RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 1 Mac 2016

MATI DI ATAS PENTAS UMNO JUGA SYAHID?

MATI DI ATAS PENTAS UMNO JUGA SYAHID? 
 
Sumber:  FB Dayana Sofeah

Dulu, kami diajar bahawa Umno itu berkuasa dan mengekalkan perlembagaan kafir. Kami diberitahu, tidak perlu masuk Kristian untuk menjadi kafir, cukup dengan mengatakan agama suku, politik suku, maka jatuhlah kafir.

Kami diusrahkan, jika kami menentang puak2 ini, jika kami mati, maka mati kami adalah jihad dan memperolehi Syahid. Amanat ini melahirkan Syuhada' di Memali. 
 
 

Persoalan saya;

1. Adakah Umno kini telah menukar Perlembagaan Negara (dikatakan Perlembagaan Jahiliyyah dan kafir itu) di bawah kekuasaannya sekarang?

2. Apakah diwaktu Amanat Hadi ini dikeluarkan dulu, tiada ayat tentang ugama itu nasihat seperti yang sekarang Pas jadikan dalil untuk berbaik dengan Umno?

3. Jika berlawan dengan puak2 ini dikatakan jihad dan jika mati dalam berlawan itu dikatakan mati Syahid, bagaimana pula jika mati ketika bersama dan menyokong pemimpin Umno sekarang untuk terus berkuasa?

4. Apakah hukumnya jika kita menentang dan tidak bersama satu golongan lain yang ingin menentang kezaliman dan kemungkaran Umno?

5. Apakah baik dari segi Syarie dan akhlak jika ulamak2 kita menerima tawaran jawatan yang diberikan oleh Umno sedangkan dalam masa yang sama pemimpin Umno terus dengan kemungkaran dan kezalimannya?

Banyak lagi persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ahli2 Pas sekarang. Pas dilihat tidak lagi istiqomah dengan Amanat Hadi yang dulunya adalah senjata dan penawar kekuatan perjuanngan Pas. Sebab itulah, pemimpin2 Umno kini semakin memuji Pas dan tidak lagi gentar dengan Pas jauh sekali menghormati Pas. Mereka kini lebih takut dan gentar dengan Keadilan, Dap dan Amanah dan yang terbaru menakutkan mereka adalah serangan dari Tun Mahathir.

Ke arah mana kita sekarang mahu pergi?

Rabu, 24 Februari 2016

MALAM INI (RABU- 24/2/16) MAT SABU, DATO FAUZI, LEE CHIN CHEN, DR HAMZAH DAN CHEGU BARD DI INDERA SEMPORNA RESORT, KUANTAN - PEKAN


DUA hari yang lalu, Presiden Amanah, Tuan Hj Muhammad Sabu telah berkunjung ke Negeri Pahang.  Lokasi pertamnya adalah di Jerantut pada 22 Feb 16, dengan pelancaran Amanah dan PH Jerantut beserta dengan program ceramah pada sebelah malamnya.  Pada 23 Feb 16, beliau ke Temerloh dan Mentakab dengan program yang sama serta Merasmikan Kelab Penyokong PH Pahang dan program ceramah PH di perkarangan Ibu Pejabat Amanah, Temerloh.

Hari ini, 24 Feb 16 pula Mat Sabu sampai ke Kuantan.  Program beliau bermula di awal pagi iaitu berkunjung ke Pasar Pagi Jalan Air Putih, Kuantan.  Selepas itu beliau berada di Parlimen Paya Besar, bertemu dan bersarapan dengan para pengunjung di Restoren Zaman, Batu 9, Jalan Gambang, Kuantan.  Pada sebelah tengahari, beliau bersama pimpinan PH akan makan tengahari di New Horizon Hotel, Kuantan.  Selepas itu akan diadakan Sidang Media di hotel yang sama seterusnya akan merasmikan Pejabat Amanah bagi Zon Timur di Kuantan.  Sesi sebelah petang berakhir di Pekan Sehari Balok,  Indera Mahkota.   

Lawatan beliau ke Pahang Timur berakhir dengan program Ceramah PH malam ini di Indera Semporna Resort, jalan Kuantan - Pekan.  Turut bersama Mat Sabu ceramah pada malam ini adalah Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato Fauzi Abdul Rahman,  Adun Dap YB Lee Chin Chen,  Pengerusi Amanah Pahang Tuan Hj Dr Hamzah dan Wakil NGO dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.  Maudhuk utama ceramah malam ini adalah berkaitan 1MDB, RM 2.6 Bilion, Tabung Haji dan isu-isu semasa.

Semua dijemput hadir.

Khamis, 18 Februari 2016

AMANAH SERANG PANTAI TIMUR


BARU-BARU ini Presiden Amanah, Mat Sabu telah berkunjung ke Terengganu lagi.  Selain dari program ceramah, turut diadakan adalah Forum Soal-Jawab untuk rakyat Terengganu mendapatkan info-info semasa berkaitan politik negara khususnya politik dan perjuangan parti Amanah itu sendiri.  


Sebelum ini ada yang berpendapat, Terengganu bukan tempat Amanah untuk mencari pengaruh kerana Terengganu adalah kubu kuat Pas.  Ternyata itu anggapan silap kerana semenjak parti Amanah ditubuhkan, entah beberapa kali program-program Amanah diadakan di negeri tersebut.  Ertinya, Amanah amat teruja untuk memperluaskan pengaruhnya.  Ada yang mempersoalkan kehadiran di program-program Amanah kononnya tidak ramai.  Mereka bandingkan dengan program-program Pas yang telah tertubuh tahun 1951 lagi.  Bagi aku, kalau di satu-satu tempat kehadiran seramai 50 orang saja untuk program-program Amanah, itu sudah mengkagumkan terutamanya kalau di Terengganu.  Aku masih ingat,  sebelum era reformasi dulu program-program Pas pun mahu mencecah 50 orang amat sakit.


Itu biasa, Amanah sememangnya amat ditakuti akan pengaruhnya.  Walaupun digelar sebagai parti nyamuk, namun kehadirannya sentiasa menjadi perhatian.  Pada 22 Feb ini nanti, Presiden Amanah akan ke Pahang pula selama tiga hari.  Pada 22 Feb, program beliau di Jerantut.  Pada 24 Feb, program ke Temerloh dan berakhir di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Pekan dalam satu program di Indera Sempurna.

Pahang juga dikatakan tidak akan ditembusi Amanah.  Namun kehadirannya menunjukkan Amanah bukan parti penakut.  Di mana saja ada Umno/Bn, Amanah akan datang bersama panji-panji Pakatan Harapan.  Syabas, Amanah!!


Selasa, 16 Februari 2016

TOK USIN UG SERIES - JIHAD ATOK KEPADA GURU TOK

JIHAD ATOK KEPADA GURU TOK SELAMATKAN CINA LEMAS....

Bangga sungguh tok bila guru tok hari ini depan orang2 Cina dia ceritakan datuknya dulu pernah selamatkan seorang Cina hanyut. Guru tok rasa besar sungguh jasa atok dia. Bukan bapak dia tapi atok dia. Tok pun rasa bangga kerana ini menunjukkan atok guru tok sayang cina sesangat. Betul ke tak, tak tahu sbb Saksi tu (atok guru tok) dah mati.

Tiba2 Natang mamat bgtahu tok, petang tadi dia jumpa Lim Kit Siang sedang bercerita depan orang2 Melayu Islam. Kit Siang kata, bukan datuk dia tapi anaknya yg masih hidup iaitu Lim Guan Eng pernah membela seorang gadis Melayu Islam yg dirogol oleh pemimpin Amno yg kini jadi sahabat guru tok. Guan Eng tak mati dan boleh jadi saksi bahkan seluruh negara tahu kisah Guan Eng masuk penjara kerana membela seorang gadis Melayu Islam.
 

Natang mamat terus bercerita, katanya. selepas Kit Siang bercerita, datang pula anak Karpal Singh bercerita tentang bapanya Mendiang Karpal Singh pernah membela seorang Muslimah Islam yg kena berhenti kerja akibat bertudung. Anak Karpal Singh kata, adakah bapa saya anti Islam?

Natang Mamat bertanya tok, " Di antara ketiga2 cerita itu, mana lebih baik tok? Membela gadis Melayu Islam yg dirogol, membela Muslimah Islam yg dilarang bekerja kerana menutup aurat atau membantu org cina lemas?"/

Tok diam kejap. " Eleeehhh...peguam parti tok Hanipa Maideen pun selalu bela orang2 Islam....Peguan Asmuni Awi pun selalu bela orang2 Islam dalam mhkamh bahkan dia membela Ulamak dunia lagi iaitu guru tok bila guru tok fitnah calon PKR edar pil kuda tanpa sebut nama...". Jawab tok bangga.

Tiba2 Natang mamat ketawa besar, " KAHKAHKAHHH....tok lupa ke? Kedua2 peguam yg tok sebut tu pun dah cabut masuk Amanah...WAKAKAKA".

Jilakeeee....natang mamat !!!
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Sabtu, 6 Februari 2016

RAKYAT KEDAH MALANG DAPAT MB MACAM PATUNG

ISU MB Kedah sudah selesai.  Mukhriz telah dijatuhkan dan Bashah ganti Mukhriz.  Ada orang tanya, di antara Mukhriz dengan Bashah ni siapa yang aku sokong?  Bagi aku, sesiapa saja yang ber'bin'kan Umno, tetap aku tidak sokong kerana ianya mewakili parti kebangsaan tersebut.  Umno musuh kepada PH, maka ianya musuh aku juga.

Peribadinya, tidak semua pemimpin di dalam Umno itu zalim atau rasuah.  Namun, mereka tetap salah kerana berada di dalam parti yang zalim itu.  Sebaik mana pun peribadi mereka, jika meletakkan dirinya di dalam wadah yang jahat, maka hilangkan kredibilitinya.  Tiada lagi maruah padanya.

Di antara kedua-dua pemimpin yang masih berada di dalam Umno itu, Mukhriz dan Bashah, mana satu lebih baik?  Aku tidak mahu jawab mana satu lebih baik di antara kedua-dua pemimpin yang berada di dalam parti zalim ini.  Cumanya, siapa di antara mereka sedikit berani?  Kalau Tun Mahathir berani tegur dan kritik Najib, semua faham bahawa Tun berani kerana dia tidak ada jawatan apa-apa di dalam parti.  Dia tidak perlu takut hilang jawatan pun.  Apabila Mukhriz yang menegur dan kritik Najib ketika beliau masih memegang jawatan MB Kedah yang Najib sendiri lantik, bagi aku Mukhriz ada keberanian.  Apakah Bashah berani mengkritik Najib?

Kalau aku ahli Umno, walaupun aku berada di dalam parti zalim ini tapi aku akan sokong Mukhriz kerana berani menegur pemimpin zalim di dalam parti zalim.  Aku tidak akan sokong Bashah kerana Bashah tidak menunjukkan keberanian langsung.  Bagaimana rakyat Kedah boleh hidup di bawah MB yang penakut?  Apakah rakyat Kedah suka MB mereka hanya patung semata-mata?

Jumaat, 5 Februari 2016

PAKATAN HARAPAN MENOLAK HUKUM SYARIAH ?

Petikan ucapan Adun Tg Lumpur ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pas Cawangan Taman Temerloh Jaya baru2 ini;

" Katanya, dasar Islam yang diperjuangkan Pas tidak pernah berubah dari dahulu sehingga kini.

Beliau berkata, penegasan Pakatan Harapan bahawa parti itu menolak syariah Islam yang dipersetujui kesemua anggotanya baru-baru ini seharusnya menyedarkan pengundi Islam bahawa tiada masa depan bagi penganut Islam jika parti itu berkuasa di Putrajaya.

Menurutnya, parti-parti lain kesemuanya memperjuangkan sekular sama seperti Umno/BN dan ia menunjukkan bahawa tidak akan ada perubahan jika rakyat menyokong parti berkenaan.

“Sudah jelas kenyataan parti berkenaan menolak sistem Islam secara total tanpa dolak dalih lagi, jadi apakah yang diperjuangkan oleh bekas ahli Pas dalam parti itu,” katanya."
(Sumber: http://www.tranungkite.net/v12/modules.php… )

AKU harap ucapan itu disalah petik atau sengaja dikelirukan oleh sumber berita ini. Apa yg aku tahu, Ustaz Rosli akan bercakap sesuatu yg dia tahu dan mustahil beliau akan terikut2 dengan lain2 pemimpin yg suka bercakap ikut mulut tanpa sedar ianya merupakan satu fitnah seperti yg terjadi kpd KM P.Pinang, Guan Eng baru2 ini.

Samasekali tidak masuk akal untuk menyatakan PH menolak syariah Islam yang mana di dalam masa yg sama Pas berkata masih bertahalluf siyasi dengan KEADILAN. Jika beliau yakin bahawa KEADILAN itu menolak syariah Islam, adakah beliau berani untuk mencadangkan kpd Pas Pusat agar Pas memutuskan hubungan dengan KEADILAN termasuk di Selangor?

Apa bukti dan hujah Ustaz Rosli untuk menyatakan PH menolak syariah Islam, tidak pula beliau sebut. Mana dia kenyataan resmi dari PH yang menyebut PH menolak syariah Islam? Apakah kerana PH tidak bersetuju dengan kaedah atau pendekatan Pas di dalam isu Hudud yg jelas gagal di dalam pendekatannya itu sebagai menolak hukum syariah? Kedah pernah diperintah oleh Pas selama sepenggal di bawah MB nya seorang ulamak, Almarhum Ustaz Azizan, namun Dun Kedah tidak pernah bincang pun soal Hudud di Kedah. Apakah Ustaz Rosli anggap Kedah waktu itu menolak syariah Islam?

Apakah pendekatan PH untuk mensejahterakan rakyat, melawan kezaliman dan menegakkan keadilan itu bukan dari ajaran Islam? Jika Pas anggap menasihati Umno itu satu pendekatan baik ke arah melaksanakan hukum Islam, manakala bagi PH menentang Umno secara total itu adalah pendekatan kami yang terbaik, itu hanya perbezaan dari segi pendekatan. Kamu yakin dengan Umno untuk laksanakan kehendak Islam, kami tidak yakin. Itu saja bezanya. Adakah kerana perbezaan itu maka kami boleh dianggap melanggar syariat Islam?

Apakah syariah Islam itu membenarkan fitnah seperti yang terjadi kepada Lim Guan Eng? Apakah membuat fitnah kepada calon rakan2 sendiri sebagai pengedar pil kuda walaupun tiada bukti bahkan tidak kenal pun siapa calon yang edar pil kuda itu merupakan salah satu dari syariah Islam?

PH telah pun membentuk persefahaman bersama. Di dalamnya tiada satu pun yang menyebut tentang menolak syariah Islam. Bahkan, Perlembagaan ketiga2 parti samada KEADILAN, Dap mahu pun Amanah tiada satu pun yang menolak syariah Islam. Islam bukan boleh tertegak hanya pada sekeping kertas, tetapi Islam boleh ditegakkan dengan usaha serta kebijaksanaan bagi meralisasikannya. Islam juga tidak boleh berdiri hanya dengan menyebut Hudud semata2. Menolak hukum Hudud jelas menjadi kafir, tetapi mendahulukan kehendak dan kewajipan Islam yang lain tidak boleh ditakrifkan sebagai kafir atau menolak syariah Islam.

Sekiranya Ustaz Rosli tidak berkata seperti apa yang dilaporkan, aku mohon maaf kepadanya atas komen ini. Jika memang benar beliau berkata demikian, maka aku anggap beliau juga penyebar fitnah sehingga beliau boleh membawa bukti dan hujah di atas kenyataannya itu.

Khamis, 4 Februari 2016

APA KATA HUSAM KEPADA PRESIDEN PAS ?

Ahad, 31 Januari 2016

DI SELANGOR JUGA ADA BAUKSIT ?

TAHUKAH anda di Selangor pun ada Bauksit?  Aku pun baru tahu apabila diberitahu di dalam Forum Bauksit yang diadakan di Pusat Khidmat Adun Semambu, Kuantan baru-baru ini.  Forum malam itu dihadiri oleh MP Kuantan, YB Fuziah Salleh dan MP Shah Alam, YB Khalid Samad dan wakil dari Pemuda Amanah serta Ketua AMK Pahang.

Walaupun di Selangor terdapat Bauksit, namun tiada satu pun lesen dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mana-mana syarikat melombong Bauksit di negeri tersebut.  Adakah Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB DS Azmin Ali tidak mahu duit dan keuntungan banyak hasil dari perlombongan Bauksit?  Jawapannya, duit dan harta seluruh dunia ini tidak boleh membayar nilai nyawa dan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat.  Untungnya rakyat Selangor yang tidak lagi teringin kepada Umno/Bn menjadi Kerajaan Negeri.

Ini tidak berlaku di Pahang.  Pahang diperintah oleh Bn ditunjangi oleh Umno.  Isu Bauksit di Kuantan bukan lagi isu tempatan, negeri mahupun negara.  Pencemaran akibat perlombongan Bauksit ini telah tersebar ke seluruh dunia.  Entah berapa ramai wartawan-wartawan dari media-media asing telah turun ke Kuantan bagi melihat sendiri kerakusan perlombongan Bauksit di sini.  Walaupun setelah ditekan dan didesak oleh Pembangkang, maka aktiviti perlombongan Bauksit telah digantung selama 3 bulan, namun apakah kita bersedia untuk melihat aktiviti perlombongan ini akan diteruskan selepas itu?

Aku difahamkan setelah tamat tempoh tiga bulan ini iaitu bulan Mac, aktiviti perlombongan hanya terhad kepada membawa sisa-sisa Bauksit yang masih berbaki sekarang untuk dibawa ke Pelabuhan.  Sisa-sisa ini mesti dibawa keluar agar tidak terbiar dan lebih mendatangkan keburukan di kawasan perlombongan.  Selepas itu, kita harap aktiviti ini dihentikan terus.  Jika ini benar-benar dipraktikkan, mungkin kita boleh bersetuju untuk menghadkan aktiviti perlombongan tersebut tetapi ianya mesti mematuhi syarat-syarat yang ketat seperti yang dipersetujui oleh kerajaan Pusat sendiri.  

Ianya satu penyakit yang telah merebak, maka hanya perlu kepada rawatan saja.  Rawatan dan pantang larang.  Mencegah penyakit lebih baik dari merawatnya.  Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor belajar dari apa yang terjadi di Pahang.  Kerajaan Negeri Selangor berjaya mencegah penyakit Bauksit ini. 


Selasa, 26 Januari 2016

TANGAN UMNO PUNYA PASAL, DAP DIPERSALAHKAN?

MENGAPA membantah TPPA tetapi Dap yang dijadikan mangsa?  Apakah mereka ada bukti bahawa Dap menyokong TPPA?  Kalau mereka hanya melihat tiada pimpinan Dap yang hadir pada Himpunan Bantah TPPA baru-baru ini untuk menghalalkan fitnah mereka kepada Dap, maka sudah tentu Dap juga boleh menfitnah pihak mereka yang pimpinan utama mereka juga tidak hadir.

TPPA akan ditentukan oleh pihak kerajaan yakni Umno selaku tunjangnya.  Samada TPPA akan ditandatangan atau tidak, tangan pemimpin Umno akan tentukan.  Mengapa senjata ditujukan kepada Dap awal-awal lagi?  Bengap sangat otak mereka yang menyatakan Dap menyokong TPPA kerana kaum Cina adalah para usahawan dan peniaga, maka TPPA menguntungkan mereka.  Satu lagi fitnah jahat penuh dendam kesumat terhadap Dap dan amat malang sekali puak-puak lebai yang membuat fitnah.  Sebelum ini, terbukti ada lebai juga menfitnah Guan Eng sehingga terpaksa membayar kos mahkamah RM 10K.  

Bagaimana Islam yang kononnya menjadi dasar mereka ingin diperjuangkan kalau dosa-dosa menfitnah turut dilakukan oleh para ulamak mereka?  Jangan bercerita tentang Hudud kalau bab-bab fitnah ini kita menjadi juaranya.  Hudud itu adalah melambangkan keadilan.  Berlaku adil adalah asas kepada hukum Allah ini.  Tidakkah malu kita bila bercakap soal Hudud tetapi kita melakukan fitnah terhadap orang lain samada kita sebut namanya atau tidak.  Lebih memalukan apabila kita membuat fitnah, tapi kita ego dan sombong tidak mahu memohon maaf sehingga maruah kita hanya bernilai RM 10 K?

Isnin, 18 Januari 2016

KES GUANG ENG - TANTAWI BUKAN PERTEMBUNGAN "KUFFAR VS ULAMAK"

ISU saman Lim Guan Eng terhadap Tantawi dalam kes Penang Tunnel selesai siang tadi.  Terbukti dakwaan Tantawi tidak betul dan Lim Guan Eng berjaya memaksa Tantawi mengakui kesilapannya di mana Tantawi terpaksa betulkan kenyataan beliau sebelum ini dan terpaksa membayar kos mahkamah RM 10K.


Tahniah kepada Guan Eng kerana telah menjelaskan kepada kita bahawa ulamak tidak semuanya betul.  Malangnya, Tantawi tidak mohon maaf kepada Guan Eng kerana kita faham tidak semua ulamak sanggup merendah diri dan mengakui kesilapannya.

Apa yang penting, bukan isu maaf atau tidak.  Yang penting isu pokok iaitu dakwaan Tantawi selama ini terhadap Guan Eng adalah salah.  Dari segi moralnya Guan Eng mengatasi Tantawi walaupun Tantawi mendapat pujian daripada Nik Abduh kerana kehebatannya membuat kenyataan bohong.  Tidak pelik jika ulamak akan mempertahankan ulamak lain apatah lagi satu parti walaupun ternyata rakannya itu melakukan fitnah.  Tidak semua ulamak itu baik, sebab itu ada dikategorikan ' Ulamak As-Su'".


Ada yang menggambarkan pertembungan Guan Eng dengan Tantawi ini adalah pertembungan "Kuffar dan Ulamak".  Aku tak setuju kerana ini akan menjejaskan nama Ulamak di kalangan Non Muslim.  Mana mungkin ulamak boleh melakukan fitnah samada fitnahnya menyebut nama orang yang difitnahnya atau tidak.

Ahad, 17 Januari 2016

SATIRA TOK USIN - TOK USIN UG CEROI BERGADUH

TOK BERGADUH DALAM MEETING

Dalam mesyuarat kawasan parti tok petang tadi, tok bergaduh dengan YDP kawasan. Dalam mesyuarat tu, ramai yg kutuk2 Dap...macam2 ayat maki hamun keluar dari mulut2 lebai2 yg hadir mesyuarat tadi. Ada yg terlalu marah sampai pengsan2 dan masuk hantu atau seperti histeria memaki Dap. Waktu tu, tok senyum je tak kata apa2 kerana tok dapat lihat usrah2 parti tok benar2 berkesan selama ini.

Cuma, sewaktu YDP kawasan tok dlm ucapan akhirnya dia sebut agar sama2 berdoa supaya Dap dilenyapkan dari dunia ini. Semua pakat Ameen belaka. Kecuali tok. Tok terus bangun dan membantah doa berkenaan.

Apa lagi, kecuh semua dalam mesyuarat. Hampir2 bergaduh tok dengan YDP. Mereka semua tuduh tok membela Dap dan tok ni munafik Haraki serta penjilat tegar Dap. Tok akhirnya capai mikropon untuk jelaskan kenapa tok bantah doa melenyapkan Dap.

" Tuan2 Walaun semua, Dengar sini tok cakap dulu. Jgn mudah sangat kamu semua label tok munafik Haraki, barua, broker Dap dan sebagainya. Tok tak setuju kita berdoa agar Allah hapuskan Dap kerana tok tahu, doa dari Ostat YDP kita tu mesti kabul punya. Bayangkan, kalau doa itu termakbul dan tiba2 Dap ghaib dari dunia ini, apa akan jadi?" Soal tok.

Semua bangun dan riuh dlm dewan. Ada yg baling kasut, selipar, terompah dan tasbih kat tok. Tok mengelak. " Tokkk....biarlah Dap musnah...memang itu yg kita mahu sbb Dap tolak Hudud...Hudud....Hudud....paham tak tokkkk!!!" Jerit seorang pakcik yg terlalu marah sampai tertanggal kain pelikatnya menampakkan kerandutnya yg usang sbb tak pakai seluar dalam.

" Sabarrrr...dengar dulu. Kamu kata kita tak boleh buat Hudud kerana Dap, bukan? Haaaa...itulah sebabnya tok minta kita jgn berdoa agar Dap hilang kat negara kita. Bayangkan kalau Dap takde....abis tu, kita nak tuduh siapa sebagai penghalang Hudud? Siapa? Nak tuduh Amno? Bukankah guru kita dah bertunang dgn Amno, takkan tergamak kita nak tuduh Amno penghalang Hudud? Bukankah guru kita telah menjadi Penasihat Amno, takkan guru kita tak nasihat Amno untuk buat Hudud? Abis tu, nak tuduh siapa lagi kalau bukan Dap? Nak tuduh Anwar? Anwar dlm penjara. Nak tuduh Amanah? Amanah tu semua pimpinannya adalah bekas pimpinan kita juga, mereka byk berkorban dgn parti kita dan mereka berada dlm parti kita sewaktu dasar kita mahu Hudud. Ertinya mereka bukan anti Hudud. Siapa lagi kalau bukan Dap saja yg mudah kita tuduh dan ramai org2 Melayu yg bodoh tu pasti percaya kalau kita tuduh Dap sebagai penghalang. Sebab itu lah, wajib kita berdoa agar Dap dikekalkan dlm negara kita untuk memudahkan kita menuduhnya sebagai penghalang Hudud. Faham?". Kata tok dgn penuh semangat.

Dewan sunyi sepi. Semua terdiam. Tiba2 meluru semua dalam dewan menyerbu ke arah tok dan memeluk tok sambil minta ampun. Ada yg melutut dan sembah kaki tok menyesal menuduh tok barua.

" Alhamdulillah....kita bertuah ada lagi orang bijak macam tok Usin ni dlm jemaah kita..." Kata YDP kawasan sambil disahut Takbit oleh semua.

Tok tersengeh puas.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi