RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 2 Oktober 2012

TOLAK PEMIMPIN BACUL SEPERTI INI

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA kita telah melihat sendiri di Parlimen pagi semalam, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim bangun dan membahaskan Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh Najib selaku Menteri Kewangan, di mana Najib sendiri tidak hadir mendengar jauh sekali berani untuk bersoal jawab dengan DS Anwar, maka jelaslah bahawa Najib selama ini hanya 'syok sendiri' dengan bajetnya itu.

Sewaktu Najib membentangkan Bajet, Ketua Pembangkang bersedia untuk mendengar walaupun banyak ucapan bajet beliau seperti ceramah politik dan memburuk-burukkan DS Anwar khususnya dan PR, amnya.  Ertinya, DS Anwar tahu menjaga adab dan lebih profesional selaku Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.  Malangnya, Najib tidak bersedia untuk menjadi seorang yang berani dan profesional kerana gagal hadir sewaktu Ketua Pembangkang membahaskan bajet beliau.

Pencacai Umno selalu berkata, Najib selama ini bukan tidak berani untuk berdebat dengan DS Anwar tetapi bagi Najib 'debat bukan budaya' kita.  Jika debat di tempat umum menjadi ketakutan buat Najib, amat malang sekali jika di Parlimen pun Najib masih tidak bersedia untuk berdepan dengan DS Anwar.  Adakah Najib hanya seorang PM yang hanya berani berkokok di dalam TV sahaja?

Bukan kita sengaja mahu merendah-rendahkan kewibawaan Najib, dan bukan tujuan kita untuk mengangkat DS Anwar sebagai hero.  Tetapi hakikatnya begitulah, perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara-negara maju yang lain selain dari negara yang mengamalkan pemerintahan diktator dan korup. 

Sekarang, rakyat boleh menilai sendiri siapakah yang lebih layak diangkat sebagai pemimpin kita.  Adakah kita mahu pemimpin yang bacul dan penakut? 

3 ulasan:

  1. Anwar tak habis-habis nak belit rakyat dgn ayat-ayat temberang dia. Rakyat skrg tak mahu pemimpin yg hanya pandai `bercakap' tapi bila soal implemtasi habuk tak mampu. Anwar lebih baik masuk bertanding Raja Lawak je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro,lu paham fungsi pembangkang dlm parlimen sbg 'check n balance',bukan semua yg bini rosmah bentangkan tu perfect bro,bila turn najib bentangkn budget sume org boleh dengar n hormat biarpun byk yg rubbish,bila time nak bahas datanglah,tak profesional langsung aka tak bertelur.kalau anwar raja lawak najib aka bini rosmah mcm badut sarkas bro

      Padam
  2. selaku seorang isteri..pm wajib taat kepada suaminya..

    kah kah kah kah kah kah....

    BalasPadam