RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 16 April 2014

TIMBALAN PRESIDEN PKR - TS KHALID BUKAN ORANGNYA

SEBELUM ini aku ada menulis mencadangkan agar Tian Chua menarik diri dari bertanding merebut Kerusi Timbalan Presiden PKR yang kini disandang oleh Azmin Ali.  Alhamdulillah, akhirnya Tian Chua menarik diri dan membiarkan tiga tokoh ternama iaitu Azmin, Saifuddin Nasution dan TS Khalid Ibrahim berentap, manakala yang seorang lagi itu aku tidak mahu sebut kerana aku pun tidak kenal siapa dia.


Meskipun tarikh menarik diri telah pun berakhir, namun aku rasa tiada salahnya TS Khalid menarik diri kerana beliau tidak boleh bersaing hingga ke tahap ini hanya bergantung kepada dua tiga Cabang di Selangor sahaja.  Jujurnya TS Khalid tidak popular di luar negeri Selangor terutamanya apabila menilai prestasi beliau selaku orang politik atau kemahiran politiknya sepanjang menjadi MB Selangor.  Mungkin beliau popular di kalangan orang-orang PAS atau DAP kerana bagi kedua-dua parti ini TS Khalid telah berjaya mentadbir Selangor dengan baik, mereka tidak fikir tentang apa sudah jadi pada PKR di Selangor.  Di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz seorang ulamak dan zuhud, sewaktu menjadi MB Kelantan beliau juga telus dan tidak rasuah sama juga seperti TS Khalid, namun Tok Guru tahu menjaga partinya dan orang-orang partinya di Kelantan.  Beliau tetap mengutamakan partinya sewaktu memerintah, bukan bererti beliau mengabaikan rakyat atau parti lain.  Ertinya, selaku MB dari PAS beliau bertanggungjawab membantu PAS yang telah menaikkannya sebagai MB.  

TS Khalid tidak seperti itu.  Memang beliau telus, tidak rasuah dan memang rajin, tetapi beliau 'Zero' dari segi politik.  Musuh terlalu mudah menyusup di pejabatnya kerana lemahnya beliau di dalam ilmu mengenali musuh politik.  Bayangkan hari pertama menjadi MB Selangor, sudah ada musuh masuk memasang kamera tersembunyi di dalam pejabatnya.  Kemudian sabotaj di dalam pentadbirannya seperti tindakan serbuan gereja isu murtad dan isu Kitab Bible yang tidak langsung dimaklumkan oleh pihak berkenaan kepada MB dan juga Exco.  Betapa beliau dan Exco langsung tidak dihormati.  Beliau tidak buat apa-apa untuk atasi sabotaj ini.  Lemahnya TS Khalid di dalam mengatasi muslihat ejen Umno.

Kadangkala kita dapat melihat beberapa kali Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim mengeluh dengan TS Khalid.  Beliau seperti mendengar nasihat DS Anwar, tetapi sebenarnya tidak mendengar.  Sebab itu berbagai masalah timbul di Selangor kerana MB ini sibuk dengan 'menabung', sedangkan masalah longkang, lubang-lubang di jalanraya, sampah, cukai pintu dan sebagainya tetap wujud.  Isu PKNS amat mengelirukan, bagaimana seorang Pegawai PKNS boleh guna tandatangan beliau untuk memecat orang lain.  Cuainya beliau untuk menghidu mainan orang politik.  

Justeru itu, TS Khalid belum sesuai untuk berada di Kerusi Nombor Dua di dalam PKR kerana orang begini akan melemahkan parti.  Parti bukan syarikat Korporat. 

12 ulasan:

  1. ts khalid seorang yang pekak badak.
    nasihat orang,langsung tak mahu dengar.

    BalasPadam
  2. Apapun kes hutang beliau dengan Bank Islam menjadi nila yg boleh merosakkan susu.

    BalasPadam
  3. Ts khalid pekak badak kpd buaya+ naga+tokey pasir+tokey air....
    Hutang bank islam tu ts khalid yg bawak gi mahkamah sblm jadi mb lagi, apa hal. ..

    BalasPadam
  4. Kalau dapat kat Azmin lagi aku takut. Naga dna umno tadah mulut asyik ternganga. Pilihlah Saifuddin Nasution

    BalasPadam
  5. Terlalu sibuk nk tjuk yg dia pndai kmpul duit sedangkn duit tu patut pulangkn kpd rakyat.silap2 bn main kotor lg n abis duit masuk kantung mrk.rakyat melopong.tak tau berbelanja pun menyusahkn aje

    BalasPadam
  6. He he he. ..mmg perangai musibat puak Fuckertan ni...rumah sendiri tunggang langgang sesama sendiri sepak menyebak nyontot menyentot pun nak kaitkan dgn BN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama pun spesis FUCKERTAN maa

      Padam
  7. Berita lewat tengah malam tadi, menggemparkan seluruh negara, terutama sekali kaum Pakatan Rakyat dan PKR, khususnya. Anwar Ibrahim ternyata begitu gugup apabila peguambela utamanya terbunuh sebelum sempat proses di Mahkamah Persekutuan bermula. Kegagalan mendiang Karpal Singh dalam kes perbicaraan di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu, benar-benar membuatkan Anwar Ibrahim kecewa terutama apabila Karpal Singh langsung tidak mempedulikan atau mengangkat hujah-hujah bodoh Rafizi Ramli.Karpal Singh merupakan orang yang bertanggungjawab mendedahkan kelakuan dan kegemaran Anwar Ibrahim meliwat jantan dan menyetubuhi pelbagai jenis wanita termasuklah isteri orang pada tahun 1997, setahun sebelum Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam dakwaan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya dan rasuah salahguna kuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Karpal tau karekter pelik dsai. Itu sbb dia defend pun ala kadar saja.

      Padam
    2. KARPAL SINGH TIKAM BELAKANG NUWAR!

      ANUWAR HARUS DISIASAT KONSPIRASI MEMBUNUH.!

      First a disclaimer - for those of you pro sodomy people out there, dont get me wrong. You can sodomise whoever you want. I dont care. You can sodomise each other, you can sodomise camels, goats, you can sodomise the tail pipe of the KL Rapid bus - yo man I really dont care. Ok? Now with that out of the way lets discuss some.

      Do note that Anwar's lawyer was Karpal Singh. The entire defence strategy adopted was 'NO DEFENSE'.

      Before the trial started Anwar's team said they had more than a dozen alibis who would testify that they were with Anwar at the material time. Then they listed 14 alibis. And guess what - one of the alibis was his wife Wan Azizah.

      But all of a sudden they just dropped the defence of alibi like a hot potato. None of the 14 alibis were called. Not even his wife. A strong alibi would have completely destroyed the Prosecution's case.


      lalalala

      Padam
  8. Betul, TSK memang baik tapi tidak sesuai mentadbir sebuah parti Politik. Sifat beliau itu memberi kemudahan musuh politik meratahnya hidup-hidup.

    BalasPadam
  9. Bila.fitnah.menjadi rujukan itulah.jadinya.Akal waras sudah rosak. Kerana kuasa semua hilang punca. Jawatan dijadikan hak seumur hidup. Politik apakah semua ini.

    BalasPadam