RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 12 September 2009

16 SEPT - TERENGGANU SASARAN DS ANWAR PULA?

Sabtu, September 12, 2009



9 ADUN UMNO TERENGGANU TELAH BERTEMU ANWAR IBRAHIM

Pakatan Rakyat akan rampas Terengganu sebelum 16hb September 2009?
Laporan daripada Malaysiakini, 9 orang Adun UMNO Terengganu telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wakil rakyat Hulu Besut, YB Nawi Mohamad mengesahkan 9 orang ADUN itu telah pun bertemu dan berbincang dengan Anwar Ibrahim tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut tentang perbincangan tersebut. Beliau juga berkata 9 orang ADUN itu tidak termasuk dirinya.

Pada April lalu, daripada 13 orang ADUN UMNO yang menyokong kumpulan Datuk Idris Jusoh telah memboikot Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. Daripada 10 orang itu tidak termasuk Nawi Mohamad.

Politik Terengganu semakin meruncing bila ada khabar angin yang mengatakan beberapa ADUN dari UMNO Terengganu akan menyertai parti PKR. Jika pertemuan dengan Anwar membincang penyertaan 9 Adun itu kerajaan BN negeri Terengganu boleh tumbang pada bila-bila masa.

Jika benar dakwaan YB Nawi Mohamad 9 ADUN dari UMNO itu bermakna krisis politik Terengganu terus akan bergolak./Sumber: Biaqpila.com
Baca seterusnya:http://www.malaysiakini.com/news/111950

SAMMY AKUI PENGUNDI MENYAMPAH DENGAN BN

'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'
Sep 12, 09 7:52pm

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN./Malaysiakini

SPRM DI ASAK UNTUK MENYIASAT `MAHLIGAI' KHIR TOYO

Lapor siasatan rumah mewah Khir, SPRM diberi tempoh 7 hari
Dzulfikar Mashoor
Sat | Sep 12, 09
AMPANG, 12 Sept : Gerakan Rakyat integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan perkembangan sisatan kes kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang didakwa bernilai RM20 juta.

Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Yunus semalam berkata, SPRM dilihat lambat bertindak sehingga tiada apa apa laporan dikeluarkan sejak kes itu dibangkitkan sejak tiga bulan lalu.

"Kami beri tempoh 7 hari untuk menyatakan perkembangan kes atau dakwaan, jika tidak Jumaat ini Gerak Malaysia akan hantar memorandum pada SPRM. Saya tuntut pendakwaan segera.� katanya.

Ujarnya lagi, SPRM perlu bertindak secara adil dan saksama; tanpa mengira seseorang yang didakwa itu dari Pakatan Rakyat atau pemimpin penting Umno sendiri.

Ditanya mengapa perlu tunggu tujuh hari untuk mengantar memo tersebut, Nazri menjelaskan bahawa pihaknya akan bersemuka dengan SPRM bukan untuk membuat pengaduan atau laporan, sebaliknya menunggu maklum balas siasatan berbangkit.

"Berkaitan banglo mewah Khir Toyo ini, kita sudah hantar dakwaan pada 7 Julai lalu; termasuk beberapa pendedahan laman web berkaitan dan sebagainya," jelasnya.

ImageSambil melahirkan kekesalan atas pendakwaan terpilih SPRM dalam kes Khir Toyo itu, beliau mempersoal komitmen luar biasa SPRM sebelum ini apabila agresif menyisat beberapa kes pendakwaan yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Tentang kes Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) dan kes peruntukan Dun yang kita (Gerak) hantar, saya kira dalam tempoh dua minggu siasatan terus dimulakan. Mengapa tidak dalam kes Khir Toyo ini?" soalnya lagi.

Bercakap pada sidang media di Hotel De Palma, Nazri berkata, keengganan SPRM menyiasat kes Khir Toyo bukan sahaja mengakibatkan kredibiliti suruhanjaya itu terus dipertikai khalayak, malah turut mengakibatkan Gerak sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bebas juga terpalit difitnah sebagai "buat laporan terpilih" dan proksi Mohd Ezam Mohd Noor (Umno).

Beliau juga menjelaskan bahawa pertubuhannya mempunyai beberapa dokumen bukti berkaitan kes tersebut.

Pun begitu, beliau masih menunggu mana-mana saksi kes tersebut tampil bersamanya dalam pendakwaan kes Khir itu.

Beliau turut mencabar Khir menafikan segala pendedahan terbuka yang dilakukan oleh beberapa laman web termasuk oleh mereka yang bergelar Umno Reform.

Artikel berjudul Khir Perlu Jawab! dalam Umno Reform 2, 6 Julai lalu mendedahkan Istana gaya Bali yang terletak di Jalan 1/7L, Seksyen 7 Shah Alam bernilai lebih RM20 juta.

Walaupun SPRM masih belum membuat sebarang pendakwaan kes terbabit, khalayak amnya percaya seseorang ahli politik yang bersih sebenarnya tidak mampu memiliki rumah bernilai RM20 juta, dengan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor selama dua penggal pemerintahan sahaja._mna_/Harakahdaily

MAHATHIR `MUSNAHKAN' ANWAR - SAMY VELLU


Samy Vellu bidas Dr M, selar Utusan
RK Anand
Sep 11, 09


Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar Justify Fulldalam seni "memusnahkan timbalannya".

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai laporan Utusan Malaysia, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar".

Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti./Malaysiakini

UMNO PARTI ISLAM, PULAK DAHH!!

Kerana fahaman Islam Umno maka berkecainya Altantuya
Harakahdaily
Fri | Sep 11, 09
KUALA LUMPUR, 11 Sept: Kerana fahaman Islam Umno hanya untuk pembangunan ekonomi sahajalah maka berkecainya badan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, kata Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali.

Bagi beliau, Umno hanya memalukan umat Islam di seluruh dunia sahaja jika terus mendakwa mereka adalah parti Islam.

"Kalau Umno mengaku parti Islam maknanya bagi Umno Islam ini untuk pembangunan ekonomi sahajalah. Yang lain seperti aqidah, keadilan, akhlak dan moral, Umno tidak terimalah," kata anggota Parlimen Titiwangsa itu.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini semalam.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata Najib.

Bagi Lo' Lo', kerana sikap Presiden Umno begitulah maka Umno penuh dengan amalan yang tidak baik seperti rasuah, kebocoran wang negara dan tidak amanah berleluasa di negara ini.

"Kerana anggapan Islam Umno itulah maka berkecainya nyawa Altantuya Shariibuu dan matinya Teoh Beng Hock di pejabat SPRM," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, apa yang dibuat oleh Umno ketika menganggap Islam hanya membangunkan ekonomi pun hanya membangunkan ekonomi untuk golongan tertentu sahaja bukan untuk umat Islam semuanya kerana ramai umat Islam sendiri yang terus terbiar papa kedana.

"Hanya untuk Umno dan BN serta kroni mereka sahaja," kata beliau menambah hujjahnya.

Bagi beliau, Umno hanya mengambil Islam yang sesuai dan untuk kepentingan mereka sahaja tetapi meninggalkan ajaran dan akhlak yang dibawa oleh Islam.

"Jenayah dan keselamatan rakyat terancam. Pimpinan Pakatan Rakyat tergugat. Semua ini Umno tidak pentingkan kerana fahaman Umno Islam adalah untuk kemajuan ekonomi sahaja," katanya._/Harakahdaily

Jumaat, 11 September 2009

APA MASALAH DENGAN YB ZUL NI?

11Sep

Berikutan posting Zulkifli Nordin yang bertajuk "Al-Baqarah: Alahai sang lembu," Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita bertajuk "Zulkifli bidas 'Pak Janggut'".

Dalam postingnya itu, Mamat tu kata:
Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil dikawasan kediaman mereka. Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil.
Tu dia aih! Sampai lagu tu sekali Pak Janggut tu putaq!

Kalau minum arak boleh disebat dengan enam sebatan kerana beratnya kesalahan tersebut, memutarbelitkan ayat Al Quran tentulah lebih besar lagi kesalahannya. Saya cadangkan mana-mana warga Selangor membuat laporan polis sebagai jalan untuk mendakwa si Pak Janggut itu di Mahkamah Syari'ah negeri itu. Saya dok di Wilayah Persekutuan.

Ada orang beritahu saya, Zulkifli juga seorang peguam syar'ie. Bolehlah khidmat beliau diambil untuk mendakwa Pak Janggut yang memutarbelitkan ayat Al Quran itu.

Bercakap fasal Zulkifli, ada orang tanya saya, kenapa Umno dan Barisan Nasional (BN) tak tarik dia menyertai parti itu? Saya kata, "Bangang sangat la Umno kalau dia tarik Zul tu. Biar dia jadi rebel dalam Pakatan Rakyat (PR) jauh lebih menguntungkan Umno".

Ditanya pula kepada saya, mengapa PKR tak ambil tindakan ke atas beliau berikutan beberapa karenahnya sebelum ini. Nak kena jawab lagi. Saya pun kata, "Bangang sangat la PKR kalau dia buat gitu. Apa ke bodohnya tak fasal-fasal nak jadikan dia hero!"

Yang saya tertanya-tanya, adakah PKR tak tahu, ketika Zulkifli berada dalam PAS dahulu, beliau ditolak dari menjadi calon PAS dalam satu mesyuarat Majlis Syura PAS sebelum pilihan raya umum 2004?

Kalau PKR tahu dan depa ambik juga Zulkifli jadi calon, saya hanya nak kata: Padan muka hampa!!/Penarikbeca.blogspot

Khamis, 10 September 2009

KERANA TIADA BONUS TAHUN INI, ADAKAH UNDI TENTERA DI BAGAN PINANG BERSAMA BN?

Wednesday, September 9, 2009







Begitulah..indahnya RM500 dibayar 2 kali.nampaknya dapat lah duit raya, namun oleh kerana nak diberi kakitangan awam boleh ambil.Ini insentif raya kata menteri dan maknanya bulan disember nanti juga akan ada lagi RM250 untuk beli baju sekolah anak yang seramai 5 orang.Seorang anak akan dapat RM50 untuk persiapan persekolahan.

Cukup lah sehelai baju sekolah dan sehelai seluar sekolah dan sepasang kasut sekolah.Menarik jika di congak.Adakah ini berbaloi.Mungkin berbaloi bagi yang berpendapatan rendah, tetapi persiapan ini mungkin sesuai untuk anak 2 orang dan bukan anak 3,4,atau 5 orang."Jadilah " kata seorang pekerja awam,kerajaan baik dan berhemah....

Tetapi bagaimana pula dengan jumlah keuntungan PETRONAS berjumlah berbilion ringgit itu, adakah ini untuk rakyat mendapat balasannya kerana kuat bekerja??"Sudah tentu" kata menteri kerana inilah keperihatinan kerajaan bagi membantu golongan kakitangan awam.

Oh kalau begitu berita ini akan keluar dimuka hadapan akhbar ""utusanmeloya atau "utusansenja' kerana keperihatinan kerajaan.Keperihatinan kerajaan ini yang dibayar sebanyak RM500 dan sudah tentu tiadanya kerajaan didalam dunia ini yang memberikan duit kepada rakyatnya sebanyak RM500 utang bayar 2 kali...../

BUKTI ANWAR HEBAT, UMNO HILANG ARAH


PKR, Umno anjur majlis serentak timbul tanda tanya
Salhan K Ahmad
Sep 9, 09


Tindakan Pemuda Umno bahagian Sekijang di Johor menganjurkan majlis 'serentak' dengan program PKR yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hujung minggu lalu telah menimbulkan tandatanya dan rasa tidak senang di kalangan kepimpinan Umno di situ.

Sumber Umno di bahagian berkenaan memberitahu Malaysiakini, beberapa pemimpin sayap Pemuda Umno dari bahagian tersebut juga dilihat bersalaman dengan Anwar yang menghadiri solat Tarawih di Masjid Jamek Kampung Jawa.

Malaysiakini difahamkan, Anwar sebelum itu menghadiri majlis berbuka puasa sempena perasmian cabang PKR Sekijang di sebuah dewan berhampiran, manakala pemuda Umno bahagian Sekijang pula menganjurkan majlis penyerahan zakat serta majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, Pemuda Umno Sekijang tidak sepatutnya mengadakan majlis penyerahan zakat itu, sedangkan mereka mengetahui mengenai kehadiran Anwar ke situ.

"Ini nampak seolah-olah mereka sengaja nak buat majlis itu, macam satu kebetulan," katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Malaysiakini juga difahamkan, penganjuran majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat oleh pemuda Umno itu, telah ditegur oleh pemimpin-pemimpin Umno lain, namun diteruskan juga.

"Biasanya, orang Umno kalau tahu pemimpin pembangkang akan datang dekat dengan program dia, dia akan bawa orang-orangnya ke tempat lain supaya tidak bertembung. Ini nampak macam sengaja dilakukan," kata sumber itu lagi.

Solat Tarawih

"Kita dengar budak-budak pemuda ini bukan main seronok lagi dapat jumpa Anwar, berlari-lari lagi hendak pergi bersalam dengan Anwar.

"Hinggakan Anwar kata, 'ingat lagi orang Umno kepada saya'," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Sekijang Anuar Abd Manaf bagaimanapun menolak tanggapan tersebut dan menjelaskan program yang diatur olehnya itu, sememangnya berlaku secara kebetulan dengan program Anwar pada hari berkenaan.

"Kita sudah rancang program ini sejak sebelum bulan Ramadhan lagi. Kita cadang untuk agihkan zakat pada akhir Ramadhan, tetapi pejabat agama (daerah Segamat) nasihatkan kita beri awal sikit supaya penerima zakat dapat guna duit itu untuk persiapan hari raya," jelasnya.

Menurutnya, majlis itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

"Anwar cuma datang untuk sembahyang tarawih (lepas program buka puasa dan penyerahan zakat). Dia duduk di saf belakang kerana tiba lewat. Kami (pemuda Umno) kebanyakannya di saf depan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa anggota Pemuda Umno dilihat begitu mesra dengan Anwar ketika bertemu di masjid tersebut, Anuar berkata:

"Saya tidak nampak suasana di belakang kerana saya di saf depan. Bersalam pun tak sempat," katanya lagi.

Naik kain rentang


Mengulas mengenai usaha-usaha PKR untuk meluaskan pengaruh di Johor, Anuar berkata tindakan tersebut akan menerima gangguan berterusan daripada pergerakan pemuda Johor.

"Kita menyambut seruan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan Anwar seorang pengkhianat bangsa Melayu," katanya.

Jelasnya, kata-kata "Anwar Pengkhianat Bangsa" itu dituliskan di kain-kain rentang yang dinaikkan di sekitar kawasan yang dikunjungi oleh pemimpin PKR tersebut.

"Kami tahu mengenai programnya di Dewan Siang Hai Kee di Bukit Siput (Segamat). Di luar kawasan itu kami juga naikkan bendera-bendera Umno dan BN untuk tunjukkan kekuatan kita," katanya lagi.

Selain Anwar, turut hadir di dewan tersebut ialah bekas naib presiden MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng yang menyertai PKR baru-baru ini./Malaysiakini

JIKA BENAR, MEMANG KEJAM!!

Didera sampai dua kali pengsan - Penolong pengurus syarikat swasta buat dakwaan malukan SPRM


KESAN kecederaan yang dialami oleh Sivanesan yang mendakwa dirinya didera oleh pegawai SPRM semasa ditahan di Shah Alam September tahun lalu.



SIVANESAN


SHAH ALAM - Saksi ke-20 inkues kematian Teoh Beng Hock, T. Sivanesan memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam bagaimana dia ditampar, ditendang di perut dan punggung serta disepak selepas dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam pada 4 September tahun lalu.

Dia yang merupakan penolong pengurus sebuah syarikat swasta di Kuantan, Pahang dalam keterangan pada hari ke-19 prosiding inkues tersebut turut mendakwa dia disuruh membuka pakaian kecuali seluar dalam ketika siasatan dilakukan pada pukul 12 tengah malam hari sama.

"Saya dibawa ke SPRM oleh 10 hingga 15 pegawai SPRM dan apabila sampai di tingkat 14, saya nampak seorang pegawai tinggi berkaca mata sedang membalut sebatang aluminium dengan surat khabar.

"Lelaki berkaca mata itu kemudian meletak aluminium itu dan menampar pipi saya lima hingga enam kali sebelum menyuruh saya menandatangani surat tahanan.

"Bila saya enggan, dia kata saya keras kepala dan paksa saya tanggal baju hanya tinggal seluar dalam sebelum 10 pegawai SPRM lain menampar dan menendang saya serentak dalam keadaan kedua-dua tangan saya bergari ke belakang," katanya./Cosmo

Rabu, 9 September 2009

SIAPA YANG PERCAYA ANWAR PENGKHIANAT ?

Oleh: WFAUZDIN NS

Beberapa sebelum PRK Dun Permatang Pasir, terlalu galak dan lantang beberapa pemimpin Umno yang diketuai oleh TPM Muhyiddin Yassin menuduh DS Anwar Ibrahim adalah pengkhianat. Seperti biasa, `burung-burung belatuk dan terkukur' pun berebut-rebut mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju apa yang di`kahak'kan oleh bos mereka itu. Dan, tidak ketinggalan akhbar `pencacai pengangkut najis' pun sama memainkan peranan mereka siang malam menghasut rakyat agar percaya bahawa DS Anwar adalah `pengkhianat'.

Allah maha kuasa. Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Ditakdirkan PRK Permatang Pasir pun berlaku dan lebih takjub lagi berlaku di dalam kawasan Si `Pengkhianat'. Lojiknya, jika Muhyiddin dan beberapa pemimpin Umno termasuk `Raja Sesumpah' Ezam (yang sanggup jadi saksi untuk menyokong bahawa DS Anwar memang pengkhianat) dipercayai rakyat, sudah tentu DS Anwar bakal `ditelanjangkan' di Permatang Pasir. Pelik, ia tidak berlaku malah yang `telanjang bulat' di Permatang Pasir adalah mereka yang `menyembah keris telanjang tak bersarung' itu dulu, kini dan selamanya.

Saya sebelum itu telah membuat pungutan pendapat di dalam blog saya. Selama dua minggu, seramai 337 pengunjung blog saya telah mengambil bahagian di dalam pungutan pendapat berkaitan dakwaan pengkhianat ke atas DS Anwar. Berikut adalah keputusan Poll yang telah dibuat:

"Mengapakah DS Anwar Kini Menjadi Sasaran Pemimpin Umno?"

1. Anwar sememangnya pengkhianat - 3 %
2. Anwar sumber kekuatan PR - 42 %
3. Umno semakin tertekan - 30 %
4. Mencari modal PRK Permatang Pasir - 3 %
5. Kerana dengki kepada Anwar - 9 %
6. Umno tiada isu - 10 %

Rakyat di Permatang Pasir telah tunjuk ajar Muhyiddin dan beberapa pemimpin Umno tentang berpolitik cara yang betul bukan dengan cara jijik sedemikian. Tetapi serikkah mereka? Ternyata mereka tidak pernah serik kerana sekarang pun mereka serta media-media yang sama amat suka `memakan daging' saudara mereka sendiri. Malahan ditambah pula dengan mengeji dan menghina Mursyidul Am Pas pula. Inilah tabiat Umno, dan Umno tidak akan berubah dulu, kini dan selamanya.

Adakah Umno ingin menunggu rakyat di Bagan Pinang pula mengajar mereka? Saya yakin, sekiranya pengundi-pengundi di Bagan Pinang mengajar Umno sekali lagi, Umno tetap tidak akan berubah. Mungkin lahirnya Umno di muka bumi ini sememangnya untuk merosakkan keharmonian dan perpaduan serta kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu, apa cerdiknya kita membiarkan Umno terus bernyawa di tanahair yang kita cintai ini? /wfauzdin.blogspot.com

RUNDINGAN DENGAN UMNO ? CERITA LAMA, KATA NIK AZIZ

Nik Aziz tolak sebarang rundingan dengan UMNO

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang rundingan dengan UMNO selagi parti itu masih memperjuangkan dasar kebangsaan dan tidak memperjuangkan Islam.

Nik Abdul Aziz berkata, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Pas demi kepentingan umat Islam di negara ini boleh dianggap sebagai 'cerita lama'.

“Ini cerita lama. Nak berunding apa lagi, nak runding apa. Kalau nak runding fasal petroleum Kelantan bolehlah. Kalau nak tentu tarikh bila MB Kelantan pergi Kuala Lumpur yang itu boleh runding,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim dekat sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, adalah lebih baik tiada rundingan di antara kedua-dua parti.

“Berunding apa, kalau dia nak jaga Islam lebih baik dia buat seperti mana yang saya sebut. Tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Barulah benar-benar menampakkan kita ini ikhlas dengan Islam.

“Senang tak ada apa. Kelantan telah hidup lebih kurang 20 tahun dah di bawah dasar Islam. Dasar Islam salah satu yang kami buat ialah kami tukar pemikiran rakyat daripada jadi ‘Pak Turut Eropah’ kepada ‘Pak Turut Nabi Muhamad SAW’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Najib pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai yang mengatakan UMNO sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Ketika diminta mengulas peruntukan sebanyak RM8.9 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terima kasih di atas peruntukan itu.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan pusat yang telah menolong Kelantan di dalam pelbagai bidang kerana itu adalah kewajipan kerajaan pusat," katanya.

Perdana Menteri kelmarin dilaporkan meluluskan projek pembangunan untuk penduduk Manik Urai berjumlah RM8.9 juta sebagai menepati janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai, 14 Julai lalu./SH