RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 21 April 2014

DULU CHEGU BARD HENTAM SAIFUDDIN, KINI MENGAPA BELIAU SOKONG SAIFUDDIN?

AKU masih ingat sewaktu pemilihan parti sebelum ini.  Waktu itu aku berkempen sakan untuk Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden menentang Zaid Ibrahim.  Bagi Ketua AMK pula, aku menyokong Chegu Bard menentang Samsul Iskandar walaupun aku tahu waktu itu Chegu Bard pun tidak begitu "Ngam' dengan Azmin dan Samsul Iskandar memang 'proksi' Azmin menentang Chegu Bard.

Chegu Bard restu Saifuddin ?
Aku sokong Azmin waktu itu kerana aku lihat Azmin lebih aku yakini dari Zaid Ibrahim.  Mana boleh aku sokong Zaid hanya kerana Chegu Bard tidak 'ngam' dengan Azmin.  Bagi aku berbeza, Azmin untuk Timbalan Presiden dan Chegu Bard aku sokong sebab pada aku dia lebih berwibawa jika memimpin AMK.  Ada orang memilih secara 'borong', aku tidak begitu.  Pemilihan kali ini pun aku tidak suka memilih secara 'borong'.  Aku suka 'timbang kati', pilih yang terbaik dari yang baik.  Maka, Azmin pilihan aku dan Chegu Bard aku harapkan menang sebagai Ketua AMK.   

Pilihan aku tepat.  Zaid akhirnya tunjukkan sikap beliau yang sebenar.  Beliau keluar parti akhirnya bila Azmin dipilih sebagai Timbalan Presiden.  Bayangkan jika waktu itu aku sokong Zaid?  Mana aku mahu letak muka orang yang aku pilih akhirnya khianati parti?  Itu kisah dulu.  Chegu Bard pun tewas dengan penuh 'kontroversi' namun beliau tetap setia dengan parti bahkan bertambah kuat beliau bekerja untuk melawan Umno/Bn.  

Siapa kata Azmin tiada Tim?
Tulisan aku kali ini adalah tentang jawatan Timbalan Presiden, khususnya di antara Azmin dan Saifuddin.  Aku fokus dua tokoh ini saja.  TS Khalid aku tolak tepi dulu kerana aku tidak boleh gambarkan bagaimana jika MB Selangor ini menjadi Timbalan Presiden.  Rasanya elok saja TS Khalid tarik diri walaupun tempoh tarik diri sudah berlalu tapi boleh dilakukan jika mahu.   Biarkan saja Azmin lawan Saifuddin.  Buku bertemu ruas.

Member tanya aku, mengapa Chegu Bard seperti satu 'Tim' dengan Saifuddin kali ini?  Bukankah Saifuddin menjadi sasaran utama Chegu Bard selepas pemilihan Ketua AMK yang lalu?  Semua tahu Chegu Bard banyak buat laporan serta bukti-bukti kukuh tentang dikatakan penipuan atau salahlaku di dalam tatacara pengundian Ketua AMK sehinggakan beliau tewas tipis dengan Samsul Iskandar.  Difahamkan semua aduan Chegu Bard di'sorok' bawah karpet dan tentunya Saifuddin selaku Setiausaha Agung bertangungjawab terhadap semua aduan tersebut.  Chegu Bard kritik hebat Saifuddin waktu itu sehinggakan akhirnya Saifuddin pernah tawarkan Chegu Bard jawatan Penolong Setiausaha Agong, mungkin untuk 'memujuk' amarah Chegu Bard.  Tapi, Chegu Bard punyai prinsip.  Beliau bukan mahu jawatan, beliau mahu keadilan dan ketelusan di dalam parti ini ditegakkan.

Tapi, kali ini mengapa Chegu Bard menyebelahi Saifuddin untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden menentang Azmin?  Pada fikiran aku, ye, mungkin Azmin tidak begitu digemari oleh Chegu Bard dan Saifuddin juga bukannya tidak pernah dikritik oleh Penyelaras SAMM ini.  Saifuddin turut membantu kekalahan Chegu Bard merebut jawatan Ketua AMK dulu kerana Saifuddin gagal menyiasat secara telus aduan-aduan dari Chegu Bard.  Tetapi, mengapa Chegu Bard sokong Saifuddin sekarang?  

Kalau aku berada di tempat Chegu Bard, aku juga akan buat seperti yang Chegu Bard lakukan sekarang.  Pilih yang kurang mudharat, pilih yang terbaik dari yang baik.  Pada Chegu Bard, Saifuddin mungkin berlaku tidak adil hanya kepada dirinya seorang, sebaliknya Azmin banyak menimbulkan kegelisahan dan rungutan kepada ramai ahli-ahli parti di seluruh negara terutamanya sikap beliau yang mencampuri di dalam penentuan calon-calon di banyak negeri.  Ertikata lain, ada rungutan bahawa Azmin suka meletakkan orang-orangnya di beberapa kawasan dan meminggirkan orang-orang yang telah bekerja kuat di kawasan berkenaan.  Ini satu-satunya sikap negatif Azmin yang aku juga terasa ada benarnya.

Apa yang kita faham, calon Parlimen ditentukan oleh Pusat.  Calon Dun dipilih oleh Negeri dan direstui oleh Pusat.  Itu sewajarnya yang berlaku.  Tetapi, di dalam PRU 13 yang lalu banyak Kerusi Dun diganggu oleh Pusat dan Negeri seolah-olah terpaksa akur.  Maka, berlaku huru-hara di Cabang dan akhirnya Negeri dipersalahkan kerana berlaku calon 'payung terjun'.  Paling mengaibkan, ada calon yang dapat Watikah dari Pusat tetapi peruntukan pilihanraya dapat kepada orang lain.  Ada berita, Presiden restu orang lain, Azmin tukar orang lain.  

Memang kita boleh salahkan Anwar kerana tidak kawal semua ini.  Presiden juga bersalah kerana membiarkan Azmin seperti terlalu berkuasa.  Saifuddin selaku SUA tentu tahu mengapa ini terjadi.  Justeru itu, mahu tidak mahu Saifuddin terpaksa lawan Azmin.  Bukan menolak Azmin kerana Azmin tidak setia kepada parti atau Azmin rasuah, tetapi sikap Azmin yang terlalu rakus, itu saja.  Jika Azmin boleh hormat Ketua Umum, boleh hormat Presiden dan lebih-lebih lagi tahu respek Negeri-Negeri dan Cabang-Cabang, tiada sebab Azmin kita tentang.

Sebab itulah aku fikir Chegu Bard berada di saf Saifuddin sekarang.  Adakah Saifuddin lebih baik dari Azmin?  Kita cuba dulu.  Begitu juga, aku teramat setuju jika Azmin dipilih menjadi MB Selangor menggantikan TS Khalid jika perlu.  Apakah Azmin lebih hebat dari TS Khalid?  Kita boleh cuba dulu.  Azmin kita sudah cuba sebagai Timbalan Presiden dan kita sudah lihat apa yang berlaku di dalam PRU 13 yang lalu.  Kita mahu di dalam PRU 14 nanti, suara pemimpin di Negeri dan di Cabang dihormati dan Saifuddin perlu realisasikan ini jika beliau menang sebagai Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan nanti.

4 ulasan:

  1. Klu kita boleh cubs dulu...mengapa kita tidak cuba dulu TSKI sbg Tim Presiden. Beliau sudah cukup teruji utk mmimpin...Org tua ini ade stail sndri...malah BN pusat jg turut truji dgn beliau dlm isu air slangor...nyata banyak klebihannya...

    BalasPadam
  2. Bila calon semuanya salah Azmin. Siapakah yg menurunkan tandatangan watikah calun? Kalau betul ianya keputusan Azmin sudah tentu Azmin punya kuasa besar dari Presiden. Tanya Cikgu Bad bagaimana beliau gila hendak bertanding diParlimen Nibong Tebal sedangkan beliau ini Ketua Cbg Rembau. Siapakah yg mengumunkan calun Parlimen Nibong Tebal. Adakah Azmin? Guna akal yg waras jangan sekadar memfitnah semata-mata.Begitu juga Saifuddin siapakah yg meletakan bertanding di Kulim Bandar Baharu? Adakah Azmin juga? Jahat Azmin baik semua mereka. Relitinya kebanyakan mecalunkan diri masing-masing tanpa melihat kelayakan diri hanya sekadar lulus SRP sahaja. Salah Azmin juga kah. Fikir-Fikir kan lah

    BalasPadam
  3. Azmin sorok watikah. Mahu nafi? Azmin buatkan ada calon yg terpaksa masuk Bebas dan calon Bebas itu direstu oleh Presiden dan bila Watikah mahu diubah, Azmin kunci pejabat. Mahu nafi? Percaturan calon di N9 kalut sampai hari penamaan calon masih kalut, kerja Azmin atur kroni. Mahu nafi? Bergaduh tak habis2 di Sgor dgn TS Khalid, mahu nafi? Mahu boikot Blackout selepas PRU 13, mahu nafi? Say No To Azmin !!

    BalasPadam
  4. Kah kah kah. ..amende la budak2 fucktan ni. Asyik nk gaduh rebut kuasa. Ya laa...nnt dah ada pangkat senang la masyukk kan?

    BalasPadam