RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 24 November 2009

NIK AZIZ, ARIFF FAHMI DAN HUSAM MUSNAHKAN IMPIAN MUSUH PAS


Oleh: WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, kemelut di Kelantan boleh dikatakan berakhir. Cuma, yang masih belum berakhir adalah kisah Kickdefella. Biarkan beliau dengan cerita-ceritanya, begitu juga biarkan SPRM dengan siasatannya. Tumpuan kita adalah ingin melihat PAS terus kuat di Kelantan. Umno pula tentunya ingin melihat PAS menjadi semakin lemah di Kelantan kerana jika PAS lemah di Kelantan, maka lemah jugalah PAS di Malaysia. Itu hakikatnya.

Jika sebelum ini dikatakan Ariff Fahmi selaku CEO PMBK bakal membuatkan imej PAS tercalar dan memburukkan nama Mursyidul Am PAS iaitu bapa mertuanya sendiri, nah, kini Ariff Fahmi akan berkorban agar tidak berlaku sedemikian rupa. Ariff Fahmi akan meletakkan jawatan bukan kerana beliau disabitkan dengan rasuah mahupun penyelewengan atau pun gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, tetapi kerana beliau sayangkan PAS. Tok Guru Nik Aziz pula bukan tidak sayangkan menantunya, tetapi beliau lebih sayangkan PAS. Husam Musa pula, beliau tidak meletakkan jawatan sepertimana kehendak Umno atau beberapa orang di dalam PAS termasuk penulis MSO, bukan kerana beliau sayangkan jawatan yang dipegangnya sekarang tetapi kerana beliau lebih sayangkan PAS.

Tetapi, adakah mereka yang ingin melihat Ariff Fahmi atau Husam meletakkan jawatan itu terlalu sayang pada PAS melebihi sayangnya Tok Guru Nik Aziz pada PAS? Wallahu Aklam, Allah jua yang mengetahui niat mereka. Tidak kiralah samada ada yang suka atau duka melihat perkembangan yang berlaku di Kelantan saat ini, yang penting ketiga-tiga insan ini iaitu Tok Guru Nik Aziz, Husam dan Ariff Fahmi telah membuatkan Umno kehilangan `senjata' yang baru hendak diasahnya itu. Pedulikan jika ada ahli-ahli PAS yang lain juga se`mazhab' dengan Umno yang mahu Umno memerintah Kelantan.

Apa pengajaran dari peristiwa ini? Pengajarannya mudah, iaitu tiada yang lebih tinggi nilainya melainkan pengorbanan untuk parti dan jemaah. Tok Guru telah lakukan itu, Husam dan Ariff Fahmi juga telah melakukan itu semua. Kini, kita masih menunggu ada atau tidak pemimpin PAS samada di Selangor atau di mana jua yang sanggup melakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Mursyidul Am PAS atau setidak-tidaknya seperti Ariff Fahmi. Setakat ini kelihatannya tiada. Berdayakah mereka yang pernah `berunding dalam kelambu' bersama Umno di Selangor suatu ketika dahulu untuk berbuat seperti ketiga-tiga insan itu tadi? Rasanya jauh panggang dari api. Siasatan terhadap mereka oleh Jawatankuasa Disiplin PAS pun kita tidak tahu perkembangannya. Sepi tanpa berita.

Apa yang berlaku di Kelantan menunjukkan Mursyidul Am PAS tidak bertolak ansur jika imej PAS tercalar. Oleh sebab itulah beliau amat marah jika ada mana-mana pemimpin PAS yang bertindak seperti ingin menghancurkan PAS. Secara peribadi, tahniah buat Tok Guru Nik Aziz, Ariff Fahmi dan Husam kerana ketiga-tiga mereka ini telah bertanggungjawab `menyapu' najis ke `wajah Umno dan yang se`mazhab' dengannya. Umno pasti tumbang bersama sekutunya, InsyaAllah./Kembali ke laman asal.

13 ulasan:

  1. Salam tuan blog, tolong siarkan,

    KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

    Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

    Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

    Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

    UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

    INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

    Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

    1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

    2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

    3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


    Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

    Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


    Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

    Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

    Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

    Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

    KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



    KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

    KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

    KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

    HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


    INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
    KOTA BAHRU, KELANTAN

    BalasPadam
  2. Report Aje Kat Pejabat Buruh .. Kalau Betul Laaa....

    BalasPadam
  3. Tkasih. Saya akan siarkan keluhan anda tetapi emailkan pada saya. Jika anda laporkan di sini dgn nama Anonymous, bgaimana saya hendak masukkan dlm blog ini rintihan anda? WFAUZDIN NS

    BalasPadam
  4. Kalau lah betul maka harus direportkan jerr ker pejabat/persatuan buruh..senang cerita

    Lagipun macam mana nak bayar, duit royalti minyak pun k'jaan pusat halang. Kalau lah dpt duit royalti tu, memang PAS Klantan takder masalah nak bayar/ bangunkan Klantan!

    UMNO itu memang JAHAT!

    BalasPadam
  5. Senang cakap.

    TUMBANGKAN PAS pada PRU 13.

    Jangan cakap banyak.

    Bukan itu saja isunya.

    Nampak aje baik PAS ini.

    Belakang lain jadinya.

    Penyokong PAS bisu, pekak dan buta.

    Cakap orang dikatakan semua dipolitikkan saja.

    Prestasi kerajaan Kelantan tak tahu nak ukur baik atau tidak.

    Tiba2 aje baik.

    Membazir wang rakyat saje.

    Duit peruntukan nak tapi kerja separuh jalan.

    Fikirlah sendiri wahai wfauzdin.

    BalasPadam
  6. 80 peratus pengarah2 kat MPKB tu orang UMNO peninggalan era 90an... sebab tu lah depa pulun abis...taiknyer terpalit pada PAS...tu lah kesian kat pegawai2 UMNO akhirnyer diri sendiri yang merana...Waaaaaaaaaa!!!!!!!!

    BalasPadam
  7. pegawai UMNO ni ler yang ajar pegawai PAS yang baru kenal dunia...Jadi sama2 ler bersekongkol...masing2 backing membacking..pakat makan ramai2...akhirnyer kuli2 batak yang merana.....huhuuuuuuuu

    BalasPadam
  8. yang menulis umno yang menjawap pun umno tapi dalam wadah pas kahkahkahkahkah
    abaikan je
    kalau betul ko berenti je banyak lagi kerja lain
    biar org2 yg ko tuduh tu kerja menyapu kerja org bawahan depa buat hehehehehe

    BalasPadam
  9. UMNOI/BN TAK AKAN SENYAP SELAGI KERAJAAN ISLAM TAK TUMBANG ! MEREKA AKAN GUNAKAN APACARA SEKALIPUN ASAL PAS LINGKOP MACAM DI PERAK ! DARI DULU KINI & SELAMANYA UMNOI/BN PENGKHIANAT PADA AGAMA & NEGARA ! SELAGI UMNOI WUJUD SELAGI ITULAH RASUAH AKAN BERMAHARAJAGILA ,1MALAYSIIA DAH TAHU MELAINKAN MENGKUK-MANGKUK AYUN PENGAMPU SAJA PEKAK GAJAH & BUTA PERUT !

    BalasPadam
  10. Kpd Anonymous said- KISAH KEZALIMAN DAN
    PENYELEWENGAN MPKB-BRI, KOTA BHARU,KELANTAN.

    Persoalannya kenapa anda tidak membawa kes-kes
    ini kpd pihak berkuasa diMPKB-BRI.Jumpalah
    Yang dipertua Majlis perbandaran Kota Bharu.
    Beri tahu pada mereka yang anda dizalimi.
    kalau yang dipertua MPKB-BRI tidak ambil
    tindakan susulan, bawa kes2 ini ketengah dan
    jumpa Tuan Guru Nik Aziz selaku menteri Besar
    kelantan dan barulah anda tahu apakah reaksi
    mereka semua.
    Kalau anda membuat laporan kezaliman MPKB-BRI
    dialam siber ini, tindakan ini bukan untok
    mencari penyelesaian malah menyulitkan lagi.
    Caranya buat pertemuan empat mata dgn pihak
    MPKB-BRI atau dgn Tuan Guru Nik Aziz (MB),
    habis cerita..

    BalasPadam
  11. bagitu banyak kes kes umno yg besaq besaq hampa buat dek aje...memang hampa umno katak bawah tempurung..tau keliling hampa aje...penyelewengan pak saudara hampa yg kat atas tu hampa buta perut...tu le Melayu umno..harap tongkat,habuan,sekolah bodoh besaq tak de kerja..menyusahkan orang.

    BalasPadam
  12. pd 2006, sy terlibat dlm projek bandar baru tunjong, pd masa tu, sy lihat arif fahmi ni adalah seorg yg bercita2 besar tetapi kurang berpengalaman, pasal rasuah, sy rasa dia tidak ambil, pernah dia bertanyakan saya.."patutkah sy beli kereta Naza Ria yg berharga 70,000?" tetapi kemudian dia memilih membeli kereta produa kembara yg berharga RM30,000 sahaja, pada masa itu dia sudah taraf COO(Chief Operating Officer)... nak bagitau betapa sedarnya dia keadaan tersebut. Saya harap Allah akan memberi pentunjuk kepada nya serta umat islam yg lain

    BalasPadam