lagi kepada Pas?  Kenapa sekarang?  Tentu ada sebab musababnya cuma mereka tiada saluran untuk sampaikan pandangan mereka.  Keputusan MPP KEADILAN selalunya dilihat sebagai wakil suara akar umbi.  Secara teknikalnya memanglah begitu, tetapi di dalam keadaan tertentu dengan perkembangan yang baru, tentulah suara-suara dari MPP tidak semestinya suara dari akar umbi.  Adalah lebih baik KEADILAN dapatkan mandat dari akar umbi berkaitan isu ini.  

Ahli-ahli KEADILAN bukan mahu melihat parti ini hancur.  Mereka mahu parti ini kuat dan tidak mudah diperbodohkan.  Kita mahu kawan yang kuat tetapi kita lebih mahu kawan yang setia.  Kawan yang kuat mungkin dapat membantu kita, tetapi tidak mustahil dengan kekuatan mereka kita juga akan ditentangnya.  Waktu itu, baru kita tahu betapa pentingnya kesetiaan.  Kawan yang lemah, mereka bersedia untuk susah atau senang bersama kita. 

Jumaat, 18 Disember 2015

GENCATAN SENJATA YANG GAGAL, NAJIB JUGA YANG BIJAK !!

 
 
Apabila gagalnya RUU Akta 355 (Mahkamah Syariah) dibawa masuk untuk dibahaskan di Parlimen, maka ramai yg kecewa terutamanya masyarakat Islam.

Ini adalah kerana Umno telah berjanji untuk membantu Pas terutamanya Pas Kelantan yang berusaha untuk merealisasikannya. Bukan kali pertama Umno memungkiri janji2nya, itu belum lagi dikira janji2 pilihanraya.
 

Oleh itu, tidak pelik jika TMB Kelantan, YB Nik Amar pernah berkata, jika gagal dalam sidang Parlimen kali ini, maka 'gencatan senjata' bersama Umno akan ditamatkan. ertinya, peperangan politik akan diteruskan dan tentulah Umno terus menjadi musuh Pas.

Akibat kemarahan rakyat kepada Umno yang memungkiri janjinya kepada Pas berulangkali, maka rakyat menanti akan hukuman Pas terhadap Umno. Malangnya, apa yang terjadi? Mana gencatan senjata? Malahan sebaliknya berlaku.
 
Sumber:  FB Kobat

Khamis, 17 Disember 2015

TOL MUNGKIN NAIK, ORANG KAMPONG PEDULI APA?

Melalui berita kelmarin PLUS dijangka akan menaikkan kadar tol sekitar 5% sahaja jika kerajaan meluluskannya. Itu ikut perjanjian pihak konsensi tersebut dengan kerajaan. Katanya, tak banyak pun naik, sekitar 70 sen sahaja pengguna perlu bayar.

Kita tahu sejak dulu lagi Pembangkang minta dedahkan butir2 perjanjian kerajaan dengan pihak konsensi tol, namun tidak diendahkan. Apa yg perlu disorok? Perjanjian itu bukan melibatkan perjanjian keselamatan atau pertahanan yg perlu dirahsiakan? Tentu ada sebab.


Tidak masuk akal, bertahun2 tol beroperasi syarikat berkenaan tidak dapat modal lagi atau tidak peroleh keuntungan lagi? Jika digunakan alasan kos pembaikan atau naik taraf lebuhraya, apakah kini kita telah menikmati keadaan lebuhraya yg baik setelah Tol beroperasi sekian lama?

Kadang2 terasa mahu mengeluh dengan keadaan ini. Rasa marah pun ada. Tapi sewaktu PRU13 yg lalu, kita mendengar janji dan manifesto PR waktu itu untuk menghapuskan tol. Ada kita percaya? Kita tak percaya lantas kita pilih Bn juga. Kita lebih percaya bahawa Bn mampu kurangkan kadar tol. Sekarang, siapa yang susah? Menteri tidak susah. Mereka tidak perlu bayar tol kerana kerajaan akan tanggung tol untuk mereka.

Orang2 tua di kampong2 dan di felda kata, biar lah tol naik setinggi mana pun kerana kawasan kampong dan felda mereka tiada lebuhraya dan tiada tol. Mereka tidak terlibat, kata mereka. Mereka lupa, anak2 mereka yg ramai berada di bandar2 akan balik ke kampong terpaksa melalui tol. Itu belum kira dengan kos minyak petrol lagi. Kalau dulu anak mereka kerap balik sebulan dua kali, kini mungkin balik ke kampong sebulan sekali. Semuanya kerana ingin menjimatkan kos bayar tol. Orang2 tua di kampong dan felda tidak fikir semua ini. Mereka juga lupa, lori2 pengangkutan yg membawa barang2 keperluan mereka dari kilang atau dari pembekal untuk dibawa ke kawasan mereka untuk dijual, terpaksa lalui tol. Siapa yang akan tanggung kos ini? Kita juga yang tanggung melalui peningkatan harga barang dan juga minyak petrol. Usah ceritalah lagi tentang GST, sudah pasti kena kepada kita.

Semuanya silap kita memilih. Kita tak berani mencuba dan berubah. Takkan lah dengan mengubah kerajaan, maka kita semua akan makan ubi kayu seperti di zaman Jepun. Ubi kayu pun sudah mahal sekarang dan ada GST juga. Tentu mereka fikir sekarang ini rakyat di Sgor atau P.Pinang hari2 makan ubi kayu.