RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 27 Oktober 2011

PERWAKILAN PERKASA `TERKENTUT' DAN `TERKINCIT' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu saya mahu ucapkan tahniah kepada Zul Kulim kerana sekarang dipilih untuk berada dalam Saf hadapan PERKASA dan amat sesuai benar sokongan kuat kemasukan beliau datangnya dari Zahid Md Arip. Jika bukan PERKASA, siapa lagi mahu terima Zul Kulim?

Saya mahu ulas sedikit jawapan Presiden PERKASA, Berahim Ali apabila ditanya oleh anggotanya sendiri mengapa PERKASA tidak hadir berhimpun sewaktu Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Semua maklum, menjelang Himpunan BERSIH 2.0, selain dari Guru Silat Lincah, Omar Din termasuk Ali Rustam dan juga PERKASA, hampir setiap malam di kaca TV mereka muncul sebagai pendekar memberi amaran kepada BERSIH agar jangan berhimpun. Langkah mayat mereka dahulu, kononnya. Berpuluh ribu anggota bawahan masing-masing akan menjadi benteng menghalang peserta perhimpunan BERSIH, begitulah lebih kurang dua tiga ekor pendekar itu bercakap.

Apabila tiba masanya, seekor umat pun tidak muncul. Ada yang berkata terdapat juga ahli-ahli PERKASA yang bersedia untuk hadir, tetapi melepak di restoren mamak. Geng Silat bawah Omar Din dan Ali Rustam dikhabarkan hadir tetapi masing-masing menggunakan `ilmu ghaib' di celah ketiak bini masing-masing. Sebab itulah, wajar juga perwakilan PERKASA mahu tahu kenapa PERKASA tidak menjadi `Perkasa' pada hari tersebut?

Maka, Presiden PERKASA pun memberi alasan yang boleh buat semua perwakilan PERKASA terkentut menahan ketawa. Beliau menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik. Baca di sini.

`Strategik'nya mengikut beliau adalah Perhimpunan BERSIH akhirnya tidak diberi permit oleh pihak Polis, kononnya disebabkan PERKASA juga mahu berhimpun. Kita mahu beritahu Berahim alkataki, selama ini pun perhimpunan yang dianjurkan oleh Pembangkang atau NGO yang pro Pembangkang tidak juga mendapat permit walaupun PERKASA tidak camportangan. Jadi, usahlah PERKASA perasan bahawa kerana PERKASA maka BERSIH tidak mendapat permit. Soalnya sekarang, perhimpunan itu berjaya atau tidak? Jawapannya, BERSIH berjaya menghimpunkan rakyat di luar jangkaan, dan yang tidak berjaya sebenarnya adalah PERKASA dan beberapa puak sekutu dengannya. Jawapan bodoh dari Berahim alkataki itu sudah cukup untuk memperbodohkan semua perwakilan di dalam PERKASA.

Kononnya kata Berahim, laporan Polis yang dibuat oleh PERKASA terhadap BERSIH itu merupakan `perang saraf'. Sekali lagi perwakilan PERKASA mungkin terkentut. Akibat perang saraf PERKASA, akhirnya yang lemah `urat saraf' adalah PERKASA sendiri. PERKASA dilihat lebih `pondan' dari `Patriot' walaupun Patriot di bawah KJ hadir juga bersama beberapa Mat Bangla, tetapi berani jugalah hadir ke perhimpunan tersebut.

Selepas beberapa kali perwakilan PERKASA terkentut dengan jawapan `cover line' oleh Berahim, kali ini perwakilan terus `terkincit' apabila Berahim alkataki mengaku merasa malu apabila Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) gagal samasekali. Katanya, "Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang, tak sampai 10, 000 orang, malunya kita". Begitulah keluhan Berahim di depan perwakilan PERKASA yang mungkin membuatkan ramai yang berebut-rebut ke tandas akibat `terkincit' mendengar ulasan MP Pasir Mas yang bakal hilang deposit ini.

Berahim alkataki silap di dalam jumlah tersebut. Bukan tidak sampai 10, 000 orang hadir sebelum 4 petang tetapi tidak sampai 8,000 pun hadir pada waktu tersebut. Itu pun kita sudah kasi `advance', ada yang kata lebih kurang 5,000 sahaja yang hadir. Itu pun telah diberi permit, jika tiada permit mungkin ramailah agaknya.

Sebelum saya tutup kalam ini, sekali lagi tahniah buat Zul Kulim yang akhirnya ditakdirkan Allah berada bersama insan yang setaraf dan `standard' dengan beliau. Simpati juga kepada Ruslan Kassim yang lebih `senior' di dalam PERKASA tetapi masih menjadi Setiausaha. Tidak mengapa, apa jua jawatan di dalam PERKASA tidak memberi perbezaan kerana `katak tetap katak'./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Katak-katak dan sebahagian bangsa Melayu takkan lihat dan faham makna sebenarnya keunggulan bangsanya selagi tempurung yang menutup mereka tidak dibuang. Sesungguhnya tempurung yang menutupi kita selama ini adalah UMNO/BN... maka buatlah sesuatu agar tempurung itu tidak menutupi kita... kalau boleh musnahkan sahaja, kerana jika terbalik dia akan menjadi sarang nyamuk bertelur, memudaratkan kita pulak kemudiannya.

    BalasPadam
  2. Betul la tuan admin, lemah urat kentut hamba menahan angin membaca berita katak puru ni.

    zul jin kulim memang sesuai sama2 masuk tempurung. lepas ni zahrin gigi buaya pula masuk. maka kumpulan senario akan terancam kerana kumpulan lawak perkasam sudah semakin kuat dgn pelawak baru.

    baik perkasam ataupun JILAT lincah, mereka ni berlagak bodoh je dgn selendang besar2 konon utk menakutkan rakyat. hahahahah

    omardin dapat tansri, terus bagi rosmah selendang tun fatimah. mengenang jasa membeli cincin 24 juta yg dapat dari gunung ledang.

    auntie anne lebih layak jadi presiden perkasam atau menerima anugerah tun fatimah kerana lebih berani pegi perhimpunan BERSIH.

    tentu masih ingt bagaimana YM Sultan Selangor pun malu nak dtg semasa pajlis penubuhan perkasam. hanya mahathir kutty saja datang, itu pun sebab satu2 penyokong beliau yang masih ada ialah ibrahim katak.

    teka teki popular zaman reformasi 1998 :

    Apakah seketul daging yang melekat kat punggung Mahathir?

    jawapan : lidah ibrahim katak...yeeeaakkk!

    BalasPadam