RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 2 April 2021

SABTU DAN AHAD INI, 8 LAGI CABANG DI PAHANG AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MATC) - PERKUATKAN KEADILAN, TOLAK MAHATHIR


Di Negeri Pahang, Keadilan mempunyai 14 Cabang yang berdaftar dan terus hidup meskipun dulu dikatakan oleh puak2 kartel Keadilan Pahang bakal lumpuh dek kerana langkah khianat Azmin dan gerombolannya. Hakikatnya di Pahang, pengaruh Azmin tidak kuat dan ini dibuktikan di dalam pemilihan parti yang lalu undi popular di Pahang dimenangi oleh kumpulan Rafizi Ramli

Bukan Keadilan yang lumpuh, sebaliknya hasrat Azmin untuk menubuhkan parti baru kononnya gagal mendapat sambutan dan akhirnya terpaksa menyembah Bersatu untuk terus berpolitik. Itulah kekuatan Keadilan di Pahang, rata2 Ketua Cabang dan ahli2 bawahan tahu membezakan mana lebih penting, individu atau parti. Terdapat beberapa Ketua Cabang yang ikut jejak Azmin, namun ahli2 di bawahan tetap istiqomah dengan perjuangan bersama Anwar Ibrahim.

Sabtu ini, 3/4/21 terdapat tiga Cabang akan mengadakan MATC masing2. Cabang2 tersebut adalah Cabang Lipis, Jerantut dan Maran. Saya dijemput untuk merasmikan MATC di Cabang Maran. 
Pada Ahad, 4/4/21 ini pula, lima lagi Cabang akan mengadakan MATC. Cabang2 tersebut adalah Cabang Indera Mahkota, Paya Besar, Pekan, K.Krau dan Cabang Bera. Saya sendiri selaku Ketua Cabang Paya Besar akan merasmikan MATC di Cabang Paya Besar. 

Sebelum ini, dua Cabang telah mengadakan MATC masing2 iaitu Cabang Kuantan dan Temerloh. Kedua2 Cabang tersebut sebulat suara telah meluluskan usul mendesak Keadilan agar menolak sebarang kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya, Pejuang. 

Saya menjangkakan lapan lagi Cabang yang akan mengadakan MATC Sabtu dan Ahad ini turut akan berbuat demikian. Saya mensasarkan 100% Cabang di Pahang akan meluluskan usul tersebut. 
Bagaimana dengan Cabang anda? Usul ini penting untuk diluluskan paling tidak oleh 148 Cabang dari seluruh negeri iaitu 2/3 dari keseluruhan Cabang bagi menentukan usul ini terpaksa dibahaskan di Kongres Nasional nanti. 

Selamat bermesyuarat, tegas dengan keputusan menentang pengkhianat.

3 ulasan:

  1. terbaik!! jgn percaya mahathir.
    DSAI4PM.
    negara ini rosak disebabkan oleh budaya politik wang mahathir

    BalasPadam
  2. Klu semua cabang satu malaysia buat usul jgn bekerjasama dgn OT95.. amat memalu dan menghina bg seorg negarawan..mahu mati tegak OT95..

    BalasPadam
  3. Setuju. Tiada kerjasama dengan OT95/96.Tak kira Pejuang ke, Negarawan ke...sudah cukup mandat rakyat dimandulkan dalam perancangan Sheraton's.

    BalasPadam