RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 14 April 2014

AMK DAN SAMM DI PAHANG KINI BERSATU DAN BERGABUNG TENAGA

AMAT merasa bangga sekali apabila melihat kerjasama anak-anak muda dari AMK dan SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) Pahang dapat bekerjasama menjayakan program besar "Reformasi 2.0" peringkat Negeri Pahang pada 12 April baru-baru ini.  Tahniah kepada Ketua AMK Pahang, Sdr Alang dan Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Arm Karenz yang telah membuktikan bahawa AMK dan SAMM bukan musuh.

Benar, sebelum ini di Pahang hubungan AMK dan SAMM amat renggang sekali.  Aku tidak pelik kerana sebelum ini pun AMK Pahang amat lesu sekali.  Seringkali kedengaran kutukan serta perbalahan berlaku terutamanya di media Facebook di antara AMK dan SAMM, walaupun tidak semua AMK yang anti-SAMM.  Waktu itu SAMM di bawah Sdr Bung Hatta, dan seringkali ke mana pun aku pergi, ramai yang menyangka Bung Hatta adalah Ketua AMK Pahang.  Aku tidak pelik kerana di Pahang waktu itu SAMM lebih ke depan di dalam banyak program.  

Ketua AMK Pahang - Alang
Berbeza sekarang, AMK sudah mula bersaing dan seiring dengan SAMM.  Walaupun Bung Hatta tidak lagi mengetuai SAMM  Pahang kerana faktor usia, namun beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pemimpin baru SAMM dan anak-anak buahnya.  AMK juga kini di dalam pembentukan organisasi yang baru di mana Ketua AMK Pahang yang baru, Sdr Alang dilihat begitu komited untuk mengembalikan AMK ke hadapan bagi menjadi tenaga muda yang berkesan di dalam PKR Pahang.

Penyelaras SAMM Pahang - Arm
Program besar "Reformasi 2.0" baru-baru ini ujian pertama buat AMK dan SAMM Pahang.  Terbukti, mereka berjaya membantu menjayakan program tersebut.  Tanpa meminta bantuan Unit Amal PAS seperti lazimnya, program tersebut mampu dijayakan.  Bukan bermakna kita tidak perlukan Unit Amal PAS lagi tetapi kita mahu cuba untuk berdiri di atas kaki sendiri.  Kita mahu belajar dari Unit Amal bagaimana untuk menjadi tenaga kerja yang berkesan.  

Syabas kepada AMK dan SAMM.  Sekiranya kedua-duanya dapat digembelingkan dengan lebih hebat, ertinya sudah sampai masanya PKR menjadi rakan PAS yang boleh menggempur Umno di Pahang dengan lebih hebat lagi di masa akan datang.

7 ulasan:

  1. Hasil laporan polis yang dibuat oleh bekas ADUN Batu Kawan, Huan Chen Guan pada 7 Mac lalu, pihak polis telah menahan Tian Chua, Ahli Parlimen Batu di lobi Hotel Armada, Petaling Jaya pada 14 April jam 7:45 malam.Dua orang pegawai polis telah memperkenalkan diri kepada Tian Chua dan menunjukkan kad kuasa polis serta menyerahkan satu waran bongkar atas nama Tian Chang (Tian Chua). Pegawai polis berkenaan telah merampas telefon tangan jenis Iphone-5 milik Tian Chua berwarna hitam yang diletakkan di atas sebuah meja dalam coffee house hotel tersebut.

    BalasPadam
  2. Cina seronok sebab diorg boleh gunakan melayu PKR, boleh gunakan melayu PAS, boleh hentam Melayu UMNO. Cina seronok sebab melayu menyokong pemimpin yg moralnya bermasalah. Lebih senang utk di kudakan. Cina gembira sebab titah sultan tidak lagi diendahkan. Cina happy sebab agama melayu boleh kongsi tuhan dengan agama kristian.

    BalasPadam
  3. JANGAN KASI CHANCE SAMA INI HARAMJADAH. KALAU INI CINA TIAN CHUA TAK SUKA CARA MALAYSIA, SURUH DIA PILIH NEGARA MANA YANG DIA SUKA..KITA HANTAR DIA DENGAN TONGKANG KAYU...PANDAI2LAH DIA MENDAYUNGNYA.

    BalasPadam
  4. Berita lewat tengah malam tadi, menggemparkan seluruh negara, terutama sekali kaum Pakatan Rakyat dan PKR, khususnya. Anwar Ibrahim ternyata begitu gugup apabila peguambela utamanya terbunuh sebelum sempat proses di Mahkamah Persekutuan bermula. Kegagalan mendiang Karpal Singh dalam kes perbicaraan di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu, benar-benar membuatkan Anwar Ibrahim kecewa terutama apabila Karpal Singh langsung tidak mempedulikan atau mengangkat hujah-hujah bodoh Rafizi Ramli.Karpal Singh merupakan orang yang bertanggungjawab mendedahkan kelakuan dan kegemaran Anwar Ibrahim meliwat jantan dan menyetubuhi pelbagai jenis wanita termasuklah isteri orang pada tahun 1997, setahun sebelum Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam dakwaan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya dan rasuah salahguna kuasa.

    BalasPadam
  5. Allahuakbar...penghalang hudud telah tiada. Satu demi satu Allah swt tunjukkan didunia ini.

    BalasPadam