RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 14 Oktober 2013

PERLUKAH TANTAWI DITENTANG?

ADA suara-suara mahu agar Ketua Dewan Pemuda PAS dicabar di dalam Muktamar PAS akan datang.  Ertinya, ada yang tidak berpuas hati dengan peranan Us Nasruddin Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.  Mengapa?

Aku hanya dapat rasakan satu saja sebab mengapa Us Nasruddin perlu ditentang pada fikiran mereka.  Sebabnya beliau dilihat kurang agresif atau tidak bersifat radikal yang sepatutnya ada pada seorang Ketua yang memimpin orang muda apatah lagi yang memperjuangkan dasar Islam. Beliau tidak seperti pemuda di era Mahfuz Omar atau sekurang-kurangnya menyamai pemuda di zaman Salahuddin Ayub.  Us Nasruddin lebih dilihat seperti Ketua Dewan Ulamak, dan memang pun diakui beliau salah seorang yang boleh dikategorikan sebagai Ulamak.

Salahkah Ulamak muda memimpin orang muda?  Jawapannya tentu baik sekali anak muda dipimpin oleh Ulamak kerana sesiapa sahaja yang berdamping dengan Ulamak tentu akan mendapat faedah dan manafaatnya.  Kepimpinan Ulamak memang baik, tetapi Ulamak yang hebat adalah Ulamak yang menanamkan sifat berani kepada para pengikutnya.  Apabila mendengar sahaja ada sekumpulan manusia yang ingin bangkit menentang kemungkaran mahuoun kezaliman, Ulamak yang memimpin pemuda haruslah menyahut panggilan ini dan berada di saf hadapan.  Mungkin inilah yang mereka rasakan tiada pada Us Nasruddin Tantawi.  

Sehubungan itu, mereka beranggapan Ketua Dewan Pemuda PAS perlu diganti.  Siapakah yang layak memikul tugas ini ?  Apakah memadai Ketua Dewan Pemuda PAS ini hanya tahu berdemo atau memberontak sahaja?  Rasanya jika begitu, PAS tidak perlu tukar Us Nasruddin Tantawi, cumanya Us Nasruddin perlu tukar stail sahaja.  Yang lain, semuanya dah cukup pada beliau.


3 ulasan:

  1. kata husam
    kenapa saya perlu lawan abang mat......

    BalasPadam
  2. dalam politik saran dan kritik perlu

    BalasPadam
  3. Nasarudin lebih sesuai sebagai ustaz berbanding ketua cabang parti. Pengundi temerloh pasti lebih arif. Sebagai ketua cabang parti beliau perlu sensitif pada isu semasa dan mempunyai pendapat yg boleh dipertahankan oleh pengikut bawahan

    BalasPadam