RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 13 Mac 2010

PLEASE YB ZUL, JANGAN LA JUAL NAMA ULAMAK PAS...

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zukifli Noordin diminta menjelaskan siapakah ulama PAS yang dikatakan menyokongnya ekoran dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Setahu saya, hanya Ustaz Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling) dan saya sahaja yang rapat dan selalu membela beliau. Sejak petisyen terhadapnya ditarik balik oleh calon Umno/BN, dia tidak lagi berhubung dengan saya.

“Apabila saya hubungi Ustaz Taib, dia pun beritahu hal yang sama. Jadi siapa sebenarnya ulama PAS yang sokong beliau lagi,” kata bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang (gambar) kepada Harakahdaily.

Dalam satu kenyataan media, Zulkifli berkata, beliau mendapat sokongan penuh daripada ulama PAS.

“Saya tertanya-tanya siapakah ulama PAS itu,” ujar Ahmad lagi yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak.

Sebelum ini, satu media elektronik melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sedia mempertimbangkan Zulkifli menyertai parti itu.

Namun dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai menjelaskan laporan itu, beliau memberitahu apa yang dinyatakan itu adalah dasar terbuka PAS.

Begitupun, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang yakin PAS tidak akan menerima Zulkifli sebagai ahli./Harakahdaily

SEBUT DEBAT TERUS KECUT TELOQ

Oleh: WFAUZDIN NS

Wah !! sebelum ini bukan main lagi. Ke hulu ke hilir, hari-hari wajah keluar TV dan akhbar pencacai dok sebut orang tu, orang ni, Firaun kecil la....badut la...macam-macam dia dok kata kat orang. Tak ada langsung perasaaan malu sekurang-kurangnya malulah sikit kat kopiah putih atas kepala tu. Ego dan lagaknya bukan main lagi....janda muda kunun...(janda gatal ada la...)Justify Full
Tetapi, tiba-tiba je `janda muda miang' ni membisu kenapa? Dah tak ada modal ke atau dah kenyang dapat `peruntukan' yang baru diluluskan untuk kawasan dia tu? Kenyang sampai tak boleh nak bercakap dah? Macam ular sawa pulak. Memang ada tokoh macam ular pun. Berbelit-belit bercakap. Yang lucu dan nampak bodohnya bila dia ada hati nak tipu parti dia sendiri. Kununnya parti suruh pergi Korea. Piirahhhh.....dengan Dato' Nalla bolehlah hangpa nak main belit-belit Yob....silap-silap Dato' Nalla lagi kuat belitnya.

Yang aku tak puas hati tu, Dato' Tn Ibrahim Tn Man boleh `buli-buli' janda miang ni. Mula-mula kata PAS akan pertimbang kalau dia nak masuk PAS. Tak sampai beberapa jam, Tn brahim Tn Man kata dia tak kata macam tu. Akhbar salah lapor, katanya. Bayangkan betapa tebalnya muka orang yang baru kena pecat tu. Dia mulanya dah terbayangkan berada di dalam PAS untuk menjalankan jarum Umnonya bagi menghancurkan PR, tetapi tak jadi masuk pulak. Dia merancang, Allah pun merancang. Perancangan siapa lebih hebat sekarang?

Tiba-tiba dia jadi bisu sekarang. Kita tunggu juga kot-kot ada komen dia tentang cabaran debat oleh YB Khalid. Kalau dulu, huh, baru YB Khalid nak kamit mulut, dia dah bertegang urat tak setuju sampai report Polis. Nasib baik dia tak report Polis terhadap Syeikh Yusoff Qardhawi yang dijadikan rujukan oleh PR di dalam isu Kalimah Allah tu. Atau, mungkin sekarang ni dia tengah mengaji kat mana-mana pondok untuk menyiapkan diri berdebat dengan YB Khalid. Aku cadangkan elok dia mengaji dengan Hamid Othman ke, Noh Gadut ke, Harussani ke, atau pun Jamil Khir tu. Tentu puak-puak tu akan bekalkan kat dia Kitab Islam Hadhari untuk bekalan berdebat nanti.

Kita lihat sehari dua lagi ni, ada tak dia berbunyi tentang debat. Jangan cuba nak belit-belit cari alasan tak mahu debat sudah lah. Aku takut kalau-kalau dia letak syarat nak berdebat mestilah diadili oleh Najib atau Rosmah. Macam dia letak syarat masa dia nak pergi mengadap JK Disiplin PKR tu la. Musim-musim panas sekarang ni takkan kecut teloq kot Yob woiii...../wfauzdin.blogspot.com

ALI RUSTAM DATANG JUGA KE SERAMBI MEKAH

Oleh: WFAUZDIN NS

TENTU anda masih ingat KM Melaka, Ali Rustam suatu ketika pernah mengeluarkan arahan kepada semua kakitangan kerajaan negeri agar tidak berkunjung ke Kelantan. Larangan itu dikeluarkan lebih kepada alasan politik semata-mata bukan kerana faktor lain seperti wabak penyakit mahu pun faktor keselamatan. Apa yang malangnya, kakitangan kerajaan negeri menjadi mangsa akibat dendam politik KM yang disabitkan dengan politik wang di dalam Umno suatu waktu dulu.Justify Full
Walau bagaimanapun, larangan itu tidak kekal lama kerana jika diteruskan sekali pun rakyat Melaka dan juga kakitangan kerajaannya bukan bodoh untuk dijadikan `lembu dicucuk hidung' oleh Ali Rustam. Maka, larangan itu ditarik balik atas alasan kununnya MB Kelantan sudah berubah sikap. Berubah apa? MB Kelantan sudah sokong Umno ke? Hakikatnya Ali Rustam tahu bahawa di negara kita yang kecil ini jika berlagak seperti `kera sumbang' tidak mahu bercampur dengan negeri lain, maka susahlah nanti. Kalau hendak dikira malu, memanglah malu kerana terpaksa jilat ludahnya sediri tetapi Ali Rustam ini tahu malukah? Jika beliau tahu malu, masakan sekarang beliau masih kekal KM Melaka sedangkan semua orang tahu bahawa politik wang dengan rasuah tu `sedarah sedaging'.

Baru semalam (Jumaat) Ali Rustam berada di bumi Serambi Mekah yang kini masih lagi dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Petang semalam beliau dijadualkan akan diwawancara melalui sebuah stesyen radio swasta (Manis FM) di Wisma Manis, Kota Bharu. Difahamkan beliau berada di Kelantan untuk mempromosi sukan (SUKMA) yang bakal diadakan di Melaka. Justeru itu, beliau besusah payah datang ke Kelantan sebuah negeri yang beliau pernah katakan negeri termiskin dan termundur. Selepas beliau datang sendiri ke negeri Che Siti Wan Kembang tersebut, cuba tanya beliau ada perubahan kah Negeri Kelantan sekarang jika dibandingkan dengan sewaktu Kelantan di bawah Umno.

Apa-apa pun, selamat datang kita ucapkan kepada Ali Rustam. Mudah-mudahan pagi tadi Ali Rustam sempat merasai hujan yang turun seketika sewaktu MB Kelantan mengadakan Solat mohon hujan. Moga-moga sejuk seketika tubuh Ali Rustam semasa berada di Kelantan./wfauzdin.blogspot.com

UTUSAN MELOYA TANYA ORANG INDON TENTANG PRESTASI SELANGOR?

Yusmawati Mhd Yusof

SHAH ALAM, 12 MAC - Umno di kesan melakukan satu lagi penyelewengan kuasa dan salah guna dana awam dalam cubaan merampas semula Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pemimpin Pemuda Umno diarah menubuh hampir 70 pertubuhan bukan kerajaan NGO untuk menabur fitnah di samping mempertikai setiap dasar dan kenyataan kerajaan negeri dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Kesemua NGO itu yang tumbuh ibarat cendawan sejak akhir tahun lalu di biayai oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Khalid mengesan 63 pertubuhan bukan kerajaan yang di bentuk oleh pemimpin Pemuda Umno dan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan atas alasan mereka menjalankan program-program sosial.

Namun aktiviti utama NGO berkenaan ialah membuat laporan polis dengan tuduhan melulu terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain itu, mereka diarah memberi pelbagai kenyataan berbentuk tohmahan yang akan disebarkan menerusi media kawalan Umno seperti Utusan malaysia dan TV 3.

“60 laporan polis daripada NGO-NGO jelmaan, ini semua daerah Petaling, 63 NGO yang saya dapat dari Pejabat Umno. Semua NGO-NGO pemuda dan remaja yang ditubuhkan bertujuan untuk menerima bajet dari Kementerian Belia dan Sukan.

Khalid sendiri menjadi sasaran sebilangan daripada NGO berkenaan yang membuat laporan polis kononnya beliau tidak menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Khalid berkata penubuhan NGO secara mendadak di sekitar Lembah Kelang dan kecaman terhadap Pakatan Rakyat di Selangor bukan berlaku secara kebetulan.

"Saya dapat pada hujung tahun 2009, ini merupakan suara-suara Umno dalam semuja isu, tiba-tiba timbul kutuk Ahli Parlimen Shah Alam, tiba-tiba timbul NGO minta JAIS ambil tindakan pada Ahli Parlimen Shah Alam, ini puak-puak Umno tidak perlu berpura-pura,"katanya.

Khalid berkata penubuhan NGO berkenaan dan penggunaan media seperti utusan Malaysia mempunyai tujuan khusus, iaitu menawan balik Selangor dengan apa cara sekali pun.

"Berita-berita ini, tujuan Umno jelas, Shah Alam ibu negeri, dia (Umno) hendak dapatkan balik Shah Alam dengan guna semua benda. Laporan sebegini adalah taktik murahan kerana orang di Batu 3 dan Seksyen 8 tahu ianya tidak betul,”katanya.

Khalid merujuk kepada laporan Utusan Malaysia baru-baru ini yang bersandarkan kepada komen pekerja asing mengenai prestasi kerajaan negeri sebagai contoh kewartawanan cetek dan tanpa kredibiliti.

"Kalau tuan-tuan tengok orang yang ditanya ni Agus Zaini, Tini Mustori, Sugiono Jamak. Saya difahamkan penduduk Seksyen 8, ketiga-tiga ini adalah warga Indonesia bila ditanya siapa Khalid Samad mereka tidak kenal, ini satu benda yang pelik.

"Yang diambil pekerja kedai, pekerja asing orang indonesia, ditanya jadi nampak niat jahat walapun tidak lah semuanya tertumpu pada saya tetapi ada disebut dalam perenggan pertama nama saya dan sebagainya. Nampak terdesak bila cuba menggunakan media,"katanya./TVSelangor

VIDEO - HUJAN TURUN KETIKA SOLAT MINTA HUJAN DI KELANTAN


HUJAN TURUN KETIKA SOLAT MINTA HUJAN DI KELANTAN

Mar11,2010



Tertarik CiLiK© dengan berita dari Malaysiainsider. Kagum dengan ketokohan Tok Guru, memohon hujan dengan solat hajat bersama rakyat. Kalaulah rakyat seluruh Malaysia seperti ini alangkah indahnya....

KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.

sila klik untuk membesarkan image.



CiLiK©: Alhamdulillah inilah cara hidup Islam yang diajarkan Nabi Muhammad semoga terus dijadikan contoh dan diamalkan di negeri-negeri yang lain. Islam lengkap meliputi segala aspek, ikutlah Islam PASTI BEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. Mengapakah UMNGOK dan Be End terus menentang pemimpin seperti ini?

Sumber: Milosuam

Jumaat, 12 Mac 2010

RISALAH SKANDAL SEKS MEREKA YANG EDAR, TAPI MINTA YB AZMIN PULA JAWAB

Oleh: WFAUZDIN NS

ARAKIAN, maka tersebarlah kununnya satu risalah tentang skandal seks seorang wanita yang sudah bersuami dengan salah seorang pegawai MPAJ. Tidak tahulah tahap mana luasnya edaran risalah tersebut tetapi yang saya pasti risalah tersebut bukan bertujuan untuk mengaibkan pegawai MPAJ itu yang sebenarnya. Sasaran mereka sudah tentu MP kawasan berkenaan iaitu YB Azmin Ali. Berita tentang kisah karut marut itu di sini.

Pelik bin ajaib, orang lain yang dikatakan bersekedudukan, orang lain yang edar risalah, orang lain yang dituduh tetapi YB Azmin pula dicabar untuk membersihkan kekotoran yang mereka buat. Mengikut akal yang waras, sesiapa yang tahu kisah sebenar skandal tersebut sewajibnya melaporkan terus ke pihak berwajib. Sekiranya laporan telah dibuat, siasatan telah dilakukan dan cukup bukti, pihak berwajib mestilah mengambil tindakan. Selepas itu, tahulah YB azmin untuk mengambil tindakan selanjutnya ke atas kakitangan MPAJ tersebut. Jangan ingat hendak menuduh seseorang dengan tuduhan seberat itu hanya cukup dengan sekadar surat layang atau risalah yang bertaraf `tisu tandas' itu?

Sekiranya pihak berkenaan terus meminta YB Azmin mengambil tindakan, sama lah cerita dengan kisah seorang budak muda yang kununnya diliwat oleh seorang tua mengadu terus kepada pemimpin tertinggi dalam negara. Bukankah negara kita sudah cukup saluran dan tempat untuk mengadu kejadian-kejadian seperti ini? Atau, mungkinkah ini sebagai satu modal yang difikirkan cerdik untuk memperbodohkan YB Azmin seterusnya untuk memburukkan kerajaan Negeri Selangor? Cukuplah dengan bermain fitnah dengan mengaibkan orang. Sudah cukup kita semua menanggung bala `panas' cuaca di negara kita dengan kerja-kerja fitnah seumpama ini.

Gunalah cara lain yang lebih jantan dan profesional sekiranya mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor atau menjatuhkan mana-mana Wakil Rakyat dari PR. Rakyat tidak lupa kisah YB Eli yang dicuri gambar separuh bogelnya suatu ketika dahulu. Kununnya orang yang dituduh mengambil gambar tersebut telah dikenal pasti. tetapi di mana kes itu sekarang? Kisah seorang pemimpin Umno kununnya dicederakan oleh penyokong-penyokong PR sehingga `berbalut' tengkuk sewaktu Pilihanraya Kecil Bagan Pinang baru-baru ini, di mana kesudahan kes tersebut? Apakah drama itu tiada penghujungnya setelah semuanya kantoi?

Berbalik kepada kisah risalah skandal seks tersebut, YB Azmin atau sesiapa sahaja dari PR jangan pedulikan mereka yang ingin mencipta isu. Jika benar, mereka ada bukti tunggu apa lagi, buat sahaja laporan ke pihak berkuasa dan jika benar individu berkenaan bersalah, kerajaan negeri sudah pasti tidak akan melindungi pesalah-pesalah ini kerana kerajaan negeri di Selangor sekarang adalah PR bukan Umno yang suka melindungi pesalah-pesalah seperti ini. Sekarang, mereka yang terberak di tengah jalan, mereka cucilah sendiri. /wfauzdin.blogspot.com

POLIS REPORT POLIS TERHADAP ANWAR

Polis 'lawat' Anwar di pejabat PKR
Salhan K Ahmad
Mac 11, 10


Seramai lima orang pegawai polis tiba di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada kira-kira jam 11.30 hari ini untuk merekodkan kenyataan daripada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiga pegawai polis yang merakam kenyataannya itu daripada tiga balai berasingan di Pulau Pinang, manakala dua lagi daripada unit cawangan khas Bukit Aman.

Kenyataan Anwar direkodkan di sebuah bilik dengan dinding kaca, di tingkat tiga pejabat berkenaan.

Adalah dipercayai siasatan polis itu berhubung kandungan ucapannya pada beberapa ceramah di Pulau Pinang, bulan lalu.

Siri ceramah itu diadakan bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada Pakatan Rakyat, khususnya PKR ketika Anwar berhadapan dengan perbicaraan kes liwat keduanya.

Pada siasatan polis hari ini, Anwar ditemani oleh dua peguam Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah, serta ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin.

Wartawan dibenarkan untuk memerhatikan prosiding berkenaan daripada luar bilik tersebut.

Selepas selesai merakamkan kenyataannya, Anwar berkata empat laporan polis dibuat ke atasnya berhubung ucapannya di beberapa ceramah sepanjang tempoh sambutan tahun baru Cina.

Anwar berkata siasatan mengikut Seksyen 112 Akta Polis itu dijalankan atas dakwaan fitnah, hasutan dan mengadakan perhimpunan haram.

"Tiga laporan polis daripada polis sendiri dan satu daripada orang awam," kata Anwar.

Siasatan polis adalah berdasarkan ucapan Anwar yang menyentuh tentang kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pembelian kontroversi dua kapal selam, skandal dua pesawat pejuang yang kehilangan enjin serta perbicaraan kes liwatnya.

"(Dalam majlis berkenaan) sememangnya kita ada menyebut mengenai pembunuhan Altantuya, kita sebut mengenai komisyen dan rasuah dalam pembelian kapal selam," katanya.

Tiga daripada program berkenaan merupakan acara sambutan Tahun Baru Cina dan juga satu ceramah anjuran DAP.


Ucapan itu dibuat di beberapa tempat di Pulau Pinang - Kepala Batas di Seberang Jaya, Batu Maung di Bayan Baru, Kampung Padang Tembak di Bukit Bendera dan Kubang Semang di Permatang Pauh.

Anwar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta ahli Umno lain menggunakan polis untuk menakut-nakutkan pemimpin pembangkang.

"Kami bantah sekeras-kerasnya siasatan ini.

"Semua program ini kita jalankan dengan permit (polis).

"(Saya seru) polis supaya jangan diperalatkan ahli politik dan beri tumpuan (membanteras) jenayah.


Ketika ditanya, Anwar berkata beliau tidak mengetahui dengan pasti mengapa polis mengambil tindakan ke atas program di Pulau Pinang sahaja.

"Saya percaya ini disebabkan mereka mahu tunjukkan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang itu anti Melayu dan Islam," katanya.

Tambahnya, setakat ini 15 ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat telah disiasat polis atas perkara yang sama./Malaysiakini

SANGGUPKAH UMNO MELIHAT INI DI P.PINANG?

Mar11,2010

Pelbagai isu yang dilaungkan oleh UMNO dan Be End nampaknya tak lut pada rakyat Pulau Pinang. Rakyat semakin hari semakin matang, tidak semudah itu untuk diperbodohkan dengan isu-isu perkauman dan isu-isu agama. Buktinya Sambutan Sempena 2 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang disambut baik oleh lautan manusia. Tahniah kepada rakyat kerana telah celik!










CiLiK©: Tahniah sekali lagi kepada rakyat Pulau Pinang! Walaupun acara ini tidak disajikan dengan makanan percuma, tiada duit saguhati dan cenderahati, namun rakyat terus menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Fenomena yang pasti membuatkan pemimpin UMNGOK dan BE End jadi tak senang duduk./Milosuam

Khamis, 11 Mac 2010

FIRAUN DAN BADUT, KEDUA-DUANYA ADALAH ORANG YANG SAMA

Oleh: WFAUZDIN NS

SEWAKTU era reformasi, sebutan `Mahafiraun' amat popular sebagai `ganti nama' buat Mahathir. Kini, matlamat reformasi hampir-hampir tercapai dan `Mahafiraun' itu pun telah bersara, cuma yang tinggal adalah `Firaun Besar' dan juga `Firaun Kecil'. Siapakah mereka yang mendapat gelaran itu?

Jika `Mahafiraun' seorang yang terlalu zalim, seorang perasuah, penipu, berterangan menghina agama dan Sunah Nabi, watak bagi `Firaun Besar' adalah berbeza. `Firaun Besar' pula menggunakan agama sebagai topengnya sahaja. Masih kekal dengan sifat penipu dan putar belitnya yang diwarisi dari `Mahafiraun'. Melalak melolong `Firaun Besar' ini bercakap tentang Islam, tetapi lebih banyak dia bercakap tentang Islam, lebih menampakkan kejahilannya. Topeng Islam yang digunakannya tidak langsung memberi kesan untuk mempengaruhi sesiapa. Memang `Firaun Besar' ini mendapat tempat juga kadang-kadang bila menyebut tentang Islam, tetapi yang memberi tempat kepadanya itu siapa? TV 3 Suku, Utusan Meloya, Berita Hairan dan seangkatan dengannya. Di dalam menyiarkan perjuangan Islam kununnya yang dibawa oleh `Firaun Besar' ini, di dalam masa yang sama media ini menyiarkan keputusan nombor ekor dan Magnum Toto. Inilah akhbar yang memuja dan memuji `Firaun Besar' seorang pejuang Islam.

Baru-baru ini `Firaun Besar' perasan dirinya hampir berjaya `menipu' PAS sebuah parti Islam apabila salah seorang pimpinan PAS seperti memberi lampu hijau untuk dia berkeliaran di dalam PAS pula setelah kelakuan jahatnya di dalam PKR `kantoi'. Rupa-rupanya `Firaun Besar' ini tertipu lagi. Baru beberapa jam dia perasan dia adalah umpama `janda muda' yang masih di dalam edah akan dipinang orang, tiba-tiba tidak jadi pula. Malu Yob dibuatnya. Bagi menghilangkan sedikit rasa malu, berkatalah dia bahawa dia pun tidak ingin dipinang walhal sebelum itu bukan main semangat dia hendak `bersatu' dengan PAS. Jika Kelab Penyokong PAS yang Non Muslim itu boleh diterima untuk berjuang bersama PAS, tiba-tiba `Firaun Besar' ini ditolak maka kita boleh nilai sendiri `standard' dan kualiti beliau.

Sebab itulah saya pelik apabila beliau berkata akan ramai lagi pemimpin berkualiti dari PKR akan melompat keluar. Semak punya semak, tiada seorang pun yang berkualiti yang telah keluar dari PKR. Berkualitikah orang yang keluar dari PKR kerana tidak dapat projek 2 juta, yang minta dibayar gaji tinggi, yang minta selesaikan hutang, yang minta hendak jadi CEO, yang dapat habuan 1 juta? Jika itu pada anggapan `Firaun Besar' adalah mereka yang berkualiti, wajar sangatlah beliau pun terpelanting keluar kerana terlebih `kualiti'nya. Berkualitinya beliau apabila mengatakan beliau Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, bukan parti. Sebab itu beliau tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai Wakil Rakyat. Cuba sebut, rakyat mana yang letakkan dia sebagai calon sebagai Wakil Rakyat? Cuba lihat contoh, Ibrahim katak emas dari Pasir Mas. Beberapa kali beliau bertanding atas `dirinya' sendiri tanpa dipilih oleh parti, katak emas ini `ghuyub' dengan memalukan. Apabila beliau bertanding dipilih oleh PAS, beliau menang dengan bergaya. Ertinya, beliau menang kerana pengundi memilih parti bukan batang tubuh kataknya itu. Tetapi sampai sekarang katak emas ini mana tahu malu sedangkan beliau tahu rekod menunjukkan rakyat memilihnya kerana parti.

Sewajarnya `Firaun Besar' ini mejadikan sejarah katak emas itu sebagai dalil bahawa beliau patut merasa malu jika terus memakan gaji atau elaun MP nya lagi. Tidak tahulah kita jika beliau bimbang tidak boleh memberi makan anak bininya nanti jika kehilangan kerusi haram yang didudukinya itu. Sejak kebelakangan ini, `Firaun Besar' amat laku di kaca TV 3 Suku dan media-media pencacai kerana beliau adalah `badut' politik buat Umno. Badut ini akan terus beraksi untuk menghiburkan orang walaupun wajah badut dihias dengan berbagai rupa yang lucu lagi menghodohkan. Selaku Badut, beliau harus berani untuk terus dipermain dan dipersendakan oleh mereka. Kita juga boleh tumpang ketawa dengan gelagatnya itu. Kesihan dia. /wfauzdin.blogspot.com

SEMBOYAN HALILINTAR DI SEREMBAN, HUJAN RAHMAT KETIKA MUSIM PANAS

Biarpun hujan mereka tidak berganjak... itulah keadaan yang berlaku sempena pelancaran `Semboyan Halilintar Ke Putrajaya' yang dihadiri oleh DS Anwar di Seremban baru-baru ini. Ketika cuaca waktu ini amat panas sebagaimana panasnya kerusi Najib dan Umno, tiba-tiba hujan turun menyegarkan kehadiran puluhan ribu penyokong-penyokong PR. Siapa kata Negeri Sembilan negeri yang tegar Umno?













LAWAN TETAP LAWAN!!!

Lagi gambar-gambar sila lihat di sini..

Sumber gambar sila lihat di sini...


Ikhsan foto: Tranungkite