RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 9 Julai 2025

HANYA KERANA DENGKI

KUANTAN – Himpunan Turun Anwar yang dirancang pembangkang diadakan pada penghujung Julai ini disifatkan hanya retorik dan tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, rakyat kini bijak menilai trek rekod pemerintahan pembangkang selama 33 bulan berbanding hampir tiga tahun kerajaan Madani memerintah hari ini.

“Himpunan ‘Turun Anwar’ hanyalah retorik dan taktik jahat, dengki dan busuk hati semata-mata.

“Rakyat akan menolak parti yang hanya tahu mencari salah, menabur fitnah dan tidak mahu melihat negara ini stabil,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sebelum ini, Dewan Pemuda Pas mengumumkan akan menganjurkan himpunan aman `Turun Anwar’ pada 26 Julai ini.

Difahamkan ia akan diadakan sebagai satu manifestasi besar rakyat Malaysia yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Wan Fauzuldin berkata rakyat akan menolak parti yang hanya tahu mencari salah, menabur fitnah dan tidak mahu melihat negara ini stabil.

“Apakah rakyat mahu terima lagi Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, atau mereka mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Datuk Seri Hamzah Zainudin pula?

“Ternyata pembangkang hari ini hilang hala tuju dan kehabisan modal dek kerana prestasi PMX serta kerajaan Madani semakin cemerlang,” tambahnya.

Mengulas lanjut Wan Fauzuldin berkata pada awalnya pembangkang merancang menganjurkan himpunan membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA).

Namun katanya, tema itu ditukar kepada ‘Turun Anwar’ selepas mendapati masyarakat bandar, khususnya penghuni rumah flat lama, menyokong pelaksanaan RUU tersebut demi kebaikan mereka.

“Hasutan pembangkang kononnya URA ini taktik kerajaan untuk mengusir orang Melayu dari bandar tidak berjaya menarik perhatian, bahkan menjadi bahan lawak jenaka.

“Maka, himpunan yang dirancang itu ditukar tajuk kepada ‘Himpunan Turun Anwar’, tetapi rakyat tidak mudah untuk diperdayakan oleh pembangkang,” jelasnya.

Ujarnya tindakan tergesa-gesa pembangkang itu menunjukkan mereka terdesak, lebih-lebih lagi tiada calon Perdana Menteri dikemukakan bagi menggantikan Anwar.

“Jika mahu Anwar turun, kamu (pembangkang) seharusnya ada pengganti yang lebih baik dari Anwar dan rakyat mahu tahu siapa sertan mereka mahu menilai calon perdana menteri dari pembangkang sebelum mereka mahu sertai himpunan kamu itu.

“Sudah jelas, pembangkang tiada calon dan mereka masih tidak sepakat untuk menamakan calon perdana menteri dari kalangan mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2025/07/07/himpunan-turun-anwar-kerana-pembangkang-dengki-wan-fauzuldin/?fbclid=IwY2xjawLbWiZleHRuA2FlbQIxMQBicmlkETBZVzNhbkpGcjc2Z05VV21mAR63oTWK0SXBcKuNI28IfOhw8DFwYmJ1y4oDNnj1xYeAnCRyrn51BOQZzlCVWw_aem_24eq-fnc8r6lpoXiRr62Yg#google_vignette

Isnin, 28 April 2025

PARTI LEBAI PATUT BERSYUKUR RAMAI ANAK MUDA TIDAK PULANG DAN MEREKA SANGGUP DI 'NERAKA' KAN

 

Memang patutlah kalah. Hasrat bertanding hanya untuk sekat pihak lawan dapat capai undi lebih, meskipun jumlah undi parti sendiri pun merosot. Mahu sedapkan hati.

Semua tahu, BN mensasarkan jumlah undi lebih 18K sekiranya peratusan keluar mengundi sehingga 75%. Tapi yang keluar mengundi hanya 58% jauh dari sasaran, maka majoriti BN yang diperolehi lebih 5K sudah dikira munasabah dan memadai untuk telanjangkan lebai yang nyata dan jelas turun jumlah undi yang mereka perolehi.

Alasan lebai, ramai anak muda tidak balik untuk mengundi, maka lebai kalah. Walhal, terbukti anak2 muda yang balik mengundi pun telah memangkah BN. BN menang saluran undi anak2 muda. Erinya, kalau lebih ramai anak muda pulang mengundi, parti lebai akan lebih teruk kalah. Bersyukurlah kerana anak2 muda ini sanggup 'masuk neraka' kerana melanggar "fatwa" lebai Hadi yang mewajibkan mengundi.

Pada pendapat aku, parti lebai kalah kerana parti ini tidak bijak berpolitik. Kaum melayu Islam benci parti ini kerana selalu sangat tunggang agama. Maka, semakin ramai melayu tolak parti ini, buktinya hampir semua kawasan majoriti melayu, BN menang bergaya. Parti lebai kelarah ini hilang sokongan melayu.

Mereka juga hilang sokongan kaum bukan melayu terutamanya kaum Cina kerana parti lebai ini bersungguh-sungguh tunggang isu babi. Sanggup bawa rombongan ke ladang babi, ambil sampel air sungai bawa ke makmal kononnya untuk menunjukkan air di situ tidak bersih kerana ladang babi berkenaan. Bayangkan, kalau cara ini mereka lakukan di Kelantan, ambil contoh air paip atau air yang disedut dari dalam tanah, yang setiap hari diminum oleh rakyat Kelantan itu untuk dikaji bersih atau tidak, alangkah bagusnya. Malangnya, mereka lebih serius dengan air di ladang babi tempat orang berbanding air keperluan rakyat di negeri mereka.

Seperti biasa, ceramah maki hamun, fitnah, lakukan dosa qazaf, baca doa qunut nazilah, persendakan bacaan talkin, serta menganjing pihak lawan secara keterlaluan, menambah kebencian pengundi kepada parti lebai kelarah ini. Ditambah pula dengan sikap tidak ikhlas dan sambil lewa parti sekutu mereka di dalam membantu parti logo bulan yang semakin gerhana ini. Muhyidin sempat ke luar negara lagi dan di mana Jemin semburit ?

Cukuplah dulu aku cerita tentang parti malang ini. Tapi aku tabik spring kepada rakan2 cytro dan cybertroopers kerajaan madani yang sentiasa menangkis fitnah dan hujah2 bodoh puak lebai kelarah ini siang dan malam. Tahniah sahabat !!