RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 19 Julai 2011

ISU PUSAT HIBURAN DI KEDAH - SEKALI LAGI UMNO TERUS GAGAL UNTUK MENJADI JAGUH ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS mengeluarkan garis panduan agar seluruh Pusat Hiburan tidak dibenarkan dikunjungi oleh umat Islam, maka tiada lagi yang perlu dibimbangi oleh kaum bukan Islam dan ianya dipersetujui oleh DAP. Suatu penyelesaian yang bijaksana tanpa kita menjual maruah agama kita sekaligus kita tidak bertindak zalim terhadap kaum bukan Islam yang mereka ada hak untuk berhibur.

Paling suka bermain dengan isu ini sudah tentunya Umno. Maka, melalak lagi TV 3 suku dan Utusan Meloya mengandaikan bahawa PAS kini tunduk pada DAP. Seolah-olah Umno terlalu anti kepada hiburan dan maksiat di dalam isu ini. Tidakkah TV 3 suku dan Utusan Meloya menoleh seketika ke Melaka? Pusat Hiburan menambahkan masa operasinya meskipun di Bukan Ramadhan. Belum lagi kita jenguk di beberapa buah negeri di bawah Umno. Ertinya, Kerajaan Negeri Kedah begitu serius untuk mendidik umat Islam di Kedah agar tidak terjebak ke lembah maksiat apatah lagi di Bulan Ramadhan.

Ini juga berlaku di Selangor walaupun diperintah oleh PKR. Kedai 7 Eleven yang berada di penempatan majoritinya Muslim, tidak dibenarkan menjual minuman keras atau yang seumpamanya. Bagaimana di negeri di bawah Umno? Pahang, umpamanya? Adakah ada sedikit keberanian untuk berbuat sedemikian?

Sehubungan itu, anggapan bahawa PAS telah tunduk kepada DAP ternyata satu anggapan yang cetek tanpa ilmu. Mana mungkin Islam boleh melarang penganut agama lain untuk berhibur yang Islam kategorikan sebagai maksiat itu. Kerajaan Negeri Kedah hanya perlu bertindak lebih efisyen agar arahan yang dikeluarkan itu dipatuhi. Nampaknya kerja Umno untuk membuktikan bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP ternyata tidak benar dan mustahil berlaku. Apa yang berlaku, DAP di P.Pinang ternyata menggunapakai kata-kata PAS di negeri tersebut dan ini boleh dibuktikan dengan berbagai program dan peruntukan berganda yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri di bawah KM, Lim Guan Eng terhadap perkembangan Islam di sana.

Apa yang berlaku di Kedah, diulas dengan hujah berpaksikan hukum oleh Tuan Guru Hj Hadi. Jelas Presiden PAS, kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam. Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh BN sebelum ini. Bagaimanapun menurut Hadi, undang-undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat. “Media BN sengaja gunakan isu ini, jadi PAS ambil jalan menyelesaian iaitu hak orang bukan Islam walaupun diharamkan dalam Islam tapi mereka ada hak dan yang kedua hak orang Islam tidak boleh melakukan maksiat. “Jadi orang bukan Islam sahaja boleh masuk (pusat hiburan), jangan bagi orang Islam masuk,” katanya.
Lim Kit Siang, tokoh utama DAP secara positif mengulas, “Lihat dari sudut positif... keputusan ini, perkembangan ini dialu-alukan. Ia menunjukkan, khususnya kesediaan kepimpinan PAS dan juga kerajaan negeri Kedah untuk membetulkan salah faham,” kata Lim.

Kesimpulannya, tiada umat Islam yang dibenarkan memasuki Pusat Hiburan dan tiada orang Non Muslim yang dipaksa atau dilarang dari untuk berhibur. Inilah Islam yang penuh hikmah dan bijaksana. Sekali lagi kita ingin bertanya, Kerajaan Negeri di bawah Umno bagaimana?/wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. iyola wtfdin..sedapkan jo la ati ekau tu..kalu matlamat penubuhan negara islam pun sanggup PAs gugurkan, inikan pula isu disco mlam mcm ni..

    sedapkan jo la ati ekau tu byk2..nanti kat neraka nanti jawab jujur..

    BalasPadam
  2. Kepada tanpa nama

    Sekurangnya PAS berjaya menjalankan amanah untuk islam...NI UMNO BN setakat buat undang-undang lepas tu tak laksana lagi haprak...terang terang gadai maruah agama...lepas lanjutkan pusat hiburan dari pkoi 2 ke 3 pagi...macam hanjing...nk dekat ramadhan la ko sibuk2 nk lanjutkan waktu...buat lepas raya tak boleh ker...nampak sgt UMNO BN tak penah fikir pasal agama...Pejuang ISLAM konon...porrrahhhh....Islam suruh masuk disco ker.....jgn marah kalau anak melayu kita beranak dalam pub atau disco nanti....atau umat melayu dan islam kita bersahur dengan arak dan berbuka puasa pun dengan arak...nk salah sapa....salah PAS ker salah UMNO...tentulah UMNO....sebab lanjutkan pusat hiburan sampi pkoi 3....kan pkoi 3 keatas tuh orang dah mula makan sahur....jahannnam btoi UMNO

    BalasPadam
  3. biasalah bro...kalau dah taik,taik gak....apa yg kerajaan negeri cuba buat utk kebaikan Islam memanjang je salah..tp kalau extend time operasi mcm kat melaka semua senyap sepi...
    lebih baik buat drpd x buat langsung...
    syabas Kerajaan negeri Kedah....aku nak tunggu negeri kelahiran aku Johor buleh laksana ker dak?

    BalasPadam
  4. BRO...BAGUS CADANGAN PAS KEDAH TU. MALAHAN UMNO SENDIRI MENYOKONG CADANGAN TERSEBUT. MUFTI PERAK YANG KORANG MAKI HAMUN TU BERSETUJU. YANG MENJADI PERSOALANNYA KENAPA PAS PUSAT TETIBA MASUK CAMPUR DAN TAKUT DENGAN UGUTAN DAP BRO? SEDANGKAN WAKIL DAP KEDAH SORANG JE DALAM DUN KEDAH. MEMANG LAYAK LAH KEDAH LAKSANAKAN PERKARA NI KERANA PENDUDUK KEDAH RAMAI ISLAM. HAMPIR 80% ISLAM.

    DI SELANGOR...SAPA KATA 7 ELEVEN TAK JUAL ARAK BRO? JANGAN TIPU BRO! YANG BUSUK TETAP BUSUK YANG INDAH TETAP DISANJUNG. JANGAN TAKSUB SANGAT BRO!

    SURUH LE KELANTAN TU IKUT JEJAK KEDAH. KAN BAGUS!!!!!!

    BalasPadam
  5. yg bakal cegah supaya melanjutkan masa ni hanya org umnobrok yg melalak ketagih syok,apa 11bulan pun tak cukup utk maksiat free,umnobrok kalau tak hormati pemimpin2 islam pembangkang atlist berok2 ni hormati bulan ramadan,nak halang pun biar cara istikamah undang2 yg masuk akal rakyat,selama 50thn mentadbir negara ingat semakin efisen rupa2nya semakin bodo bahan ketawa rakyat..kah,kah,kah....

    BalasPadam
  6. abg besar sound, terketar2 lutut PAS..mmg anjing DAP la ko ni PAS!!!

    BalasPadam
  7. "Ini juga berlaku di Selangor walaupun diperintah oleh PKR. Kedai 7 Eleven yang berada di penempatan majoritinya Muslim, tidak dibenarkan menjual minuman keras atau yang seumpamanya."

    Ish2.. Kesian aku tgk ko nih.. Bekas Exco Hassan Ali yg pergi buat serbuan di Shah Alam tu apa cer.. dari xda arak kat 7-11 dahulu.. sekarang dah ada.. bila dah rampas.. Abg Besar DAPig berdehem je.. berterabur serban.. Hantar balik arak2 tu semula.. Tahniah.. PR.. Semakin jahanam nmpknya..

    BalasPadam