RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 13 Disember 2013

"HIKAYAT MAT SABU SYIAH", SEKADAR PENGLIPUR LARA

AKHIRNYA Zahid komedi buat pendedahan melalui orang suruhannya.  Aku ingatkan betullah ada fakta dan bukti kukuh tentang "Syiah'nya Mat Sabu seperti mereka boleh buktikan terhadap Abu Ya, Almarhum Us Ashaari Muhamad Syeikhul Arqam dulu.  Malangnya, pendedahan Zahid komidi menjadi betul-betul komedi.

Apa faktanya?  Kutip dari blog.  Lagi?  Kutip dari perbualan orang tentang Mat Sabu.  Lagi?  Cerita tentang Mat Sabu kagum dengan pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini.  Lain?  Cerita Mat Sabu Solat guna batu letak di tempat sujud.  Ehhh....tak perasan pulak aku dahi Mat Sabu hitam sebab bertahun sujud atas batu.  Kahkahkah....  Yang hitam dahi tu bukan Sepol Bukhari yang tidak cuci dubur dua hari itu ke?  Kahkahkah....

Kesihan sungguh Zahid komidi.  Tak pasal-pasal orang dok kata dia Menteri bengap.  Pelik bin ajaibnya, kesemua kisah Mat Sabu yang dibawa oleh puak tu kisah berpuluh tahun dulu.  Sekarang baru tahu Syiah tu kononnya sesat?  Apabila Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS baru Syiah sesat?  Kahkahkah....

KDN tahu ada guru pondok yang mengamalkan Syiah dan katanya Mat Sabu sering ke sana dulu.  Mengapa tak tangkap guru tersebut?  Mengapa Mat Sabu?  Ohhh,,,,sebab guru itu bukan pemimpin PAS, bukan?  Kahkahkah.....

Dalam pendedahannya semalam, tidak seorang pun tampil untuk menjadi saksi pernah menjadi pengikut Mat Sabu sebagai ahli Syiah.  Yang mereka bawa cerita dari mulut ke mulut umpama cerita Pak Pandir.  Orang boleh ketawa dengar kisah Pak Pandir tetapi orang tidak percaya kisah itu berlaku.  Samalah macam cerita Hikayat Mat Sabu Syiah ini.  Orang ketawa mendengarnya tapi untuk percaya hanyalah puak yang otak lembu kondo saja.  Puak ini kalau disebut Najib itu sama seperti Nabi perjuangannya. mereka pun percaya dan beriman sungguh asalkan dapat BR1M. 

Tidak perlu PAS siasat Mat Sabu kerana menyiasat atas kisah dongeng satu kerja bodoh.  Daripada siasat kes bodoh seperti ini, baik siasat ke mana perginya lelaki yang pernah cuba mendekati janda anak Zahid komidi, kemudiannya dibelasah oleh Zahid, lepas tu lelaki itu buat report kemudiannya senyap begitu saja.  Ke mana hilangnya lelaki yang pernah ingin mendakwa Zahid yang memukulnya itu?  Itu patut disiasat.  PAS tidak perlu bersusah payah buang tenaga dan masa siasat atau menjawab bagi pihak Mat Sabu kerana bekas Menteri mereka iaitu Saifuddin Abdullah yang masih jadi ahli Umno pun telah jawab bagi pihak Mat Sabu. 

Akhir kata, aku nak bagitahu bahawa aku amat kagum dengan Rosmah Mansor kerana dia boleh naik jet eksekutif walaupun dia bukan Menteri atau kakitangan kerajaan.  Kagum juga aku dengan dia kerana mampu memiliki barang kemas jutaan ringgit.  Oleh kerana aku kagum dengan Rosmah, sudah tentu Zahid komidi kata aku satu kandang dengan lembu kondo.   Kahkahkahhhh....

8 ulasan:

  1. barua semua kena buat krja najis daa ,mohon mat sabu saman , ABU !

    BalasPadam
  2. Beginilah jadinya apabila kebodohan bertingkat-tingkat......

    BalasPadam
  3. Dulu Allahyarham Tun Razak (Bapak Najib) pergi kenegeri China jumpa Mao Tze Tong, adakah dia komunis? Mahathir bayar berjuta ringgit sekadar nak cium tangan Bush diRumah Putih, adakah dia Zionis? Najib sendiri mengaku Rosmah baik dengan keluarga Arab Saudi, adakah dia Wahabi? Memang betul cerita Mat Sabu Syiah ni satu lawak jenaka Zahid Hamidi.KSU KDN pun sudah jadi tukang karut.

    BalasPadam
  4. Semua umat Islam mesti berhenti mengkagumi syiah, habis cerita.. jgn isu ni dijadikan isu politik samada PAS atau UMNO

    BalasPadam
  5. Hamba penyokong tegar PAS. Memang awal2 revolusi iran semua umat Islam sokong iran. Tapi bila kes syria mendedahkan kejahatan syiah iran hezbosyaitan dan terdedah juga ajaran merosakkan Islam tidak terkecuali Ayatolat Khomeini.

    Kezaliman iran syiah hezbosyaitan di syria mutakhir adalah punca ajaran kafir yg diajar oleh ayatolat2 mereka termasuk khomeini. Mereka yg mengkaji kitab syiah akan tau betapa syiah adalah ajaran syaitan/dajjal akhir zaman yg sgt halus. Kekejaman syiah terhadap Islam di syria adalah hasil ajaran ayatolat mereka. Kekejaman mereka sepanjang zaman dan melebihi tahap binatang dan zionist.

    Sepatutnya saat ini semua kita yg pernh mengkagumi syiah iran hezbosyaitan khomeini mesti insaf dan mula membenci mereka. Sedarlah mereka tidak pernah mengkagumi kita. Kalau dh sabahat2 dikafirkan, siapa la umat suni utk mereka kagumi.

    Mengkagumi syiah tidak sama dgn kita mengkagumi Mandela, Ghandi dll. Mereka ini pejuang rakyat yg tidak memusuhi Islam. Mereka hebat membela kaum mereka melawan kezaliman. Tapi kehebatan syiah iran kerana bangkit dengan pertolongan kuasa2 kafir dan bertopeng Islam utk menipu umat Islam yg sedang mencari2 pemimpin. Mereka berlakun memusuhi US Israel tp hakikatnya lebih syaitan dpd kuasa kufar.

    Mereka memang berniat merosakkan ajaran Islam dan menarik sokongan umat Islam yg dangkal. Maka umat Islam yg mengkagumi mereka pun sudah cukup dianggap mangsa. Mengkagumi musuh Islam sudah tentu boleh dianggap mengkhianati Islam juga. Mengkagumi syiah iran khomeini sam seperti mengkagumi Abu Jahal, Iblis, Firaun dan musuh2 Islam lain. Mereka juga org2 hebat tp tidak patut dijadikan idola sebb mereka hebat dlm memusuhi Islam.

    Hamba sedih sebb Mat Sabu masih memuji2 iran khomeini hezbosyaitan. Disaat iran syiah hezbosyaitan merogol sembelih umat Islam Syria, Mat Sabu boleh bersalam dgn tangan pemimpin Syria yg berlumuran darah wanita kanak2 umat Islam Syria. Hamba benar2 kecewa dgn Mat Sabu.

    Hamba sgt tidak setuju isu ini dipolitikkan. Isu syiah adalah isu penyelewengan atas nama Islam yg dianjur zionist saudara syiah. Syiah tidak mengenal PAS atau UMNO, asalkan sunni, kita adalah kafir dalam kitab2 syiah... dan pahala besar kalau membunuh sunni.

    Hamba taknk ckp banayak. Ingat lah pada ayat Quran yang bermaksud..”Jangan kamu cenderung hati kepada org yang zalim nanti kamu disentuh oleh api neraka”. Ayat ini selalu dibaca oleh TGHH yg juga mengkagumi iran. Cuma harap tidak lagi sekarang ini.

    Kezaliman syiah melampaui batas binatang di Syria dan menyokong mengkagumi syiah yg ajarannya dan imam2 mereka itu punca kezaliman mereka, adalah cenderung hati kepada kezaliman.

    Taubatlah pengkagum syiah. Syiah menghalalkan darah kita, tiba2 kamu masih bersangka baik kpd syiah. Mana iman dan konon memperjuangkan Islam selama ini? Menolak syiah mesti melepasi sempandan politk sempit PAS-UMNO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang ni macai bermuka muka dan tambah teruk ketinggalan zaman dlm isu syiah di syria. tolong habaq mai pemimpin pas mana yg dok sokong syiah kat syria tu...

      Padam
  6. Tak pyh la nk istihar aku ni pnyokong PAS, kmudian kita pun masuk perangkap Umno nk tuduh pmimpin PAS sokong Syiah. Mat Sabu dah jelaskan, dia sokong khomeini atas semangat dia lawan amerika/zionis. Yg baik boleh kita tiru wlaupun dari Yahudi sekalipun. Yg salah ikut hukumnya, bkn ambil yg baik tu, yg salahnya kita ikut akidah dan kpercayaan mereka. Kita guna FB atau blog ni pun kita ambil yg baik wlaupun kita tahu sape pengasas FB dan byk benda media internet ni. Cuba bfikiran matang, jgn mudah dialihkan isu...

    BalasPadam
  7. Puak cium dahi ...ekekee

    BalasPadam