Ahad, 6 Jun 2021
PATUT DILAKNAT KEZALIMAN INI !!
Patutnya hari ini Kongres Keadilan. MKN minta batalkan dan katanya boleh tangguh sampai 30 Jun. Dia ingat mudah nak urus persiapan dan persediaan untuk buat kongres, apatah lagi dengan menggunakan aplikasi zoom? Bukan semua ahli biasa guna dan bukan mudah untuk mendaftar sebagai perwakilan. Ini sengaja dilakukan untuk menyusahkan parti. Kalau tidak buat kongres ikut tempuh, mereka ada alasan untuk haramkan Keadilan.
Kenapa la buruk sangat perangai mereka? Kenapa zalim sangat hinggakan tiada alasan munasabah untuk batalkan kongres yang menggunakan Zoom. Apakah ada risiko Covid jika guna zoom? Memang celaka. Pesawat Israel yg terang2 merbahaya boleh beri izin masuk malaysia, rakyat sendiri mahu bermesyuarat melalui Zoom pun dihalang? Pesawat perang china sebanyak 16 buah ceroboh masuk negara ini, kamu tidak pandang serius pun.
Jika tidak zalim, mahu sebut apa? Lebih malang dan celaka lagi bila parti Islam pun sokong perbuatan zalim. Mereka berada dlm kerajaan zalim dan makan gaji pula untuk disuap ke mulut anak bini. Memang celaka sungguh!! Patut pun negara ini semakin rosak kerana tiada keberkatan. Ulamak terompah kayu ramai jadi pengampu.
HADITH TENTANG PEMERINTAH YANG ZALIM DAN MANUSIA YANG BERANI BERCAKAP BENAR DI HADAPAN PEMERINTAH YANG ZALIM
Kalau baru ini Jakim bawa hadith dhaif untuk menyatakan wajib taat kpd "sultan" dan dosa derhaka terhadapnya, hari ini saya cuba bawa hadith tentang balasan kepada pemerintah yg zalim:
Antara contohnya:
مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: "Tidak ada seorang pun yang Allah berikannya amanah untuk menjaga rakyat, lalu dia mati dalam keadaan dia khianat kepada rakyatnya melainkan Allah haramkan ke atasnya syurga". (HR Muslim)
Ada juga hadith tentang manusia yang berani bercakap benar di hadapan pemerintah yg zalim:Nabi Sallallah AlaihI wasallam bersabda:
إن من أعظم الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر
Maksudnya: “Di antara jihad yang teragung ialah perkataan benar yang diucapkan di sisi penguasa yang zalim”. (HR al-Tirmizi, sahih)Maka, jangan petik hadith tujuan untuk mengampu semata2.
Khamis, 27 Mei 2021
Selasa, 6 April 2021
Sabtu, 3 April 2021
Jumaat, 2 April 2021
SABTU DAN AHAD INI, 8 LAGI CABANG DI PAHANG AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MATC) - PERKUATKAN KEADILAN, TOLAK MAHATHIR
Di Negeri Pahang, Keadilan mempunyai 14 Cabang yang berdaftar dan terus hidup meskipun dulu dikatakan oleh puak2 kartel Keadilan Pahang bakal lumpuh dek kerana langkah khianat Azmin dan gerombolannya. Hakikatnya di Pahang, pengaruh Azmin tidak kuat dan ini dibuktikan di dalam pemilihan parti yang lalu undi popular di Pahang dimenangi oleh kumpulan Rafizi Ramli .
Bukan Keadilan yang lumpuh, sebaliknya hasrat Azmin untuk menubuhkan parti baru kononnya gagal mendapat sambutan dan akhirnya terpaksa menyembah Bersatu untuk terus berpolitik. Itulah kekuatan Keadilan di Pahang, rata2 Ketua Cabang dan ahli2 bawahan tahu membezakan mana lebih penting, individu atau parti. Terdapat beberapa Ketua Cabang yang ikut jejak Azmin, namun ahli2 di bawahan tetap istiqomah dengan perjuangan bersama Anwar Ibrahim.
Sabtu ini, 3/4/21 terdapat tiga Cabang akan mengadakan MATC masing2. Cabang2 tersebut adalah Cabang Lipis, Jerantut dan Maran. Saya dijemput untuk merasmikan MATC di Cabang Maran.
Pada Ahad, 4/4/21 ini pula, lima lagi Cabang akan mengadakan MATC. Cabang2 tersebut adalah Cabang Indera Mahkota, Paya Besar, Pekan, K.Krau dan Cabang Bera. Saya sendiri selaku Ketua Cabang Paya Besar akan merasmikan MATC di Cabang Paya Besar.
Sebelum ini, dua Cabang telah mengadakan MATC masing2 iaitu Cabang Kuantan dan Temerloh. Kedua2 Cabang tersebut sebulat suara telah meluluskan usul mendesak Keadilan agar menolak sebarang kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya, Pejuang.
Saya menjangkakan lapan lagi Cabang yang akan mengadakan MATC Sabtu dan Ahad ini turut akan berbuat demikian. Saya mensasarkan 100% Cabang di Pahang akan meluluskan usul tersebut.
Bagaimana dengan Cabang anda? Usul ini penting untuk diluluskan paling tidak oleh 148 Cabang dari seluruh negeri iaitu 2/3 dari keseluruhan Cabang bagi menentukan usul ini terpaksa dibahaskan di Kongres Nasional nanti.
Selamat bermesyuarat, tegas dengan keputusan menentang pengkhianat.
BERAPA CABANG YANG TOLAK MAHATHIR?
JUMLAH CABANG KEADILAN YANG LULUS USUL TOLAK MAHATHIR DAN PEJUANG SETAKAT INI (29/3/21).
JUMLAH CABANG SELURUH MALAYSIA - 222 CABANG
CABANG YANG LULUS USUL TOLAK MAHATHIR DAN PEJUANG:
PAHANG
1. KUANTAN
2. TEMERLOH
N.SEMBILAN
1. PORT DICKSON
2. TAMPIN
3. JEMPOL
TERENGGANU
1. K.TERENGGANU
JUMLAH SETAKAT INI - 6 CABANG
BANYAK LAGI CABANG YANG BELUM ADAKAN MATC MASING2. BAGAIMANA DENGAN CABANG ANDA? KITA MAHU SUARA AKAR UMBI KEADILAN DIANGKAT KE KONGRES NASIONAL HUJUNG TAHUN INI.
Khamis, 1 April 2021
APABILA PAS SESAT MEMILIH KAWAN
Inilah komen yg keluar dari lebai Hadi selepas dia dan partinya disindir dan dibuli semahunya dlm himpunan agung umno baru2 ini. Soalannya, siapa yg melakukannya?
Sewaktu partinya berada dlm PR dulu, pernah tak partinya diaibkan sedemikian rupa dlm kongres atau konvensyen Dap atau Keadilan di hadapannya sendiri sebagai tetamu? Tidak pernah. Cuma ini berlaku dlm himpunan agung Umno iaitu rakan muafajat nasionalnya sendiri.
Parti Pas kata, tujuan Muafakat Nasional adalah untuk menyatukan melayu dan islam. Umno pun kata perkara yang sama kerana kononnya mahu lawan Dap.
Nah, sudah bersatukah mereka? Umno tolak Bersatu. Pas pula bersama Bersatu tapi mahu juga kepada Umno. Malangnya, umno perlakukan Pas sedemikian rupa di khalayak ramai. Adakah ini yang dikatakan penyatuan melayu islam?
Tanpa Keadilan dan Dap pun, melayu tidak boleh bersatu kerana apa? Ianya adalah kerana tiada keikhlasan di antara mereka. Sebab itu gabungan mereka tidak berkat dan tidak pernah aman.
Pas lebih selamat dan dihormati oleh rakan sewaktu berada dalam PR dulu. Di bawah PR, negeri yg PR perintah, tetap ada Exco dari Pas dilantik sebagai tanda rakan. Samada di P.Pinang mahu pun di Selangor ketika itu.
Sekarang Pas bersama MN kononnya. Di Pahang, ada tak Adun Pas dilantik jadi Exco? Di Kelantan dan Tganu, ada tak Adun Umno dilantik jadi Exco? Itukah yang dikatakan muafakat? Masing-masing lepas tengkuk masing2.
Umno dengan stail Umno, masih perasan partinya kuat. Pas pula bermain dua kolam asalkan Pas untung. Prinsip sudah ke laut.
Alhamdulillah, Keadilan tetap istiqomah dan tidak mudah menjual prinsip. Pelacur politik yang ada dalam Keadilan telah berhijrah ke rumah sebelah sana yang penuh sarat dengan pelacur2 politik.
AHLI-AHLI UMNO DIPERBODOHKAN OLEH MENTERI2 UMNO ?
Korang ahli umno kena bodohkan je oleh pimpinan korang, sedar tak? Berdegar2 dlm PWTC nak lawan Bersatu, siap ugut nak letak jawatan menteri bagai depan perwakilan, perwakilan pun bangun, menjerit penuh semangat..."hidup umno..."..
Keluar je dari dewan, menteri2 umno yg dok makan atas tapak tangan muhyiddin terus pergi rumah muhyiddin bincang. Walhal baru je , belum basah lagi tekak presiden umno hentam Bersatu, korang dah pergi melutut depan muhyiddin PM tiada majoriti dan mandat tu?
Pastu korang perbodohkan ahli2 umno pulak. Korang kata akan letak jawatan apabila parlimen dibubar. Weyy...kalau parlimen dah bubar, tak perlu korang letak jawatan lah...semua jawatan dlm kabinet akan terbubar. Takkan sampai ke tahap itu nak perbodohkan ahli2 umno? Kalau walaun tu takpelah, mmg ramai yg kena perbodohkan oleh Hadi je....haha..
Langgan:
Catatan (Atom)