RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 8 Julai 2009

TULANG BESI AKAN DIKENAKAN TINDAKAN?

Jawatankuasa Disiplin PAS... Ambil tindakan kepada Malaysia Waves..

Posted on Wednesday, July 08 @ 01:30:00 PDT by AbuJihad

Oleh: masak

"Merujuk kepada Harakah keluaran Isnin lepas muka surat terakhir, kenyataan dari Tuan Ibrahim Tuan Man, berkenaan dengan Jawankuasa Disiplin PAS.

Saya ingin merujuk kepada satu artikel dr Malaysia Waves yg diPosting pd 7 Julai 2009. Artikel nya seperti berikut:

Klik Disini

Di dalam keluaran Harakah yg lepas, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan, Jawatankuasa disipilin PAS akan mengambil tindakan kepada sesiapa yg menghidupkan kembali isu UG.

Merujuk kepada tulisan dr Malaysia Waves di atas, saya kira artikel nya sangat2 bahaya, dan sengaja untuk mewujudkan dan mengembalikan FITNAH YG SUDAH TIDUR.

Sekiranya Malaysia Waves adalah AHLI PAS, saya berharap agar Beliau di ambil tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS atas penerbitan artikel ini. Jenis tindakan, terletak kepada kebijaksanaan Jawatankuasa Disiplin Parti."/Sumber: Tranungkite

Komen - Malaysia Waves atau Blogger Tulang Besi memang agak kritikal di dalam penulisannya. Seperti juga tokoh-tokoh Pas yang lain dilihat kritikal malahan terlalu kontroversi di dalam tulisan dan ucapan masing-masing. Tetapi adakah dengan cara tindakan tatatertib boleh menghentikan semua ini? Jika hanya kerana tulisan yang kontroversi dan kritikal boleh diambil tindakan, saya rasa bukan Tulang Besi sahaja yang boleh dikenakan tindakan tatertib tersebut. Pertamanya yang patut kena adalah orang yang `merangkak malam' berjumpa musuh di Selangor suatu ketika tanpa melalui saluran parti. Orang ini masih bebas malah diberi jawatan penting pula. Jadi, Pas perlu adil dalam perkara ini dan Pas tidak perlu ada kroni jika mahu memerintah negara suatu hari nanti. Pas perlukan pemimpin yang ikhlas dan berani bukan yang bermuka-muka.

ANWAR JAWAB PASAL KM P.PINANG DAN KEDAH

Dari Malaysiakini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar dakwaan yang cuba menyamakan kediaman baru Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan rumah bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, yang telah mencetuskan kontroversi.

“Tunjuk rumah sewa ketua menteri Pulau Pinang, hendak samakan dengan puluhan juta rumah (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo. Itu masalah pemimpin Umno.

“Tengok pemimpin Umno di Manek Urai, cuba tanya kekayaan Tan Sri, Datuk dalam Umno, ada tidak aset RM20 juta? (Mereka) datang ke Manek Urai, cakap soal bela rakyat,” katanya dalam ceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai malam tadi.

Pada 26 Jun lalu, Lim Guan Eng dilaporkan berpindah daripada kediaman rasmi di Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di No. 25, Jalan Pinhorn.

Susulan itu, 5 Julai lalu, Naib Ketua Gerakan Pulau Pinang, Hong Khoon Leng meminta Lim mendedahkan kewajarannya berpindah, termasuk mendedahkah kos pengubahsuaiaannya - yang menurutnya dijangka ratusan ribu ringgit.

Manakala rumah mewah milik Dr Mohd Khir di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Bekas menteri besar Selangor itu ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo terbabit tetapi dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng.

Sementara itu, mengenai isu DAP Kedah Keluar Pakatan pula, Anwar berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak bukan merobohkan pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Isu royalti minyak

Tetapi sebaliknya memindahkannya ke tempat yang lebih teratur dan bersih, kata Anwar yang juga ketua Umum PKR itu.

Sehubungan itu, Anwar menyalahkan media yang didakwanya memutarbelitkan isu tersebut sehingga melaporkan terdapat pergeseran antara DAP dan PAS di Kedah.

Sementara itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa pula menyentuh isu royalti minyak Kelantan, yang didakwanya melebihi daripada RM1 bilion yang dituntut Kelantan baru-baru ini.

“Kita minta kurang sikit, takut dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) terkejut. Lepas ini kita minta lagi,’” katanya sambil mengakui sudah menemui dokumen perjanjian lama Kelantan dan Petronas berhubung perkara itu.

Menurutnya, perjanjian pada tahun 1975 itu, telah ditantangani oleh menteri besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tambahnya, perjanjian itu mensyaratkan Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui kawasan pantai dan pesisirnya.

MB kerajaan BN terharu mendengar kaset agama Nik Aziz

Intan Abdullah intan@harakah.net.my
Wed | Jul 08, 09 | 2:18:40 pm MYT

KUALA KRAI, 8 Julai (Hrkh) - Kebiasaannya dalam media massa kita sering membaca kecaman keras pemimpin Umno terhadap PAS. Jarang berlaku mereka memuji dan bersetuju biar pun kebenaran berpihak kepada PAS.

Sebaliknya seorang Menteri Besar meluahkan kebenaran yang dibawa pemimpin PAS tidak dapat dinafikan lagi lebih-lebih lagi menyentuh soal agama.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada seorang menteri besar memberitahunya sering mendengar kaset ceramah beliau.

"Menteri besar itu paling terasa dan terkesan ketika mendengar ceramah agama saya mengenai alam kubur. Apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup kamu mengundi parti mana.

"Beliau meluahkan rasa terkesan yang menyentuh jiwa setelah mendengar kaset ceramah tersebut. Dia menceritakan perkara itu ketika sama-sama menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Majlis Raja-raja Melayu," katanya pada ceramah di Kampung Chuchuh Puteri A di sini, malam tadi.

Ribuan hadir mengikuti ceramah itu biar pun hujan turun agak lebat sebelum itu.

Oleh itu Menteri Besar berharap pengundi di Manek Urai dapat membuat pilihan terbaik untuk terus menyokong kepimpinan Islam sebagaimana kesedaran menteri besar BN terbabit.

"Saya penuh harap pengundi di sini dapat membuat pilihan yang terbaik. Setelah Umno kalah di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kenapa kita mahu pilih Umno lagi," katanya.

Pada ceramah itu beliau memberitahu telah mengirim surat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak untuk mempelawa diadakan debat bagi membincangkan alasan Umno menolak Islam.

"Saya telah mengirim surat kepada Perdana Menteri yang mengandungi soalan, 'kenapa Umno tolak Islam? "Islam itu bukan PAS yang buat, tetapi kenapa Umno tetap mahu menolak Islam. Sebab itu saya berkempen dan berdakwah hingga ke hari ini untuk Islam," katanya.

Turut hadir pada ceramah malam tadi Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato' Husam Musa, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif dan calon PAS Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah. - mj _

AKHIRNYA PERJUANGAN RAKYAT BERJAYA!! TAHNIAH PR

Berita baik: Sains, Matematik kembali ke BM 2012

08 Jul 2009 3:10PM

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.

Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya. / BHM


Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi - TPM

4 ADUN `KATAK' DI PERAK TIDAK LAYAK BERADA DALAM PR

Oleh: WFAUZDIN NS

URA-URA tersebar luas kononnya terdapat Adun Bebas di Perak akan kembali ke pangkuan PR. Berita tersebut telah dinafikan oleh mereka, Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana perkara ini tidak berlaku. Pada saya biarlah kita kehilangan kuasa di Perak daripada kita memegang kuasa tetapi dalam masa yang sama kita memelihara manusia `spesis' seperti ini. Apa jaminan manusia seperti ini boleh diharapkan untuk menyelamatkan rakyat di Perak? Pada mereka, diri sendiri lebih penting dari segalanya.

Dua Adun tersebut adalah dari PKR, satu dari DAP manakala satu lagi dari Umno kemudian PKR dan kemudiannya Umno kembali. Spesis katak 4 ekor ini akan dikenang sebagai peruntuh segala amalan demokrasi di Perak serta punca segala yang berlaku di Perak. Bukan sedikit dosa mereka kepada rakyat Perak apatah lagi kepada Tuhan mereka. Mereka boleh insaf dan bertaubat kerana itu adalah hak mereka, tetapi usaha untuk membawa mereka masuk kembali ke dalam perjuangan kita di dalam PR hendaklah ditentang.

Tumpuan kita sekarang adalah untuk memulihkan kembali demokrasi tulen di Perak dengan menuntut Dun Perak dibubarkan serta merta. Jangan kita membuang banyak masa untuk melayani keempat-keempat manusia ini. Biarkan mereka dengan haluan dan habuan mereka di dunia ini. PR di Perak seharusnya `berputus arang dan berkerat rotan' dengan manusia jenis ini kerana kita tidak mahu PR dipandang hina umpama `pelanggan kepada beberapa pelacur murahan'.

Kita perlu terus berjuang dengan sabar. Kita tidak perlu mengambil jalan singkat dan mudah tetapi pada akhirnya merosakkan parti kita sendiri. Lupakan sahaja mereka dan anggap sahaja mereka sudah tidak wujud lagi di dalam kamus PR. PR boleh menerima sesiapa sahaja dari Umno/Bn yang ingin bersama kita memperjuangkan nasib rakyat di Perak, tetapi bukan mereka yang empat `spesis katak' ini. Kita cuma boleh mendoakan agar mereka insaf sebelum mereka menemui Tuhan mereka. / wfauzdin.blogspot.com

CABARAN KHIR TOYO DISAMBUT, RUMAH MEWAH BAKAL DIJUAL?

Adun Sekinchan sambut cabaran Khir Toyo jadi ejen jual rumah mewahnya

Harakahdaily

Tue | Jul 07, 09 | 10:55:42 pm MYT

SHAH ALAM, 7 Julai - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim Selasa menyahut cabaran bekas menteri besar Selangor Dato' Seri Dr Muhamad Khir Toyo untuk menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah agam yang didakwa bernilai RM24 juta di Seksyen 7 di sini dengan komisyen 50 peratus.

"Hari ini, saya secara rasmi menerima tawaran untuk menjadi broker beliau. Berikan saya surat tawaran terbuka (untuk menjadi ejen), surat pemberian kuasa dan kunci-kunci rumah. Saya akan jual rumah itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini, seperti dilaporkan Bernama.

Ng mendakwa beliau sudah mempunyai empat pembeli berpotensi yang sanggup untuk membayar lebih daripada RM8 juta bagi rumah agam berkonsepkan Bali, yang menunjukkan tawaran sedemikian membuktikan bahawa ia bernilai lebih daripada RM3.5juta memandangkan para pembeli menawarkan sekali ganda jumlah tanpa melihat rumah agam itu.

Semalam, Dr Khir yang juga Adun Sungai Panjang menafikan bahawa rumah itu dan dua lot tanah seluas 0.5hektar itu berharga RM24 juta tetapi beliau membeli tanah itu termasuk banglo yang terletak di salah satu daripada tanah yang diperoleh melalui pinjaman dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun dengan bank HSBC tiga tahun lalu.

Beliau juga mencabar Ng untuk menjadi ejen hartanah dan menjual rumah agam dengan harga RM24 juta dan akan memberikan Ng komisyen 50 peratus.

Dr Khir dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini bahawa beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ng atas dakwaan itu. _

KJ NAK JAGA SEBUAH KELAB PUN TAK BOLEH

UPB-MyTeam tarik diri boleh jejaskan Khairy




TINDAKAN UPB-MyTeam untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia 2009 boleh mendatangkan masalah kepada presiden kelab terbabit, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Jika mereka meneruskan hasrat tersebut, kelab berkenaan bakal berhadapan hukuman penggantungan yang turut melibatkan presiden mereka.

Khairy turut memegang jawatan sebagai Timbalan Presi- den Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Begitupun, rayuan yang dikemukakan oleh UPB-MyTeam untuk menarik diri telah ditolak oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pada mesyuaratnya semalam.

Piala Malaysia 2009 akan bermula pada 26 September depan. Pengerusinya, Datuk Che Mat Jusoh berkata, sekiranya UPB-MyTeam terus berdegil untuk menarik diri, mereka bakal menghadapi hukuman termasuk denda, penggantungan pasukan dan pengurusannya serta menjejaskan status pemain mereka. "Jawatankuasa pada hari ini (semalam) telah berbincang panjang lebar dengan memikirkan Liga Super hanya berbaki tiga perlawanan dan Piala Malaysia hanya melibatkan enam perlawanan timbal balik pada peringkat kumpulan. "Jadi kita telah memutuskan menolak rayuan mereka untuk menarik diri dan saya minta UPB-MyTeam terus beraksi pada Piala Malaysia 2009. Jika mereka ingkar, hukuman boleh dikenakan," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

UPB-MyTeam sebelum ini telah memohon untuk menarik diri daripada Piala Malaysia 2009 dan mahu meminjamkan pemainnya ke pasukan lain kerana menghadapi masalah kewangan yang kritikal sehingga menyebabkan tunggakan gaji selama dua bulan. Namun Che Mat memberi- tahu, pihaknya tetap bersedia dengan alternatif lain jika UPB-MyTeam berdegil untuk menarik diri dengan mencari pasukan ganti. "Undian Piala Malaysia akan diadakan 15 Ogos depan dan jika UPB-MyTeam tiada sekali pun, ia tetap diteruskan." /Sumber: Kosmo

Komen - Kalau dah nak jaga kelab pun tak mampu, lebih baik KJ jangan tunjuk pandai kat Manek Urai janji macam-macam. Sebuah kelab bola pun tak terurus, macam mana nak ajar Pas perintah negeri? Baik selesaikan masalah kelab tu dulu.

ISU KEDAH - PETEMUAN PAS-DAP ESOK

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan bertemu dengan pemimpin DAP termasuk penasihatnya Lim Kit Siang esok bagi membincangkan krisis antara PAS dan DAP di Kedah.

Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, pertemuan itu akan diadakan di pejabat milik anak syarikat kerajaan negeri Kedah di jalan Yap Kwang Seng jam 3 petang esok. Pertemuan ini diadakan ekoran tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, yang membuat pengumuman DAP keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Langkah ini diambil ekoran rasa tidak puashati mereka terhadap langkah kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan yang tidak menghalang perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar 1 Julai lalu. Sebelum itu, MBAS telah mengeluarkan notis kepada pusat penyembelihan itu agar ia dirobohkan kerana membebaskan bahan buangan tanpa kawalan.

Antaranya memasukkan sisa penyembelihan dan pemerosesan babi dalam tong sampah biasa MBAS di samping membuang sisa babi ke dalam sungai berdekatan. Pusat itu juga mengeluarkan bau yang busuk terutama selepas hujan. Persatuan Penyembelihan dan Perniagaan Babi yang menguruskan pusat itu merayu MB Kedah agar memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mencari tempat yang baru. Ekoran itu, pejabat MB Kedah telah meminta MBAS meluluskan rayuan itu dan memberikan tempoh sebulan yang diminta itu.

Menurut DAP, enam tempat telah dicadangkan untuk menjadi ganti kepada pusat itu namun tidak mendapat kelulusan dari kerajaan. Kerajaan negeri pula mencadangkan Kampung Cina Pendang sebagai ganti namun pihak berkuasa tempatan menolaknya. Di samping Kampung Berjaya, babi juga disembelih di dua tempat lagi di Kedah iaitu di Simpang Empat, Kangkong dan Tunjang. Pada 26 Jun, persatuan telah menghentikan kegiatan mereka di pusat itu. Pada 1 Julai, ia telah dirobohkan oleh MBAS selepas tempoh sebulan tamat pada 30 Jun. Namun, DAP dan Gerakan membantahnya dengan alasan kerajaan negeri tidak sensitif dengan keperluan orang bukan Islam. Lalu Pengerusi DAP Kedah/Perlis mengambil keputusan keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Namun, bagi Azizan, kenyataan itu tidak muktamad kerana beliau tidak menerima sebarang surat dari DAP.

Pertemuan esok dijangka akan membincangkan isu ini dan menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka melalui perundingan. /Sumber :

Selasa, 7 Julai 2009

UMNO PAHANG TAKUT PADA SINAR HARIAN?

KUANTAN [3.00 pm] - Nampaknya kerajaan UMNO dan Barjsan Nasionak di Pahang kini semakin takut untuk berpijak di bumi yang nyata. Terbaru mereka menempelak laporan yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian edisi Pahang yang kononnya kini lebih "berat sebelah" kepada parti pembangkang. Walhal, mereka sendiri sedar bahawa akhbar Sinar Harian memang mengamalkan konsep "Adil dan Telus" serta bersikap "Neutral" dalam melaporkan tentang isu-isu semasa yang membabitkan rakyat.

Anehnya, pemimpin UMNO Pahang nampak bahawa Sinar Harian kini seolah-olah telah menjadi sebahagian akhbar "Pakatan Rakyat", sedangkan ia adalah sebaliknya. Antara lain satu laporan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menter Besar Pahang dalam blognya http://dongtalk.blogspot.com yang berbunyi "Gambar2 yang dipamirkan di atas adalah Sinar Hairan Edisi Pahang. Apa tujuan mereka saudara-saudari buatlah penilaian sendiri. Adakah mereka play safe atau makan keliling? Adakah mereka mahu pembangkang bertapak dan akhirnya berkuasa di Pahang. Apakah yang mereka mahu? Mahu dimanjakan, dibelai mesra atau apa? Terpulanglah...mereka menjual pantang kita tidak membeli!".

Baca seterusnya di sini...

TUN MAHATHIR KRITIK NAJIB LAGI

Liberalisasi Ekonomi: Najib Cuma Nak Jadi Popular, Kata Mahathir

Saturday, 4 July 2009

Tun Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Najib Razak atas langkahnya membuka ruang semakin luas untuk pelabur asing mengambil kepentingan dalam ekonomi negara.

Mahathir berkata langkah-langkah yang diumumkan oleh Najib hanya bertujuan untuk meraih populariti dan tidak akan membantu kaum Melayu, Cina atau pun India.

Antara yang diumumkan oleh Najib ialah pemansuhan beberapa syarat untuk melindungi kepentingan bumiputera dan kaum lain dalam sektor-sektor utama termasuk pelaburan asing.

Syarikat- syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera sebagaimana yang ditetapkan sebelum Najib mengambil alih kerajaan Barisan Nasional April lalu.

“Saya berpendapat segala langkah itu lebih bertujuan untuk menjadi popular,” kata Mahathir merujuk kepada langkah-langkah Najib meliberalisasikan ekonomi untuk menarik pelaburan asing.”Saya tak tahu sama ada langkah-langkah ini akan membantu eknomi, sebab hakikatnya ekonomi Malaysia telah berkembang sejak kemerdekaan,” tambah mantan Perdana Menteri itu.

“Ekonomi kurang rancak sekarang, tetapi ini adalah kerana faktor persekitaran luaran, bukannya kerana perkara-perkara didalam negara,” Mahathir berkata. Baca seterusnya di Sini..

KHIR MENGAKU BANGLO TU RUMAH DIA, TAPI HUTANG MAA...

Banglo bernilai RM3.5 juta bukan RM24 juta - Khir Toyo


BANGLO milik Mohamad Khir (gambar kecil) di Seksyen 7, Shah Alam yang didakwa bernilai RM24 juta.





SHAH ALAM - Harganya RM3.5 juta, bukan RM24 juta.

Itulah penjelasan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengenai dakwaan beliau telah membelanjakan sebanyak RM24 juta untuk membeli banglo di Seksyen 7 di sini seperti yang didakwa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sekinchan, Ng Suee Lim.

Menurutnya, kos sebenar rumah itu hanyalah RM3.5 juta dan beliau membelinya dengan mendapatkan pinjaman daripada HSBC Bank Malaysia Bhd. untuk tempoh 30 tahun.

Dengan itu, beliau menyifatkan dakwaan Suee Lim yang mengatakan pembelian banglo berkenaan menggunakan sumber kewangan yang diragui tidak berasas sama sekali./Kosmo


Komen - Ooooo...rumah hutang la tu yer. Senang pulak dpt loan berjuta-juta ni kan....kira ok la tu. Agak2 sebulan berapa yer potongannya? Aku harap Khir Toyo saman je kat orang yang dok kata dia guna duit bukan2 tu.... Apa pun tahniah la, bukan senang org nak dpt loan berjuta2 ni...nak dapat seribu dua untuk wat berniaga pun macam2 karenah bank ni..