RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 10 Oktober 2012

US NASHA SEMAKIN CELARU, CARI ALASAN UNTUK DIPECAT?

 

Oleh:  WFAUZDIN NS

LEPAS satu, satu hal yang ditimbulkan oleh Us Nasha semenjak beliau tidak lagi memegang jawatan Timbalan Presiden PAS.  Perbalahan hebat di antara beliau dengan Karpal Singh juga bermula selepas beliau tidak memegang jawatan tersebut, sedangkan beliau bukan tidak tahu pendirian DAP selama ini di dalam beberapa isu berkaitan hukum Islam.  

Sewaktu Us Nasha memegang jawatan Timbalan Presiden PAS untuk beberapa tahun, adakah beliau merasakan waktu itu DAP berbeza dari DAP sekarang?  Mengapa waktu itu beliau tidak berkokok seperti sekarang?  Hilang sahaja jawatan, beliau sudah tidak tentu hala pendiriannya, asyik menuding jari ke hulu ke hilir, sekejap tuding kepada DS Anwar, sekejap lagi kepada Karpal Singh.  Dan, yang terbaru beliau mendakwa ada golongan (dimaksudkan DAP Sarawak) yang berdoa agar negara ini menjadi sebuah negara Kristian.  Baca kenyataan beliau seperti yang dipetik di dalam Malaysiakini;

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.  "Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya (Malaysiakini).

Jika beliau ada bukti yang kukuh, mengapa sekarang beliau timbulkan sedangkan Pilihanraya Sarawak sudah berlalu lama?  Dan, mengapa beliau tidak mengemukakan bukti kukuh itu paling tidaknya kepada Majlis Syura di dalam PAS agar PAS boleh melakukan penyiasatan dan mengambil apa jua tindakan yang perlu?  Tidakkah tindakan melalui parti lebih berkesan daripada beliau berkokok seorang diri di khalayak ramai?  Apa motif beliau?  Untuk dilihat menjadi hero lebih hero daripada Presiden JATI?  Mungkin beliau tidak mahu mengemukakan bukti beliau itu kepada parti kerana sudah tidak yakin lagi dengan parti yang beliau dokong sekarang.  Jika benar begitu, tunggu apa lagi?  Us Nasha boleh keluar dari parti dan bawa segala bukti yang beliau ada itu kepada Umno atau JATI, kemudian kita lihat apa yang kedua-dua sekutu itu boleh buat dengan aduan Us Nasha.

Samada perbuatan mendoakan negara ini menjadi sebuah negara Kristian itu merupakan satu kesalahan atau tidak, itu kita tidak tahu.  Tetapi, sebagai umat Islam mengapa kita takut sangat dengan doa orang-orang bukan Islam?  Us Nasha yakinkah dengan doa-doa mereka dari doa-doa orang Islam?  Mengapa kita tidak perbanyakkan doa kepada Allah untuk selamatkan negara ini dari ancaman musuh-musuh Islam?  Musuh-musuh Islam bukan hanya sebilangan dari orang-orang bukan Islam sahaja, tetapi terdapat juga musuh-musuh Islam di kalangan orang-orang Islam itu sendiri.  

Soal umat Islam kena bersatu padu ini bukan baru dilaungkan.  PAS tidak pernah lekang mulut mengajak umat-umat Islam bersatu atas dasar Islam, begitu juga Umno.  Bezanya Umno mahu bersatu atas dasar Melayu, tambah pelik lagi bersatu yang difahami oleh Umno adalah penyatuan Umno-PAS sahaja.  PKR tidak perlu diajak bersatu kerana bagi Umno mungkin PKR ini tidak ada langsung orang-orang Melayu dan Islam di dalamnya.  Di sini jelas dapat dilihat siapa sebenarnya yang tidak mahu bersatu, dan pihak ini lah yang sepatutnya Us Nasha dakwahkan.

Jika benar Us Nasha ikhlas untuk membela Islam, beliau harus bertindak dengan lebih bijak.  Selaku Ahli Majlis Syura dan ahli PAS, beliau harus mendahulukan partinya terlebih dahulu untuk menyuarakan sesuatu yang dianggap sensitif, bukannya berkokok di dalam media melainkan beliau sudah tidak yakin lagi dengan kewibawaan PAS.  Jika begitu, Us Nasha mahu tunggu apa lagi?  Mahu tunggu dipecat? /wfauzdin.blogspot.com








8 ulasan:

  1. salam tuan..

    seandainya...tuan ditakdirkan..dibukakan hijab akan sesuatu hal..

    apa yg terbuku
    ... terpendam....selama ini akan terludah jugakan..

    geram tak..kenapa anwar tak nak isi borang keahlian pkr mcm org lain..TUNGKU ABD RAHMAN pun ada no ahli...ni contoh je..lain org lain geramnya..

    wassaalam...harap...jgn lah disekat2 komenter2 spt sebelum2 ini..tak baik..rakyat perlu tahu komen kepada komen yg satu lagi..kalau ada 'tulur' la..

    BalasPadam
  2. Terlebih dulu nak ucap terima kasih atas saranan Wan dalam kenyataan lepas.

    Namun begitu, Wan seolah-olah mahu mengalih kepada orang atau parti lain seolah-olah mencari alasan utk tidak menerima hakikat bahawa PKR sememangnya membelakangkan agama demi memperjuangkan agenda politik kepentingan diri. Dalam banyak hal PKR dilihat mengelak dengan sengaja dalam hal-hal sensitif menyentuh agama walaupun sekutunya begitu kuat menghina dan memperlekehkan agama suci Islam yg menjadi anutan majoriti penduduk ini. Kenyataan sdra di bawah menjadikan bukti bagaimana PKR dan penyokongnya telah `dikikis' akidahnya demi perjuangannya yg kabur dan tidak jelas. Kenyataan sdra ....

    ....`Samada perbuatan mendoakan negara ini menjadi sebuah negara Kristian itu merupakan satu kesalahan atau tidak, itu kita tidak tahu. Tetapi, sebagai umat Islam mengapa kita takut sangat dengan doa orang-orang bukan Islam? Us Nasha yakinkah dengan doa-doa mereka dari doa-doa orang Islam?

    Sekadar menjawab tulisan sdra, saya perturunkan terjemahkan ayat-ayat Allah utk panduan agar aqidah dan ketakwaan kita terpesong hanya kerana ketaksuban politik yg sempit.


    1. Surah Al-Isra'..`dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota2 itu tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

    2. Surah Al-Maidah..Firman Allah yang bermaksud:Allah “Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…”

    3. Surah Al-Baqarah..Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka tertutup dan mereka akan mendaat azab yang berat….

    4. Surah Al-Mumtahana (ayat 1 hingga 3)
    `Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. [2] Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). [3]Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Kenapa PKR dan sebahagian penyokong benar-benar membenci dan mahu menyingkirkan Ust Nasha!. Jawapannya:

    1. PKR dan PAS tidak mahu melihat org Islam bersatu yg mana menjadi perjuangan ust Nasha selama ini. Ust Nasha menggunakan landasan politik bagi memperjuangkan agama Islam dan bangsa tetapi sebaliknya PKR pula memperjuangkan kepentingan peribadi melalui landasan politik.

    2. Dari sudut keperibadian Ust Nasha memiliki jatidiri, sikap dan semangat yang cukup baik. Ini kerana beliau mempunyai ilmu yg cukup tinggi dan berwibawa dalam memartabatkan Islam sebagai perjuangan politik Malaysia kini. Berbanding dengan Timb Presiden PAS bagaikan bumi dengan langit, UITM pun tak lepas masakan tahap pengetahuan keagamaannya!!.

    3. Wujud unsur penolakkan yg hebat kerana Ust Nasha dilihat mampu memberi tentangan dan penentangan kepada agenda perjuangan sonsang dari kalangan berkepentingan khususnya pemimpin tinggi PKR dan PAS.

    4. DAP sangat takut kepada Ust Nasha kerana perjuangannya yg tegas dan telus terhadap Islam tidak seperti pemimpin PKR dan PAS yg dilihat bagai lalang. Pemimpin PAS dan PKR ini rela memperjudikan marauah bangsa Melayu dan kesucian agama Islam demi mencapai politiknya.

    5. Kami mendoakan agar Ust mendapat hidayah, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umor utk memperjuangkan kesucian Islam di Malaysia.

    BalasPadam
  4. Surah Al-Mumtahana ..ayat [13]. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.

    BalasPadam
  5. Aku berpendapat, dalam masa terdekat ni PAS takkan pecat dia...bahaya utk parti...tapi, tunggu Muktamar PAS akan datang, masa tu dia tahulah apa nasib dia....

    BalasPadam
  6. Boleh ke Majlis Syura ni ambil tindakan...kerana ketuanyer penyokong kuat UG...Aku rasa mesti dia tak ambil tindakan punyer...memberlah katakan...satu untuk engkau satu untuk aku...hahaha...

    BalasPadam
  7. Pertama, semenjak blog ini saya buka mulai tahun 2009, baru awal Oktober tahun ini saja saya buat tapisan ke atas sebarang komen. Sebabnya, sejak kebelakangan ini terdapat komen2 yg begitu huduh dan jijik serta lucah yg sepatutnya tidak perlu utk sesiapa membacanya. Jika komen yg berbeza pendapat, sedikit emosi saya takkan sekat asalkan tidak mengandungi kata2 lucah yg keterlaluan. Harap maklum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik buka. Kalau nak tahu kelemahan kita kenalah bersedia mendengar dari org lain. Allah menjadikan manusia untuk tidak dapat melihat belakangnya tidak seperti burung bangau atau buruk gagak. Manusia perlu org lain bagi menegur dan menasihati kita selain bersandarkan kepada Al-Quraan dan Hadis, itupun kena belajar dari guru yg baik.

      Jgn menjadi ALOK...action lebih, otak kurangggg atau menyimpan sangka yg kita sahaja betul dan org lain bodoh...

      Padam