RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 23 Februari 2011

SIAPA YANG KAFIRKAN UMNO, MAHATHIR ATAU NIK AZIZ ? BIAR SAYA JAWAB

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca Utusan Malaysia Online, sekali lagi Mahathir berjaya mempamirkan kejahilannya di usia yang semakin senja. Amat malang sekali, di usia sebegini Mahathir masih buta tentang Islam namun masih mahu bercakap tentang hukum Islam. Maka, memang tepatlah kata Tuan Guru Nik Aziz bahawa orang seperti Mahathir yang masih setia kepada Umno ini adalah golongan Jahil.

Beliau cuba menafsirkan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz yang sering menyebut bahawa barangsiapa yang menolak Islam itu adalah kafir. Itu jugalah yang disebut di dalam Amanat Haji Hadi suatu ketika dahulu. Tuan Guru Nik Aziz dan juga Tuan Guru Hj Hadi tidak pernah mengkafirkan orang-orang Umno, tetapi Mahathir mempunyai tafsirannya sendiri. Berikut adalah tafsiran Mahathir seperti yang dipetik di dalam Utusan Malaysia Online:-

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO. "Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir (Utusan Malaysia Online).

Nah, lihat. Siapa yang sebut Umno Kafir? Bukankah Mahathir yang sebut? Saya mahu tanya Mahathir dan juak-juaknya, jika tolak Islam, apakah hukumnya? Masihkah beriman dengan Islam atau kafir? Jawab sendiri. Apa yang Mahathir sebut di atas, seolah-olah Mahathir mengakui sememangnya Umno tolak Islam. Jadi, penyokong-penyokong Umno patut marah kepada Mahathir.

Mengucap tiga Syahadah seperti yang Mahathir sebut itu adalah satu hujah paling bebal dari seorang bekas PM yang mengaku Islam. Beliau bukan sahaja jahil dari segi agama, bahkan jahil tentang dasar parti PAS yang beliau sendiri kenal lama dengan parti ini. PAS adalah sebuah parti atau wadah untuk menegakkan hukum Islam di negara ini. Tiada parti lain yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya di negara ini melainkan PAS. Bahkan, sekutu PAS seperti PKR dan DAP juga tidak meletakkan dasar sama seperti PAS tetapi mereka membantu PAS di dalam perjuangannya terutamanya di dalam nilai-nilai murni yang dituntut di dalam Islam seperti kebebasan kehakiman, penghapusan rasuah, keadilan dan beberapa nilai yang baik untuk sejagat. Ini tidak ada pada Umno jauh sekali dasar Islamnya.

Umno bukan sebuah parti Islam, tetapi sebuah parti sekular yang bersifat nasionalis. Islam di dalam Umno dihadkan di dalam beberapa perkara iaitu ditempelkan sepertimana wanita menempel gincu pada bibirnya. Berapa lama gincu itu boleh bertahan? Kena semangkuk sup, gincu itu akan hilang. Islam adalah Syumul, mesti dilasksanakan secara menyeluruh dan ini lah yang PAS mahu perjuangkan. Jika Umno tidak mahu menegakkan Islam, sekurang-kurangnya Umno menyokong usaha PAS ini tetapi ini tidak berlaku. Jika Umno tidak mahu bersama PAS, tetapi PKR dan DAP sanggup membantu PAS, apakah PAS mesti memilih Umno juga sebagai rakan semata-mata Umno itu parti Melayu?

Saya teringat apa yang diperkatakan oleh MP dari Shah Alam, YB Khalid Samad yang bertanya, jika ada kawan kita orang Melayu Islam mengajak kita pergi kedai arak untuk minum arak, di dalam masa yang sama ada kawan kita bukan Melayu Non Muslim mengajak kita kena teh tarik, agak-agak mana satu yang mesti kita ikut? Melayu Islam itukah atau bukan Melayu Non Muslim itu?

Apa pula kena mengena dengan tiga Syahadah seperti Mahathir perkatakan itu? Islam hanya mengucap dua kalimah Syahadah, beriman dengan Allah dan Rasulnya. Apa yang Allah suruh diikut dan apa yang Allah larang dijauhi. Rasul pembawa apa yang Allah perintahkan, selepas ketiadaan Nabi dan Rasul, maka para sahabat serta Alim Ulamak. Al-Quran yang sama digunapakai bukan Al-Quran yang ingin ditafsir semula seperti yang pernah Mahathir ingin lakukan dahulu.

Saya tidak hairan Mahathir boleh menghina PAS atau Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau suatu ketika pernah menghina Nabi dan hukum hudud. Siapa tidak ingat Mahathir pernah berkata, Nabi tidak cukur janggut kerana di zaman dahulu tiada pisau cukur. Jika Hudud dilaksanakan maka orang-orang Islam akan mundur kerana ramai tangan orang Islam akan dipotong. Saya tidak tahu samada Mahathir sudahj bertaubat atau belum atas perkataan beliau itu, tetapi saya berharap beliau sudah bertaubat kerana usia beliau di penghujung senja.

Jika Umno masih kabur dengan perjuangan PAS, adalah lebih baik Umno mengadakan muzakarah dengan PAS tentang Islam ini bukan muzakarah tentang perpaduan Melayu semata-mata atau berbincang hanya untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan sahaja. Silalah bermuzakarah, dan letaklah Al-Quran di tengah-tengah sebagai Hakim. Masalahnya, mahukah Umno? Jika tidak mahu, jangan salahkan jika ada yang mengatakan bahawa menyokong Umno itu sebagai Jahilliyyah./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. jangan layan sangat madet toh.......
    banyak sangat dia lupa.....
    apa nama tu???.......
    banyak lupa tu = nyanyok........

    kah kah kah.....

    BalasPadam
  2. kalu dah semayang berimamkan UMNO tak sah (sbb UMNO dituduh kafir) so ape lagi ko nak cakap..ko ni mase tu berlendir lagi la, kencing pun bercabang time tu, ape yg ko ingat? bodoh punye wtfuckden..

    BalasPadam
  3. Salam,

    Klu PAS kata berkawan dengan kafir (DAPig) boleh sekarang.. mengapa UMNO dulu berkawan dengan MCA dan MIC dikatakan kafir kerana berkawan dengan kafir, memerintah dengan kafir oleh sesetengah pemimpin PAS???..

    Dulu kata pejuangan berteraskan bangsa itu Assobiyyah oleh PAS, mengapa baru2 ini tiba2 buat u-turn nak pejuangkan Melayu pulak? Sebab dah hilang pengaruh dan sokongan Melayu ke?

    Knp x laksanakan Hudud di kelantan? sedangkan PAS berkuasa di kelantan? Mengapa ikut juga sistem yang ada.

    Mengapa PAS x bina sebanyak2nya masjid dikelantan, sebaliknya sokong, bagi peruntukan pembinaan tokong serta patung buddha terbesar disana??

    Menagapakan pemimpian PAS x tekankan kebersihan kepada rakyat dan penyokongnya?? tandas masjid kotor, kawasan rumah kotor..benada mudah pun x boleh nak buat ker?

    Jgn ckp.."Owhh tu UMNO boleh buat itu ini, tu UMNO boleh kawn dengan MCA MIC jadi kita pun boleh kawan dengan DAP"...Bukankah PAS sepatutnya parti yang memperjuangkan dasar yang sebaliknya daripada UMNO, knp masih nak ikut cara UMNO...PAS buat sebab UMNO buat boleh?? jadi sama la PAS dan UMNO?

    Jadi perjuangan Islam yang mcm mana PAS perjuangkan..kami golongan belia melihat PAS dan UMNO ni sebenarnya sama sahaja, pantingkan kuasa daripada nak bantu rakyat terutamanya orang Islam.

    Negeri2 yg diperintah PAS sendiri pun x sebagus mana, malah PAS sendiri masih ikut corak memerintah demokrasi..maksudnya samala dengan UMNO pun...habis mana corak pemerintahan Islam yang sebenar??

    Patutnya pas jgn la ikut sistem pemerintahan demokrasi yang ada sekarang (Kata TNG Nik Aziz sistem yang ada kini tinggalan penjajah, tp knp masih ikut???..

    Ikut la sistem pemerintahan Islam yang betul, terangkan la, perjuangkan la (Sistem Khalifah contohnya- apa dia, mcm mana nak laksana, x der pun)..mcm mana org Islam nak sokong,nak ikut PAS pun sama mcm UMNO... balik2 ceramah memburukan UMNO...UMNO pulak buat ceramah burukkan PAS..

    Klu ada pun perbincangan dasar pemerintahan bercorak Islam tersebut dikalangan pemimpin PAS sebarkan la..jgan la sibuk kejar undi..

    Kenar undi cina tinggal Islam, Melayu...kutuk perjuangan Nasionali x Islamik..

    Nak raih undi Melayu, balik kata sokong perjuangan bangsa Melayu patut diutamakan..apa ni?? mana slogan perjuangan Islam pulak.. cakap berbelit2..mcm orang munafik...

    PAS kata UMNO rasuah, kroni.. habis penyelewengan yang berlaku dalam PAS (bazar Tok Guru la, menantu jadi org kuat la, anak jadi orang kanan la.. ape ni??

    Apa yang PAS perjuangkan kini?? UMNO dah tentu la mcm tu...

    Sudahla..kita bergaduh sesama Islam/Melayu... yang untung kafir, sampai bila nak sedar??...

    Saya tau pendapat saya ni mesti akan disanggah oleh tuan blog mahupun penyokong PAS..terpulanglah...klu betul PAS perjuangkan Islam secara iklhas insyaALLAH ALLAH izinkan PAS ganti UMNO...

    X payah nak buat ceramah mengadu domba buruknya pemimpin yang lain, caci maki orang..buat jer kerja..

    Salam.

    BalasPadam
  4. Mahadir skrg ini memang x boleh pakai dah!! biarkanlah dia, bak kata org kelantan "mapuh ngan gitu". Kawe tidak ahli pas, tapi kawe respek ngan tulisan demo, memang benar dan berisi. Teruskan..demo hebat wfauzdin!!

    BalasPadam
  5. anon 3:30 dan anon 3:35
    ikut hampalah,nak mampus pun mampus lah.
    hampa dah anggap mahadir tu betoi,mampuih pi lah hampa.
    kalau aku jawap pun ,ibarat aku cakap dengan pokok.
    mula mula pekena anwar ibrahim.
    lepas tu,perburuk Abdullah Badawi.
    la ni anak dia jadi orang kaya di malaysia,pasai bapa dia bukan penasehat petronas dan adik dia bukan timbalan menteri.
    semua ni fitnah,sama macam fitnah yang biasa PAS buat.
    mampuih pi lah hampa.
    tapi kira ok juga pasai hampa baca blog pakatan walaupun hampa tak pakai.
    mampuih pilah hampa

    BalasPadam
  6. HARAP SESIAPA YANG CINTAKAN ISLAM,KEADILAN,KETELUSAN DAN KEIKHLASAN JANGAN LAYAN MAMAK MADET KUTTY JUGA AKHBAR SETAN BESAR UTUSAN MELOYA ! AKHBAR NI LAGI KITA IKLAN SECARA TAK SEDAR LAGI DIA NAIK MEROYAN ,JANGAN LAYAN DAN SEBUT PUN JANGAN , SAYANG ADA JUGA BLOGGER YANG ANTI PARTI SEKUTU APCO TAPI TURUT MUAT DAN IKLANKAN UTUSAN MELOYA@UTUSAN ONLINE ! APA CERITA DOK BAGI FREE ADVERTISING PADA AKHBAR TANDAS ARUS JAHALIAH ? SAYA MENYERU JIKA SAYANGKAN ISLAM DAN SILATULRAHIM SESAMA ISLAM BUANGKAN SEGALA IKLAN ATAU NAMA YANG BERSANGKUTAN DENGAN AKHBAR ARUS JAHALIAH PARTI SEKUTU APCO ! PARTI ISLAM UNTUK DUNIA AKHIRAT,ALLAHU AKHBAR !

    BalasPadam
  7. Mahathir berwasiat mahu dikebumikan mengikut cara mustafa kamal atartuk dikebumikan dengan membuat keranda dan keranda itu mestilah 3 kaki tingginya dari tanah dan dibuat bangunan gah melindungi keranda itu untuk tatapan anak cucu

    BalasPadam
  8. aku sokong komen no 3.
    tanda2 akhir zaman,bila yg hina diantar kita diangkat jd pemimpin.

    pemimpin melayu skrg ni haprak! bangkai!
    xda yg nk betul2 tegakkan islam.
    xda sorg pon yg nk satukan umat.

    BalasPadam
  9. banyak hujah bertaraf longkang dan sampah. Gunalah fremwork yang betul bagi buat analisa.

    BalasPadam