TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Ahad, 20 Februari 2011

TENGKU ADNAN DAKWA PAS PARTI KARUT, UMNO PEJUANG SEBENAR

Oleh: WFAUZDIN NS

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mendakwa PAS berusaha untuk menarik pengundi-pengundi Melayu agar meninggalkan Umno dan memilih PAS sebagai satu gimmik politik. Beliau juga mendakwa PAS sebuah parti yang tidak releven lagi kepada orang-orang Melayu.

Pada saya kenyataan Tengku Adnan itu lah yang gimmik sebenarnya, dan Umno itu lah yang sebenarnya hampir karam. Hakikat sebenar, Umno amat takut sekiranya semakin ramai orang-orang Melayu yang menyedari bahawa Umno selama ini terlalu banyak menghakis hak mereka, bahkan Umno terbukti tidak berjuang untuk Islam sebagai agama majoriti orang-orang Melayu. Pendek kata, Umno gagal membela bangsa Melayu dan Umno langsung tidak memartabatkan Islam yang diakui sebagai agama rasmi negara ini.

Orang-orang Melayu yang masih lagi menyokong Umno tidak lain tidak bukan kerana kebendaan. Buktinya, setiap kali diadakan pilihanraya Umno akan terus mengumpan orang-orang Melayu dengan kebendaan. Cuba sebut satu sahaja pilihanraya yang diadakan di negara ini yang Umno tidak pernah gunakan jentera kerajaan beserta dengan umpan kebendaan? Jika Umno berani memasuki pilihanraya secara adil dan telus, nescaya kita akan lihat sudah lama Umno dikafankan.

Memang benar, PAS sekarang berusaha untuk menarik seramai mungkin orang-orang Melayu agar menyokong parti yang memperjuangkan Islam ini. PAS bukan bertujuan untuk menyelamatkan orang-orang Melayu tetapi PAS ingin menyelamatkan agama yang ada pada orang-orang Melayu. Kita tahu berapa ramai orang-orang Melayu yang terkeliru dengan Islam kerana kejahilan Umno yang mereka sokong. Melayu menjadi semakin lemah di negara ini meskipun sudah lebih 5o tahun orang-orang Melayu menjerit dengan `ketuanan Melayu'. Mereka lemah kerana mereka tolak Islam. Mereka tolak Islam kerana mereka berada di dalam Umno. Justeru itu, PAS mara sekarang ini untuk membebaskan kejahilan mereka selama berada di dalam Umno.

Tengku Adnan yang pernah dikaitkan dengan saham judi suatu ketika dahulu pun berkata, "Bila beliau (Mursyidul Am PAS) tahu bahawa undi Melayu terhadap Pas mula merosot kerana orang Melayu sudah sedar bahawa PAS itu adalah parti karut, jadi Nik Aziz sudah gentar dan takut maka beliau tukar mengatakan bahawa PAS juga memperjuangkan orang Melayu,”.

Apa yang perlu kita hairankan dengan kenyataan beliau yang kita tahu dan kenal peribadinya itu apabila mendakwa PAS sebagai parti yang dasarnya Al-Quran dan Hadith itu sebagai parti karut. Orang seperti beliau bolehkah kita harapkan akan menerima Hukum Islam lebih-lebih lagi Hukum Hudud? Beliau tahu apa hukumnya nanti jika seseorang Islam itu terlibat dengan judi dan meminum arak sekiranya PAS memerintah negara ini. Adakah anda fikir Tengku Adnan bersetuju dengan itu semua?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini